Pokemon Go Fever

Tuesday, August 9, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Pokemon Go Fever  |  Kemana aje aku pergi mesti orang dok sebut pasal apps POKEMON GO.... Bila baca surat khabar, ada tulis pasai pokemon go.. Bila baca facebook, berlambak status pasai pokemon go.. Merata-rata dok cakap sal Pokemon Go.. Malaysia sedang dilanda demam Pokemon Go.. Kawan sebelah aku ni pown dah terjebak.. hehe.. 

Dorang ada jugak tanye aku, ada install tak apps ni..?? Takat ni aku belom lagik mahu terjebak dengan Pokemon Go..?? Best ke apps ni?? Dok dengar-dengar cerita sana sini yang apps ni banyak keburukannya... Ada jugak yang kata telah diharamkan.. Ada jugak aku baca berita yang menyatakan, boleh mengancam keselamatan negara... Aku pown tak pasti la kesahihah cerita ni semua..

Bila dok baca katanye diharamkan dan mengancam keselamatan negara, rasa gerun jugak nak install dan main games ni.... Ada jugak aku dengar cerita ada yang menerima padah kerana dok asyik main games ni sampai xcident.. Betol ke?? huhuhu.. 

Bila aku p jenjalan, tengok sekeliling memang dorang-dorang ni dok asyik dengan hp masing-masing.. Aku rasa dorang tengok syok main games pokemon go ni la gamaknye... Sebab apa aku cakap cenggitu, sorang-sorang dok tala hp masing-masing mencarik mende alah tu.. Haha.. Aku pown tak faham la apa yang best sangat.. Hanya yang minat games aje faham kowt tentang keseronokannya..

Korang camne?? Dah terjebak jugak ke??


Read More

Tonton Bibah Bebel [2016] Full Telemovie

2 comments
Assalamualaikum wbt


Tonton Bibah Bebel [2016] Full Telemovie  |  Holaaa.. Korang tengok tak telemovie ni semalam kat TV9.. Bibah Bebel lakonan mantap dan comel adik Puteri Balqis sebagai Bibah yang suka membebel.. hehe.. Comel jerk watak yang dibawa... Kuat membebel.. Habis semua orang dalam rumah dia bebelkan.. Tapi bebelan dia bukanlah bebelan kosong tetapi berisi... Cam mak-mak kite dedulu.. Ahakzz.. Jom baca sinopsis cerita ni dulu sebelum menonton telemovie nye..

Sinopsis Telemovie Bibah Bebel, Skrin TV9

Judul : Bibah Bebel
Penerbit : Zeel Productions
Pengarah : Shuhaimi Lua Abdullah
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2016 / 8.30 Malam
Slot : Skrin Di 9, TV9
Pelakon :- 
Puteri Balqis, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Maisara, Fendi Seman, Norhayati Talib

Telemovie BIBAH BEBEL bergenre komedi ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Bibah (Puteri Balqis) yang telah ditinggalkan dalam jagaan datuk dan neneknya di kampung. Kedua ibubapanya iaitu Daud (Fahrin Ahmad) dan Jamilah (Elly Mazlein) baru sahaja habis belajar di London, dan mereka membawa bersama abang dan kakak Bibah iaitu Danial dan Arissa bersama ke sana. Dan setelah pulang semula ke Malaysia, Daud dan Jamilah, mengambil semula Bibah untuk tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur.

Malangnya, Bibah terlalu terikut-ikutkan perangai neneknya yang kuat membebel. Bibah terlalu pembersih, dan mahukan keluarganya lengkap serba serbi semuanya. Malangnya, abang dan kakaknya pula rimas kerana Bibah selalu membebel dan menasihatkan mereka setiap masa, tidak kira siang dan malam, sehinggakan kedua mereka meluat dibuatnya dengan sikap Bibah.

Hari ke hari, sikap Bibah yang semakin bertambah rancak ‘membebel’ menambahkan pula tekanan pada Daud dan Jamilah, yang semakin hari pula dibebani dengan beban kerja. Akibatnya. Bibah sering dimarahi. Namun, Bibah langsung tidak mengambil hati kerana apa yang dia bebelkan itu demi kebaikan keluarganya yang tersayang. Pelbagai aksi lucu terjadi sepanjang Bibah membebelkan keluarganya di rumah.

Sehinggalah pada suatu hari, apabila berlakunya kejadian yang tidak disangka sehingga menyebabkan Bibah tercedera dan koma beberapa hari. Keadaan itu, menyebabkan ahli keluarganya berasa sunyi dan rindukan bebelan semula Bibah. Namun, adakah Bibah akan kembali membebel dan menceriakan kembali keluarga Daud dan Jamilah?  

Sumber : [SINI]


Jom tonton full telemovie BIBAH BEBEL..




Read More

Why Does It Take You So Long?

Monday, August 8, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Why Does It Take You So Long? | Reality atau fantasi..? Inilah realiti.. Huhu.. Sering kali terjadi pada mommies yang berkerjaya... Pagi-pagi kelam kabut menyiapkan anak-anak untuk dihantar ke pengasuh... Lepas siap anak-anak baru siapkan diri sendiri... 

Rutin bagi aku sendiri, bangun pagi seharusnya siapkan diri sendiri dulu baru siapkan anak.. Kalau siapkan anak dulu mesti tak sempat... Dah anak bangun mesti banyak kerenah dia nak dilayan.. So, better aku siapkan diri sendirik dulu.. Dah siap diri sendiri baru uruskan anak.. Hehe.. 

Itu pown sebab aku anak baru sorang.. Kalau dah dua tiga orang tataw la macam mana.. Kene ada pengurusan masa yang betul... Kalau suami turut membantu dalam menyiapkan anak pepagi tu dah dikira untung badan dan bonus.. Kalau dapat suami yang hanya pentingkan diri sendiri dan menganggap urusan siapkan anak atau menguruskan anak ni adalah tugas sang isteri sahaja, memang agak susahlah bagi seseorang isteri itu...

Kebanyakan isteri sekarang berkerjaya.. Zaman sekarang kalau sorang aje yang bekerja mesti tak cukup untuk menampung kewangan keluarga.. Semuanya mahal sekarang.. Tak de yang murah.. Masuk toilet pown dah 50 sen kowt sekarang.. Huhu.... Dah isteri pown bekerja untuk tolong kewangan keluarga, tak salah kowt para suami tolong isteri dalam pengurusan rumahtangga.. Sama-sama membantu antara satu sama lain.. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. Tak gitu?? 

Renung-renungkan dan selamat beramal..!!


Read More

Segmen Blogger Aktif 2016 - Maria Firdz

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Segmen Blogger Aktif 2016 - Maria Firdz  |  Holaaa... New segmen by blogger Maria Firdz... Apa best dengan segmen ni?? Haaa Sape-sape yang join segmen ni akan dimasukkan terus ke dalam Bloglist Maria Firdz.. Pastu ada agik.. 15 orang yang terpilih akan menjadi rakan utama dalam blog beliau.. Kirenye cam VViP laa.. hehe..

Syarat pown mudah-mudah aje.. Tak menyusahkan.. So, apa agik jom la join reramai.. Support member kita ni... Lea dah joinn... Wohaa..!!


Segmen Tamat
15.08.2016 (11.59 pm)


Read More

Tonton M.A.I.D [2015] Full Episod

No comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton M.A.I.D [2015] Full Episod  |  M.A.I.D, drama adaptasi novel ini dah bersiaran tahun lepas sebenarnye.. Tapi sekarang disiarkan balik di Astro Prima... Aku rasa cam tak pernah tengok lagik cite ni.. Sebab apa yekk?? Haha tentu la sebabnye dulu drama ni bersiaran di Astro Ria.. Mak ada Njoi aje nakkk kat umah.. Tak koserrr mak nak langgan Ria semata-mata nak tengok drama ni.. Haha.. Dulu tak boleh tengok tapi sekarang dah boleh tengok.. Walaupun dah ketinggalan zaman.. Ye dakk..??


Eceli, aku dah baca ye novel M.A.I.D ni.. Novel M.A.I.D ni juga salah sebuah novel yang aku suka jalan ceritanya.. Ada kelakar.. Ada sedih.. Ada gembira.. Best novel  ni.. Kebanyakan novel keluaran Kaki Novel memang best.. Tak caye sila beli dan baca ye... Haha..

Okeh.. Untuk drama M.A.I.D ni, watak utama dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat.. Pasangan sensasi lagik serasi.. hehe.. Manakala pengarahnya pula adalah Michel Ang.. Nak tahu cite ni best ke tak.. sama hebat dengan novel ke tak... Jom tonton full episod drama ni... Tonton sama-sama dengan aku yek.... Tak de geng ni.. Ahakzz..


>>>>> M.A.I.D FULL EPISOD <<<<<
( 20 episod )


Read More

Adakah Allah Akan Ampunkan Aku..??

Friday, August 5, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Adakah Allah Ampunkan Aku..??  |  Salam Jumaat buat semua... Moga hari ni memberi keberkatan pada kita... Kita ni sebagai manusia tak lepas dari melakukan dosakan.. Dosa yang dibuat makin hari makin bertambah kalau tak sedar untuk menghapuskannya dengan bertaubat.. Taubat kita tu adakah sebenar-benarnya taubat?? Hanya kita dan DIA sahaja yang tahu kan.. Okeh.. Satu persoalan yang akan sentiasa kita tertanya-tanya dalam diri kita.. Apakah?? Jom teruskan pembacaan ye..


"Kalau kita bertaubat, kemudian kita ulang dosa yang sama, kemudian bertaubat, kemudian ulang dosa semula, adakah Allah akan ampunkan kita?"

Sebelum saya jawab, saya nak beritahu, apakah erti taubat? 

Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1) Taubat maksudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat... RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2) Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Adakah kata-kata taubat kita itu hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! 

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA

3) Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. 

Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!! 

4) Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

"Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Wallahua'lam.

Moga Allah ampunkan kita semua!


Credit : Ustaz Adnin - Tarbiah Sentap

Moga penulisan dari Ustaz Adnin di atas memberi manfaat kepada kita...


Read More

Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits

Thursday, August 4, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits  |  Mownink uolls.. Hari ni agak membizi dengan kerja.. Pagi ni aku amek kesempatan untuk join Segmen pencarian bloglist untuk blog gadisgenits yang dianjurkan oleh Wanny ni... Seperti biasa aku kene setelkan segala syarat yang ditetapkan.. Tengok syarat apa yang ada...

Syarat-syarat :

  • Wajib follow blog ini dan sini juga. 
  • Buat satu entry yang bertajuk " Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits "
  • Tag 3 orang rakan blogger anda (pastikan mereka tahu)
  • Pastekan link blog korang di komen entry ini.

Oh tag rakan blogger belom lagi... Jom tag.. Tengok sape yang kene.. hehe..


Tarikh Last Segmen
15 Ogos 2016

Read More

Giveaway Follow dan Like MY

Wednesday, August 3, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Follow dan Like MY  |  Pagi-pagi dah skodeng blog kengkawan yang mana buat GA.. hehe.. Pagi ni nak join 2 GA dulu... Support kengkawan.. Kali ni aku join GA by Blogger Mieza Suhaini... Semua syarat yang ditetapkan dah aku bereskan.. Penganjur mencari 3 orang sahaja pemenang.... Jom la join support member-member... 

GA Tamat
14 Ogos 2016


Read More

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman ! |  Mownink korang.. Jom join Giveaway by Blogger Syira Lokman ni.... 

Klik banner untuk join ye


Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

Read More

Cara Mudah Membuat Kotak Script Simple Pada Post Blog

Tuesday, August 2, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Cara Mudah Membuat Kotak Script Simple Pada Post Blog  | Sekian lama aku carik tutorial cara nak buat kotak dalam post blog yang mudah dan simple... Yang boleh tukar kaler border.. Yang boleh ubah warna background... Sebelum ni tutorial yang agak sukar aku jumpa.. Rasa nak kunyah jerk code-code yang diberi... 

Hari ni dengan usaha yang berterusan, terjumpelah aku dengan tutorial yang ohsem ni di blog BELAJAR BLOGS .... Mungkin korang dah tahu pown tutorial ni kan.. Bagi aku yang masih baru ni, perlu belajar banyak bende lagik.. Perlu mencari dan menggali ilmu blog dengan lebih gigih.. hehe... Jom ikut aku menempek tutorial untuk membuat kotak script simple pada post blog untuk panduan dan rujukan aku dimasa akan datang.. ahakzz..!!


Kredit pic : Blog Belajar Blogs


Untuk buat kotak script sila ikut step dibawah :-

1. Pilih salah satu script box seperti dibawah ini..

:: Contoh script box.. Pilihlah yang mana berkenan dihati ye..

Border Solid
<div style="background-color: #f3f3f3; border-left: 5px solid #2288dd; padding: 10px; t-align: left;">Letakkan Script disini...</div>


Border Solid
<div style="background-color: #f3f3f3; border: 4px solid #999; padding: 10px; t-align: left;">Letakkan Script disini...</div>


Border Double
<div style="background-color: #6fa8dc; border: 4px double #fff; padding: 10px; t-align: left;">Letakkan Script disini...</div>


Border Dashed
<div style="background-color: #ffe599; border: 2px dashed #aaa; padding: 10px; t-align: left;">Letakkan Script disini...</div>


Border Outset 
<div style="background-color: #a2c4c9; border: 4px outset #fff; padding: 10px; t-align: left;">Letakkan Script disini...</div>


2. Copy code yang ada di script box yang korang pilih..

3. Pastekan code tersebut pada manu tab HTML di entry blog korang..

4. Klik "Preview" supaya korang boleh tengok hasilnya sama ada menjadik atau tidak..

5. Last sekali, kalau menjadik boleh la klik "Publish"...

Mudahkan...!!


Nota kaki

Untuk Edit :-

:: Warna background kotak - ubah code #warna hijau
:: Warna border - Korang boleh ubah code #warna purple
:: Yang tulisan warna merah tu, korang boleh la taip apa yang korang nak taip ye..
:: Untuk ubah ketebalan border lak, korang boleh ubah kat code ini - "border : 4px"


Credit : Blog BELAJAR BLOG

Read More

Kisah Disebalik Roti Hangit

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Kisah Disebalik Roti Bakar Hangit  |  Semalam aku terima text whatsapp dari sahabat baik aku.. Kisah Roti Hangit.. Mula-mula rasa malas nak baca.. Lastnya aku gagahkan diri jugak untuk baca.. Rupanya ada pengajaran disebalik kisah tersebut.. Kat sini aku nak kongsikan kisah tersebut dengan korang sume.. Yang mana dah terbaca sebelum ni mungkin dah tahu kisah ni... Tak kisahlah.. Yang penting bagi aku cerita ni penuh dengan pengajaran dan bagus untuk di kongsikan bersama.. Sedih tau kisah  ni.. Amaran keras!! Sila sediakan tisu sebelum baca.. Haha..!!

Gambar hiasan



KISAH ROTI HANGIT

Seorang anak menceritakan....

Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya. . . . . . .

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku. . . . . kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu. . . . . . .

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa. . . . . . .

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya. . . . . . .

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohonan maaf ibuku:
'Sayang, jangan risau tentang itu. . . . .memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit. . . . . . .

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam, aku bertanya,
'betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit. . . . . . .

Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
'Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun roti yang dibakar lebih daripada biasa, walhal rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati. . . . . . .

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada sesetengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. . . . . . .

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh selamanya. . . . . . .

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah kemaafan kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara yg remeh. . . . . . .

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. . . . . . .

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya. . . . . . .

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif. . . . . . .

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka. . . . . . .

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati. . . . . . .

***pesanan untuk diri sendiri***

Read More

Giveaway Pertama by Farah Sanusi

Monday, August 1, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Pertama by Farah Sanusi  |  Salam petang buat korang.. Petang ni teruja nak join Giveaway by blogger Farah Sanusi.. Kenapa aku teruja?? Haaa sebabnya GA ni menawarkan hadiah yang menarik uollsss.. Disamping tu saje nak menghavockan GA ni.. Support kengkawan blogger.. Tapi yang paling utama adalah syarat yang ditetapkan tak memudaratkan aku.. hehe.. Mudah dan ringkas baq hang...!!

Okeh.. Dengan lafaz bismillah aku terjoin Giveaway Pertama by Farah Sanusi ini.. Kalau korang nak join boleh la klik banner yang comel kat atas tu ye.. 

Blogger Farah Sanusi mencari 10 orang pemenang ye (yang akan dipilih melalui Random.com).. wowww!! ramai tu uollssss... hehe.. Korang nak tau tak hadiah yang beliau nak kasi kat para pemenang GA ni... Meh aku kasi tau.. Antara hadiahnya ialah :-


Dianz Vitamin untuk 2 orang pemenang



Kopi Pak Belalang untuk 5 orang pemenang

&

Shawl untuk 3 orang pemenang


Bestkan hadiah-hadiahnya.. Dah apa tunggu lagik tuuuuuu.. Jom la ramai-ramai serbu blog Farah Sanusi join GA ni.. hehe.. 

Tarikh GA
01 - 31 OGOS 2016


Read More

Ranking Alexa Sotskirt.blogspot Julai 2016

5 comments

Assalamualaikum wbt..


Ranking Alexa Sotskirt.blogspot Julai 2016  |  Holaaa... Kembali check rank di Alexa.com ... Cam biasa masuk jerk 01hb aku harus menge-check aku punye Rank Alexa.. hehe.. Jom tengok Rank Alexa aku duduk ditangga berapa riban.. Haha..!! Ada peningkatan atau penurunan... Jom check...

Rank untuk Bulan Julai 2016 (Tarikh check 01 Ogos 2016)


MEI 2016
Global Rank  :  2,150,284
Rank in Malaysia  :  11,492

JUN 2016
Global Rank  :  1,732,082
Rank in Malaysia  :  12,927

JULAI 2016
Global Rank  :  945,531
Rank in Malaysia  :  7,191

Alhamdulillah ada peningkatan.. hehe.. Sonoxxxx sangat ohh..!! Korang dah check belom?? Nak check tak?? Jom check dekat sini..--->  www.alexa.com


Read More

Pemenang Segmen Bloglist Sotskirt.Blogspot Ogos 2016

12 comments
Assalamualaikum wbt..



Pemenang Segmen Bloglist Sotskirt.Blogspot Ogos 2016  |  Hi korang..!! Hari ni aku nak umumkan pemenang bagi Segmen yang aku anjurkan pada 14 Julai 2016 yang lalu untuk mencari 10 orang blogger untuk dimasukkan kedalam bloglist blog aku ni.. Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016 telah tamat pada 31 Julai 2016.. Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan segmen tersebut.. Semoga di masa akan datang korang masih sudi bagi support kat segmen yang akan aku anjurkan nanti yek.. Korang memang OHSEMNESSS...!!

Ok.. Jom tengok siapa yang menang.. Aku buat pemilihan melalui random.com.... Tahniah kepada yang telah dipilih oleh encik random.com.. Kepada yang tak terpilih, jangan kecik ati atau putus asa yek, bulan depan cuba agik ekk.. 

10 yang terpilih adalahhhh....!!











Tahniah sekali lagik kepada pemenang.. senarai peserta boleh check dekat sini ye.. [SENARAI PESERTA]

Read More

How Strong Is Your Website?

Friday, July 29, 2016

16 comments
Assalamualaikum wbt..

How Strong Is Your Website?  |  Wahh speaking london rini tajuk entry.. haha.. Korang pernah tak check prestasi atau kekuatan website korang?? Aku baru jap tadi, gatai tangan mencari web yang boleh buat analisis prestasi blog aku ni.. Hehe.. Jom tengok sekuat mana blog aku.. Wahh sekuat mana tu.. Dah gaya cam badang jerk tu haaa...

website grader

THIS SITE IS GOOD..!! Holaaa... Gitu lee katanye tentang blog aku ni.. hehe.. Performance 12/30... Mobile 30/30... SEO 25/30... Security 10/10... Moga lepas ni ada peningkatan dari segi performance untuk blog aku ni.. Yang lain berada pada tahap ok-ok jerk.. Performance jerk agak lusuhhhh.. haha.. Tak pe boleh tingkatkan lagik dimasa akan datang.. Insyaallah..

Korang nak check jugak tak?? Kalau nak check, jangan memalu ye silalah klik link yang aku kasi kat bawah ni yekkk..



Selamat mencuba...!!


Read More