Pakcik Sudin vs Monster Biru

Monday, September 19, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Pakcik Sudin vs Monster Biru  |  Woha!! Mai rapat-rapat nak cite pasal Monster Biru... Ahakz.. Seram tak?? hehe.. Okeh citenye bermula camni... Semalam time dok layan novel "Andai Itu Takdirnya 2" dalam bilik sambil teresak-esak nangis, tetiba perut rasa lapar pulak.. Time tu kalau tak silap dah dekat pukul 11 malam.. Lapar punye pasal, terus aje pergi dapur tengok ape yang ada... Apa yang ada?? Apa lagi kalau bukan Megi... Huhu.. Buat le aku megi Asam Laksa...

Time tengah syok menyantap Megi Asam Laksa dekat dapur, tetiba aku terperasan ada kelibat kecik lalu berdekatan dengan meja aku makan... Huhu.. Aku toleh, rupe-rupenya Pakcik Sudin rupanya.. Hehe Jangan keliru, Pakcik Sudin tu si Qhaliff la sebenarnya.. hehe.. Boleh pulak dia sedar.. Padahal dah tido kowt.. Dia bau megi aku masak kowt.. Huhu..


Tengah-tengah aku mengisi perut, aku nampak la dia buat aktiviti menyarung selipar aku yang beso gedabak tu.. Kebetulan hp ada pada aku masa tu... Terus aje aku rakam perbuatan dia... Moh tengok ape dia buat!!

Pakcik Sudin Pinjam Selipar Ummi Jumpa Monster Biru..

Monster Biru?? Mesti korang tertanya-tanyakan mana Monster Biru nye?? Haa korang nampak tak yang tercongok dekat tong sampah antik aku tu.. Kalau tak nampak itu bermakna pendekk umurrrrrr bak kata P.Ramlee.. hehe.. Monster Biru tu aku maksudkan Vacuum yang dekat tong sampah tu.. Nape aku panggey Monster Biru sebabnya Qhaliff sangatlah takut sama itu Vacuum... Dia takut bunyi kuat Vacuum tu.. Kadang-kadang kesian jugak tengok dia ketakutan.. Jom tengok Video seterusnya apa dia buat..
 
Dok usha baeekk punye Monster Biru

Gelak aku sorang-sorang tengok keletah dia semalam.. Dah la pakai selipar sebelah pastu dok ushaaa jerk Monster Biru dia tu... Nak pergi dekat takut.. Dah kenapa aku tak simpan aje dalam stor?? Haaa nak tahu kenapa, sebabnya si Qhaliff tu suka sangat dok main sampah dalam tong sampah.. Sebab tu aku letak dekat dengan tong sampah supaya dia tak selongkar sampah tu lagik.. Huhu.. Mujarab betul cara ni,.. Memang tak pergi langsung dekat tong sampah tu.. Usha dari jauh jerk... Ahakz.. Bukan niat nak takutkan dia sebenarnya, tapi untuk elak dia main sampah dalam tong tu... Jom tengok episod terakhir cerita ini.  



Di akhir episod pakcik sudin dah berputus asa dah nak berbaik-baik dengan Monster Biru.. Haha.. Terkedek-kedek jalan pakai selipar sebelah... Macam-macam Qhaliff ni.. Kadang-kadang tu rasa tercuit tengok gelagat dia.. Penyeri hidup aku.. Okeh la.. tamat dah cite pakcik sudin vs monster biru.. Tunggu episod cerita lain pulak ye nanti.. Ahakz.. 
Read More

Train To Busan Filem Seram Sedih

1 comment
Assalamualaikum wbt..


Train To Busan Filem Seram Sedih  |  Korang dah tengok filem ni?? Aku baru jerk tengok minggu lepas kalau tak silap.. Hehe.. Biasala aku ni selalu terlepas train.. Orang dah sampai kemana-mana.. aku baru terkedek-kedek nak tengok... Ahakz.. Nak buat camne, tiada masa untuk bersenang-senang sambil menonton.. Aku dapat tengok haritu pown sebab, Si kecik tu dok layan sekali cite ni.. Kalau tak memang tak dapekkk leee aku nak menonton.. Entah camne dia ralit pulak tengok cite Train To Busan ni.. Huhuhu.. Mungkin dia tengok banyak orang berwajah pelik-pelik lam tu kowt... Maksud aku antu-antu yang ada dalam filem tu laa.. Huhu..


Okeh-okeh, aku nak buat review sikit pasai filem ni.. Cewahhh.. Pada mulanya aku dengar kengkawan dok bercerita sal cite ni mereka cakap cite ni cite sedih.. hoh Aku dengan rasa peliknya terfikir, takanla cite antu leh pulak sedih.. Mengarut aje... Lepas aku tengok ramai blogger dok buat review pasal filem ni, ehh datang pulak keinginan nak tengok filem ni jugak.. Nak nak lagik dekat rumah en somi pown dok layan cite ni kat HP dia.. Haisss tak leh jadik ni.. Terus aje mintak kat en somi nak tonton jugak.. Huhu..


Sebelum tengok tu, usha dulu hero dia.. Hehe.. Aku bukan kenal sangat pelakon-pelakon korea ni.. Aku bukan peminat tegar cerita korea.. Dulu-dulu time sekolah and time ngah membujang dulu penah la jugak layan korea.. Full House.. Entah ape lagik. Ada la 2, 3 agik filem yang aku layan.. Firstime tengok hero korea filem Train To Busan ni, tak dela hensem mane.. Tapi dah lama-lama tengok ok pulak.. Huhu.. 

Starting cerita, aku rasa cite ni biasa je.. Siap kutuk-kutuk agik.. Sebab en somi cakap cite ni best.. Sedih.. Ape kebendenyeee cerita seram tetiba sedih pulak.. Hadoiii... Pastu en. somi sound tepet dekat aku, dia cakap cubala tengok dulu.. Baru tengok dah kritik.. Haha.. Ko nampakkk!! Dah kene aku.. kiki.. Aku pown teryuskan tontonan dengan kusyuknye... Lastnye aku sendiri dah syiokk sangat tengok filem ni.. Makin lama makin excited...


Setiap kali mangsa nak bertukar menjadi zombie, rasa gerun pulak aku tengok.. Anak aku tak berkutik dia tengok.. hehe.. Pada mulanya aku agak menyampah dengan perangai hero tu yang pentingkan diri sendiri... Siap aku marah-marah lagik perangai tak semenggah dia tu.. huh... Aku teruja sangat tengok abang sado dalam filem ni.... Tak ingat pulak aku pada nama watak dia dalam filem ni.. Tak menghafal la pulak aku.. Yang ada isteri ngah mengandung tu.. Korang mesti taukan nama dia.. hehe... 

Abang Sado yang gagah berani bersama isterinya..

Pada mulanya aku ingat abang sado ni la watak yang pentingkan diri memandangkan dia nampak cam bengis dan sombong.. Rupanya dialah hero yang hebat dalam filem ni.. Banyak membantu dan melindungi semua.. Sanggup berkorban untuk menyelamatkan rakan-rakan dia yang ada dalam Train tersebut.. Sedih betul masa tu... Aku rasa nak menangis tapi aku tahan sebab takut kene bahan dengan en somi.. hiks.. Kuang ajo betol cite ni sebab buat aku sedih.. Haha..


Arghhhhh!! Aku tak boleh tengok orang tu ni.. Kejam gile.. Pentingkan diri... Isk.. Tak boleh la aku.. Dia ni jahat sangat dalam filem ni.. Dia hanya pentingkan diri sendiri... Gunakan orang lain untuk keselamatan diri dia.. Janji dia selamat.. Lastnya jadi jugak ko zombie.. Padan muka.. Huh.. Dah jadi zombie pown jahat tak hilang agik tu.. Haha.. Pergi pulak dia gigitnye tangan hero... Dah pulak hero jadi zombie...


Last sekali la part paling sedih... Hero dah kene gigit dengan zombie paling jahat a.k.a selfish tu.. Bermakna hero pown akan menjadi zombie jugak... Part dia nak pergi dari anak dia dan terjun dari Train tu la yang sedih... Anak dia meraung panggil dia.. Allahuakbar.. Sedih betul time ni.. Dah la anak dia hanya ada dia aje sebagai pelindung dalam hidup dia.. Mak pown tataw kemana terus sepi sekuntum mawar merah.. Ni pulak ayah dah jadi zombie dan mati... Huhu.. Yang selamat hanyalah Anak hero dan Isteri abang sado.. Tu pown nyaris-nyaris nak kene tembak dengan tentera dekat Busan tu.. Kalau tak sia-sia jerk dorang selamatkan diri...

Haisss tragik betul la cite ni... Korang tengok sendiri la baru dapat rasa apa yang aku rasa.. Hehe..


Read More

Giveaway by Cik Purple

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway by Cik Purple  |  Ponnnnn ponnnnnnn!! Moh le join GA by Cik Purple ni... Hadiah menarik.. Syarat mudah... Jom reramai havoc kan GA ni... Leh tambah kenalan sesambil tu... Ahakz..

Tarikh Tamat
Bila-bila masa jerk boleh tamat!!



Read More

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

6 comments
Assalamualaikum wbt..

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 

Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? - SENDIRI
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang -  BERMINYAK DI T ZONE DAN KULIT TIDAK SEKATA
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya telah menggunakan pelbagai produk skin care tetapi masalah kulit saya tetap sama tiada perubahan.. Dan sekarang saya tengah mencari produk yang bersesuaian dengan kulit saya bagi mengatasi masalah ini.. Bila saya membaca testimoni produk ini, saya teruja untuk mencuba 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs ini..

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Read More

Positif Pagi

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Moga diri ini terus tabah menghadapi hari-hari mendatang..!!


Read More

Mandian Enchanteur vs Mandian Big Value Carrefour

Saturday, September 17, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Mandian Enchanteur vs Mandian Big Value Carrefour  |  Korang mandi pakai shower cream atau sabun ketoi?? Malam ni aku tamo la cite sal sabun ketoi.. Tapi aku nak cite pasai shower cream yang aku pakai... Aku ni memang pengguna tegar mandian Enchanteur sebab bau dia sangat mengancam dan tak melekit.. Penah la nak berlaku curang dan berpaling tadah beberapa kali tapi cubaan tersebut mengecewakan.. Lastnye tetap kembali pada Enchanteur... huhu...


Aku pakai mandian warna pink tu sebab aku suka sangat harumannya... Bila tukar brand lain mesti pakai tak dan habis mesti nak p beli Enchanteur balik.. Ada badi Enchanteur ni tau.. Haha..

Okeh nak dijadikan cerita, bulan lepas aku ke KL umah akak aku kan.. Kat umah dia guna mandian Big Value yang dibelinya dekat Carrefour.. Perghhh bau dia lebih kurang Enchanteur bak hang!! Tak melekit.. Harum sepanjang zaman.. Haha.. Tu pown kalau pakai sepanjang zaman la baru bau pown sepanjang zaman.. hehe..


Haa ni la mandian yang aku habaq kat hangpa tu.. With Sakura Extract lagik tu.. Wangian dia lebih kurang macam Enchanteur... Serius baq hang.... Aku guna mandian ni dekat umah akak aku aritu terus terjatuh cinta dengan mandian ni pulak.. Katanya kakak aku harga mandian ni murah aje.. Lagik la aku teruja nak berlaku curang dan berpaling tadah.. Hiks..

Balik aje dari cuti-cuti malaysia ritu, aku buat operasi mencarik mandian ni dekat Carrefour Kuantan.. Dekat ECM nun... Carik punye carik tak jumpa la pulak.. Dalam hati cakap, huh mungkin Carrefour ni tak de jual kowt.. Dah pasang niat pulak nak suruh kakak borong kat KL sana bawak balik Kuantan.. Haha.. Gile arr...

Nak dijadikan cerita lagik, time nak bayar barang lain yang aku beli dekat kaunter kosmetik, aku tertoleh la ke kanan, terrrrnampak la deretan barangan Big Value.. hoh!! Terus meluru aku ke rak tersebut untuk merembat 2 botol mandian yang ohsem ni.. haha.. Gelojoh betol.. Akhirnya dapat jugak aku guna mandian ni sepanjang zaman.. Harganya toksah cakap la memang murah sangat.. Pendek kata aku suka sangattttttt!! huhiii..

Korang pakai mandian apa?? Meh le share...



Read More

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Friday, September 16, 2016

13 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner kalau nak join ye..

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena  |  Jom korang join GA by blogger Arwen ni... Dapat mangkuk tingkat warna warni bak hang kalau menang... Comey kowt mangkuk tingkat ni... Tamo ke?? JOm leee join sama... Kasi havoc lagik GA ni...


Tarikh Tamat
15 Oktober 2016


Read More

Share Post Blog Di Fanpage Tak Cantik..!!

Thursday, September 15, 2016

16 comments
Assalamualaikum wbt..



Share Post Blog Di Fanpage Tak Cantik..!!  |  Hi korang...! Hujan dekat tempat aku ni, line intenet pown macam sipowt aje.. Huhu.. Eceli aku baru aje buat Fanpage untuk blog aku ni.. Jengok kat sidebar ye.. Alang-alang dah jengok tu, korang buat-buatlah tertekan 'LIKE' ye.. hiks.... Bila Fanpage dh dibuat, ada pulak masalah lain yang timbul.. Masalahnya, bila aku share post blog aku dekat fanpage aku tu, view dia tak cantik.. Camni haaa jadiknya.. 


Nampak tak hanya ada pica dan url blog.. Aku tengok dekat fanpage orang lain cantik jerk view dia.. 

Klik banner ye kalau nak LIKE fanpage Blog Azhafizah ni...

Okeh, tengok perbezaan status post fanpage aku dengan fanpage blogger Azhafizah ni.. Berbeza kowt... Cantik aje view dia.. Ada tajuk.. Ada text sikit.. Ada url blog.. dan siap ada authornye lagik.. Ini tidak adil!! haha..  [p/s : Fiza, Lea pinjam screenshot fanpage fiza ni yek.. halal ekk.. hiks..]  

Adoii, sekali lagik pulak aku nak carik jalan penyelesaian bagi masalah ni.. Nak kene mintak toleh Reenri ni.. Reen tulommmmm!! ahakz.. 

Kalau korang ada jalan penyelesaian bagi masalah ni, sudi-sudilah share dengan aku yang daif ilmu ni yek... Hurrmm bila orang buat fanpage aku pown nak buat.. Tapi setting kelauttt tak pandai.. huhu..


Read More

Check Up Bulanan Qhaliff

5 comments
Assalamualaikum wbt


Check Up Bulanan Qhaliff  |  Hari ni adalah hari untuk bawak Qhaliff ke klinik untuk check up... Dah masuk 1 tahun 5 bulan dah anak ummi tu.. Dah besar dah.. hehe.. Sepatutnya tarikh check up dia jatuh pada hari raya haji yang lepas... Takan la nak pergi check up hari raya kowt.. Ye dak?? Aku pergi la tukar tarikh temujanji lain.. Mungkin nurse yang letak tarikh tu pown tak perasan yang 12hb tu hari raya haji.. Hiks.. Dan dapat lah tarikh baru pada hari ni 15hb sebelah petang... So, halfdaylah aku hari ni.. 


Kata nurse yang check Qhaliff aitu, hari ni Qhaliff akan menjalani saringan.. Maksudnya ujian memastikan sama ada di kategori lembam atau tak.. Haisss berdebar lak aku.. Tapi Qhaliff aktif.. Hehe.. Moga-moga saringan tersebut berjalan lancar la.. Ahakz.. 


Read More

Segmen : Bloglist 3 Bulan Bersama Elsa

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join..!!

Segmen : Bloglist 3 Bulan Bersama Elsa  |  Haloo haloo.. Mownink uolls.. Meh ikut LA join segmen by blogger ELSA ni.. Kalau menang datang duduk dekat sidebar blog Elsa ni sebagai bloglistnya selama 3 bulan uollss!! Elsa mencarik 10 orang pemenang... Jom la join reramai support segmen kawan kite ni.. 

Tarikh Tamat
30 September 2016




Read More

Huawei P9 Yang Ohsem!!

17 comments
Assalamualaikum wbt..

Huawei P9 Yang Ohsem!!  |  Holaa HOlaaa!! Dah tido ke korang?? Agak lewat aku bersiaran hari ni.. Okeh, aitu aku ada up entry pasai aku nak mencarik smartphone untuk diri sendiri.. [SINI] Pada mulanya aku berangan-angan nak rembat Vivo V3max... Setelah aku buat survey dan bertanya 'pakar-pakar' hp dekat tempat kerja aku tu dan membuat survey dari internet, makanya aku tak jadik nak beli hp Vivo V3max yang aku pada mulanya idam-idamkan itewww!! Kenapa tak jadi?? Haaaaa sebabnya aku dah terpikat dengan Huawei P9 yang ohsem ni..

Amek gambar pown sorok-sorok ye!! hehe

Kalau korang nak tau, camne aku leh terpikat dan terbeli Huawei P9 ni?? Haaa ni nak cite ni.. Baca ekk.. Hiks.. Masa aku dok buat survey hp Vivo tu, aku terbaca la entry tentang ke-ohsem-nan smartphone Huawei P9 ni kat blog Cik Epal... Katanye gambar sangatlah cantik.. Biasalah kite ni kan kaum hawa tak terkecuali kaum adam, kalau beli hp mesti perkara pertama yang diharapkan terhadap hp tersebut adalah kualiti gambar yang cantik... Camtu gak la ngan aku.. Dari review blogger Cik Epal tu la aku terus buat keputusan nak beli Huawei P9 ni...


Eceli, dah lama jugak aku beli hp ni.. Aku beli akhir bulan ogos.. Kirenya ni hp merdeka la.. Haha.. Serius aku cakap, Huawei P9 ni tersangatlah ohsem gambar dia.. Cantik dan tak perlu nak edit-edit dah bagai... Sebab camera Huawei P9 ni dah ada effect BEAUTY... Hanya perlu ejas jerk dekat screen camera tu sama ada nak glowing dia tahap berapa.. Tahap kuasa dua.. Tahap dewa.. Haaa korang boleh pilih mengikut citerasa korang.. Ahakz... Yang penting gambar yang diambil tak yah dah nak edit... Memang dah mulus dan tulus dah.. Huhu.. Kalau korang nak tahu lagik lebih lanjut pasai camera Leica Huawei P9 ni, korang leh tengok review Cik Epal ye.. 


Pada asalnya aku nak warna putih... Tapi tokey kedai tu cakap warna putih ngak adaaaa!! Yang had0 hanya warna gold... Dengan muka dan perasaan yang agak frust menonggeng aku rembat la jugak warna gold... Aku ni memang peminat warna putih... Kete puteh.. Hp yang dulu tu putih.. Hehe.. Nasib la, kali ni dah terkena virus Gold la pulak.. aduhaii...

Apa-apa pown aku sangatlah berpuashati dengan Huawei P9 ni... Segalanya best tentang Huawei P9 ni.. Sies babe aku kabo ke koram sumee!! paham dok?? Hiks.. Ohh ada satu aku tak berpuashati dengan Huawei P9 ni, harga dia agak mendongak.. Haha.. Yele kan, kalau orang kaya mungkin tak mendongak.. Bagi aku yang tak berapa nak kaya ni, kene mendongak la.. huhu.. Tapi tak pe la kan, dah nak pakai, beli aje la.. Lagi pown duit terkumpul dah cukup untuk beli hp so, rembat aje la.. huhu..


Cover belakang ni dapat free masa beli hp ni.. Banyak jugak la gift yang aku dapat.. Bila bawak opiz, ramai lak yang berkenan dengan cover belakang ni.. Siap ada yang nak carik nanti untuk hp mereka.. Huhu.. Cantik keh?? Hehe.. Wokeh la takat ni aje aku nak membebel malam ni.. Ehh dah pagi upenye.. Sok pulak sambung... Aku nak beradu dulu.. Esok kerja wehhh!! Nunite korang!!


Read More

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Wednesday, September 14, 2016

12 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join..

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!  |  Kali pertama terpandang banner ni hati cakap cantiknye banner ni.. Hehe.. Aku suka lukisan ni.. Tapi bukan itu yang nak aku cerita kat sini.. Yang aku nak kasitau kat korang, aku nak join Giveaway by Blogger Sally Samsaiman yang agak menarik hadiah yang dia nak kasi kepada pemenangnya nanti.. hehe.. Nak tau hadiah ape yang blogger Sally nak kasi.. Haaa ni aku kasitau kat korang.. ahakz..
Sebuah Beauty Box

Bukan box kosong tau.. Kat dalam tu ada macam-macam katanye.. ada skin care.. make up dan macam-macam lagik.. Kalau dah 1 box aje, ini bermakna blogger Sally hanya mencari seorang pemenang sahaja.. Hiks.. Bertuah ke aku?? Heeee InsyaAllah kalau ada rezeki ye dak??

Bercerita pasal produk kecantikan ni, aku ni dah lama tak beli skin care sebabnya aku masih mencarik-carik skin care yang sesuai untuk aku.. Mane tak nye, setiap kali beli ada aje yang tak kene.. Produk merbahaya la.. Ada mercury la.. Produk tak bagus la.. Tak berkesan la.. Jadi fedap aku.. Lastnye pakai aje la krim merangkap pondesen dan bedak compact pixy... Adalah satu produk yang aku dengar kabarnye elok tapi aku tak berani lagik nak beli.. hehe.. Bio le dulu... Dulu aku pakai bedak miami.. Sekarang dah bertukar kepada pixy.. Aku lebih suka bedak pixy.. hehe.. 

Lipstik pulak aku pakai silky girl aje.. Baru-baru ni aku ternampak la lipstik baru keluaran silky girl jenis matte punye.. Nak beli tapi dah habis la pulakk.. Adoilahh,.. InsyaAllah nanti nak p usha dekat watson.. Kite kasi masuk dalam wishlist dulu.. Hehe..Kesimpulannya aku ni pakai skin care dan make up yang murah-murah aje.. Mengikut kemampuan... Kebanyakan produk kecantikan aku adalah dari brand silky girl.. Hati nak aje beli yang loreal atau revlon tapi kemampuan terbatas ye untuk beli yang mahal-mahal.. huhu.. Biasalah kalau dah ada anak ni.. Nak berbelanja kene beringat tak boleh nak boros sangat... Betol tak??

Oke la.. berjela pulak aku membebel... Naik jemu korang nak baca nanti.. Pape pown aku nak ajak korang ramai-ramai join GA by blogger Sally ni.. Lagik ramai lagik meriah.. Jom kengkawan join...!!


Tarikh Tamat
26 September 2016



Read More

Matrix Hybrid Amino Plus - Ingredients

Tuesday, September 13, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Matrix Hybrid Amino Plus - Ingredients  |  Sebelum ni aku dah up entry berkenaan Hybrid Amino Plus ni.. Baca kat SINI ye... Kali ni sekali lagi aku nak bercerita tentang Hybrid Amino Plus ni.. Tetapi kali ni aku nak selongkar apakah ingredientsnya... Eceli dah hampir 2 minggu jugak aku mengambil Hybrid Amino Plus ni.. Setakat ni semuanya berjalan lancar dan aku sentiasa bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian aku... Hari cuti sahaja aku berkesempatan untuk ke Gym.. Nak jugak tengok result dari pengambilan Hybrid Amino Plus ni kan... Kena lah bersenam sikit baru tau hasilnya macam mana nanti.. hehe..

Bukan aku!!! Gambar sekadar hiasan.. Hahaha

Korang nak tahu tak apa yang terhasil dari pengambilan selama 2 minggu ni?? Wiiihuuuuu berat badan aku menurun sedikit ohh!! Seronoknyeee.. Tak sangka yek, dengan pengambilan Matrix Hybrid ni dan ber-workout disamping menjaga pemakanan dapat menurunkan berat badan.. Hebat sangat aku rasa.. Haha.. 

Okehlah, tamo melalut panjang sangat, jom kite selongkar apakah ingredients Matrix Hybrid Amino Plus yang terlebih ohsem ni... 



MATRIX HYBRID AMINO PLUS
INGREDIENTS 

Matrix Hybrid Amino Plus ini mengandungi Microencapsulated Mixed Fruit Flavor dan Acesulfame K.. Ianya tidak mengandungi bahan kimia mahupown bahan pengawet yee dan 100% diperbuat daripada bahan semula jadi... 



Ada lagi yang korang kena tahu tentang Matrix Hybrid Amino Plus ni!!


MATRIX HYBRID AMINO PLUS ABSOLUTE SYMBIOSIS

Do Not Exceed Recommended Serving
These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product in not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease..

Warning!!
  • Keep out reach of children. 
  • Not intended for use by persons under 18.
  • Do not use if pregnant or nursing.
  • Consult a healthcare practitioner prior to use if you have any pre-existing medical conditions
  • Discontinue use and consult your health care professional if you experience any adverse reaction ti this product.
  • Do not consume with caffeine, alcohol or other stimulants.
  • Not to be used as the only source of nutrition.
  • Store in a dry, cool place.
  • Do not use if the seal is broken.
Bagaimana pula cara nak bancuh Hybrid Amino Plus ni?

Suggested Use :-

As a dietary supplement,
  • Take 1/2 scoop of Hybrid 30 - 45 mins before your workout with 100ml - 150ml water or your favourite fruit juice..
  • Do not consume more than 2 servings per day.
**Consume Hybrid Amino Plus to rapidly boost your anergy levels, focus, endurance, recovery and athletic performance...



Read More

Ringkas Janji Kenyang!!

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Ringkas Janji Kenyang!! |  Korang time datang penyakit 'malas' apa yang biasa korang masak selain meggi dan telur dadar + kicap?? hehe.. Hari ni aku dihinggapi penyakit 'M' tersebut.. Ehh jap!! Hari ni jerk ke?? Bukan ke hari-hari aku berpenyakit 'M' tu?? Hahaha.. Aduyaii.. 

Throwback cerita petang tadi... Petang tadi, lepas balik kerja rasa letih sangat tapi perut lapo0o0o.. Huhu.. Nak masak tapi rasa malas pulak...Haha.. Disebabkan kesian dekat perut, aku gagahkan diri jugak la masak lauk yang paling ringkas abad ini... Lauk campak-campak namanya.. Ahakz.. 

Menu ringkas petang ni..

Sebenarnya buntu nak masak ape.. Bila bukak peti nampak ada bunga kobis dan lada benggala.. Terus terfikir nak buat sayur campur... Mudah dan ringkas.. Tak yah nak menahan pedih perut lelama akibat kelaparan.. huhi.. Pekena pulak dengan sambal bilis yang aku buat semalam.. Perghh memang menepati selera aku time tengah lapo0o0o...Sambal bilis kasi panaskan balik aje.. Semalam buat lebih supaya boleh makan lagik hari ni tak yah nak sebok-sebok buat lauk lain.. hehe.. Punye la malas ekk.. Haha..!! Rasa cam tak cukup pulak 2 lauk aje.. Aku up lagik satu menu supaya lebih berselera aku makan.. Teloq hancoq ohsem... 

Teloq Hancoq Ohsemness!! Aku suka..

Ohsem lah sangatkan.. Padahal telur hancur kosong ajerk tu.. haha.. Telur hancur ni memang febret aku.. Biasa aku buat campur bahan-bahan lain supaya ianya lagik sodap dimakan.. Tapi hari ni nak cepat punye pasal sebab perut dah meminta-minta.. Jadinya aku singkatkan masa, jadilah telur hancur kosong.. Huuuuu...

Pada aku tak kesah la menu simple atau terlebih ringkas pown janji perut kenyang dan kene dengan selera.. Makan nasi + kicap + telur dadar pown sodap tau... Tapi tu bila tersangat lah malas kuasa dua.. Memang itu la menu yang aku akan hadap.. Haha.. 

Korang cam aku jugak ke?? hehe.. Maluuu ekk nk citee... alahh toksah memalu leee nak cite... Selamber badakkk sudeyyy!!




Read More

Love - PureVibracion

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Love - PureVibracion

Mi not a good man better man for you girl
Mi sorry for the wrong that I done to you girl
All that you been hurting
Mi always make sad, make mad
All the promise that mi made, that mi brake

In this kind of situation
Whne you need a full attention
Mi always cant be there, cant be there
Dont mean dont care
Mi got full of thing on mind that mi want to clarify
Mi fell your loneliness...

If I dont care for you
Then why you have ma love
I do care for you..

And I know.. I do care..
Yes I know.. I do care..


Read More