win
Showing posts with label win. Show all posts

Name Card, Hadiah Dari Blogger Busyra Takiyudin

Monday, June 19, 2017

12 comments
Name Card, Hadiah Dari Blogger Busyra Takiyudin  |  Dah agak lama sebenarnya nak update pasal hadiah giveaway yang aku dapat ni.. Tapi asyik tertangguh jerk dek kerana kekangan masa dalam menyelesaikan tugas hakiki, tugas sebagai housewife dan ummi serta tugasan blog yang berbayar dan tidak berbayar... Terpaksa bahagi-bahagikan masa yang ada dengan pelbagai tugasan.. Nak-nak lagi raya pun dah dekat.. Sibuk dengan persiapan raya juga... Orite, kali ni aku nak update tentang name card hadiah dari blogger Busyra Takiyudin yang dah selamat pun aku terima pada 13 Jun 2017 yang lalu.. Lama dah kot aku terima.. Baru hari ni nak apdet.. Hahahadoiii!!

Name Card, Hadiah Dari Blogger Busyra Takiyudin
Name Card, Hadiah Dari Blogger Busyra Takiyudin
Pada 02 Mei 2017 yang lalu, aku ada sertai giveaway anjuran Blogger Busyra Takiyudin dan pada 27 Mei 2017, nama pemenang diumumkan... Aku adalah salah seorang pemenang itu.. Alhamdulillah... Rezeki dari tuhan untuk aku disampaikan melalui adik Busyra Takiyudin.. Thankz ALLAH.. Thankz Busyra.. Untuk pemilihan template name card, aku boleh pilih sendiri atau design sendiri.. Tapi aku tak mahu pening-peningkan kepala aku yang dah sedia pening ni, aku amek aje template yang Busyra dah show off kan kat blog beliau.. 

Warna pilihan aku adalah Gold Black... Exclusive kot warna ni.. Nampak mewah gituu.. Simple tapi Elegant.. Hah, itu motto untuk name card aku.. Siap ada motto lagik tu.. Hiks.. Aku sangat berpuashati dengan hasil kerja Busyra.. Kemas sangat.. Tiada cacat celanya.. Kualiti card pun sangat bagus.. Card aku ni bukan dari jenis kertas berkilat ye tetapi jenis matte.. Konklusinya, aku sangat suka, berpuashati dan sangat sayang nak guna.. Haha!!


Show off sikit name card exclusive aku ni.. Haha!! Jangan kecam mak ye nakkk!! Hiks.. Okeh, kalau korang nak jugak namecard cam aku ni, korang boleh la buat tempahan dengan Adik Busyra Takiyudin.. Selain name card, beliau juga menerima tempahan untuk banner, bunting dan flyers dengan harga yang berpatutan.. Kualiti memang terbaik dari ladang... Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh layari :-


Blog 



Facebook

Instagram

Twitter


Read More

Blog Lea Azleeya Di Review Lagi!

Tuesday, June 13, 2017

12 comments
Blog Lea Azleeya Di Review Lagi!  |  Alhamdulillah, ada blogger yang sudi review Blog Lea Azleeya ni.. Terharu rasanya... Walaupun hanya short review, tetapi ianya sangat bermakna... Thankz to Adik Farah Wahidah.. Bukan senang nak dapat review dari seseorang blogger kan.. Bila ada yang sudi review dan free pulak tu memang seronok.. 

blog lea azleeya
Blog Lea Azleeya Di Review Lagi!

Kengkadang kite sebagai owner blog ni, nak baca apa yang direview oleh blogger lain memang rasa berdebar-debar... Yelah, mane tahu kot-kot komen yang diberikan tu banyak yang negatif kan... Itu bermakna blog kite tak layak untuk disinggahi oleh mana-mana pengunjung kerana membawa aura negatif... Tapi ada jugak kebaikannya, sekurang-kurangnya kita dapat tahu kelemahan blog kita... 

Oklah, jom kita support pulak kawan blogger kita ni.. Adik Farah Wahidah.. Kita terjah blog beliau.. Banyak juga dia review blog rakan bloggernya... Terdapat juga tutorial di blog beliau.. Tips pun ada tau... Jadi, apa tunggu lagi... Moh le kita ke FWS Blog untuk tinjau apa yang ada kat sana..

 
blog FWS - http://fws00blog.blogspot.my/


Read More

Top Commentator Di Blog Starlavenderluna

13 comments
Top Commentator Di Blog Starlavenderluna  |  Sejak kebelakangan ni aku tak berjaya nak blogwalking ke blog rakan-rakan setiap hari.. Ada saje kesibukan yang aku alami... Dengan shopping rayanya.. Dengan jemputan berbuka puasanya.. Cewahhh.. Jemputan berbuka puasa tu.. Dah macam artis gituwww..!! Padahal jemputan dari keluarga, rakan taulan aje pun.. Haha!! Alah kira jemputan jugak la kan.. Bila dah keluar, memang tak de masa nak jengok blog dan blogwalking.. Mintak maaf sangat-sangat ye rakan-rakan blogger yang rajin singgah kat blog aku ni.. Tak dapat nak balas kunjungan dengan segera.. Mungkin mengambil masa sikit.. Hiks.. Bukan itu yang tujuan utama entry ni.. Tujuan utamanya, cuma nak cerita tentang keberjayaan aku menjadi top commentator di Blog Starlavenderluna tempoh hari...

Top Commentator Di Blog Starlavenderluna
Top Commentator Di Blog Starlavenderluna

Kali ni yang tersenarai dalam Top Commentator blog Starlavenderluna akan menerima hadiah dari Blogger Shikin selaku owner blog.. Alhamdulillah rezeki sempena hari raya namanya tu.. Aku memang suka terjah blog Shikin ni sebab banyak info yang menarik.. Kengkadang aku sendiri tak tahu menahu tentang kewujudan info tersebut.. Dah alang-alang sampai ke blog beliau, tak sah kalau tak tinggalkan komen sepatah duakan.. Alhamdulillah rezeki aku untuk tersenarai dalam Top Commentator blog beliau bagi bulan Mei-Jun 2017


Nampaknya ada saingan sengit disitu.. Hehe.. Sama pulak jumlah komen aku dengan Blogger Sha tu yek.. Tak pe la.. Komen mengomen ni bukan nak bersaing.. Tapi lebih kepada meninggalkan jejak dan support blog kengkawan.. Bila ada masa kita blogwalking.. Tapi time tak berpeluang nak blogwalking, memang tak de la tinggal jejak kita kat blog kengkawan.. Gitu la rutinnya seorang blogger...

Semua yang tersenari juga akan dimasukkan ke dalam bloglist blog  beliau.. Memang terbaik.. Thankz buat Shikin.. 😊 Orite, nak tahu tak hadiah apa yang akan kami terima nanti... Lipstik Novo... Pilihan warnanya pun menarik...


Oklah.. Kalau korang nak info lebih, bolehlah ke blog Starlavenderluna ni... Jom sesama terjah blog beliau...



Read More

Menang Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin

Tuesday, May 30, 2017

6 comments
Menang Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin  |  Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan.. Aku tersenarai sebagai Pemenang Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin.. Nama-nama pemenang dah pun diumumkan pada 27 Mei 2017 yang lalu.... Kalau korang join jugak giveaway ni, bolehlah semak senarai pemenang kat SINI.. 

Menang Giveaway Free Name Card by Busyra Takiyudin
Pemenang Free Name Card

Tak sangka sebenarnya boleh menang giveaway ni.. Sebabnya terlalu ramai yang join.. 74 orang kot penyertaan untuk giveaway ni.. Alhamdulillah, kalau dah tertulis rezeki kita memang tak kemana kan.. Thankz to Busyra dan jugak mesin nombor (random.my) sebab pilih nombor #11 - Blog Lea Azleeya untuk menang Name Card... Terharu baq hang!! Hehe..

Tahniah jugak buat pemenang yang lain... Moga lepas ni makin rajin Busyra buat giveaway yek.. Leh join lagik.. Hiks.. Kot ada yang belum mengenali Blogger Busyra kita ni, moh le pakat terjah blog beliau.. Banyak info yang menarik kat blog beliau tau.. Rugi tak follow.. Blog mesra alamnya akan membuatkan korang suka berada di sana untuk membaca entry yang menarik nukilan beliau.. Jom terjah!!






Read More

Menang Segmen - Seorang Syed Nak Bloglist!

Thursday, May 11, 2017

9 comments
Menang Segmen - Seorang Syed Nak Bloglist!  |  Holaaa!! Alhamdulillah ada rezeki aku untuk menang segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!... Dapat menduduki senarai bloglist Seorang Syed.. Hehe.. Thankz ya Syed.. Senarai nama pemenang dah diumumkan semalam.. Sape-sape yang join segmen ni bolehlah usha senarai pemenang di SINI ye..



Yeah aku #02... Senarai blog yang terpilih pun dah dimuat naikkan ke dalam bloglist blog beliau.. Alhamdulillah... 


Ok, kalau ada yang belum kenal dengan Seorang Syed ni, bolehlah terjah blog beliau.. Sesambil tu bolehlah follow terus blog beliau tu... Insyaallah Seorang Syed sangat peramah orangnye.. hehe..

Blog Seorang Syed


Read More

Menang giveaway Jiakreatifelt

Wednesday, May 10, 2017

8 comments
Menang giveaway Jiakreatifelt  |  Yeahh menang lagi.. Kali ni dapat masuk dalam bloglist Jiakreatifelt pulak.. Ritu aku ada join giveaway "Jom Join Giveaway Jiakreatifelt" anjuran Blogger Jia ni.. Alhamdulillah tersenarai dalam 7 pemenang untuk dimasukkan dalam bloglist beliau.. Seronok hokeh, dapat masuk dalam bloglist kengkawan ni.. Sapa yang blogwalking kat blog dorang sekurang-kurangnya nampak la jugak blog picisan kite ni kan.. Hehe 


Aku yang bernombor 3.. I loike number 3...



Nampak tu dah diletakkan dalam senarai bloglist beliau.. Alhamdulillah.. TQ ya Jia..


Jom korang pakat berkenalan dengan Blogger Jia ni.. Terjah blog beliau di :-



Read More

Berjaya Tersenarai Dalam Bloglist Mrs Pip

Tuesday, May 9, 2017

5 comments
Berjaya Tersenarai Dalam Bloglist Mrs Pip  |   Pada 17 April 2017 yang lalu aku ada join segmen "I Am Bloglisted by Mrs Pip" anjuran Blogger Mrs Pip... Dan aku berjaya tersenarai dalam bloglist Mrs Pip.. Alhamdulillah..


Aku peserta no. 10 yang join segmen ni..



Blog pun dah di update kedalam bloglist blog beliau.. Thankz to Mrs. Pip..


Jom korang kite pakat terjah BLOG MRS. PIP..





Read More

Tersenarai Dalam Carta Special Bloglist Starlavenderluna

Monday, May 8, 2017

9 comments
Tersenarai Dalam Carta Special Bloglist Starlavenderluna  |  Aku kalau terlalu biz memang tak sempat nak blogwalking dan tinggal jejak kat blog kengkawan.. Dapat update entry pun rasanya dah cukup bali.. Masa itu Emas bagi aku sekarang ni.. Rasa 24 jam sehari tak cukup untuk aku buat semua bende.. Sampaikan buku tertangguh untuk aku habiskan bacaannya.. Bila ada masa terluang, aku akan cuba untuk blogwalking blog kengkawan dan tinggalkan jejak aku... Mungkin dengan sedikit masa tersebut dan kegigihan aku blogwalking + tinggal jejak, aku tersenarai dalam carta special bloglist Starlavenderluna.. Siapa tu..?? haaa ni la blog Blogger Shikin.. 


Yang Rajin Komen.. Aku di carta no.3.. Hehe.. Aku kembali ke dalam senarai kaki komen blog beliau.. Oleh sebab itu aku terpilih untuk dimasukkan kedalam bloglist blog beliau.. alhamdulillah... Ritu dalam text dari Blogger Shikin di Cbox aku...


Dan ternyata, blog aku dah disenaraikan dalam bloglist beliau sehingga 31 Mei 2017 nanti... Thanks tau Shikin...


Jom terjah BLOG SHIKIN.. Sape yang belum follow boleh la follow blog beliau.. Banyak info menarik kat sana..




Read More