Tak Kenal Maka Tak Blogwalking

Monday, March 3, 2014

3 comments

Assalamualaikum..

Jom join segmen yang agak comel ni daripada Mak Dara a.k.a Adza Irdawati.. Segmen ni sah sehingga jam 10 malam ni aje tau...


:: Terima kasih kepada korang-korang yang sudi menyinggah teratak Lea yang tak seberapa ni.. Nanti lea kunjung balas ye ke laman korang pulak.. Tapi kene la tinggalkan jejak kat chatbox atau komen mane-mane entri ye. Sebabnya kemungkinan besar Lea tak perasan akan kehadiran korang.. 
Peace.. Smile sokmo.. :) ::


Read More

Jangan Baca Novel Ni..~!!

1 comment

Assalamualaikum..

Meh meh sini nk cite sikit.. Cite seram ni tau... Sape-sape nak dengar meh datang dekat2 sikit.. hehehe.. Bukan pe, aku nak cite pasal buku yang aku baru beli baru-baru ni.. Buku berkulit hitam legam.. Kalau sekali tengok pada kulit buku, memang tak selera nak baca.. Tapi bila tengok kali kedua, terasa unik pulak buku ni... Hitam bukan sebarang hitam ni tau.. Hitam melambangkan kegelapan yang menyeramkan.. haaa tengok ayat aku pun dah pelik kan.. Ni penangan buku ni la.. Jom aku perkenalkan dekat korang-korang semua...

Jangan Baca Novel Ni

Ni la novel tu... Mula-mula baca memang aku berada didalam cerita.. Uis.. sampai tahap nak pergi toilet pown terasa seram.. Hahaha.. teruk kan aku... Memang memberi kesan betul novel ni pada aku.. Almaklumla.. Takat ni tak pernah lagik aku baca novel-novel seram... Entah macam mana tertarik pulak nak beli novel ni... Mungkin sebab tajuk dan kulit bukunya yang unik.. Sebab tu la aku beli... 

Novel ni ada sambungan tau.. Ni sambungan dia..

Tanpa tajuk

Pape pown korang kene baca yang ada tajuk tu dulu... Kalau tak, korang tak akan faham cite dia... Tapi aku nasihatkan, kepada yang lemah semangat tak payah la ngade-ngade nak baca.. Kang tak masuk toilet la jawabnye.. hahahaha...


Read More

Tambah Koleksi Lagi..

Friday, February 28, 2014

4 comments

Assalamualaikum..

25hb Feb baru ni gajikan.. Tengahari tu terus keluar pergi kedai buku untuk tambahkan koleksi buku-buku aku... Excited gile.. Tak sempat-sempat dah nak tunggu hari jumaat.. Biasakan aku pergi mencari buku hari jumaat.. Kali ni memang tak menyempat dah.. Kebetulan nak pergi carik hadiah untuk kelahiran anak baru member opiz kan.. Terus je la ke kedai buku... Dah alang-alang sampai berdekatan dengan kedai buku tu kan.. hehehe..

Koleksi Baru Aku

3 buah buku aje aku beli.. Buku-buku ni dah lama berada dalam senarai aku.. Nanti aku update k berkenaan buku-buku ni.. Setakat ni aku tengah baca buku Isabella tu.. Belom habis lagi.. So tak boleh nak buat kesimpulan lagik.. Buku ni berkenaan sejarah.. hehehe.. 

Banyak lagi kan buku yang aku belom update.. Tengok la.. ada masa nanti aku apdet satu persatu ye.. Banyak dah buku yang telah dihabiskan pembacaannya.. Cuma tak berkesempatan nak update.. Tambahan pula, aku sedang kemalasan untuk membuat kesimpulan keatas buku-buku yang telah aku baca tu.. hahaha..


Read More

SEGMEN & GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

Thursday, February 27, 2014

2 comments

Assalamualaikum..

Nak join GA dari blogger Ikhwan Yusuff pulak kali ni..


SEGMEN & GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

Klik banner untuk join

Nasib baik cepat terperasan GA ni.. Tarikh tamat dah hampir sangat.. hehehe

GA ni  kene sertakan QUOTE sebagai syarat-syarat penyertaan nye.. Hah.. Banyak jugak nak di tampal disini.. hehehe.. Jom tengok ape yang nak aku tampalkan disini.. Semua aku suka dan membawa makna dalam kehidupan aku... hahahahahahaha.. (gelakkan diri sendiri dulu sebelum orang gelakkan aku nanti)







Last sekali.. Kata-kata ni banyak sangat kasi pengajaran pada aku.. 


Okeh la.. tu aje la yang aku nak tampalkan disini.. 

Oh ya.. GA ni tamat pada 01 MAC 2014.

Gut Luck kepada yang menyertainya..

Bubey.. :)
59

Read More

Pelancaran FB Page Ianfaizal.com

No comments

Assalamualaikum..

Nak join giveaway lagik.. GA ni simple sangat.. Memandangkan aku tak berapa nak ada banyak masa terluang, makanya aku join GA yang simple aje syarat-syaratnya... hehehe..

Pelancaran FB Page Ianfaizal.com

Klik banner untuk join ye..

Tarikh tutup GA ni : 28 Februari 2014

GA ni simple aje syarat-syarat dia.. So, jom la ramai-ramai serbu dan juin GA ni.. :)




Read More

Cinta Makrifat

No comments

Assalamualaikum

Teringat pulak aku hari ni pasal Anugerah Drama Kuala Lumpur yang lepas... Ape yang aku ingat??? haa ni nak cite ni.. Aku teringat Awie dan Erra Fazira.. Tentang persembahan dorang pada pembukaan anugerah tersebut..  Dorang buat persembahan sempena Konsert Teaterikal Suara Kita yang akan berlangsung di Istana Budaya pada Mac 2014 nanti.. 


Teringin sangat nak pergi menonton teaterikal ni.. Tapi ape kan daya, ianya tak mungkin berlaku pada aku.. hukhuk... Erra Fazira, Awie, Ziana Zain.. Memang artis yang aku minati.. hurmm.. Tak de rezeki aku nak pergi menonton.. sob sob sob.. (sedey ni tau)

Aku suka sangat lagu Cinta Makrifat dendangan Awie dan Erra fazira.. Wah pasti meletop lagu ni kan nanti.. Persembahan dorang pada malam anugerah tu memang mantop.. Sampai aku menitiskan air mata tengok.. Touching sangat... (bermakna pada aku juga sebenarnya.. sebab tu tacing semacam je..).. hikhik.. 

Jom kite layan sekali lagi persembahan dorang malam anugerah tu.. jom.. jom..

Cinta Makrifat - Awie & Erra

Tadi search lirik dia.. Sekali tak jumpa daaa... Maybe lepas teaterikal ni ada kowt lirik dia... hehehe..
Moga Teaterikal ni berjaya walaupun aku tak dapat menontonnya.. hehehe..



Read More

First Giveaway by Mrs Bella

Wednesday, February 26, 2014

No comments

Assalamualaikum..

Giveaway lagik hokeh... Haaa rajin tak daku rini menjoin GA..
Jom terjah...


First Giveaway by Mrs Bella

klik banner untuk join...

Alhamdullilah akhirnya terlaksana juga giveaway pertama saya iaitu First Giveaway by Mrs Bella. Sebenarnya dah lama nak buat giveaway ni but takde time nak buat maklumlah busy belajar.Hadiahnya simple je syaratnya pun tak banyak. Pemilihan pemenang berdasarkan Random and jangan lupa meriahkan First Giveaway by Mrs Bella

Tag 2 org rakan : Fiza &  msredcheesecake ---------->> jom join sama lea.. :)
Link profile facebook : https://www.facebook.com/s0tskirt


Okeh.. Ni sedikit info GA di atas..

GA ni tamat pada : 31 MAC 2014
Keputusan pada : 03 APRIL 2014
Read More

First Giveaway By Aliyah Syofia Mazalan Sempena Pembukaan Syofia Blogshop

1 comment

Assalamualaikum..

Rajin betul aku terjah blog orang rini.. Rajin jugak nak join giveaway yang dorang sediakan.. Hahahaha.. Mabo0ok Giveaway rini aku... Jom tengok dan join GA ni pulak.. GA ni menawarkan voucer RM 50 bagi setiap pemenang.. 5 pemenang aje tau..

Klik Banner untuk join

Haa GA ni dibuat sempena pembukaan Syofia Blogshop.. So, ape lagik tunggu-tunggu tu.. jom la join ramai-ramai... Aliyah, Saya nak baucer RM50.00.... hehehe..

Tarikh Tamat GA : 14 MAC 2014
Keputusan GA : 15 MAC 2014

Smile frenzz.. :)
Read More

SAYA NAK BLOUSE CANTIK dan MURAH DARI MOMS MADNESS GARAGE

2 comments

Assalamualaikum..

Giveaway lagiiiiiiiiiiii... Jom ramai-ramai join...

Klik Banner Untuk Menjuinkan Diri

Tengok tajuk GA ni pown comel-comel je kan.. Mesti hadiah yang disediakan comel-comel jugak.. Sekarang ni banyak sungguh kedai online.. Cam cendawan tumbuh dimusim hujan ke bak kata orang-orang dolu.. hikhik..

Aku ni memang salah seorang penyopping online yang tegar ( ok tak ayat aku - penyopping.. Hahaha ).. Aku suke sangat beli online ni.. Mudah.. Sampai di depan pintu.. Tak payah nak letih-letih kaki pusing-pusing shopping complex kan.. Sekadar letih jari jemari je klu online ni.. Biasa la kalau dah beli online mesti carik barang yang murah-murah sebab terlalu banyak saingan.. So, sebagai pembeli kite boleh la pilih yang mane berkenan dan banding-bandingkan harga.. Semestinya la kite pilih yang murah kan... hehehe

Eh panjang lak aku membebel.. Jom la juin dengan aku.. Best gak GA ni.. 
Jom Fiza & Pink Ummi  join skali..

Tarikh Tamat GA : 02 MAC 2014
Keputusan GA : 06 MAC 2014


36
Read More

Ladies Closet GiVeAway by effafarhana

2 comments

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak juin Giveaway.. Ni baru nk juin balik..
Jom la Juin sama-sama.. Tak lama dah nak tamat GA ni..

KLIK BANNER UNTUK JUIN

Banner pown dah comel.. Dah ape lagik yang tengok-tengok tu.. Jom la join..

Tarikh Tamat GA : 01 MAC 2014 ( hingga 11.30 pm )
Keputusan GA : 04 MAC 2014

Gut Luck Frenz.. 

Smile.. :)

50

Read More

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat

Thursday, February 20, 2014

1 comment

Assalamualaikum..

Mata ni tak selesa sangat hari ni.. Tetiba aje terkene sakit mata lak.. Entah jangkit dengan sape.. Rasa-rasanye jangkit dengan anak saudara aku kowt... hikhik.. Tak pe.. Dugaan kecil untuk aku.. cewahhh..

Hari ni aku nak cerita sal 7 golongan yang akan mendapat naungan di akhirat nanti.. Artikel ni pown aku dapat dari sebuah buku yang aku baca dan aku sayang sangat-sangat buku tu.. hehehe.. Buku ni penah aku review dulu.. Buku yang betul-betul memberi keinsafan pada aku.. Semai Benih-Benih Syurga.. Dalam buku tersebut ada menyentuh berkenaan 7 golongan tersebut.. Jom kite jenguk-jenguk..

Seperti yang kita tahukan, pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar nanti, seluruh umat manusia berhimpun, dari manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s sehinggalah manusia terakhir. Keadaan umat manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu.. Rasullullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari tersebut. 7 Golongan tersebut ialah :-

Ihsan google


7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat

1.  Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

2.  Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada ALLAH SWT. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang, berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

3.  Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua ayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi ALLAh SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

4.  Dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH SWT di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan ALLAH SWT. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana ALLAH SWT agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNYA.

5.  Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata-kata, "Aku takut kepada ALLAH SWT". Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

6.  Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

7.  Orang yang menyebut atau mengingati ALLAH SWT dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingati sifat jahal dan sifat jamal ALLAH SWT. Inilah sifat Muslim Mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan ALLAH SWT dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan ALLAH SWT serta sifatNYA yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Alhamdulillah selesai sudah coretan untuk tajuk ini.. Moga artikel ini dapat memberi manfaat kepada korang semua.. 

Selamat Membaca & Beramal





Read More

Alhamdulillah

Wednesday, February 19, 2014

5 comments

Assalamualaikum..

New Chapter.. Alhamdulillah...

Ihsan google

Terus Istiqamah... :)

Ihsan Google

Mencari jalan 'pulang'.. Terus berusaha kearah kebaikan.. Mencari keredhaanNYA....


Read More

Pencuri

No comments

Assalamualaikum..

Tolongggggggggggggggggggggg pencuriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Encik.. Encikk... Tolong saya.. Ada pencuri...
Opsss terlebey sudey... hehehe bukan itu sebenarnya yang aku nak cerita... Aku cuma nak cakap kat korang yang aku suke sangat lagu ni..
.
.
Pencuri - Mark Adam

Haaa ni la lagunye.. Pencuri dari Mark Adam.. Lagu dia simple but nice... huh.. Spiking hokeh aku...
Sape-sape yang suka gak lagu ni, jom layan sama-sama aku..


Read More

Santapan Hujung Minggu..

Monday, February 17, 2014

6 comments

Assalamualaikum..

Lahai rindu benar dekat blog aku ni.. Hujung minggu tak boleh nak jenguk blog sebab internet broadband aku telah dipotong atas sebab-sebab ketiadaan line yang menyebabkan aku hangin dengan celcom.. hehehe.. Bayar bulan-bulan tapi tak boleh nak guna.. Then terus amek keputusan muktamat untuk tamatkan perkhidmatan.. hehehe.. Terbaikk...

Hujung minggu baru-baru ni korang buat ape ye? Mesti banyak aktiviti-aktiviti yang menarik korang akan buat kan time-time hujung minggu... Cam aku lak, hujung minggu memang tak de keje lain mesti dok umah, kemas umah, masak-masak, basuh kain baju, lepak-lepak baca buku, tengok cerita pastu membuta.. hikhik.. Cuma hari ahad je aku ronda-ronda tengok rumah baru aku yang dalam pembinaan lagik.. InsyaALLAH bulan 8 ni aku dapat la duduk rumah sendiri.. 

Hujung minggu kebiasaannya aku memang memasak..Biasa la, hujung minggu aje ada masa yang panjang untuk memasak dengan selesa... Biasanya pas subuh aku buat nasi goreng ajo untuk santapan pagi.. Tengahari baru masak yang berat-berat.. Kadang-kadang kalau malas nak masak pagi, pergi beli kat luar je.. Sabtu baru ni, tengahari tu rajin pulak nak buat kari ikan.. Sebabnya ritu dok borak-borak dengan kawan aku sorang ni sal kari.. So dia pown kasi la resepi kari ikan.. Nak gak try cara dia masak kan.. So kuatkan semangat pagi tu pergi pasar beli semua keperluan.. Semangat kari la kire hari tu.. Hahaha..

Sampai rumah terus rendam ikan.. Ikan dah beli kat pasar malam hari rabu haritu... Tunggu nak dimasak aje.. hehehe.. Dalam pukul 11 pagi terus ke dapur... Kerja-kerja memasak dimulakan.. Wahh kerja-kerja memasak tu.. hahaha.. Dah cam masterchaf lak gayenyekan...  So menu haritu adalah Kari Ikan Vza namanya...

Kari Ikan Vza

Itu la ropanya kari ikan aku... Alhamdulillah menjadik dengan resepi yang diberi.. Takan kari ikan je kowt.??? haaaa.. Sebagai ganti sayur, aku buat salad telur.. Kire sayur gak la kan sebab lam tu ada macam-macam termasuk la kobis.. Salad telur ni adalah febret aku.. Simple tapi sodap & berkhasiat.. Sesuai untuk diet tau... 

Salad Telur

Minggu depan nak masak ape pulak tataw la.. Kene fikir dulu.. Hahhaa..

Okeh la.. Nak buat keje pulak.. Banyak keje sedang menanti.. Kebetulan, kerani yang seorang lagi tu sedang bercuti isterinya bersalin.. So, aku la yang akan menggalas tugas-tugas beliau yang agak banyak tu.. Hahahhaa... Seminggu aje pun kan.. 

Ok. Babai uols..
Sebelum tu kene Solat Dhuha dulu.. Jom sama-sama.. 

Smile.. :)

Read More

Kek Coklat Moist

Friday, February 14, 2014

10 comments

Assalamualaikum..

Teringin pulak nak makan kek coklat moist.. Lama dah tak buat kek ni.. Dolu-dolu aje rajin buat.. hehehe.. Sekarang ni serba-serbi jadik malas.. Kalau dah penyakit 'M' ni hinggap susah nak baik balik..

Kek Coklat Moist

Ada sape-sape rajin tak nak buat untuk aku??? hikhik.. Gurau aje.. Nanti tunggu rajin kembali baru leh buat balik...


Read More