IT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan "Family-Styled Boxed"


IT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan "Family-Styled Boxed"  |  Hi Guys!.. Setiap hari kalau tak pekena kopi memang tak sah.. Dengan aroma dan rasa kopi itu sendiri dapat membangkitkan semangat untuk memulakan hari bagi penggemar kopi seperti aku.. Dengan perkembangan  dan perubahan semasa, kini revolusi kopi semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan produk kopi yang lebih berkualiti, berinovasi dan berbaloi seperti produk minuman kopi keluaran Aik Cheong Coffee ini.. 

Tentang Aik Cheong Coffee

Tidak dinafikan pelbagai jenama kopi terdapat di pasaran sekarang.. Apa yang membezakannya adalah dari segi packaging dan mungkin juga dari segi rasa.. Bagi Aik Cheong Coffee, mereka sentiasa berusaha keras untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam penghasilan produk yang berkualiti dan berbaloi.. Memandangkan sekarang musim PKP dimana kita tidak dibenarkan untuk dine di kedai, jadi bersesuaianlah dengan konsep yang dibawa oleh Aik Cheong Coffee iaitu "nikmati rasa kopi sebenar di rumah".. Jom aku ceritakan serba sedikit tentang Aik Cheong Coffee..

Aik Cheong Coffee ini merupakan jenama kopi yang terkemuka di Malaysia yang telah bertapak dalam industri kopi di Malaysia dan antarabangsa hampir 66 tahun.. Dengan usaha yang penuh komited dalam mempromosi, mereka berjaya mengekalkan reputasi yang cemerlang, berkualiti serta sentiasa mempertingkat dan memenuhi tahap kepuasan pelanggan daripada generasi ke generasi sehingga ke hari ini..

Antara rangkaian produk kopi segera keluaran Aik Cheong adalah seperti Kopi O, White Coffee, Teh Tarik, Hot Chocolate dan banyak lagi selalu menjadi kegemaran rakyat tempatan. Pengasasnya telah menurunkan resepi rahsia dan falsafah jenama kepada warisnya sejak 60 tahun lalu. 

Selari dengan kemajuan pada hari ini, Aik Cheong Coffee telah menghasilkan produk terkini dan lebih berinovasi seperti produk yang telah berjaya mencipta satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali sebagai "IT'S more than just" yang telah dilancarkan pada tahun 2019 dimana produk ini mencatatkan rekod jualan lebih 1 juta cawan berjaya dijual pada tahun tersebut. Manakala pada tahun 2020 pula, satu lagi produk baru dilancarkan iaitu produk makanan kesihatan IT'S Granola dengan mengetengahkan slogan "You oat to try"..

Aik Cheong Coffee - IT'S Cup Series

Kadang kala bila berada dalam keadaan yang terlalu sibuk, sudah pasti kita mahu menikmati secangkir kopi dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu bersusah payah untuk mengediakannya.. Betul tak? Memahami kehendak pelanggan, Aik Cheong Coffee telah mengeluarkan IT'S Cup Series yang lebih mudah dinikmati berkonsepkan "pick-me-up"dengan rumusan terbaru dari Aik Cheong..

IT'S Cup Series ini didatangkan dalam cawan yang mudah dibawa kemana sahaja dan dinikmati dalam pelbagai situasi dengan warna yang terang dapat menceriakan hari dengan warna yang menarik. IT'S Cup Series ini hadir dengan 6 variasi kopi dalam cawan dengan rasa yang berbeza iaitu :-

  • IT'S Flat White Extra Shot
  • IT'S Cappuccino Choco Topping
  • IT'S Teh Tarik Gula Melaka
  • IT'S Long Black Extra Shot
  • IT'S Matcha Latte Nate De Coco
  • IT'S Chocolate Marshmallow

Keenam-enam varisi IT'S Cup Series ini aku dah cuba dan semuanya aku suka terutama sekali IT'S Chocolate Marshmallow.. Aku ni penggemar Chocolate yang tegar juga sebenarnya.. Apa sahaja yang berperisa coklat pasti aku teruja untuk mencubanya.. Bila Aik Cheong Coffee keluarkan minuman berperisa coklat sudah pastinya ia akan menjadi one of my favorites.. Apa yang boleh aku katakan, rasanya memang sedap dan menepati citarasa aku.. Begitu jugalah dengan perisa yang lain.. Ini bermakna, Aik Cheong Coffee memang memahami kehendak dan citarasi pelanggannya.. 

Aik Cheong Coffee - IT'S Granola


"Easy Oat, Easy Go" itulah perumpamaan yang boleh diberi kepada makanan ringan yang popular dan mudah disediakan di dunia ini iaitu IT'S Granola dari Aik Cheong Coffee.. Bukan sahaja kopi yang mereka keluarkan tetapi makanan ringan juga dikeluarkan oleh mereka.. IT'S Granola ini mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti oatmeal, chia seeds, coconut sugar dan canola oil.. Ia mempunyai dua citarasa yang berbeza iaitu Mixed Berries dan Mixed Fruits and Nuts yang didatangkan dalam cawan yang mudah dibawa dan dinikmati pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Apa yang bagusnya IT'S Granola ni, rolled oat dipanggang dengan madu dan minyak canola merupakan sumber serat makan yang tinggi dan serat larutnya pula berkesan untuk menurunkan kolestrol manakala Vitamin E pula mempunyai kesan anti-pengoksidaan untuk fungsi anti-penuaan dan kecantikan.. Buah kering dan kacang pula berfungsi mengekalkan semua mineral dan bahan antioksidan, tetapi dalam bentuk pekat serta diperkaya dengan vitamin dan protien.. Yogurt bites pun ada tau dalam ni yang dapat menggalakkan pencernaan dan melindungi kesihatan gastrousus..


Aku salah seorang penggemar IT'S Granola ni.. Rasa dia memang sedap.. Kebiasaannya aku makan granola ni waktu malam ketika rasa lapar dan ketika aku rasa aku nak diet kerana IT'S Granola ni dapat berikan rasa kenyang yang lebih lama.. Sekaligus aku dapat amalkan diet yang sihat.. Hiks..

IT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan "Family-Styled Boxed"

Selari dengan perkembangan industri kopi di Malaysia dan kemunculan pelbagai jenama kopi di pasaran, membuatkan Aik Cheong Coffee sentiasa bekerja keras untuk memenuhi permintaan pelanggannya dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan berinovasi serta memberi kelainan untuk kepuasan pelanggan.. Terkini, Aik Cheong Coffee telah melancarkan satu lagi produk IT'S Series terbaru iaitu IT'S SIXPACK berkonsepkan "Family-Styled Boxed" dimana ia masih mengekalkan konsep "nikmati rasa kopi sebenar di rumah". 

Bagi siri terbaru ini, IT'S SIXPACK menampilkan empat citarasa berbeza iaitu :-

  • IT'S White Coffee Salted Gula Melaka
  • IT'S Chocolate Marshmallow
  • IT'S Cappuccino Choco Topping
  • IT'S Teh Tarik Gula Melaka

IT'S Series kali ini didatangkan dalam kotak yang lebih bergaya dengan warna yang ceria direka untuk dijadikan SIXPACK untuk kegunaan rumah dan ditempat kerja.. Setiap kotak mengandungi 6 set lengkap (premix, topping dan gula perang) dikemaskan dalam sachet yang mudah dibawa dan digunakan untuk 6 hidangan minuman dan didalamnya juga terdapat nombor pada setiap bungkusan untuk dijadikan rujukan bagi langkah-langkah penyediaan minuman yang sempurna dan memenuhi citarasa tersendiri para pelanggan Aik Cheong Coffee. Semua bahan juga ditutup dan dibungkus dalam pembungkusan individu untuk memastikan keselamatan produk dan kebersihan untuk dihidang.. So, tak perlu risau ok!

IT'S White Coffee Salted Gula Melaka

Ini adalah salah satu variasi kopi yang agak menarik untuk dicuba kerana IT'S White Coffee Salted Gula Melaka ini telah divariasikan daripada Aik Cheong Original White Coffee yang telah dicampurkan dengan Salted Gula Melaka untuk memberi rasa yang berbeza dan diperkaya dengan Gula Melaka. Kalau korang nak tahu, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat dimana "index glycemic" yang rendah serta kaya vitamin dan mineral.

Ok, dalam set IT'S White Coffee Salted Gula Melaka ni ada sachet White Coffee Salted Gula Melaka Premix dan juga Freeze Dried Coffee.. Dengan gabungan dua citarasa yang berbeza ini, korang dapat menikmati rasa kopi klasik yang dirumus khas menggunakan bahan berkualiti tinggi dengan taburan gula melaka yang masin menaikkan lagi rasa minuman ini dari rasa yang biasa..

IT'S Cappuccino Choco Topping

Buat peminat minuman Cappuccino korang wajib cuba yang ini kerana IT'S Cappuccino Choco Topping ni adalah minuman cappuccino khas yang mungkin tidak akan dapat korang bezakan dari Latte, sebabnya korang akan dapat secawan cappuccino di atasnya coklat.. Tidak ada yang menenangkan jiwa seperti secawan cappuccino semasa rehat.. Cewaahhh!!

Ok, dalam set IT'S Cappuccino Choco Topping ini pula terdiri daripada tiga sachet yang berbeza iaitu Cappuccino Premix, Choco Toppings dan Brown Sugar dimana korang boleh campurkan kesemuanya untuk nikmati rasa yang enak atau mengikut citarasa korang sendiri.. Manalah tahu, ada yang tidak suka akan brown sugar atau coklat kan, so tak perlu campurkannya.. Ikut citarasa masing-masing.. Mudah kan?

IT'S Chocolate Marshmallow

Yeahh this is one of my favorites, IT'S Chocolate Marshmallow! I'm so excited about the chocolate drink! I'm craving now! OMG!!

Rasa tertekan di tempat kerja? Haaa inilah minuman yang selalu aku layan untuk hilangkan stress aku.. Sesungguhnya coklat memang dapat menenangkan tekanan yang dihadapi.. Sentiasa kena pastikan IT'S Chocolate Marshmallow ni ada di rumah supaya mudah untuk diminum bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.. Untuk set ini, terdiri daripada 3 campuran berbeza yang dikemaskan dalam sachet iaitu Chocolate Premix, Marshmallow dan juga Brown Sugar.. 

Buat peminat minuman coklat, aku recommend korang untuk cuba IT'S Chocolate Marshmallow ini.. Korang pasti sukakannya kerana rasanya sangat sedap. Ditambah pula dengan adanya marshamallow, membuatkan minuman ini lain dari yang lain.. Paling menarik, rasa coklatnya tidak hambar tetapi rasa enak dengan kepekatan coklat yang tiada bandingannya.

IT'S Teh Tarik Gula Melaka

Rindunya nak nikmati secawan teh tarik di kedai.. Apakan daya sekarang musim PKP, tidak dibenarkan sama sekali menjamu selera di kedai makan.. So, simpan dulu hasrat itu buat sementara waktu.. Walaupun begitu, aku masih boleh nikmati secawan teh tarik dirumah dengan IT'S Teh Tarik Gula Melaka dari Aik Cheong ni.. Rasanya pun sehebat teh tarik di kedai tau dengan campuran gula melaka membangkitkan lagi aroma teh tarik itu..

Apa yang membezakan teh tarik keluaran Aik Cheong Coffee ini adalah setnye terdiri daripada 2 sachet iaitu Teh tarikh Gula Melaka Premix dan juga Nata De Coco.. Selain dapat merasai keenakan teh tarik gula melaka, korang juga akan merasai kelainan dengan kehadiran Nata De Coco dalam teh tarik Aik Cheong Coffee ini.. Best tau!

Jom layan video aku menyediakan minuman 4 flavour IT'S SIXPACK ini!


Dapatkan IT'S SIXPACK dari Aik Cheong Coffee Ini Sekarang Untuk Nikmati Rasa Yang Berbeza

Bagi penggemar kopi, coklat dan teh tarik, korang mesti cuba IT'S Series ini.. Tak kiralah sama ada IT'S Cup Series ataupun IT'S SIXPACK.. Korang pasti akan merasai perbezaannya.. Jangan lupa juga tau cuba IT'S Granola.. Bagus untuk kesihatan dan diet yang sihat.. Hehe..

Kenapa korang patut cuba produk Aik Cheong Coffee ni? Haa kerana Aik Cheong Coffee sentiasa memberi jaminan terhadap kualiti pembungkusan dan kenikmatan kopi untuk para pelanggannya. Produk IT'S SIXPACK dan juga kesemua produk IT'S Series ini boleh didapati secara online di Shopee dan juga Lazada serta boleh juga didapati di supermarket terpilih seperti Aeon Big, Giant dan Mydin di seluruh Malaysia. Nikamti minuman yang berkualiti dengan aroma yang menarik pada bila-bila masa dan dimana jua..

Sebarang pembelian dan info lanjut, boleh layari :-

πŸ‘‰ Shopee : https://shopee.com.my/aikcheong

πŸ‘‰ Lazada : lazada.com.my/shop/aik-cheong-coffee-roaster/


Website Aik Cheong Coffee

πŸ‘‰ https://www.aikcheong.com.my/


Aik Cheong Coffee Social Media :-

πŸ‘‰ Facebook : https://www.facebook.com/aikcheongcoffee

πŸ‘‰ Instagram : https://www.instagram.com/aikcheong_official


IT'S More That Just Social Media :-

πŸ‘‰ Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc

πŸ‘‰ Instagram : https://www.instagram.com/its_by_acc


#aikcheongcoffeeη›Šζ˜Œε’–ε•‘
#做_θ‡ͺε·± 
#BeYourSelfAlways 
#itsbyacc 
#itsmorethanjust 
#ITS 
#ItsCup 
#itstimetobelieve 
#Hoot9eeeee 
#InilahMasanya 
#VITAMEDIA 
#ASKPERT




QuickEdit
Lea Azleeya
2 Comments

2 comments:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)