lifestyle
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Get Your Dream Body Shape With The Best Body Shaper at Sculptshe

Friday, November 5, 2021

No comments
Get Your Dream Body Shape With The Best Body Shaper at Sculptshe  |  To have a great body shape is everybody dreams. A lot of efforts must be done in order for us to have a great body shape. The most iconic shape for the female body is called hourglass body shape. A lot of celebrities also have this kind of body shape like Jessic Alba, J Lo, Marylin Monroe and many more.  

In the mid to late 1800s, during the Victorian era, the hourglass corset was used to accentuate the hourglass body shape that became popular and ideal. It was really hard work for those people at that time to get that kind of body shape.  


Nowadays, there is an easy way for us to have that gorgeous body shape. Thanks to SCLUPTSHE gives a lot of choices to choose to look hot and gorgeous. For me I choose the best body shaper Sculptshe Full Body Suit Surgery Compression Garment.

The reason why I choose this garment is its full body minimizing support to make me feel confident in any occasion. It offers the control and adjustment necessary for my body to recover quickly and effectively to take the desired figure. This garment also features an open crotch design for easy bathroom access. So that it helps me to wear it on any occasion hassle free. Its wide straps also support hooks that adjust to your fit and comfort. The three front lines of hooks enhance the setting and make it easy on & easy off. This bodysuit also reduces and supports the waist, hips, thighs and entire abdomen so it makes us look gorgeous all the time.


It also has high elastic fabric at the chest, lamination design, suitable for a variety of chest sizes so that we don’t have to worry more about when we wear it. For your info, this wear shaper is also very helpful for those who just have post-surgical surgery. This wear helps us to quickly recover our body.  

Another one product that I choose is Sculptshe Side Zipper Lace Hem Body Shaper  


This body shaper shapes your Waist, Hips and Thighs. Ideal for daily use, Post surgery and postpartum new mommies. It comes with side zipper shapewear, inner hooks to adjust the garment easily, adjustable and removable straps. Zipper crotch for optimal comfort and cotton lining for comfort. This Body shaper will round your back side, slims your waist, thighs &  give you all over maximum compression.. 

What makes this bodysuit so special is it’s almost invisible under clothes and has a brief style bottom to eliminate uneven shaping around the thighs. So that we also can wear it anywhere we want and we can still wear a bra as normal, without any bumps at the back. It makes me so confident to wear it at any time that I want. 

In addition, this shapewear can also be natural butt lift, removable and adjustable straps, side zipper to maintain invisibility underneath all clothing, zipper on crotch available for easy bathroom use and low back so you can wear this Faja underneath backless dresses.

Trust me, we will enjoy a more trim and toned figure, and show off a beautiful hourglass silhouette and everybody's eyes will focus more on you. This bodysuit will help us to slim our body instantly. It helps to flatten & firm our stomach. 

This bodysuit also hides and smoothes bumps and bulges everytime we wear it. It gains our self-confidence to meet people when we wear it too. The light material, breathable fabric that won't roll up make us so comfortable to wear it. It is almost invisible under clothes so we are worry free to wear it. The crotch buckle design feature makes it convenient to use the restroom. What more that we are asking for, this is the most perfect bodysuit that you must have. Go and get it while the stock lasts!


Read More

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang

Tuesday, October 26, 2021

1 comment
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang  |  Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.


Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.

Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.


Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 101 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Pusat Jagaan Chahaya, dan Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.

Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.


Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). - ujar Cik Chin.

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.


Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik. - kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

 


Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati. 

Hidangan makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha (Group C) yang menjadi Juara dalam pertandingan #SukuSukuSeparuh

Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.

Arianna Natasha, usahawan media sosial berusia 18 tahun yang membimbing kanak-kanak cara untuk menjadikan content creator sebagai kerjaya

Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka. - ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. 
Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain. 

Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.

Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel  #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™  kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti. - jelas Cik Grace daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.
Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan! - kata salah seorang peserta.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.





Read More

5 Tip Hilangkan Rasa Malas

Sunday, October 24, 2021

4 comments
5 Tip Hilangkan Rasa Malas  |  Bila ada masa aku akan isi dengan membaca buku.. Terbaru aku baca buku motivasi yang benar-benar memberikan aku motivasi diri yang tinggi iaitu buku Dajal Dalam Diri #30SifatKeji : Cegah & Hindar.. Aku akan share dekat sini apa yang aku suka dalam buku ini.. Untuk kali ni aku nak share 5 tip untuk hilangkan rasa malas yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ni.. Mana tahu boleh dijadikan rujukan korang juga kan.. Hehe..


5 Tip Hilangkan Rasa Malas

Sebenarnya banyak tip, petua, cara, etc untuk hilangkan rasa malas ni.. Mudah-mudahan cara ini dapat membantu korang untuk nyahkan 'Dajal Dalam Diri' ini..

1.  Fikirkan Tujuan Dan Impian Hidup

Adakah kita nak kehidupan yang bermakna atau sia-sia?
Adakah kita nak dunia yang bersifat sementara atau akhirat yang kekal abadi? #MakeAChoice

Kalau nak yang terbaik untuk hidup, tiada cara lain kecuali tukarkan sifat malas itu kepada rajin..

2.  Fikirkan Pasal Mak Ayah

Cuba kenangkan kesusahan mereka sepanjang membesarkan kita. Pernahkah mereka merungut kerana memiliki korang? Pernah tak mereka abaikan korang?

Then, fikirkan adakah kita mahu jadi anak yang berbakti atau anak derhaka? Adakah kita nak menyusahkan mereka dengan sifat malas kita ni sepanjang hayat? #ThinkAboutIt

3.  Amanah Dan Sayangi Diri

Kalau bukan kita yang sayangkan diri sendiri, siapa lagi? Jadi, berusahalah buat sesuatu untuk tingkatkan kualiti diri. Kalau 24 jam asyik goyang kaki je, apa yang korang boleh dapat?

Ingat, rezeki takkan datang bergolek walaupun korang beribadah banyak macam mana sekalipun.

4.  Kelilingi Diri Dengan Aura Positif

Carilah kawan yang baik dan mampu membimbing ke jalan yang benar. Kalau taka da, korang sendiri yang kena mulakan untuk membina persekitaran yang harmoni.

Tak lokek ilmu, saling  membantu dan pandai menyantuni antara perkara yang secara tak langsung  dapat memupuk sifat #RinganTulang

5. Berdoa

Mohonlah kepada-NYA agar dijauhkan dan dihindari dari sifat ini. Tapi pastikan doa dipohon dengan bersungguh-sungguh dan kemudian dilaksanakan melalui perbuatan.


Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kesusahan di waktu tua dan sifat kedekut. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari seksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian. - Hadis riwayat bukhari dan muslim


Sumber : Buku Dajal Dalam Diri by Sis Youjae 


Read More

Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk kanak-Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun

1 comment
Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk kanak-Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun  |  Assalamualaikum.. Hi guys! Apa aktiviti korang hari ni? Masih kekal di rumah lagi ke atau dah mula bekerja? Aku yakin pasti ada yang masih bekerja dari rumah kan dan mungkin ada dikalangan korang yang buntu tak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak-anak.. Haaaa dekat sini aku nak share story dengan korang tentang Novakid.. Korang pernah dengar tak tentang Novakid ni? Kalau tak pernah, Novakid ni adalah kelas Bahasa Inggeris dalam talian untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.. Opsss nanti dulu mommies.. Ni bukan kelas yang membosankan tetapi ini kelas yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.. Serius best sangat!! Jom aku cerita..


Novakid 'Online Learning' Yang Menyeronokkan

Sepanjang PKP ni, memang anak aku sentiasa berada di rumah.. Macam-macam aktiviti jugalah aku terpaksa fikirkan untuk menghilangkan rasa bosan mereka.. Salah satunya, aku daftarkan anak aku online class di Novakid.. Bagus tau online class Novakid ni tau.. Mungkin bila dengar tentang online class ni, dah terbayang kebosanannya kan terpaksa belajar dan belajar.. Tapi tidak di Novakid.. Anak-anak pasti seronok dan terhibur serta excited nak join online class di Novakid ni sebabnya kelas semuanya sangat interactive.. So, korang yang tengah cari online class untuk anak, aku recommended sangat korang daftar di Novakid.. Pasti anak-anak akan suka.. 


Macam Qhaliff sendiri, memang excited sangat masuk online class Novakid ni.. Cikgu yang mengajar pun pandai sangat handle kanak-kanak, tak terlalu serius.. So, anak-anak akan lebih yakin dan tak takut untuk mengikuti kelas online ini.. Lagi best di Novakid ni, kita boleh pilih native speaker tau.. Jadi, ni boleh membuatkan anak-anak lebih yakin untuk berkomunikasi.. Lagi pun belajar dengan native speaker ni adalah cara terpantas untuk mendapatkan hasil yang cepat.. Korang juga boleh tengok profile setiap cikgu yang berkhidmat di Novakid ni.. Jadinya, lebih mudahlah nak pilih cikgu yang sesuai mengikut timing yang korang prefer untuk anak korang.... Ramai juga cikgu di Novakid ni tau.. 


Ok, konsep Novakid ni mudah je.. Lepas kita langgan kelas, kita boleh dah boleh booking terus jadual belajar.. Jadual pun waktu fleksibel.. So, mudah la nak setting masa kan.. Boleh pilih time kita sendiri dan tidak terikat dengan jadual yang telah ditetapkan.. Very nice!! Kelas pun hanya 25 minit tau untuk setiap sesi.. Tak lama, so anak-anak pun tak la bosan mengadap kelas yang terlalu lama sehingga berjam-jam kan.. Lagi pun, Novakid ni juga adalah merupakan platform interaktif.. Itu yang membuatkan anak-anak seronok belajar di Novakid.. Aku rasa dengan cara ni, anak lebih cepat belajar dan faham sekaligus cepat dapat kuasai Bahasa Inggeris.. 

Aku suka dengan interfacenya.. Minimalis, clean and nice... Senang nak faham step by step.. Senang cerita 'user-friendly' la... gittchewww!! Bagi aku as parents, memang mudah sangat nak buat booking di Novakid ni.. Kalau ada masalah teknikal pun, terus boleh berhubung dengan mereka just pergi ke ruangan chat yang disediakan untuk dapatkan bantuan segera.. Memang terbaik Novakid ni..

Masukkan emel untuk register


Dah register akan ada akaun parent dan anak untuk booking dan juga kelas online


Ini akaun parent di mana, boleh tambah baki akaun dan juga schedule jadual belajar anak


Bahagian "Jadual Say" ni, bolehlah pilih tarikh yang sesuai untuk kelas online anak


Cikgu pun boleh pilih tau.. Cikgu semua dari luar negara ya.. 

Di bahagian "pustaka" pula, boleh dapatkan material untuk anak-anak belajar

Nak tengok tahap pencapaian, boleh pergi ke bahagian "pencapaian"


Kelebihan Online Class di Novakid

Banyak kelebihannya bila belajar di Novakid ni yang perlu korang tahu.. Antaranya :-
  • Persekitaran bahasa - Belajar dengan penutur asli
  • Guru berpengalaman - Setiap guru di Novakid adalah pakar ESL yang bertauliah dengan pengalaman mengajar dalam talian
  • Dari mudah ke sukar - Mula secara mudah dan beransur-ansur menjadikan program lebih sukar.
  • Kelas dari rumah - Ibu bapa jimat masa dan wang ringgit untuk perjalanan ke pusat tuisyen dan guru di luar talian. Anak-anak dapat belajar di persekitaran rumah yang selesa tanpa risiko terdedah kepada jangkitan penyakit.
  • Program sesuai bagi semua usia - Program dicipta oleh pakar berbahasa inggeris yang berpengalaman dan memberi tumpuan kepada ciri-ciri pendidikan dan psikologi kanak-kanak berumur 4-12 tahun.

  • Standar pendidikan Eropah - Program dirangka berdasarkan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR)

Langganan Percubaan Hanya RM64 Sahaja!


Serius la RM64 sahaja! Ya, hanya RM 64 sahaja 'trial subscription' ni untuk 4 kelas, selama 2 minggu.. Murah gila guys.. Berbaloi-baloi sangat.. Anak aku Qhaliff pun starting aku cuba trial subscription ni dulu untuk lihat keserasiannya dan ternyata dia sangat happy dengan online class ni.. Bagi korang yang nak cuba dulu tu, boleh ambil langganan percubaan ni.. Recommended sangat guys!!
  • 4 kelas individu untuk RM64
  • Kelas 25 minit
  • Platform permainan interaktif
  • Hanya guru berbahasa Inggeris
  • Jadual waktu fleksibel
Jom booking sekaranggggggg 👉 klik SINI

Bagaimana kelas dijalankan? Moh tonton kat SINI


Korang yang ada anak berumur 4 hingga 12 tahun tu, aku rekemen sangat korang daftar masuk anak korang dalam kelas online di Novakid ni.. Sekurang-kurangnya masa mereka dihabiskan dengan aktiviti yang memberi mereka manfaat.. Boleh dikatakan bermain sambil belajar kerana di Novakid sistem pembelajarannya so fun.. Anak-anak pasti seronok join kelas online di Novakid ni.. Qhaliff pun seronok tau.. Selalunya dialah yang susah sekali nak join kelas online.. Tetapi di Novakid, dia dengan senang hati serah diri untuk belajar bahasa inggeris di sana.. Alhamdulillah.. Seronok bila tengok dia happy...

Ok guys, itu jelah yang aku nak share tentang Novakid ni.. Moga bermanfaat buat korang semua.. Yang elok ikut, yang tak elok jangan ikut tau.. Haha.. Next ada story best, aku share lagi.. Hope korang setia di sisi Blog Lea Azleeya ni.. Haha.. Take care guys!! Stay safe...



Read More

10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!

Tuesday, October 19, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt..

10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!  |  Kemain lagik hengko yek Lea Azleeya, rini nak kasi tips tarik rezeki bagai yeee... Haha.. Oke, hari ni aku nak kongsi dengan korang tips pantas skill orang-orang berjaya tarik rezeki dengan mudah... Biasa-biasanya orang bisness la mengamalkan tips ni... Kalau korang dalam kalangan orang bisness, bisnessman.. bisness women.. Haa boleh la try tips ni... Jom tengok apa ada dalam senarai tips tersebut...


BAGAIMANA NAK TIRU SKILL ORANG BERJAYA!!

10 Tips Pantas Skill Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!

1. Berkawan dengan orang yang betul.. 

2. Tidak bertangguh dalam segala kerja dan urusan

3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif

4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus...!

5. Sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.

6. Membina networking yang bagus.

7. Konsisten dan tak mudah putus asa. 

8. Pantas membuat keputusan dan pantas juga membuat tindakan.

9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha. 

10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang disekeliling.


Moga tips ni berguna untuk korang lebih maju kehadapan dalam lapangan perniagaan....



Read More

Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org

Saturday, October 9, 2021

2 comments
Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org  |  Hi Korang.. Lama betul tak main games.. Sekali sekala mengadap games best juga.. Release tensen bekerja.. Games yang aku layan ni bukan games zaman sekarang tau tapi games legend yang femes zaman aku dulu.. Korang yang seangkatan dengan aku mesti ingat game Solitaire kan.. Tipu la kalau korang tak ingat.. Haha.. Kalau dulu-dulu zaman muda remaja dulu aku suka sangat main game Solitaire ni.. Pantang bukak PC, mesti on game Solitaire dulu.. Yelah, zaman aku dulu hanya ada games Solitaire je. Tak macam zaman sekarang.. Dah macam-macam games ada..
Read More

Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya

Tuesday, September 28, 2021

No comments
Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya  |  Hi korang! Dua tiga hari ni, line internet di tempat aku ni buat hal betul la.. Kemain menyiput jerk slownya.. Nak buat kerja pun tak syok.. Haiss.. Oh ya, dah alang-alang sebut tentang line internet ni, aku baru jerk dok usha pelan data Yoodo.. Haa korang pernah dengar tak pasal Yoodo ni? Aku pun sebenarnya baru firstime dengar.. Bila ramai dok sebut pasal Yoodo ni, teringin la jugak nak tahu kan.. So, aku pun riki-riki la.. Banyak rupanya kelebihan Yoodo ni.. Salah satunya kita boleh ubah suai data, panggilan dan sms kita sendiri.. Memang terbaiklah!.. Jom aku story kat korang..
Read More

Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks

Tuesday, September 21, 2021

3 comments
Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks  |  Hi guys.. Sejak dua menjak ni, rajin pulak aku baca kisah-kisah usahawan yang berjaya dengan perniagaan mereka.. Yelah, sekarang ni kan musim pandemik Covid-19, bukan senang nak membangunkan sesebuah perniagaan tu... Dah banyak perniagaan yang 'gulung tikar' tak mampu bertahan dek kerana keadaan semasa dan juga ekonomi negara kita sekarang ni.. Bila terbaca kisah mereka yang berjaya ni, rasa terinspirasi pula dengan kegigihan mereka sehingga mereka dapat kecapi kejayaan.. Ya, kejayaan yang mereka perolehi semestinya tidak datang begitu sahaja sebaliknya perlu melalui fasa-fasanya dan proses yang betul..
Read More

Jejak Wira Merdeka Bersama Vits

Wednesday, September 15, 2021

No comments
Jejak Wira Merdeka Bersama Vits | Di waktu negara sedang bergelut dengan isu pandemik yang melanda dunia ini, Vit’s telah mengambil pelbagai inisiatif murni bagi bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan daripada pandemik ini.


Sempena bulan kemerdekaan ini, Vit’s telah berkolaborasi bersama Sinar Harian untuk menjalankan satu program untuk membantu para “Wira Negara” yang pernah berkhidmat kepada negara. Mereka yang pernah menjadi wira untuk  mempertahankan tanah air wajar untuk kita hargai. Kerjasama ini dijalankan bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia untuk mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada waktu pandemik ini.
Read More

Datuk Wira Dr Azizan Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Dengan Menganjurkan Progam Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma

Monday, August 16, 2021

4 comments

Datuk Wira Dr Azizan Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Dengan Menganjurkan Progam Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma | "Waktu masuk dengar tu memang la percuma.. Tapi selepas tu, mereka cadangkan masuk program itu dan ini... Bayarannya pula bukan kecik-kecil anak.. Jerung pun boleh meninggal..". "Mula-mula free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat-loncat jerit amik semangat katanya.."..
Read More

7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen #TrashToTreasure

1 comment
7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia  Melalui Kempen #TrashToTreasure | 7-Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar. 

Pengendali kedai serbaneka 24 jam terbesar negara tersebut memperkenalkan dua jenis beg mesra alam yang boleh digunakan semula iaitu Beg Out of the Ocean dan Beg Botol PET (polyethylene terephthalate) Kitar Semula. 
Read More

McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja

Friday, July 30, 2021

9 comments
McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja  |  Semakin hari semakin membimbangkan dengan keadaan negara kita pada hari ini yang mengalami krisis pandemik Covid-19 dimana angkanya semakin meningkat dari sehari ke sehari.. Setiap hari juga ada sahaja kes kematian dilaporkan akibat virus ini.. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir.. Malah, baru-baru ini di tempat kerja aku sendiri mengalami penularan virus Covid-19 ini mengakibatkan jabatan kami terpaksa ditutup buat sementara untuk menghapuskan rantaian Covid-19 ini.. Aku sendiri masih lagi dalam tempoh kuarantin.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Insyaallah..
Read More

The Advantages Of Having A Blog Nowadays

Wednesday, July 7, 2021

5 comments

The Advantages Of Having A Blog Nowadays | Blogging has become a trend nowadays. It shows that there are increasing numbers of people getting involved in blogging. I also did not miss this kind of new human communication style. There must be some reasons why I’m attracted to getting involved in the blogging world. As we know today we are still battling with Covid-19 pandemic and we are still under total lockdown. In this challenging time, we need to learn and adapt to new ways of doing things. We need to think about how to reach many people out there without meeting them in a real environment. So, this is how blogging plays its role nowadays where we can reach people globally. 

Read More

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh

Monday, July 5, 2021

6 comments

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh  |  "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".. Itulah ungkapan yang boleh diumpamakan dengan keadaan semasa kita sekarang.. Setiap hari aku melihat di media sosial, kisah petugas-petugas bahagian hadapan bertungkus lumus menghadapi penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin serius di negara kita pada hari ini.. Mereka bekerja tidak kira masa untuk merawat pesakit dan menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik demi memutuskan rantaian Covid-19 ini.. 

Read More

Ecovitta Dedah Rahsia Nyahkuman dan Pembersihan Tanpa Bahan Kimia

Wednesday, June 23, 2021

2 comments

Ecovitta Dedah Rahsia Nyahkuman dan Pembersihan Tanpa Bahan Kimia | Mesin Pembersih Stim Ecovitta EC01S Serba Baharu Menghasilkan Kediaman Lebih Sihat, Bersih dan Selamat. Teknologi berevolusi Ecovitta EC01S memudahkan rutin tiga langkah pembersihan yang terdiri daripada nyahkuman, membersih dan menyegarkan dari sebuah mesin kompak dan pelbagai fungsi. Manfaat kuasa stim ultra-kering, EC01S mampu membunuh sehingga 99.9% kuman, bakteria dan virus - termasuk e-coli, debu hama dan pepijat. Satu lagi kelebihan utama EC01S adalah ia hanya menggunakan air. Ini membenarkan anda dapat menikmati pengalaman ejen pembersihan berkuasa tanpa bau-bauan yang kurang selesa, rasa melekit dan kesan sampingan lain. Gunakan mesin ini untuk menyahkuman bungkusan penghantaran, barangan peribadi dan setiap sudut kediaman anda. EC01S adalah solusi terbaik bagi menangani pandemik COVID-19 dan selepasnya.

Read More

Total Lockdown? Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini!

Sunday, June 20, 2021

10 comments

Total Lockdown? Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini!  |  Pejam celik pejam celik, sudah setahun lebih kita berhadapan dengan covid-19.. Sehingga ke hari ini kita masih berjuang membebaskan diri dari pandemik ini dan untuk kali keduanya kita melalui 'total lockdown'.. Sebut sahaja 'total lockdown', dah terbayang betapa bosan dan stressnya duduk berkurung di rumah sahaja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tanpa boleh kemana-mana.

Read More

Tip Untuk Mempelbagaikan Pilihan Pakaian Anda Tanpa Membeli Banyak

Monday, June 14, 2021

1 comment

Tip Untuk Mempelbagaikan Pilihan Pakaian Anda Tanpa Membeli Banyak  |  Fesyen boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang, tetapi boleh juga memudaratkan. Tidak semua orang mampu mengisi almari mereka dengan semua pakaian trend terkini dan jenama mewah. Sebilangan daripada kita mungkin tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpannya. Namun, itu bukan alasan untuk hanya memakai baju yang kelihatan membosankan atau tidak ceria.

Read More

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

Friday, June 11, 2021

11 comments
McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan  |  Sepertimana umum ketahui, pada hari ini negara kita masih lagi berhadapan dengan situasi penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan bukan sahaja wabak ini dihapuskan segera, malah kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.. Dalam usaha mengawal pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini, tidak akan berjaya tanpa kegigihan, semangat kental dan daya juang pasukan petugas barisan hadapan (Frontliners) terutamanya petugas kesihatan dan perubatan.
Read More

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal

Sunday, June 6, 2021

5 comments

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal |  Jasa dan pengorbanan guru sememangnya sangat besar dalam mendidik kita tanpa jemu dan tidak akan pernah terbalas. Jadi, mereka harus dihormati dan dihargai sebaik mungkin. Bagi menghormati dan menghargai jasa guru yang melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas hakiki mereka dalam mendidik, memotivasi dan memberi inpirasi kepada pelajar, McDonald's Malaysia telah meraikan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI2021), sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan tahun ini.

Read More

IT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan "Family-Styled Boxed"

Saturday, June 5, 2021

3 comments

IT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan "Family-Styled Boxed"  |  Hi Guys!.. Setiap hari kalau tak pekena kopi memang tak sah.. Dengan aroma dan rasa kopi itu sendiri dapat membangkitkan semangat untuk memulakan hari bagi penggemar kopi seperti aku.. Dengan perkembangan  dan perubahan semasa, kini revolusi kopi semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan produk kopi yang lebih berkualiti, berinovasi dan berbaloi seperti produk minuman kopi keluaran Aik Cheong Coffee ini.. 

Read More