Hadiah Dari Printcious Untuk Qhaliff Dah Sampai

Wednesday, August 31, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt

Hadiah Dari Printcious Untuk Qhaliff Dah Sampai  |  Hai korang...!! Kembali bersiaran aku malam ni setelah semalam terbantut untuk aku berblog kerana hujan lebat ribut petir yang melanda ditempat aku ni.. Cewaah dah cam berita kaji cuaca pulak..hehe.. Okeh!! Bukan itu yang aku nak cerita malam ni... Ada sesuatu yang lebih ohsem yang nak aku kongsikan dengan korang malam ni.. Apakah?? Nak tahu, teruskan baca sampai habis ye..


Sebelum ni, aku pernah up entry tentang sebuah Online Gift Shop iaitu Printcious... Korang ingat lagik tak aku kongsi cerita pasal laman web Printcious.my ni?? Kalau tak ingat, korang boleh baca dekat SINI ye.. Kalau korang ingat, satu jerk aku nak cakap kat korang... Korang memang OHSEM!! Haha.. Nak tahu tak apa yang aku dah borong dari laman web Printcious?? Meh aku story...

Sebenarnya, barang yang aku order dari Printcious dah selamat sampai ke tangan aku pada hari rabu lepas lagik dah... Hari ni baru aku berkesempatan untuk mengapdet order aku ni.. Dalam entry terdahulu, aku ingat nak hadiahkan anak saudara aku sesuatu untuk hadiah besday dia.. Tapi tak jadi sebab ada agenda lain yang akan dibuat sempena besday dia nanti.. So, aku putuskan untuk beli sesuatu untuk anak aku si Qhaliff tu.. hehe.. Apakah yang aku beli?? Jom selongkarrr...!!


Aku pilih 2 barang untuk Qhaliff iaitu Cushion dan Mug.. Sebenarnya ada satu lagik aku nak beli buat kenang-kenangan aku, tapi tak jadi pulak iaitu Mouse Pad yang dihiasi gambar si Qhaliff.. Hehe.. Mungkin lain kali kowt.. Insyaallah.. Jom aku tunjukkan satu persatu hadiah dari aku untuk Qhaliff..

Suka sangat dia dapat bantal ada gambar dia.. Dapat terus aje bawak larik dan peluk.. Haha!!

Tadaaaaa...!! Inilah hasil DIY yang aku buat istimewa untuk anak kesayangan aku ni.. Kenapa aku pilih cushion ni?? Haaa sebabnya pertama Qhaliff memang suka peluk bantal.. Kedua, dapatlah aku hias sofa aku dengan bantal comel ni.. Warna merah lagik uollsss...!! Ketiganya, sebagai kenangan untuk Qhaliff bila beso nanti.. Tu pown kalau bantal ni jangka hayatnya panjang ye.. Hiks..

Magic Mug... Boleh bersalin kulit Mug ni..

Hadiah kedua buat Qhaliff adalah Magic Mug... Kenapa dipanggil Magic Mug?? Nanti korang akan tahu bila aku tunjukkan gambar seterusnya nanti.. Hehe.. Korang nak tahu kenapa aku pilih Mug untuk Qhaliff?? Sebabnya Qhaliff suka minum air dalam cawan yang ada gambar.. Sambil minum, sambil tengok gambar yang ada pada mana-mana mug.. Sebelum ni dia suka minum air dalam mug yang ada gambar spongebob.. Lepas ni boleh la dia tengok gambar sendiri pulak sambil minum air.. Haha.. Jom kite tengok kelebihan Magic Mug ni...


1
Mug asal yang dibeli berwarna maroon.. Kalau beli hitam lagik tak nampak kowt gambar belakang tu.. huhii..

2
Setelah dimasukkan air panas, mug perlahan-lahan bertukar wajah.. 

3
Warna maroon semakin menghilang...

4
Dan hasil terakhir, nampak la wajah si Qhaliff dibelakang warna maroon tadi tu dengan jelas... Mug pown bertukar menjadi warna putih.. Tangkalnya saje warna maroon.. hehe..

Ajaibkan... hehe.. Mug boleh bersalin kulit.. Sebab tu la Mug ni dinamakan Magic Mug... Dah cam silap mata jerk kan... Pasni korang boleh la beli satu untuk yang tersayang.. Mesti teruja punya...

Dapat hadiah terus pegang tamo kasi dah dekat ummi dia..

Cubaan untuk menggunakan Magic Mug...Haha..!!

Kalau korang nak cari hadiah DIY untuk seseorang, lepasni boleh la terjah laman web Printcious.. Aku yakin korang mesti teruja dan rambang mata.. Cam aku la.. Sampai tak tahu nak pilih mana satu.. Semua menarik belaka.. Rasa macam nak beli semua sekali.. Sampai pening kepala nak pilih... Haha..!!

Okeh jom baca pendapat aku tentang produk yang dihasilkan oleh Printcious pulak.. Memuaskan atau tidak?? Jom kecammm...!!

Secara keseluruhannya, produk yang dihasilkan oleh Printcious sangatlah memuaskan.. Foto yang di print pown cantik tak mengecewakan... Aku sangat berpuas hati... Sampai saje barang terus aku bukak untuk lihat hasil cetakan... Bila dah senyuman terukir di bibir, itu tandanya aku berpuas hati dengan hasil kerja Printcious... Masa mula-mula aku nak buat order dan DIYkan hadiah Qhaliff, aku sendiri rasa tak yakin yang bantal dan mug tersebut akan terhasil dengan baik.. Sebabnya, sebelum ni aku pernah beli produk jenis cetakan ni.. Tapi hasil cetakan sangat menghampakan.. Sebab tulah aku rasa, tak yakin pada mulanya.. Tapi bila dah dapat barang-barang tersebut... Wahhhh.. Terbaik.. Ohsemm.. Aku suka dan berpuas hati dengan hasilnya.. Thankz too Printcious kerana menghasilkan produk yang sangat berkualiti dan memuaskan...

Bukan sahaja produk dihasilkan berkualiti, malahan untuk urusan pembelian pown sangat mudah dan tak menyusahkan kita sebagai pembeli.. Laman web Printcious yang mesra pengguna memudahkan kita membuat tempahan secara online.. Proses penghantaran pown cepat.. Pembungkusan barang pown sangat safety.. Pendek kata, aku sangat berpuas hati dengan produk dan servis yang diberikan di Printcious..


Kalau korang rasa nak cuba shopping hadiah di Printcious sekaligus menDIYkan hadiah korang, boleh la berbuat segera kerana di Printcious sekarang tengah ada MERDEKA SALE (30% off) sehingga esok 31 Ogos 2016 dengan menggunakan CODE : MERDEKA 30 semasa pembelian dibuat... Masih sempat lagik tu kalau korang buat tempahan malam ni atau esok.. 

Hadiah anda akan lebih bermakna hanya di Printcious - "Precious Gift From Your Heart"...






Read More

Saya Nak Menang Set Skinfood Bernilai RM200

Tuesday, August 30, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Saya Nak Menang Set Skinfood Bernilai RM200  |  Mownink gaissss...!! Skinfood?? Pernah dengar tak?? hehe.. Pertama kali aku dengar makanan untuk kulit.. ekeke... Terus teruja nak join GA by blogger Yaya Cendana ni.. Mane tau menang skinfood dari korea ni... Dapatlah kulit sihat dan cantik cam yaya... hiks..

Okeh.. Tujuan aku join GA ni ofkoslah sebab aku nak menang Set Skinfood ni.. Kenapa aku nak menang Set Skinfood ni?? Haaa sebabnya aku memang tengah mencari set skin care yang sesuai dan ohsem untuk kulit muka aku ni.. Manelah tahu kowt-kowt boleh menang Set Skinfood ni dan sesuai pulak dengan kulit muka aku, tak payah dah susah-susah mencarik yang lain.. Ye dak?? hehe 

Jom korang join ramai-ramai... Kalau tak rezeki aku, mungkin rezeki korang menang... 

Wehh korang jom join sekali dengan Lea..
1.  Farahanim
3.  Reen


Tarikh Tamat
26 September 2016


Read More

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

Monday, August 29, 2016

No comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner kalau nak join ye..!!

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com  |  Holaaaaa..!! Baru berkesempatan untuk bersiaran di malam hari... Ahakz.. Kebizian melanda selepas balik dari kerja tadi.. Kemas umah wehhh!! Rumah dah ibarat tongkang pecah.. 4 hari setengah ditinggalkan... Mane tak berabuk... Dengan nak memcuci kain baju yang bertimbun akibat dari holiday sakan... Nasib baik ada pembantu... Kalau tak de si mesin basuh tu, masak mak nakk nak mencuci pakai tangan.. Haha..!!

Wokehh tamo menceceh pelik-pelik.. Malam ni nak layan Giveaway dulu.. Memandangkan jam pown dah melanjut ke lewat malam sudey, tak sempat lah nak menyetelkan job yang tertangguh tu lagik.. Esok insyaallah.. Moga berkesempatan menyelesaikan semuanya.. Sebelum aku membebel dengan lebih panjang, baik aku teruskan dengan niat asal aku nak join GA blogger-blogger ohsem malaysia...

First entry GA, aku nak join GA by blogger Aku Penghibur.. Syarat-syarat yang ditetapkan oleh acik sangatlah mudah.. Thankz acik.. hehe.. Dengan ini aku join GA ni..


***************************************************************


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu


*********************************************


Wehhhh hujan ribut petir kat tempat aku ni.. Aku chow dulu laa... 


Read More

Aku Rindu Kamo0o..!!

4 comments
Assalamualaikum wbt.


Aku Rindu Kamo0o..!!  |  Hollaaaaa...!! Lama sungguh rasa tak bersiaran... Sibuk bercuti sampai tinggal blog menjadi usang dan berlumut.. Haha.. Aku rindu kam0o0ooo sotskirt.blogspot.com..!! Haaa mesti korang ingat aku rindu sape tadi kan.. Sebenarnya aku rindu nak kembali blogging... Aduhaii.. Kangan bangettt!!...

Selama 4 hari rasanya aku tak up entry kerana bercuti bersama family.. cewahhh... Termasuklah beberapa job yang aku dapat sebelum ni yang masih hanging... Lepas ni baru aku akan setelkan semua job tersebut.. Harapnya dapatlah aku kejar sebelum sampai due datenya.. Ahakz..

Tak sabar nk kongsi detik-detik percutian aku yang macam-macam bende yang berlaku.. Hehe.. Ada suka ada duka.. huhu.. Insyaallah aku akan kongsikan nanti... Hari ni buka aje blog, wahhhh banyak betul rakan-rakan buat GA.. Insyaallah nanti aku join ye... Rindu sangat nak join GA wehhh... Sebut pasal GA ni, aku ada menang beberapa GA dan nanti aku akan up jugak entry untuk hadiah kemenangan aku tu.. Aku ulang "Hadiah Kemenangan" aku..!! Haha.. Cam menang sukan olimpik jerk gayanya... 

Hurmm takat ni dulu la aku membebel entah apa-apa ni... Malam kang aku bersiaran lagik.. Jumpa malam kang yeeee...!! Babai...



Read More

11 Tips Menjawab Soalan KPSL

Tuesday, August 23, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tips Menjawab Soalan KPSL  | Wahh kemain ko ekk Lea nak kasi tips bagai...!! Haha.. aku sendirik pown tak lulus-lulus agik exam ni kan.. Tapi, apa salahnya kan nak kongsi tips yang aku dapat dari pembacaan blog-blog berkenaan cara menjawab soalan exam.. Mane tau kowt-kowt berjaya kalau amalkan tips yang aku kasi ni.. haha.. Ajettt sangattt!!! Jom tengok tips ape yang ado0o0oo!! Ohhh sebelum tu aku nak kasitau, tips ni aku dapat dari blog Ini Cerita Kita... Aku rasa tips yang diberikan sangat ohsem.. So, nk kongsikan juga kat blog aku ni sebagai rujukan aku sendiri dan korang jugak.. 

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan

1) Baca Buku dan Ulangkaji
Walaupun exam ni open book test, korang mesti baca buku at least satu round supaya korang tau serba sedikit maklumat yang terkandung dalam arahan-arahan dan pekeliling tu. Bila dah ada info, masa nak menjawab tu boleh recall kat mana nak mencari jawapannya.

2) Tagging/Tanda Topik-Topik Utama
Cara cenggini memang biasa orang buat. Saya pun buat gak supaya cepat nak dapat jawapan.

3) Baca dan Faham Kehendak Soalan
Apabila diarah oleh Ketua Pengawas Peperiksaan untuk tengok soalan, korang baca dulu semua soalan dan cari soalan yang betul-betul korang rasa boleh jawab. Tandakan dulu soalan-soalan tu.

4) Set Masa
Perkara ni saya selalu buat sejak sekolah lagi. KPSL kan kena jawab lima soalan dalam masa tiga jam so korang bahagikanlah masa tu kepada 35 minit untuk satu soalan. Pandai-pandailah adjust masa dengan tempoh mengarang tu jangan sampai ambil masa yang lebih sangat untuk satu-satu soalan.

5) Baca Bismillah
Setiap permulaan yang baik mula lah dengan Bismillahhirrahmannirahim agar mendapat keberkatan dari-Nya.  Bukan nak jawab exam saja tapi semua perkara memang dituntut untuk mengingati Allah.

6) Menjawab dengan Baik
Setiap soalan yang ditanya, korang kena kaitkan dengan fakta arahan, pekeliling, akta atau seksyen. Barulah jawapan korang tu mantop.
Contoh: Soalan berkaitan tuntutan elaun tugas rasmi.... mulakan dengan ayat seperti di bawah ni:
 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 perkara xx menerangkan bahawa......

7) Tengok kepada Markah
Sekiranya soalan tu direct question seperti 'Berikan...' atau 'Senaraikan...' dan korang tengok markah hanya 2 markah, 3 markah atau 4 markah.. selalunya saya akan beri jawapan dalam bentuk point-point sahaja. tak perlu tulis esei bagai.
Kalau soalan 'Jelaskan....' atau 'Bincangkan....' barulah tulis esei. Satu point saya akan tulis dalam satu perenggan dan diikuti dengan perenggan yang lain bagi point seterusnya. Selalunya soalan begini markah adalah 8 markah atau 10 markah.

8) Satu Soalan Satu Kertas Baru
Paham tak apa yang saya maksudkan ni? Macam ni... kan kita kena jawab lima set soalan. Sekiranya satu set soalan korang dah guna tiga muka surat maka untuk set soalan yang kedua tu korang mulakan dengan kertas baru. Jangan sambung di belakang muka surat soalan yang pertama tadi. Harap korang paham.

9) Tulisan Biar Kemas
Korang tulis kemas-kemas supaya mudah pemeriksa nak semak nanti. Tak cantik pun tak apa asal boleh dibaca ok.

10) Jawab Semua Soalan
Ini bukan bermakna jawab lapan-lapan soalan yang dikemukakan tu. Tapi jawab soalan yang korang telah pilih tadi. Jangan tinggal jawapan kosong sebab semuanya ada markah. Kalau tak tahu sangat jawab ikut rasional atau common sence. Kalau tak cukup masa cukup sekadar tulis point-point sahaja. Sekiranya betul, at least kita dapat juga markah walaupun sikit.

11) Cari Soalan Tahun Lalu
Saya pun pernah usha-usaha mencari soalan tahun-tahun lepas untuk dijadikan bahan rujukan dan persediaan menjawab. Korang boleh check SINI kalau korang berminat. FYI ini bukan laman fb saya. Saya tak kenal pun sapa adminnya. Saja nak membantu  dan memberi info sahaja.




Read More

Exam KPSL Memanggil Lagi

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Exam KPSL Memanggil Lagi  |  Sebenarnya aku dah lupa yang aku ada mohon Exam KPSL bagi tahun 2016.. Semalam kawan opiz tanye, dah print slip exam ke belom?? Adehh, dalam hati, dah sampai masa nak exam keh?? Adoiyaiii, dah la tak study satu hape lagik... Aku memang dah lupa bila tarikhnye... 

Nak kompomkan lagik, aku print la slip exam.. Adoiyaiiiiweehhh!! Minggu depan kowt exam... Matilaaa makk nakkkkk!!! Makcik tak ulangkaji agik wehhh,... Camno neh...?? Apo den nak buekk?? Haha..


Dah banyak kali sebenarnya amek exam ni.. Sekali pown tak pernah lulus.. Susah wehh.. Sampai kejang jari jemari dok menulis... Tulisan dah lebih dari cakar ayam dah... Rasanya dah bukan cakar ayam lagik dah, tapi cakar biawak dah.. Haha... Bila baca balik, diri sendiri lak tensen.. Hehe..

Tapi kan, ada jugak kawan aku.. Amek exam KPSL ni kali pertama dah lulus.. huhu.. Itu dinamakan rezeki kan... Aku ni tataw la bila nak lulus... Ni pulak tak ulangkaji bagai, lagik la nipis harapan senipis kulit bawang... Hoho..

Minggu ni kena xsersais jari jemari.. Minggu depan nak bertarung dah.. Menulis dengan pantas sepantas kilat dengan tulisan yang ajet-ajet sweet... Ahakz.. Korang doakan aku untuk menulis dengan cantik ekk.. Hehe.. Doakan aku jugak dapat jawab dengan tenang dan selamba badak... Doakan aku lagik supaya aku LULUS.... Peace no war..!!


Read More

Senarai Scammer Online Malaysia

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Senarai Scammer Online Malaysia  |  AWAS..!!! Peringatan buat pembeli-pembeli online... Scammer ada dimana-mana.. Sebelum membeli pastikan ianya bukan scammer!! Jom check senarai scammer online legend di malaysia yang aktif melakukan penipuan jual beli..

Klik link dibawah untuk check senarai scammer online malaysia :-


Read More