Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS

Wednesday, April 12, 2017

19 comments
Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS  |  Petang semalam balik kerja tengok ada parcel sampai rumah Pengasuh anak aku.. Aku memang guna alamat rumah Pengasuh anak sebab kalau guna alamat rumah aku jawabnya kena pergi collect sendiri la.. Huhu.. Aku terfikir-fikir parcel ape la ni.. Rasa macam tak de beli pape.. Bila dah sampai rumah terus koyak plastik parcel tu.. Oh!! rupenya hadiah giveaway dari Blogger SA-VIORS, Adik Rii... Hampir lupa tentang hadiah ni.. Aku ni kan jenis pelupa sikit.. Almaklumlah usia dah meningkat 'remaja' ni.. Ekeke..

Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS
Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS
Aku dapat 2 buah buku.. Satu buku motivasi agama Lukisan Tarbiah terbitan Tarbiah Sentap.. Aku memang suka baca buku terbitan Tarbiah Sentap ni.. Boleh buat aku tersentap membacanya... Hiks.. Satu lagi buku komik Lawak Kampus.. Seronok sekali sekala dapat baca komik.. Senang ati rasa.. Selain tu dapat beg comel mungee mungee.. OMG!! sangat comel ok.. Boleh letak barang make up atau dibuat bekas pensil.. Terbaikkk.. Button badge Running Man pun dapat jugak satu beserta sepucuk surat dari Adik Rii.. 


Ni suratnya.. Kata-kata dari Adik Rii untuk diri ini.. cewahh.. Btw, thankz ya Adik Rii untuk hadiah yang terlalu istimewa ni.. Moga Adik Rii terus diperluaskan rezeki olehNYA dan berjaya di dunia dan di akhirat.. 

Yang belum kenal dengan Blogger bernama Rii ni boleh la terjah blog beliau ye... Leh kenal-kenal tambah kenalan dalam dunia blog ni... Tak gitu.. 

Jom terjah!!


Read More

Berjaya Goreng Keropok Keping

Tuesday, April 11, 2017

17 comments
Berjaya Goreng Keropok Keping  |  Hi korang... Aku bercuti mengapdet blog lebih kurang 2 hari kalau tak silap aku, sebabnya nak siapkan entry untuk job review aku... Ada yang rindu aku tak?? haha Perasan tak sudah aku ni ye.. Entry kali ni, saje je nak kongsi dengan korang berita baik bahawasanya aku dah berjaya goreng keropok keping pada hari ahad lepas... Apa yang bestnye dengan cerita ni??

berjaya goreng keropok keping
Aku berjaya goreng keropok keping tanpa pengsan.. haha!!
Sumber foto : 
http://www.iklaneka.net.my/keropok.htm

Apa yang best ye?? Haaa mane taknye, aku ni kan tengah mengandung.. Memang tak boleh masuk dapur langsung sebelum ni.. Tak boleh bau orang menumis, menggoreng dan apa sajelah yang berkaitan dengan memasak.... Boleh muntah aku.. Kecuali masak air la.. haha... Ahad baru ni aku cuba nasib dengan menggoreng keropok keping.. Harap-harap alahan aku tu 100% dah pergi meninggalkan aku.. Alhamdulillah, semuanya ok.. Aku dah pulih dari alahan sepenuhnya.. So, lepas ni bolehlah cuba menumis pulak.. Nak tengok betul tak peratusan kepulihan aku tu.. Fuhh ayat cam doktor.. Haha!!

TQ pada yang sentiasa mendoakan kepulihan aku selama ni yek.. Korang memang baik hati.. Muaxxxx... Hiks..


Read More

Borong Novel Seram Dari Karangkraf Mall

Saturday, April 8, 2017

21 comments
Borong Novel Seram Dari Karangkraf Mall  |  Sejak dua menjak ni terjebak aku dengan novel seram.. Mane tak nye, bila tengok kengkawan dok buat review novel seram ni, banyak pulak yang menarik.. Aku pown dah terjebak sama.. Tapi sesuai ke aku baca time aku camni?? hehe.. Okeh, 4 April baru ni aku memborong novel seram kat Karangkraf Mall.. Mane tak borongnya dek nonn, sekarang tengah ada potongan.. Meroyan hakak meng-oder-nya... Aku rembat beberapa buah novel seram dan sebuah buku agama.. Nak tengok tak novel ape yang aku beli tu?? Meh aku tunjukkan kat korang semua... 

Novel Seram Dari Karangkraf Mall
Novel Seram Dari Karangkraf Mall

20 Sen Untuk Ke Syurga karya Ustaz Elyas Ismail
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1 & 2 karya Penulis Seramlicios
Roh Rumah Sewa karya Naim Tamdjis
Kakak Kemboja karya Naim Tamdjis
Mannequin karya Illya Abdullah

5 buah novel seram dan sebuah buku motivasi islamik... Bila la boleh habis semua ni.. First harus hadam dulu buku 20 Sen Untuk Ke Syurga tu... Lama dah nak beli buku tu, bulan ni baru dapat melunaskannya.. Nanti dah habis baca aku buat review ye.. Sekarang ni tengah menghadam novel Ramlee Awang Murshid dulu.. Novel pinjam so, kene habiskan cepat.. Nak hantar balik kat tuan dia.. Haha!!

Yang novel Kisah Seram Malam Jumaat tu, ramai penulis sebenarnya.. Antaranya A. Darwisy, Naim Tamdjis, Sufi Abqari, Fazrin Fauzi, Suzani Nadzir, Aida Adia, Helmi Effendy dan Noorfadzillah.. Banyak-banyak penulis ni, aku pernah baca buku karya Naim Tamdjis je baru iaitu Barongan... Aku suka cara penulisannya.. So, sebab tu aku beli lagi buku karya beliau.. 

Nanti dah baca baru aku review satu persatu hokeh... Tapi tak tahu bila la yek.. Haha..!!




Read More

Berat Terlebih 300g!!

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Berat Terlebih 300g!!  |  Hari khamis baru ni aku ada temujanji klinik.. Biasa la check up bulanan aku.. Sebagaimana rutin kebiasaan, first kena check urin dulu dan baru jumpe nurse untuk pemeriksaan.. HB belum sampai masa lagi untuk diperiksa.. Huhu... Time timbang berat badan tu, nurse cakap berat badan naik banyak dan terlebih 300G okeh!! Terkejut beruk aku.. Sampai nurse tegur, "hah! kenapa terkejut ke?"... haha.. Harussss la terkujat... Adoiii masaklaaahhh aku pasni..

Aku dah tahu kenapa berat badan aku naik mendadak... Kesnye aku berselera makan sejak alahan dah tak ade ni.. Risau jugak aku.. Kang tak pasal-pasal kena minum air gula.. Hadoii.. Nurse siap pesan kat aku, jangan amalkan makan waktu malam.. Jangan makan makanan berlemak.. Kurangkan minuman manis.. Hehehe.. Itu yang aku makan sebenarnya sebelum ni.. So, lepas ni aku kene jaga pemakanan aku.. Bahaya ohh kalau berat badan berlebihan semasa mengandung ni.. 

Boleh ke aku tahan selera aku yang tengah naik ni.. hehe.. Harap-harap aku dapat disiplinkan diri.. Tak nak la terjadi pape nanti.. Moga segalanya dipermudahkan buat aku.. Kena tanya en.google ni apa yang perlu aku lakukan untuk mentenkan berat badan.. Haisss...

Korang ada tip tak?? Meh kongsi ngan aku.. Hiks..


Read More

13 April 2017 Semakin Hampir

Friday, April 7, 2017

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Lelaki terhangat dipasaran.. Haha!!

13 April 2017 Semakin Hampir  |  Dah agak lama tak update tentang budak kecik yang cerdik lagi soleh ni kat blog kesayangan aku  ni.. Ada apa dengan tarikh 13 April 2017 tu yek?? Korang agak?? Hehe tak yah agak sangat la.. Aku jerk kasi tau.. Ahakz.. Sebenarnya, 13 April 2017 iaitu Khamis minggu depan adalah ulang tahun anak aku yang ke-2.. Maksudnya Qhaliff dah masuk 2 tahun pada tarikh tersebut... Sekejap jerk masa berlalu kan.. Dah 2 tahun dah usia dak tecik ni..

Untuk tahun pertama ritu, aku tak sambut pown besday dia.. Untuk tahun ke-2 nanti aku ingat nak bawak dia p makan.. Pastu beli kek untuk dia.. Hehe.. Cukup la sambutan cenggitu jerk untuk buat kenang-kenangan... Nak buat besar-besar akan memakan modal yang besar pulak.. Bukan kedekut tapi kene beringat untuk kelahiran baru nanti.. Banyak nak pakai duit.. Hiks.. Mungkin akan datang boleh rancang yang lebih baik untuk anak-anak... Mana tau ada rezeki lebih boleh pergi bercuti terus sempena besday dorang.. Syokk jugak kan...


Qhaliff dah semakin pandai bercakap sekarang.. Banyak dah perkataan yang boleh dia sebut.. Tapinya banyak sebut perkataan yang belakang aje.. Haha.. Paling win perkataan "KAKOK"... Nak tahu tak ape maksudnye.. hehe.. TAKUT sebenarnya.. Ekeke.. Paling syahdu perkataan "SIAP"... Syahdu jerk bila dengar dia sebut perkataan siap tu.. Hiks.. Paling mengharukan bila dia nampak masjid , dia akan sebut "ALLAHUAKBAR"... Cam orang azan tu.. Alhamdulillah... Satu lagi bila dia nampak Shell mesti dia sebut Shell dalam keadaan yang sangat dasyat.. Berbelit lidah sebut.. Tapi best dengar dia sebut Shell.. Unik.. Haha.. 

Makin seronok layan dia sekarang.. Cuma kesian dekat dia sebab kami jarang-jarang bawak dia pergi jenjalan.. Insyaallah aku akan usahakan selepas ini untuk lebih banyak masa bawak dia keluar jenjalan supaya dia lebih terbiasa dengan dunia luar.. Kalau tak asek "KAKOK" dia tu jerk.. Huh..

Last bawak dia jenjalan bulan lepas.. Bawak dia p pantai dan main mainan kanak-kanak.. Tu pown sebok dok sebut "KAKOK" dia tu.. Hadoiii laaa... Tensen mak nakkk.. Haha.. 

 Jenjalan Pantai Teluk Cempedak

Posing ala-ala model sikit.. Haha..!!

Buat seorang anak bernama Muhammad Qhaliff Amsyar
Ummi doakan Adik menjadi anak yang soleh, sabar, ikhlas, cerdik, penyayang dan mendengar kata orang tua serta pandai menghormati orang tua.. Semoga adik sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNYA... Ummi sayang Adik selamanya... 

Read More

Mengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid

Thursday, April 6, 2017

9 comments
Assalamualaikum wbt..

Mengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid  | Dah kenapa tajuk cenggitu yek..? Hehe Sebenarnya ceritanya cenggini.. Kan sejak dua menjak ni aku dah terjebak dengan buku-buku berunsurkan SERAM..!! Berjangkit dengan Blogger Sha Mohamad la ni... Huhu Bila dah terjebak ni, teringat pulak sahabat aku si Yatt ni yang fanatik gile dengan penulisan Ramlee Awang Murshid... Dah tiba-tiba aku rasa nak baca buku Ramlee Awang Murshid pulak.. Terus roger dia untuk pinjam novel Tombiruo.. 


TOMBIRUO?? Kenapa tak tajuk lain?? 

Hehe sebabnya, novel ni kan akan di adaptasikan ke filem nanti.. Dan aku yakin, sahabat aku Yatt yang fanatik tu akan ajak aku pergi menonton nanti.. Tak bestla kalau dia sorang jerk yang tahu jalan cerita novel tu sedangkan aku blurrrr aje nanti... Sekurang-kurangnya aku tahu jalan cerita novel dan aku dapat tengok persamaannya dengan filem.. Hah gituu..

Kata kawan aku Tombiruo ni cerita bersambung.. Tu sebab ada 3 novel.. Tak sabar aku nak hadam novel-novel tersebut.. Harap-harap dapatlah aku faham jalan ceritanye.. Hiks..


Read More

Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah

8 comments
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah  |  Kali ni nak review lagi satu produk yang datangnya dari 5th Lazada Birthday Suprise Box  yang aku dapat ritu...  Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist..... 

Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist

Baru pagi tadi aku try produk ni.. Wahh baunya sangatlah best.. Nyaman betul.. Tenang rasa.. hehe.. Produk ni just perlu sembur ke muka.. Tapi pastikan jaraknya dari muka 20cm ye... Semburkan muka sekali atau dua kali dan biarkan kering.. Aku guna selepas aku make up.. Ianya akan menampakkan muka kite lebih segar dan lembab.. Aku suka.. Terasa segar jerk lepas sembur... Sejuk muka-muka aku... Tu yang best tu... Hiks.. Banyak kelebihan produk ni tau.. Nak tau tak?? Teruskan bacaan korang hokeh..

Manfaat Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist

➲  Dapat menyegarkan wajah
➲  Mengembalikan keanjalan kulit
➲  Mengurangkan kedukan dan garis-garis halus
➲  Penghidaratan tahan lebih lama untuk mengekalkan kelembutan kulit
➲  Mencerahkan tona kulit tidak sekata
➲  Mengurangkan kemerahan kulit

Nak lebih maklumat tentang ini, korang bolehlah tengok gambar kat bawah ni ye.. Baca sendiri apa yang tercatat kat kotak tu.... Hehe..



Baru hari ni aku pakai dan aku sukakannya... Eceli produk ni ada set nye.. 5 step sahaja untuk cantik.. Yang aku pakai ni salah satu daripadanya... Jom pakat skodeng apa yang ada dalam set produk Skinz ni... 


Kalau nak lebih berkesan dan cantik, kena lah guna 1 set ni kan... Hehe.. Buat masa ni aku try Booster Mist ni aje la dulu.. Tengok keserasian macam mana kan... Bila dah rasa serasi bersama nanti, baru pulun beli 1 set terus.. Haha.. Kalau korang nak try jugak apa yang aku try ni, korang bolehlah usha dekat Lazada Malaysia ye.. Aku tinggalkan link untuk korang terjah ye kat bawah ni..

Jom shopping di

Read More