Ranking Alexa LeaAzleeya.com Sept 2016

Friday, September 30, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Sept 2016  |  Lama dah tak update ranking alexa ni lepas bertukar kepada dotcom ni... Mood update dah terbang melayang sejak bertukar dotcom rank alexa jatuh terjunam.. Huhu.. Bila dah bertukar ke dotcom ni, automatik rank akan jatuh umpama kita bukak blog baru... So, seolah-olah blog aku ni dilahirkan semula.. Cewahhh...

Hari ni tergerak hati nak check balik.. Alhamdulillah ada perubahan.. Jom tengok LeaAzleeyadotcom ni berada di rank ke berapa juta?? Juta yeee... Haha...!!

Alexa Rank (LeaAzleeyadotcom) - September 2016


SEPTEMBER 2016
Global Rank  :  2,342,608
Rank in Malaysia  :  11,192

Okeh, inilah rank alexa aku setakat bulan September ni.. Moga-moga akan terus berada di tahap yang terohsem akan datang.. Insyaallah... 


Read More

To My Son

Thursday, September 29, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


For my anakzzs~!!

:: Qhallizam ::



Read More

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV 2016

Wednesday, September 28, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV 2016  |  MYTV Broadcasting ni adalah unit dekoder percuma yang akan diberikan kepada lebih kurang 2 juta rakyat malaysia yang dipilih secara rawak... Siapa yang dah semak nama penerima dekoder percuma MYTV ni?? Terpilih atau idoookkk?? Bagi yang belom semak, korang boleh la semak sekarang sama ada korang terpilih atau tidak sebagai penerima dekoder percuma itewww..!!

Apakah Itu Televisyen Terestrial Digital (DTT)?

Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (Analogue Switch Off - ASO) secara berperingkat antara 2015 sehingga 2020... Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-neraga yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah dibawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020... Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.


Semak Nama Anda Sekarang!!

Korang boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut :-

Boleh semak melalui Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300 80 6988 ataupun ikuti step-step seperti dibawah ini..

Step 1
Layari laman web rasmi http://mytvbroadcasting.my

Step 2
Masukkan No. Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan..


Step 3
Lihat keputusan samada :-

BERJAYA??




TIDAK BERJAYA??


Aku?? Huhu "MOHON MAAF... ANDA TIDAK TERPILIH.." haaa itu lah result yang aku dapat daripada semakan no IC aku.. ahakz.. Tak de rezeki lagik untuk dapat MYTV free.. Korang camne?? Semak la cepat.. Mane tau kowt-kowt ada rezeki korang untuk dapat dekoder MYTV percuma ni..


Saluran yang ditawarkan!

Antara saluran yang ditawarkan oleh MYTV adalah seperti berikut :-


Korang dah semak belum?? Kalau belom jom semak sekarang..!!




Read More

Silkygirl Matte Lipstik Pilihan Terbaik

10 comments
Assalamualaikum wbt..


Silkygirl Matte Lipstik Pilihan Terbaik  |  Tak bekerja aku hari ni.. Pengasuh anak demam, aku pown kesihatan tak berapa nak mengizinkan.. So, mereput dekat rumah aje la hari ni.. Okeh, kali ni aku nak cite tentang Lipstik baru aku ni.. Ahakz.. 

Aku ni memang pengguna kosmetik Silkygirl.. Tapi bukanlah semua produk keluaran Silkygirl aku guna... Ada beberapa produk aje seperti Lipstik, Eyeliner dan pencuci make up.. 3 produk ni wajib beli jenama Silkygirl punya.. Selain ianya sesuai dengan aku, produk ini juga dijual pada harga yang mampu milik.. Tu sebabla aku suka produk ni.. Haha.. Tak mahal dan harga berpatutan.. Boleh bergaya tanpa terbeban dengan harga yang mahal.. Walau pown harganya tidaklah semahal produl-produk yang lain, tetapi produk ni sangat berkualiti dan mempunyai pilihan yang menarik.. Warna lipstiknya pown cantik dan ohsem.. Wahh menggunung aku puji produk ni.. Awas ini bukan iklan berbayar ye.. Haha..

Tambah Koleksi Lipstik!

Eceli, aku dah lama kowt tak beli lipstik.. Pakai yang hado0o aje sampai naik jemu tengok muka sendiri.. Sama aje setiap hari.. Ekeke.. 

Hari gaji baru ni, pergi la bershopping barang dapur.. Dah alang-alang beli barang, bodek le encik somi soh belikan lipstik baru.. Huhu.. Macam-macam alasan dok kasi, lipstik lama nak habis la.. Asyik pakai lipstik sama warna laa.. Kiki.. Lastnya dapat jugak aku rembat 2 ketol lipstik Silkygirl Matte ni.. Dah lama usha sebenarnya lipstik ni.. Tunggu masa aje nak sambar.. Pada mulanya nak beli satu aje, tetiba mata ni terpengaruh lak dengan warna-warna yang ada.. Hadoiii, TERPAKSA la hakak rembat 2 dek non...!! Encik somi ape lagik, membebel panjang la.. Haha.. 

Okeh jom tengok warna ape yang sempat hakak rembat...

04 - Mystic Rose

08 - Foxy Red

Mystic Rose (04) ni warnanya berunsur pink gitu.. Aku memang dok mencarik lipstik warna pink sebab asyik pakai nude colour aje.. Lama dah tinggalkan lisptik warna pink ni.. Masa bujang-bujang dulu aje dok pakai lisptik pink.. Dah kawen mula minat dengan warna Nude... Dah kenapa yeee?? Heeee.. Warna Mystic Rose ni cantik tau dek non.. Pink dia tak pekat dan suram.. Memang cantik warna dia.. 

Foxy Red (08) ni pulak warnanye berunsurkan merah.. Tapi tak de la merah menyala.. Warna dia ala-ala oren peach gitu.. Warna camni memang aku suka.. Bila pakai nampak relaxx aje.. Naturalnye.. Cewahhh... Warna ni pown cantik... Tapi sebenarnya warna ni aku memang dah selalu pakai.. Ni beli pown sebab nak ganti yang lama tu dah nak habis.. Haha..

Kenapa Matte??

Kenapa aku nak sangat beli Silkygirl Matte kalau korang nak tahu, sebabnya sebelum ni aku pakai lisptik matte, warna lipstik di bibir akan mengering.. Nampak tak bermaya dan menyeramkan.. Haha.. Biasala kan nama lagik matte.. Tapi tidak Silkygirl Matte ni, bila pakai, bibir tetap nampak moist dan sangat selesa... Matte tetaplah matte tetapi tidak sekering lipstik matte yang lain.. Sies bak hang!!

Korang paham tak ape aku terangkan tu..?? Haha kalau tak faham buat-buat lah faham yekk..!!

Ni warna pink sebenarnya ye.. Pencahayaan terlebih, warna agak lari sikit.. Hiks..


Peach colour.... I like!!


Konklusinya, cewahh konklusi tuuu... Ayat buku.. Haha.. Okeh, pendek kata aku memang suka lipstik dibawah jenama Silkygirl.. Warna cantik dan selesa bila di pakai.. Bukan baju aje selesa dipakai ye.. Lisptik pown kene carik yang selesa di pakai tau... Baru lah tak memudaratkan bibir.. Kalau tak rasa cam tebal aje bibir.. HIks...

Wokeh la.. Takat ni dulu la ye aku berceloteh.. Nak up gambar aku pakai lipstik ni pown takut korang muntah darah lak.. Haha baik tak payah laa.. Tengok gambar lipstik udah la ye.. Akan datang insyaallah aku akan review pulak lipstik Golden Rose.. Aku ada sambar 2 ketoi jugak dekat laman web Zalora.. Tataw la cantik ke idokkk.. Selesa ke idookkk.. Kite tunggu dan lihat aje la ye...

c u soon..!!


Read More

The Benefit Matrix Hybrid Amino Plus

1 comment
Assalamualaikum wbt..


The Benefit Matrix Hybrid Amino Plus  |  Hi korang!!.. Seperti yang telah dijanjikan, kali ni aku nak bercerita pula tentang manfaat Matrix Hybrid Amino Plus ni... Seperti yang dah aku war-warkan pada entry sebelum ni, Matrix Hybrid Amino Plus ni adalah makanan tambahan bagi penambah prestasi atau lebih tepat meningkatkan stamina dan memberi sumber tenaga yang baik untuk membina otot serta memberi kesan positif kepada prestasi senaman kita..

Matrix Hybrid Amino Plus ini diformulasikan untuk memaksimakan komponen yang paling penting yang diperlukan untuk meningkatkan senaman kita.. Ianya juga dapat meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan membolehkan kita bersenam dengan lebih kuat untuk masa yang lebih lama tanpa keletihan... Hybrid's power-charged formula dapat melindungi badan kita bagi mencapai penggunaan tenaga yang tinggi... Yang mana boleh digunakan untuk latihan yang berat begitu juga dengan latihan biasa.. Hybrid bukan sahaja dapat meningkatkan kebolehan badan kita untuk kekal bertenaga lebih lama tetapi juga membenarkan pemulihan yang cepat untuk senaman yang lebih baik..


Apakah manfaat lain Matrix Hybrid Amino Plus??

High Intesity Training
- Endurance Training

Boost Nitric Oxide
- Increase blood flow to the muscles

Increase Stamina
- Keep up the pace

Accelarate Muscle Growth
- Increase your muscle mass

Increase Mental Alertness
- Stay focused and mentally energised

Speed Up Recovery
- Delay fatigue. Get back to your workout quicker than ever before.


Banyak gile kowt manfaat dengan mengambil produk ni... Patutlah produk ni diambil oleh ahli bina badan dan bagi mereka-mereka yang kuat senaman.. Produk ni berfungsi dengan baik untuk mereka ye.. Mane tak nye produk ni dapat meningkatkan daya tahan untuk berlatih, menambahkan kekuatan otot, meningkatkan aliran darah ke otot-otot, pertumbuhan otot-otot pown laju berdesup, meningkatkan jisim otot juga dan banyak lagik manfaat kepada mereka ahli sukan ni.. Semua berkaitan dengan otot.. hehe..

Zainal Arif - Ahli Bina Badan Malaysia

Oke la, aku tak nak cakap banyak dah.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang rujuk gambar kat bawah ni ye..  Gambar tersebut akan bercerita secara menyeluruh tentang Matrix Hybrid Amino Plus ni... Cewahhh..





Read More