Wordless Wednesday #1 - Don't Make...

Wednesday, November 2, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


- SMILE -

Read More

MENANG Giveaway dan Blog List Oktober 2016 di vitamin-cerdik.com

Tuesday, November 1, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..

MENANG Giveaway dan Blog List Oktober 2016 di vitamin-cerdik.com  |  Alhamdulillah rezeki untuk menang giveaway masih ada lagi.. Syukur sangat-sangat.. Tq Allah.. Tq Sis Raihanah...


Petang tadi sekali lagi aku dikejutkan oleh sahabat aku Sha yang menyatakan aku MENANG Giveaway & Bloglist Oktober 2016 di Vitamin-Cerdik.com ni... Dah banyak kali juga dia tolong inform dekat aku kalau aku menang mane-mane GA.. Hehe.. Ye la kengkadang tak ingat dan tak perasan kan...


Tq Sha.. Muaxxx ciked.. hehe Sayang kamo0 ketat~ketat!!


Aku di nombor #4.. hehe.. Alhamdulillah.. Aku berterima kasih sangat-sangat pada Sis Raihanah kerana sudi memilih aku sebagai pemenang.. Hadiah yang disediakan adalah seperti di dalam gambar.. Tak pasti untuk aku yang mane satu.. Hiks..

Aku doakan sis Raihanah dilimpahkan rezeki yang halal berlipat ganda dan bisness yang dijalankannya terus maju dan maju.. Amin.. :)


Jom blogwalking blog penganjur Giveaway ni..!!




Read More

Neuvoo - Pencarian Kerja Anda Bermula Di Sini

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Neuvoo - Pencarian Kerja Anda Bermula Di Sini  |  Hi korang!! Ada yang tengah cari kerja ke sekarang ni?? Kalau ada elok sangatlah baca entry aku ni.. Aku nak kenalkan kat korang sebuah enjin pencarian kerja iaitu Neuvoo.. Jom kenali Neuvoo..



Neuvoo adalah enjin pencarian kerja yang paling diperlukan oleh para pencari kerja. Ia boleh didapati di lebih daripada 64 negara di dunia ini.. Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai tahap persaingan yang tinggi. Neuvoo dapat membantu para pencari kerja untuk mencari pekerjaan dengan efektif bermula dari pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan yang tinggi seperti pelayan dan housekeeping sampai ke posisi pengurusan atau jawatan eksekutif.

  • Apakah perbezaan Neuvoo dengan enjin pencarian kerja atau lembaga kerja yang lain?
  • Terdapat 4 kali ganda tawaran kerja berbanding dengan enjin pencarian kerja yang lain di Malaysia.
  • Antara laman pencarian kerja yang mesra pengguna yang senang digunakan dan diakses
  • Menawarkan peluang pekerjaan anda atau mencari kerjaya idaman anda secara percuma
  • Hantaran notifikasi email secara langsung kepada pencari kerja setiap hari apabila terdapat tawaran kerja yang baru.


Neuvoo bukan hanya enjin pencarian kerja yang biasa, tetapi Neuvoo sangat inovatif dan sangat up-to-date. Keperluan para pencari kerja dapat disatukan bersama pada Neuvoo. Selain inovatif dan sangat up-to-date, Neuvoo juga memiliki fungsi-fungsi yang canggih tidak terdapat di enjin pencarian pekerjaan yang lain. Meskipun Neuvoo memiliki fungsi-fungsi yang canggih, tetapi Neuvoo adalah alat pencarian kerja yang sangat senang digunakan dan diakses oleh para pencari kerja. Pada saat ini, Neuvoo menawarkan lebih dari 60 ribu pekerjaan di Malaysia. Tambahan pula, majikan-majikan dapat menawarkan pelunag pekerjaan mereka di Neuvoo untuk mendapatkan bakat-bakat yang diperlukan.

Secara ringkasnya, Neuvoo merupakan Google yang khas untuk mencari tawaran pekerjaan. Neuvoo berusaha dan fokus kepada membantu para pencari kerja sehingga mereka memperolehi pekerjaan impian mereka..

Neuvoo bersiap sedia untuk membantu para pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan impian mereka!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman web Neuvoo di http://my.neuvoo.com

Ataupun, korang boleh terus search jawatan kosong di enjin pencarian kerja Neuvoo ini di sidebar blog aku ni... Aku dah sediakan iFrame bagi memudahkan korang mencari kerja kosong.. Hiks..






Read More

1 November 2016 Harga Minyak Naik Lagi!!

8 comments
Assalamualaikum wbt..

1 November 2016 Harga Minyak Naik Lagi!!  |  Oh my!! Oh my!!.. Harga minyak naik lagi bermula hari ini.. Bukan setakat petrol dan diesel naik tetapi harga minyak masak pown naik oh!! Bagi mereka yang tak menggalas tanggungjawab mengisi minyak kereta mungkin tak akan terasa terbeban.. Tapi bagi aku yang bertanggungjawab untuk mengisi minyak kereta, aku rasa agak terbeban dengan gaji yang tak seberapa ini.. Aduii..

Tapi apakan daya, kita hanya rakyat marhaen.. Tak mampu berbuat apa.. Terpaksalah hadap juga semua ini walaupown terbeban.. Moga ada rezeki lain untuk kami bagi meneruskan kehidupan yang serba mahal pada hari ini.... Uhuk.. Uhukk..

Jom tengok berapa kenaikan minyak pada hari ini..

Harga Petrol terkini bermula 01 November 2016



HARGA TERKINI MINYAK MASAK MULAI NOV 2016

Paket
1KG - RM 2.50

Botol
1KG - RM 3.70
2KG - RM 7.40
3KG - RM 11.10
5KG - RM 18.50

SENARAI HARGA BARU MINYAK MASAK BOTOL MENGIKUT JENAMA

Harga bermula pada 01 November 2016


Read More

Menang Segmen Bloglist November by Cik Nur

Monday, October 31, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Menang Segmen Bloglist November by Cik Nur  |  Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Menang lagi segmen bloglist.. Kali ni Segmen by Cik Nur pula.. Rezeki mencurah-curah.. Syukur.. Thankz to Cik Nur kerana sudi memilih Blog Lea Azleeya ni untuk dimasukkan ke dalam bloglist Cik Nur.. Hiks..

Tapi aku dapat "notakukukucing" la dari Cik Nur yang meminta aku PM alamat, nombor tel dan link blog.. Bila aku belek dan baca balik segmen tersebut, rupanya ada hadiah misteri buat kami para pemenang.. Alhamdulillah.. Apala agaknya ye.. Suspen betul.. Hehe..

Pape pown terima kasih sangat-sangat pada Cik Nur.. Len kali buat lagi ye... Pasti akan join nanti.. Hehe..

Oh ye, sahabat aku Sha pown menang juga untuk segmen ni.. Cam berjanji lak ye Sha.. Ahakz..


Jom blogwalking blog penganjur segmen..






Read More

Hadiah August Anniversary Giveaway by Liyana Anuar Selamat Sampai

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Hadiah August Anniversary Giveaway by Liyana Anuar Selamat Sampai  |  Oke, ritu aku ada join giveaway by Blogger Liyana Anuar ni.. Dan senarai pemenang telah diumumkan pada 07 Oktober 2016 yang lalu.. Alhamdulillah aku tersenarai sebagai pemenang.. Hehe.. 

Untuk hadiah giveaway ni, aku dah terima petang tadi... Alhamdulillah.. Terima kasih sangat-sangat dekat Yana kerana sudi terima Lea sebagai pemenang dan jujur dalam penganjuran... Hiks..

Len kali buat lagi ye.. Lea pasti akan turut serta.. Hehe

Parcel sampai petang tadi..

Sabun beras..


Jom blogwalking blog penganjur GA ni..


Read More

Kenapa Tudung Bawal Yang Menjadi Pilihan?

11 comments
Assalamualaikum wbt..


Kenapa Tudung Bawal Yang Menjadi Pilihan?  |  Petang ni aku nak kongsikan dengan korang kenapa tudung bawal menjadi pilihan aku berbanding tudung-tudung jenis lain... Okeh, aku cite sikit ye bila bermulanya aku terjebak agak serius dengan tudung bawal ni.. Sebetulnya, mula firstime kerja aku memang dah pakai bawal ni.. Tapi time tu tengah femes bawal yang ada batu batan dekat tepi tu.. Entah apa nama pown aku tak tahula.. Yang aku tahu orang selalu sebut bawal no.1.. bawal no. 2.. Gitu le gayanya.. 

Lepas pada tu, tudung express pulak muncul dan terfemes.. Aku pown mula terjebak dengan tudung express pulak dan tinggalkan zaman tudung bawal buat seketika.. Sampailah satu tahap aku kenal dengan tudung Aidijuma beberapa tahun yang lepas.. Maka aku terus terjebak secara serius yang menyebabkan kepada pengumpulan tudung AJ secara besar-besaran.. Haha.. Aku dah tahap kronik time tu beli tudung AJ.. Sampai bertimbun-timbun.. Sebab AJ keluar design baru hampir setiap minggu.. Mane tak gile meroyan aku... Virus AJ time tu agak teruk.. Akulah salah seorang mangsanya.. Haha..

Koleksi Bawal aku.. Mungkin dah bertambah lagi jumlahnya..

Oke, kenapa aku pilih bawal berbanding tudung-tudung yang lain?? Ni jawapannya..

KELEBIHAN TUDUNG BAWAL

Senang dipakai/dikenakan
Pakai bawal ni bagi aku sangat mudah.. Tak perlu berlama-lama depan cermin.. Berbanding dengan shawl.. Siap kene lilit-lilit dan banyak pin.. Kengkadang aku layan jugak shawl tetapi time aku rajin dan time aku tak perlu solat.. Hehe.. Kalau bawal ni mudah, dah siap solat mudah aje nak pakai.. Tak perlu masa yang lama untuk mengenakannya..

Boleh dipelbagaikan gayanya/Kepelbagaian fesyen
Bawal ni juga boleh dipelbagaikan gaya dan fesyennya.. Kebanyakan aku tengok ramai yang suka pelbagaikan fesyen bawal ni.. Tapi bagi aku pulak, aku lebih selesa pakai macam biasa aje.. Tak pandai sangat nak berfesyen-fesyen bagai.. Hehe.. 

Dah cam kumpulan nasyid tu..

Pengawas sekolah tingkatan 6

Labuh yang boleh diselaraskan
Ini yang paling penting.. LABUH..!! Kenapa aku suka pakai cam biasa-biasa ni adalah sebab pakai camni ofkoslah untuk dapatkan kelabuhannya itu.. hahaa.. Selain tu aku memang tak pandai nak pakai fesyen pelik-pelik ni... Hehe.. Oldskul makcik ni nakkk!! Bawal ni best sebab labuhnya boleh dilaraskan.. Nak labuh camne..?? Haaa boleh diejas sendiri.. Hiks..

Selesa
Selain tu ianya sangat selesa dengan materialnya yang sejuk.. Kalau kite pilih baju pown kite mesti pilih dari material yang selesa dan sejuk kan... Inikan pula tudung yang nak pakai atas kepala, lagi la nak kena yang selesa.. So, bawallah tudung yang paling selesa bagi aku...

Lebih Muda
Hahahaha aku gelak dulu.. Yang ni tataw la betul ke idokkk ye.. Tapinya ramai yang berpendapat cenggitu.. So, aku grab jugak la pendapat ni untuk dimasukkan dalam senarai ni.. 'Lebih muda' tu terlalu subjektif.. Ianya atas pendapat masing-masing.. Bak kata orang atas mata korang sendiri menilainya..

Jimat Masa
Yang ni ofkos tepat!! Jimat masa.. Lipat 3 segi terus pakai dan pin.. Setel.. Tak yang nak mengadap cermin lelama.. Betul tak??

Luv choc!!

Sesuai dengan semua bentuk muka
Marilah bentuk muka camne pown, akan sesuai dengan tudung bawal ni.. Kerana tudung bawal akan terbentuk mengikut bentuk muka kita.. Pakai senget benget pown masih cute lagik nampak.. Haha.. Boleh gitu ekk??

Harga murah
Paling best tudung ni harga murah aje.. Tak yah la dikire tudung bawal yang beribu tu ye sebab yang tu di luar kemampuan.. Aku cerita ni yang murah-murah aje di pasaran yang mampu dibeli.. Contohnya AJ, AQ, Kekaboo dan paling murah kangaroo.. So, harga bawal ni memang tak membebankan hokek!! Itu hakak suka..!!

Pelbagai corak
Dulu-dulu mungkin bawal dijual hanya plain sahaja.. Sekarang ni pelbagai corak dah dok ada.. Naik gile nak pilih... Rambang mata.. So, bawal sekarang dah banyak pilihan dan lebih seronok nak pakai dengan pelbagai corak yang up to date..!!


Itu sajelah pendapat aku tentang bawal kesayangan aku ni.. Aku dan bawal dah tak dapat dipisahkan.. Haha.. Korang camne lak?? Apa tudung yang menjadi kegemaran korang?? Sama dengan aku tak?? Jom la kongsi cerita...


Read More