Tonton Gerimis Hati Asyikin [2016] Cerekarama Full Telemovie

Sunday, August 14, 2016

No comments
Assalamualaikum wbt


Tonton Gerimis Hati Asyikin [2016] Cerekarama Full Telemovie  |  Terlepas tengok cerita ni semalam.. Sebab terlalu bizi dengan urusan di luar.. Ahhh rugi bangat ohh.. Cerita menarik.. Tak pe la.. Tak dapat tengok thru tv dapat tengok sini ok la kan.. Jom tengok sape yang melakonkan watak-watak dalam telemovie ni.. Sinopsis cerita pown aku sertakan sekali.. hehe

Telemovie
Gerimis Hati Asyikin

Tarikh Tayangan
13.08.2016 (Sabtu), 9.00 Malam

Slot Siaran
Cerekarama TV3

Pengarah
Bahri Uma Bajuri

Skrip
Azmirul Hisham Abu Bakar

Terbitan
Al-Hidayah Productions Sdn. Bhd.

Pelakon :-
Ashraf Muslim
Wawa Zainal
Zarina Zainoordin
Noryati Taib
Ruzana Ibrahim
Shahrul Anwar
Ainin Batrisya
Muhammad Ammar




Sinopsis

Mengisahkan Asyikin seorang Pembantu Farmasi yang menanggung kehidupan 5 orang anak setelah suaminya, Zamri patah kaki akibat kemalangan. Ketiga mengandung anak ke-6, rumah tangga mereka menjadi semakin tegang. Asyikin pulang ke kampung ibunya sebelum bersalin bersama anak-anaknya. Di sana dia berjumpa dengan Manja, seorang rakan lama yang sangat mengenal isi hatinya. Sementara mencari penjaga bayi, Manja menawarkan diri untuk menjaga bayi tersebut bagi memudahkan urusan Asyikin sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Namun segalanya berubah apabila bayi Asyikin dilarikan.




Tonton Disini



Selamat Menonton..!!


Read More

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

26 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM  |  Holaaa.. Lea Azleeya masih ke-udara.. Korang dah ketiduran ke tu...??  Sebelum aku tido, aku nak join dulu GA by Blogger Elihjapahar ni.. Dari hasil siasatan aku, beliau baru aje blogging since 2 bulan lepas.. Wahh hasil siasatan tu?? Ko hingat ko polisssss nak siasat-siasat bagai.. Haha..!! GA ni menawarkan hadiah yang agak menarik.. Tunai RM200 tuuu.. Apakah?? Jom sekodeng hadiah apa yang ditawarkan.. hehe

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Pertama - Tunai RM60
Kedua - Tunai  RM40
Ketiga - Tunai RM30
Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10

Hadiah bonus untuk seorang peserta bertuah - Sekotak Mineral Coffee atau lebih dikenali sebagai Min Kaffe (bernilai RM36)

Bestkan hadiah-hadiah yang ditawarkan.. Korang tak teringin ke nak join?? Jom la join ramai-ramai.. Support kawan kita ni.. Tak menang pown janji kite datang support antara satu sama lain.. Paling tak pown kita dapat tambahkan bilangan follower blog kite kan.. Tak rugi ohh...!! Betoi dak?? hehe.. 

Bagi yang dah join, aku ucapkan GUT LUCK buat korang.. Korang memang OHSEMNESSSS..!!


Tamat
22 SEPT 2016

Read More

No Coverage!!

Saturday, August 13, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..

No Coverage!!  |  Korang perasan tak sesuatu yang pelik pada aku hari ni?? Apakah?? Haha... Aku bersiaran dimalam hari ohhh hari ni.. Tambah lagi hari sabtu pulak tu.. Ahakz.. Dah ada line tenet engkooo kat umah aku.. Setelah berhempas pulas.. Bertungkus lumus.. Kehulu kehilir mencari line intenet yang lalu dekat kawasan umah aku ni.. Huisss Seksooo mak nak..

Semalam seharian aku dok mencarik pakej internet yang boleh on dekat umah aku.. Mula-mula aku p terjah TM Point.. Hajat dihati nak sambar line streamyx (Unifi).. Sekali check coverage dekat kawasan umah aku ni nan hadoooo!!! Frust menonggeng aku kat situ.. Aduhai.. Pastu carik yang lain lak.. Aku pergi terjah YES Centre lak.. Orang cakap laju berdesup jugak dia punya line.. Check sekali lagik coverage kawasan umah aku... Jawapannye tetap sama... Hadoiii... Pergi pulak aku ke P1WIMAX... Mengharap simpati kat sana.. Moga-moga ada harap untuk aku guna intenet dekat umah.. Macam biasa check coverage... Haiss suam-suam kuku jugak nampaknya.. 

Tapi orang PIWIMAX tu suggest aku bawak balik device dulu untuk test selama 5 hari secara percuma.. Hoh.. Cadangan yang baik.. Dengan senyuman aku bawak balik benda alah tu, dengan harapan ada sinar untuk aku berintenet di rumah.. Haha.. Sampai umah aje terus test.. Line dia ada la tapi suam-suam kuku.. Slow... Memang tak best la kalau nak surf internet.. Pagi tadi aku pergi terminate dan pulang balik device dia dengan hati yang kuciwa....

Hari ni aku terus cari dan mencari.. Lastnya petang tadi aku decide untuk beli simcard prepaid DIGI BEST aje... Ni adalah pilihan terakhir yang aku ada.. Lagi pown line digi dekat umah aku OK boleh dapat 4G.. Tapi sebenarnya CELCOM lagi power dekat kawasan umah aku ni... Cuma agak mahal sikit la.. hiks.. Haaa tak lupa juga aku beli sekali modem adapter D-LINK yang boleh masuk simcard... Masa beli tu, aku tawakal aje... hehe



Alhamdulillah, akhirnya usaha terakhir ni tak mengecewakan.. Aku berjaya dapatkan line internet dekat umah aku.. So, tak sia-sialah aku beli PC, beli modem dan beli line digi ni.. hehe.. Alhamdulillah.. Dah boleh online dari rumah.. Hari cuti boleh.. malam boleh.. bila-bila masa pown boleh.. HOyyyeee...!!


Read More

Tonton Sayangku Kapten Mukhriz [2016] Full Episod

Friday, August 12, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Sayangku Kapten Mukhriz [2016] Full Episod  |  Holaaaaa.. Selamat petang korang..!! Ngah buat ape tuuuu?? Ehh korang, tengok tak drama Sayangku Kapten Mukhriz?? Best tak??... Drama ni ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia... Drama ini juga adalah adaptasi sebuah novel yang berjudul Anugerah Terindah yang ditulis oleh novelis Sophilea... Ehh ehh ada 'Lea' la kat nama novelis tu.. hiks.. Sebelom menonton, jom baca sinopsis drama ni dulu..

Pelakon Utama
Hero - Raja Afiq ( Kapten Mukhriz )
Heroin - Amaniena Baharun ( Dr. Ariana Dahlia )


SINOPSIS

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz


JOM TONTON SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ
( 23 Episod )

>>>>> DISINI <<<<<


Selamat Menonton..~!!


Read More

Qhaliff Kuat Mencubit

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Qhaliff Kuat Mencubit  |  Rasanya dah lama kowt aku tak bercerita tentang anak kesayangan aku tu.. Muhammad Qhaliff Amsyar.. Hari ni aku nak membebel tentang dia la.. hehe.. Rindu lak nak bercerita pasal si kecik yang terlebih cerdik tu.. 


Qhaliff ada satu tabiat yang aku rasa pelik.. Tapi tataw la kowt-kowt anak korang pown bertabiat cam Qhaliff jugak.. Tabiat yang aku maksudkan tu adalah MENCUBIT.. Kalau korang nak tahu, dia cubit bukan calang-calang cubit wehhh... Cubit yang menyakitkan dan memeritkan.. Cubitan dia ala-ala cam cubitan orang dewasa.. Hoiiii.. Sekali kena boleh terkoyak kulit w0o0oo.... ekeke... Nak-nak lagik time kuku panjang... Hoisss.. Merana kulit muka mak nakkk..!!

Haaa satu lagik masalah Qhaliff.. Susah potong kuku.. Ya ampunnnnn!! Memang susah bangat mao potong kukunyaaaaa... Macam-macam gaya, macam-macam cara, macam-macam pujukan dah dilakukan.. Tak jalan jugak... Time yang sesuai nak potong kuku dia adalah time dia tengah syok tengok iklan dekat tv.. Hehe.. Time iklan aje la boleh potong kuku dia.. Lepas habis iklan, harus kena berhenti potong kuku sebab dia akan mengamok... Sambung potong bila time iklan balik.. Hadoiyai anak...


Perkataan baru yang dia boleh sebut sekarang adalah "ALLAH"... Terkujat ummi dan mama dia bila dengar dia sebut ALLAH... Syukur Alhamdulillah.. Gembira sangat bila dia dapat sebut "ALLAH", walaupun dia tak tahu apa maknanye lagi...

Moga dia menjadi anak yang berguna, berakhlak baik dan soleh...Ummi sayang Adik.. Muahhh cikebboomm..!!


Read More

Pekena Durian Sampai Pengsan

Thursday, August 11, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Pekena Durian Sampai Pengsan  |  Mownink korang..!! Throwback cerita semalam.. Petang semalam encik somi request nak makan dorian... Hadoii dah banyak hari kowt dia bersungut nak makan durian.... Nasib baik lelaki, kalau pompuan dah cam orang mengidam gayanye... Haha..!! Nak dijadikan cerita, petang semalam kitorang pergi la makan durian... Kitorang cari kedai jual durian yang boleh makan terus dekat situ.. Sebabnya aku tak suka bawak durian dalam kereta.. Bau dia habattt kowt.. Tak tahan bau wo0o0oo.. Aku bab bau durian memang tak boleh.. Tapi makan boleh.. haha. Pelik kan.. Pelik tapi benar kata orang..


Kebiasaannya kalau nak mencari buah-buahan mesti aku akan pergi gerai buah tepi-tepi jalan dekat Jalan Hj. Ahmad, Kuantan.. Semalam pergi, tengok-tengok semua gerai tepi jalan tu dah takde.. Suspen sekejap.. Dah kat situ gerai dah lesap, nasib baik ada kedai jual durian seberang jalan tu...Berlambak durian.. Cam pesta durian jerk gayanya.. hehe..

GlobalMax... Nama kedai yang Gah, se-Gah durian yang dok ada bertimbun depan kedainya.. Ramai jugak orang yang p beli dan makan durian dekat situ... Macam-macam jenis durian ada.. Harga pown tak de la mahal mana nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain...

Musang King - RM 20 sekilo
D101 - RM 18 sekilo
D24 - RM 15 sekilo
Durian Kampung - RM 8 sekilo

Musang King

Semalam aku amek sebijik untuk setiap jenis durian... Nak rasa semua jenis durian semalam.. Haha.. Barulah ohsem ye dak?? Rabak jugak poket aku semalam.. Tapi tak pe la bukan selalukan.... Nampak tak gambar kat atas ni.. Durian Musang King.. Korang tahu tak kitorang kecewa dengan durian ni.. Nak tahu kenapa?? huhu.. Sebab hanya 2 ulas tersebut sahaja di dalam sebiji durian.. Hayyooo... Tak puas makan ohh.. Sebijik Rm17 hanya untuk 2 ulas sahaja.. Huwaaaaa.. Nangis tepi bucu meja...

D101

D101 memang ohsem rasa dia.. Best sangat.. Seb bek ulas dia banyak jugak.. Haha.... Harga Rm18 sekilo.. Sangat berbaloi dengan isi yang banyak dan sedap.. Len kali kalau repeat, nak makan yang ni aje la.... Yang lain tolak tepi... hehe..

D101

Nampak isi dia.. Menyelerakan.. Sedap.. Ohsemnesss... D24 pown best jugak tau.. Manis.. Lemak.. Tapi aku tak snap pic sebab tangan dah kotor kan... Dok pegang si kecik tu lagik.. Tak cukup tangan nak snap pic.. hehe.. 

Eh-eh.. Kenapa mak senyum senget nakkkk??

Muka teruja tunggu durian sampai ke meja.. Tak sabo nak makan.. Budak kecik tu pown kemain agik yee.... Durian kampung pown kitorang beli jugak.. Tapi kitorang makan last sekali.. Bila mulakan dengan yang sedap dulu, maka jadi tak sedap pulak durian kampungnya... Hadoiyaii.. Sampai tak habis makan.. Sebenarnya, dah kenyang pown ya jugak... hehe.. Dah terpaksa buat balik yang tak habis tu.. Terpaksa lah tahan hidung bau durian dalam kereta.. Nak muntah mak nak bau durian dalam kereta.. Ya ampunnnn...!! Nak tinggal kat situ aje, sayang.. sebab banyak lagik kowt... Tataw la camne nak kasi hilang bau tu...

Macam-macam aksi si Qhaliff ni.. hehe

Dah kenyang, kami pown berangkat pulang dengan kesenakan perut yang melampau sebab tak makan nasik petang.. haha.. Nak makan durian sampai lupa nasik... Kalau ada rezeki lebih bolehlah repeat pekena durian lagik pas ni.. Korang yang dok kuantan leh la p usha kedai ni kat Jalan Hj. Ahmad.. Banyak gile durian weh kat sana... Leh meroyan sekejap.. Haha..!!

Banyak durian + ramai orang

Disediakan kerusi + meja untuk kite santap durian disitu



Read More