Serum Mawar Zeeta Serum Muka Terbaik

Saturday, January 21, 2017

4 comments
Assalamualaikum wbt..



Serum Mawar Zeeta Serum Muka Terbaik  |  Bersiaran lagi kita dalam dunia kecantikan.. Cewahh.. Dah macam berita terkini hiburan sensasi aje gayanya yek.. Dah lama tak berceloteh tentang kecantikan ni.. Kali ni aku nak stori mori pula tentang Serum Muka... Biasanya kalau sentuh pasal serum ni, mesti korang dah dapat agak serum yang jenis macam mana kan... Yeahhh ini bukan serum sebarang serum, serum ini adalah Serum Antipenuaan.. Hah Gitu!! Serum apakah?? Nak tahu, jom teruskan pembacaan korang...

Serum yang aku maksudkan tu adalah Serum Mawar Zeeta... Serum ini adalah produk keluaran Zeeta... Kalau korang nak tahu, Serum Mawar Zeeta ini merupakan serum yang diperbuat daripada ekstrak kelopak mawar dan berfungsi sebagai penyegar (toner) yang boleh mengecilkan liang-liang pori, menganjal dan menyegarkan wajah.. Serum ini diperkaya dengan Vitamin A,C,E serta Zat Omega 3 & 6 dan sesuai untuk semua jenis kulit.. Produk ini tidak bahan kimia dan dijamin HALAL serta selamat digunakan... 

Jom kita lihat kelebihan Serum Mawar Zeeta ini pula.. Korang mesti nak tahu kan??

Kelebihan Serum Mawar Zeeta

Antara kelebihan yang ada pada Serum Mawar Zeeta ini ialah :-
  • Semburan getaran aura mawar
  • Memberi kesegaran serta merta
  • Menyembuhkan luka dengan cepat
  • Sembur dengan kerap untuk kesan menakjubkan
  • Mengekalkan keanjalan kulit wajah
  • Mengecutkan dan menghilangkan jerawat
  • Menjadukan solekan di bawah lebih menyerlah dan tahan lama
  • Terapi minda dan anti-stress
  • Boleh melegakan selesema dan resdung

Wahh banyak gile kowt kelebihan Serum Mawar Zeeta ni.. Kelebihan paling win 'mengecutkan dan menghilangkan jerawat'... Kenapa paling win, kerana aku yakin kat luar sana pasti ramai yang menghadapi masalah jerawat.. Mungkin ada yang di tahap yang kronik.. Jadi, pada korang yang mempunyai masalah jerawat, bolehlah mencuba Serum Mawar Zeeta ni.. Mana tau, ianya serasi dengan korang dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah jerawat yang korang hadapi tu....  Tak cuba tak tahu kan.. Sebenarnya ramai yang dah berjaya mengatasi masalah jerawat dengan mengunakan Serum Mawar Zeeta ni.. Nanti diakhir entry aku upkan testimoninya ye.. Hehe..

Botol ke-2 aku..

Aku sendiri adalah pengguna Serum Mawar Zeeta ni.. Aku suka akan haruman serum ni.. Bau mawar.. Yelah dah nama lagi diperbuat daripada kelopak mawar kan.. Harusssss lah bau mawar.. Haha.. Tapikan, bau mawar tulah yang dapat menyegarkan aku sepanjang hari.. Terapi minda bak kata orang.. Hilang segala stresssss aku di tempat kerja.. haaa itulah kelebihan mawar kalau korang nak tahu... Dapat menenangkan.. Ok, eceli muka aku memang tak banyak masalah sebenarnya.. Aku guna serum ni untuk segarkan wajah dan ofkos untuk anti penuaan.. Almaklumlah sejak dah meningkat ke usia remaja uban ni, kenalah jaga sikitkan.. Kalau tak dijaga, mahu berkedut sana berkedut sini muka.. Tak lalu nak menengoknyaa.. Huhu..

Okeh, yang paling best tentang serum ni, time dekat opiz bila dah dok mengadap pc lama sangat mula lah mata ni mengantuk lah bagai.. Kalau mengantuk time rehat, bolehlah lelapkan mata sekejap.. Tapi kalau mengantuk tu datang time tengah kerja, hadoiii seksa tahan bijik mata supaya tak tertutup.. Huhu.. Korang nak tahu apa yang aku buat untuk hilangkan mengantuk time tengah kerja?? Haaa Petua menghilangkan mengantuk di pejabat adalah aku kasi sembur Serum Mawar Zeeta ni kat muka aku, terus mata segar bugar tak jadi nak tertutup... Haha!! Memang terbaikkk toqqqq.. Bagi aku serum ni adalah serum muka terbaik dan ianya juga adalah salah satu produk menghilangkan mengantuk.. Hiks..

Ehh dah bercerita panjang berjela ni, mesti korang tertanya-tanyakan macam mana cara nak guna serum ni.. Meh aku ajar.. Senang, nanti korang beli serum ni sekurang-kurangnya korang dah tau camne cara nak guna serum ni kan..


Cara Menggunakan Serum Mawar Zeeta

  • Semburkan ke wajah seberapa kerap yang anda mahukan untuk kesegaran yang berpanjangan..

Mudah kan cara guna serum ni... Hanya dengan 1 cara sahaja... Just sembut serum ke muda, then muka akan segar serta merta... Sangat mudah... So, korang tak nak cuba ke serum ni?? Spray muka terbaik ni tau.. Sebelum korang cuba serum ni, korang baca dulu testimoni pengguna Serum Mawar Zeeta ni yang dah terbukti keberkesanannya... Mesti korang teruja nanti..


Masalah jerawat


Hilang mengantuk dan make up tahan lama

Kulit lembut & Make Up tahan lama



Sembuhkan luka


Kulit segar & berseri




Hilangkan ruam dimuka


Tu dia feedback dari customer yang dah menggunakan Serum Mawar Zeeta ni.. Pendek kata serum ni adalah serum serbaguna.. Macam-macam kebaikan yang dapat korang perolehi dari penggunaanya.. Memang terbaik serum ni.. Bagi aku Serum Mawar Zeeta ni serum muka yang bagus dan murah.. Hah, sebut pasal murah ni, mesti korang nak tahu berapa harga serum ni kan.. Meh aku kasitau harganya.. Jangan risau, harga mampu milik jer..

HARGA

RM 20 sebotol (70ml)
Tidak termasuk postage

Postage : RM 6


Jika korang berminat untuk membeli atau ada sebarang pertanyaan tentang produk ini,
korang bolehlah Whatsapp segera ke nombor :-

019-220 9069 / 013-330 8583

atau

Terus komen PM di :-

Facebook  :  Zeeta Pakar Mawar

Instagram  :  @zeetaofficial

Website Rasmi

#zeetamagisaura
#zeetanista
#mawarista





Read More

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Friday, January 20, 2017

13 comments
Assalamualaikum wbt..


Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin  | Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN




Read More

1st GA by BAJETciputseleraBESAR

Thursday, January 19, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt..

 Klik banner untuk join

1st GA by BAJETciputseleraBESAR  |  Hahaha korang jangan tensen ye jejak blog aku.. Asek entry giveaway aje yang bersiaran.. Hehehe.. Mood nak join giveaway aje untuk hari ini.. Esok lusa baru aku up entry ye.. Tu pown kalau keadaan diri mengizinkan.. Haha..

Untuk Giveaway kali ni, hadiahnya merupakan sourvenir dari Korea.. Sape yang minat Kpop tu mesti tak ketinggalankan join giveaway ni.. Hehe.. Nak harap diri sendiri jejak korea, entah bila la agaknya.. So, bila ada GA cenggini memang tak ketinggalan untuk join.. Mane tau ada rezeki untuk menang hadiah.. Dapat jugak buat kenang-kenangan.. Ye tak?? Hehe

Jom join ramai-ramai.. ehh tapi memang dah ramai gile kowt join GA ni.. Memang terbaikk..

Tarikh Tamat
31 Januari 2017


Read More

Giveaway Niyaz 1st Year Birthday by Deariescouple

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Niyaz 1st Year Birthday by Deariescouple  |  Giveaway.. Giveaway... Giveaway.. Jom join giveaway.. Tarikh last lambat bagi.. Jom isi masa lapang dengan menjoin giveaway yang mana ada.. Hehe..

Tarikh Tamat
09 Februari 2017


Read More

3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my  |  Join giveaway lagi kali ni.. Nak buat entry panjang berjela rasa tak mampu lagi buat masa ni... So, join giveaway aje la kerja nya.. Okeh..!! Jom korang join giveaway ni.. Hadiah menarik.. Tapi tataw la ada rezeki atau tak untuk menang.. Semua bergantung kepada rezeki.. Sesambil tu dapat juga support sesama rakan blogger kan.. Jom join reramai ye koram-koram semua..

Tarikh Tamat
31 Januari 2017




Read More

Surah-Surah Amalan Ibu Mengandung

Wednesday, January 18, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt

Surah-Surah Amalan Ibu Mengandung  |  Sejak mengandung ni asek nak up entry berkaitan pregnant aje kan aku ni.. Harap korang tak bosan yek.. Yela, aku mengandung yang terdahulu, tak banyak story tentang aku mengandung yang aku kongsikan disini.. Bila mengandung untuk kali kedua ni, semua aku dah lupa apa perlu dibuat... Huhu.. Sangat teruk ingatan.. Tak sampai 2 tahun lagi umur anak aku tu..Ahakz..

Kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua yang mungkin dah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu tentang surah-surah yang  boleh diamalkan ketika mengandung... Aku nak abadikan kat sini supaya akan datang aku boleh rujuk semua.. Hiks..

Ada 8 surah yang biasa diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. Dengan 8 surah ni, bukan bermakna surah lain tidak boleh diamalkan ketika mengandung.. Bukan begitu ye.. Semua surah patut diamalkan sebenarnya.. Tetapi yang 8 ni lah yang selalunya diamalkan oleh ibu-ibu mengandung kerana ianya berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran seperti untuk dapat anak yang soleh solehah, cerdik, akhlak baik, cantik paras rupa, senang melahirkan dan sebagainya.. 

Kalau tak berapa nak faham apa aku bebelkan, korang boleh rujuk terus gambar kat bawah ni.. hehe.. 




Read More

Giveaway SlimmTreats Bersama DianaRashid.Com 2017

4 comments
Assalamualaikum wbt..

 Klik Banner untuk join

Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.



Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang

1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan :-

1.  Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2.  Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3.  Like dan Follow penaja di bawah :-

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com

Nora Misnan:
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )

**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4.  Copy & paste code dibawah  ke html post blog


Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 FEBRUARI 2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..


Read More

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Januari 2017

Tuesday, January 17, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Januari 2017  |  Lama dah tak check ranking Alexa.. Seperti yang dijangkakan, statistiknya agak  menurun dari yang lepas.. Bila blog terabai beberapa hari, akan memberi kesan pada statistik/trafik blog.. Huhu.. Jom tengok statistik blog aku untuk bulan Januari 2017 ni..

17 Januari 2017

Keywords

Korang dah check ke alexa rank blog korang.. Kalau belum, boleh check dekat link bawah ni ye..



Read More

Planner And Calendar Giveaway By Kasihkuamani.Blogspot

Monday, January 16, 2017

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Planner And Calendar Giveaway By Kasihkuamani.Blogspot  |  Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal yang empuk.. Cewahhh main dengan perumpamaan pulak petang-petang hari ni ye.. Yelah, aku ni tengah mencarik giveaway yang boleh dijoin pepetang ni.. Bila bukak group family's blogger, ada pulak sahabat baik buat giveaway.. Kebetulan pulak.. Tu sebab la aku guna perumpamaan tersebut.. Hehe..

Giveaway ni dianjurkan oleh kawan aku Sha, owner blog Kasihkuamani.blogspot.com ... Syarat yang ditetapkan sangatlah mudah tak memberatkan bahu menggalasnya.. Ekeke.. Hanya perlu follow blog dan IG beliau aje.. Tu dah aku buat beribu tahun dulu..(Tipu).. Haha..

Jadinya aku menyeruuuuuu seluruh blogger Malaysia yang comel dan encem semua untuk join giveaway ni.. Mane tau kowt-kowt menang boleh dapat hadiah seperti lam gambo tu kan.. Tak menang pown, apa salahnya support antara satu sama lain.. Tak gitu?? Hehe..

Tarikh tamat
23 Januari 2017



Read More

13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

6 comments
Assalamualaikum wbt..


13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul  |  Sedap pulak kebab kat atas ni.. Hehe.. Aku dapat sedikit info berkenaan pengendalian makanan dari kawan aku melalui group whatapps.. Bila aku baca, aku rasa perlu dikongsikan dengan korang... Sangat penting dan perlu diamalkan oleh semua orang.. Izinkan aku kongsikannya disini ye.. Hiks..

13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

1  Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam yakni tidak dimasak perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e-coli..

2  Petua beli ayam segar - beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit.. Jika beli pada waktu tengahari, pastikan balik rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti beku sebelum dimasak bagi mematikan bakteria... Masak ayak dengan sempurna.. Kalau tak cukup masak, bakteria tak mati dan akan aktif semula bila makanan itu sejuk..

3  Panaskan makanan setelah sejuk.. Jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam.. Perlu dipanaskan sampai mendidih..

4  Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh ditangan kita..

5  Elakkan telur separuh masak kerana mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak

6  Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan

7  Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam, daging burger digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk.. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana mengundang bakteria.. Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas..

8  Pastikan tukang masak berada dalam keadaan yang bersih semasa memasak kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak.. Itu sebab orang berniaga kena amek suntikan vaksin untuk elak dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain..

9  Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.. (tin tu basuh dulu.. hehehe)

10  Jika makan dikedai, pastikan basuh dan lap sudu yang nak digunakan terlebih dahulu.. Jangan gunakan sabun tongkol yang disediakan kedai makan.. Sebaiknya gunakan pencuci cecair dan tak salah kalau bawa kemana-mana pencuci tangan bersama kita.. Sekarang banyak penyakit berjangkit berpunca dari makanan..

11  Khasnya ayam golek, pastikan ayam itu panas.. jangan beli kalau ayam sudah sejuk dan yang sudah siap potong..

12  Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik.. Kalau kayu jangan makan sebab serbuk kayu mungkin melekar pada ayam dan daging yang dicincang..

13  Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk elakkan pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin..




Read More

Penjelasan Daripada Pengasas Produk Tati Skincare

16 comments
Assalamualaikum wbt..

Penjelasan Daripada Pengasas Produk Tati Skincare  |  Hi korang.. Kecoh baru-baru ni tentang produk skincare yang mempunyi merkuri menyebabkan wajah seorang penggunanya menjadi teruk.. Tak pasti produk apa yang dimaksudkan kerana tidak didedahkan nama produk tersebut.. Sehingga produk Tati Skincare terpalit sama dengan viral tersebut.. Aku pon tak pasti yang mana satu kebenarannya.. Moga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.. 

Memandangkan Tati Skincare juga terviral sama dengan isu tersebut, makanya Pengasas Tati Skincare  pun dah memberikan maklumbalas terhadap kes viral yang melanda itewwww!!.. Jom tengok kenyataan Pengasas Tati Skincare..

Pn. Nurhayati Hashima, Pengasas Tati Skincare

Kalau korang mengikuti setiap isu viral dalam Malaysia ni mesti korang tahu apa kes yang dah diviralkan baru-baru ni.. So, ini maklumbalas dari pengasas Tati Skincare terhadap isu tersebut..



Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan baik.. 


Read More

Morning Sickness Dah Menghampiri Aku

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Morning Sickness Dah Menghampiri Aku  |  Allahuakbar.. Loya-loya makin terasa.. Mujur belum sampai tahap muntah lagik.. Kalau dah sampai tahap muntah-muntah nanti, mesti aku akan kerap bercuti... Keadaan diri makin tak selesa... Tidur malam dah tak lena seperti selalu... Itu belum sampai tahap kejang kaki lagi.. Kalau sampai tahap tu, memang tak boleh tidur terus.. Keadaan yang terpaksa dihadapi oleh ibu mengandung... 

Kalau ikut alahan yang dulu-dulu, alahan aku agak teruk sampai tahap aku tak boleh bangun... Huhu.. Moga kali ini diberi kekuatan untuk aku melalui hari-hari yang penuh  mencabar... . Saat-saat begini, aku perlukan sokongan seorang suami.. Alhamdulillah, takat ni encik suami banyak membantu dalam menguruskan anak aku Qhaliff... Buat masa ni, keadaan aku masih ok.. Cuma terasa loya sahaja.. Untuk hari-hari akan datang belum pasti lagi bagaimana keadaan alahan aku... Seramnya nak lalui.. Hehe.. Sampai blog aku pown terabai.. 

Mungkin aku akan stop mengambil job review... Risau tak dapat melaksanakannya nanti.. Tengok kepada keadaan nanti.. Hiks.... Korang yang baik hati semua, doakan aku tak alami alahan teruk yeeeee... Wohaaa!! 



Read More

Fryerzone Western Food Kuantan | Antara Western Food Murah Dan Sedap

Sunday, January 15, 2017

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Fryerzone Western Food Kuantan | Antara Western Food Murah Dan Sedap  |  Hi korang.. Hari ni aku nak share satu tempat makan yang selalu aku pergi untuk makan western food dan korang juga wajib cuba tau... Aku ni memang penggemar Western Food.. Tapi western food ala-ala melayu la.. Kalau western food ala-ala barat tu tak tertelan dek tekak ni.. Pernah lah satu ketika dulu aku try western food di kuantan juga yang ala-ala kebaratan sikit.. ehh bukan sikit tapi banyak tau.. Huhu Tempat makan tu agak terkenal di Kuantan dan harganya boleh tahan.. Hehe.. Yang penting halal.. Bajet nak try sesuatu yang berbeza dari biasa, lastnya tak tertelan dek tekak aku ni.. Lepas pada tu, aku dah tak berminat untuk cuba western food terlalu barat sangat dan lebih gemar western food yang dah dikacuk dengan kemelayuannya.. Ahakz..


Fryerzone Western Food Kuantan

Maps ke Fryerzone, Kuantan

Siap dengan Maps sekali aku kasi tu.. Nilah tempat yang aku nak share dengan korang tu... Fryerzone namanya.. Kalau yang dah pernah pergi mesti dah familiar dengan nama ni kan.. Bagi aku western food dekat Fryerzone ni menepati citarasa aku.. Rasanya dah banyak kowt tempat dekat kuantan ni aku cuba western food, tapi tekak aku tetap sukakan Fryerzone.. Kena dengan selera bak kata orang... 

Time gaji baru-baru ni terasa nak makan western food.. Dah bila sebut aje western food, otak terus teringat Fryerzone.. Jadinya, hari gaji tu kami sekali lagi decide untuk makan malam di Fryerzone.. Time-time gajilah nak makan besar pown kan.. Hehe..


Menu Yang Dipilih

Black Pepper Steak

Menu pilihan aku kali ni, Black Pepper Steak.. Masa nak order tu, aku tengok dalam list menu, ehh tak de pulak black pepper steak ni.. Selera nak makan itu aje.. Dah gik mana ni?? Aku pon try le tanye adik yang amek order tu, ada tak Black Pepper Steak... Dia cakap ada.. Ohh!! Rupanya dia tarok nama lain dalam list menu tu.. Manelah mak tahu nakkkk!! Hehe.. Sebelum ni aku dah try Chicken Chop.. Sodap.. Kali ni nak try yang lain pulak kan.. Ternyata lagi sodappp!! Ahakz..

Soup Cendawan

Yang ni aku jugak yang order.. Aku memang suka soup cendawan ni.. Kalau pergi domino's atau pizza hut, memang tak sah kalau tak licin aku bedal soup cendawan.. Kat Fryerzone ni pown tak kurang sedapnya Soup Cendawannya.. Sampai aku berlawan dengan Qhaliff menghabiskannya.. Kemahinn lagik Qhaliff, dia pown suka soup cendawan ni.. Len kali kena order 2 mangkuk sebab 1 mangkuk tak cukup untuk kami 2 orang.. Haha.. Tamak kan...


Ini menu pilihan encik suami pulak.. Haiss aku lupa apa ke nama menu ni.. Tapi menu utamanya ayam la.. Hehe.. Anggap jerk la ini Chicken Chop ye.. Haha.. Lupa wehhh!! Yang speselnya menu ni ada mee.. Sedap pulak tu mee nya.. Aku bedal separuh mee tu.. Tensen encik suami dengan aku.. Kikiki.. Harga pown aku lupa ye sebab cerita ni dah lama time hari gaji ritu.. Tapi harga di Fryerzone ni tak mahal tau.. Harga berpatutan bagi aku dan berbaloi dengan keenakan yang ada pada setiap hidangan.. Cewahh..


Menu-Menu Lain

Di Fryerzone ada pelbagai menu lagi sebenarnya.. Aku lupa nak snap gambar menu.. Kalau tak korang boleh tengok list menu dengan harganya sekali.. Mungkin nextime aku akan up lagi.. Biasalah kalau dah ada anak ni, tak cukup tangan nak buat semua bende kan.. Yang sempat aku snap, papan board kat meja aje..

 Mango Cheese Cake


Nutella Cheese Cake

Cheese Cake pown ada uolls.. Kalau korang peminat cheese cake, korang boleh la cuba kalau ke Fryerzone nanti.. Aku memang tak suka cheese cake ni.. So, memang tak kan cuba la.. So, toksah  lah tanye aku ye sedap ke idok sebab aku tak makan.. Hahaha!!

Ehhh, tak de pulak gambar aku n family tengah santap ye.. Hehe tak pe la, kitorang ni pemalu.. Ceehhhhh!! Len kali mungkin.. Insyaallah..


Detail Fryerzone

Okey lah, kalau korang nak try makanan di Fryerzone, korang bolehlah rujuk maps yang aku kasi kat atas nun... Kat bawah ni aku kasi sekali lagi detail tentang Fryerzone.. Ada alamat, no. hp dan waktu operasi sekali.. Senang korang nak plan kan.. Tak de la nanti korang pergi tetiba tutup pulak.. Untuk info lebih lanjut korang boleh terjah fb Fryerzone ye.. Kengkadang dorang tutup kedai hari yang  tak sepatutnya tutup, dorang akan maklum dalam facebook.. Jadinya, korang terjah dulu facebook dorang untuk dapatkan maklumat ye.. 



Facebook




Read More

OMG.. I'm Pregnant..!!!

15 comments
Assalamualaikum wbt...


OMG.. I'm Pregnant..!!!  | Allahuakbar... Rezeki kali ni lebih besar buat aku dan family.. Aku diberi peluang olehNYA sekali lagi untuk hamil.. Syukur Alhamdulillah.. So, lepas ni Qhaliff akan dapat kawan baru.. Yeayyyy!! Insyaallah..

Alkesahnya, next period aku tak berlaku sepertimana biasa.... Sepatutnya pada akhir bulan Disember.. Tapi nan hadoooo!! Hukhuk.. Hati dah berkata-kata dah time tu, aku preggy ke?? Huhu.. Ehh mungkin jugak lambat kot bulan ni.. Walaupon aku tahu yang period aku ni teratur dan tak pernah lambat.. Haha!! Aku dah decide, kalau tak datang jugak dalam masa 2 minggu baru aku buat pregnant test... 

Dalam masa tu, aku dah dapat rasa badan aku lain macam jerk.. Rasa tak selesa.. Mulut tak rasa ape dah.. Payau aje.. Tekak tak selesa... Apakah ini?? Tak bestnye rasa semua ni.. Feeling aku kuat mengatakan aku dah preggy.. Tapi tak pe, kene tunggu jugak 2 minggu dulu baru dapat keputusan yang cemerlang bila test nanti.. Ahakz.. gituuuu..

11.01.2017, balik kerja aku suruh encik suami pergi farmasi belikan pregnant test kit.. Tapi aku tak test terus sebab aku pernah terbaca, kalau nak result yang ohsemnessss kena test waktu pagi time kite bangun tidur.. Jadinya, aku pown ikutlah kekdah ituuu.. Pagi buta 12.01.2017, aku bangun tidur dan terus ke bilik air untuk mandi sekaligus mengetestnye.. Uisss perkataan extreme betul..Haha.. Harap korang faham la ye.. Hiks.. Dannnn result yang aku dapat adalahhh....................



Yeahhh I'm Pregnant!! Positive... 2 lines...  Allahuakbar.. TQ Allah..

Tapi korang nak tahu tak apa yang terbayang kat fikiran aku time tu.. Hehe.. Aku dah terbayang camne aku akan hadap alahan yang teruk.. Alahan aku yang lepas sangatlah teruk uolls.. Kandungan aku 7 bulan baru alahan tu stop.. Korang bayangkan lah wehhh.. Tuhan aje tahu betapa seksanya.. Hari-hari aku doa pada tuhan agar alahan aku kali ni biasa-biasa aje.. Kalau boleh tak nak alahan langsung.. Hiks.. Tak sanggup nak hadapi alahan yang macam dulu.. Sob.. Sob.. Sob.. 

Itu bab alahan belum lagik bab melahirkan.. Aduiii seram wehh.. Sakit yang aku alami masa nak beranak sangatlah maha dasyat.. Berjam-jam menanggung sakit.. Ada tu aku tengok stedi aje boleh jenjalan lagik.. Ada orang cakap kalau tanda nak beranak kita keluar darah, memang akan merasa sakit yang panjang.. Kalau pecah air ketuban dulu, maka tak kan rasa sakit yang lama.. Betul ke idok tak tahu la.. Tapi aku memang merasa sakit yang lama sangat dan maha dasyat sampaikan aku serik nak beranak lagik.. Ekekee..

Kalau korang seorang ibu yang tak diberi merasa alahan ketika mengandung dan sangat mudah ketika melahirkan, bersyukurlah.. Tuhan dah beri nikmat yang paling besar pada korang.. Kalau macam aku ni, mungkin tuhan nak uji sakit pada aku kowt.. Mungkin jugak aku ni banyak sangat dosa kan.. Hehe.. Sape tahu.. Hanya ALLAH aje yang tahu... Sebaik-baik perancangan adalah datangnya dari ALLAH...

Aku harap kali ni dipermudahkan segala-galanya.. Korang doakan aku ye.. Aku mintak maaf andai ada salah silap dengan korang.. Cewahhh... Siap mintak maaf agik tu.. Hehe.. 



Read More

Seronok Join Giveaway, Tapi....

Wednesday, January 11, 2017

16 comments
Assalamualaikum wbt..


Seronok Join Giveaway, Tapi....  |  Dah kenapa tajuk entry cenggitu?? Hehe saje nak bebel sal giveaway petang ni.. Rasanya tahun lepas banyak gile kowt aku join giveaway mahupun segmen dari rakan-rakan blogger.. Dan Alhamdulillah, banyak juga yang memilih aku sebagai pemenang.. Terima kasih buat semua penganjur GA yang pernah aku join.. 

Seronok join giveaway ni sebenarnya.. tapi... hurmmm.. yang tak bestnya bila penganjurnya ada yang tak jujur... Tu paling tak best.. Korang pernah kena tak, korang menang giveaway tapi hadiah tak sampai-sampai pada korang.. Hehe.. Aku pernahlah juga terkena.. Tapi aku anggap mungkin itu bukan rezeki aku dan yang pastinya aku tak akan tuntut.. Tapi, kalau hadiahnya berupa smartphone, pasti aku akan tuntut sampai ke lubang cacing.. Wahahaha.. Gile ko tak tuntut.. rugii wooooo!! Kikiki.. Kekwat betul aku kan.. Hiks..

Saje aku up entry ni.. Mane tau kowt-kowt ada kengkawan blogger yang pernah terkena penganjur tak jujur.. Leh la kite kongsi-kongsi pengalaman di ruangan komen kan.. 

Apa-apa pown, semuanya terpulang pada diri masing-masing la.. Atau mungkin dorang ada reason dorang sendiri kenapa dorang berbuat cenggitu.. Mungkin dorang dalam kesempitan wang, mana kita tahu kan.. So, lebih bagus anggaplah ianya bukan rezeki kita.. Habis ceritakan...

So, korang ada tak pengalaman macam aku.. Moh kite kongsi cerita... Ahakz..



Read More