Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya

Tuesday, September 28, 2021

Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya  |  Hi korang! Dua tiga hari ni, line internet di tempat aku ni buat hal betul la.. Kemain menyiput jerk slownya.. Nak buat kerja pun tak syok.. Haiss.. Oh ya, dah alang-alang sebut tentang line internet ni, aku baru jerk dok usha pelan data Yoodo.. Haa korang pernah dengar tak pasal Yoodo ni? Aku pun sebenarnya baru firstime dengar.. Bila ramai dok sebut pasal Yoodo ni, teringin la jugak nak tahu kan.. So, aku pun riki-riki la.. Banyak rupanya kelebihan Yoodo ni.. Salah satunya kita boleh ubah suai data, panggilan dan sms kita sendiri.. Memang terbaiklah!.. Jom aku story kat korang..

Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya


Sekarang zaman semuanya di hujung jari.. Semuanya online sekarang ni.. Tambahan pula di musim pandemik ni, memang totaly urusan secara online.. Tak hairanlah sekarang internet dah menjadi sebagai keperluan kita pada masa kini.. Tak de internet susah oii.. Hehe.. 

Sekarang pun banyak pilihan pelan data yang boleh di pilih.. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.. So, bolehlah sesuaikan dengan bajet kita sendiri dan penggunaan kita juga.. Yang penting, kepuasan melayari internet tu kenalah ada.. Bila dengar tentang Yoodo ni, aku agak teruja sebabnya Yoodo menawarkan pelan tanpa had yang boleh dibah suai sendiri sepenuhnya.. 

Apa Itu Yoodo?

Mesti ramai nak tahu kan, apa itu Yoodo? Ok, kalau korang nak tahu Yoodo ni merupakan sebuah syarikat komunikasi yang menawarkan perkhidmatan mudah alih digital pertama di Malaysia yang boleh diubah suai 100% dimana korang boleh ubah suai data, panggilan dan sms mengikut kesesuaian penggunaan korang setiap bulan.. So, dengan Yoodo lepas ni dah boleh bajet sendiri penggunaan bulanan.. Tak perlu membazir lagi.. 


Best pulak rasanya Yoodo ni kan.. Sangat fleksibel.. Kita bebas untuk pilih jumlah data, pengilan dan SMS mengikut keperluan kita sendiri.. Yoodo ni merupakan satu-satunya telco dengan pelan tanpa had.. Korang juga boleh tambah pakej data yang sesuai dengan gaya hidup korang dan boleh memperbaharui pelan data korang bila-bila masa sahaja.. 

Oh ya, apa yang menariknya lagi dengan Yoodo ini tiada cas tersembunyi dan tiada kontrak... Ini lebih memudahkan kerana kalau kita nak tukar ke telco lain, kita boleh lakukan bila-bila masa sahaja kerana tidak terikat kontrak dengan Yoodo.. Memang terbaiklah Yoodo!! Tapi aku yakin, korang pasti setia dengan rangkaian Yoodo ni kerana Yoodo dikuasai oleh rangkaian Celcom dengan liputan 4G LTE terluas di Malaysia.. Haaa dekat tempat aku ni memang line Celcom sangat kuat ye.. Begitu juga dengan tempat korang kan?? hehe..

Bagaimana Cara Untuk dapatkan SIM Yoodo?

Biasanya bila daftar nombor telco baru terus je dapat SIM kan.. Tapi untuk Yoodo ni ada 2 jenis SIM yang boleh korang pilih iaitu SIM Fizikal ataupun eSIM.. Ni firstime tau aku dengar tentang eSIM ni.. Excited jugakla dengan bende baru camni kan.. Biasa SIM ni dapat yang fizikal je.. Dengan Yoodo ni, barulah aku tau sal eSIM ni.. 

Ok, untuk dapatkan SIM Yoodo ni, korang boleh lalui dengan 3 cara mudah ini..

1. Melalui Penghantaran Pos


Standard delivery adalah melalui pos.. Kebiasaannya pun memang macam ni lah caranya bila kita beli nombor telco yang baru secara online.. Mesti seller hantar melalui pos..

Untuk Yoodo ni, korang boleh daftar online di laman web mereka ataupun untuk lebih mudah korang  boleh terus menggunakan aplikasi Yoodo dan SIM korang akan dihantar melalui pos.. Macam biasalah tempoh penghantaran dalam 3 hingga 6 hari bekerja.. 

So, bila dah dapat SIM, korang bolehlah aktifkannya di aplikasi Yoodo dan ikut step yang diberikan.. Mudah saja kan.. 

2. eSIM Melalui Aplikasi Yoodo




No SIM Card? No Problem!! Go 100% digital with eSIM..

Yessss, kini Yoodo ada menawarkan perkhidmatan menggunakan eSIM.. eSIM ni adalah singkatan kepada Embedded SIM iaitu cip tersedia yang berfungsi sama seperti SIM Fizikal.. Apa yang membezakannya adalah pengaktifannya lebih mudah dan boleh digunakan bersama SIM Fizikal.. Jangan risau, walaupun korang hanya boleh menggunakan satu pelan eSIM dalam satu-satu masa, tetapi korang tetap boleh menyimpan beberapa nombor dan pelan data pada satu cip.. Hebat kan??

Rasanya lebih mudah menggunakan eSIM ni kan.. Sungguhpun begitu, eSIM ni tak semua phone boleh menggunakannya.. Ia compatible with selected iOS and Android phone sahaja.. Kalau nak tahu smartphone ape yang ngam dengan eSIM ni, korang boleh terjah laman web Yoodo ye.. Kat sana ada disenaraikan smartphone yang boleh digunakan bersama eSIM ini..

Macam mana pula nak gunakan eSIM ni?

Ok, kalau korang pilih eSIM untuk telco Yoodo ni, cara mengaktifkannya mudah saja.. Korang hanya perlu install aplikasi Yoodo dan boleh pilih untuk aktifkan SIM dengan memilih eSIM.. Lepas tu, bolehlah pilih nombor yang korang suka dan pelan data yang bersesuaian dengan penggunaan korang.. Step by step akan diberikan untuk memudahkan korang.. Oh ya, mereka akan handar kod QR di emel korang tau.. So, kena la alert ye.. Kalau korang rasa agak comlicated ke, bolehlah berhubung dengan pihak Yoodo di live chat mereka.. Apa saja yang korang tak faham, mereka akan terangkan.. Insyaallah..

3.  Penghantaran Pantas Melalui GoGet

Apa pulak la GoGet ni ye? Haha.. 

Ok, GoGet ni merupakan penghantaran yang terpantas dimana korang boleh dapatkan SIM korang tu dalam tempoh kurang dari 2 jam.. Tetapi GoGet ni hanya buat mereka yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja.. Lahai sedihnya.. Sob Sob Sob!!

Jangan risau kerana korang masih boleh membeli SIM Yoodo ni secara offline tau di tiga tempat ini :-
  • Cawangan Blue Cube Celcom terpilih
  • BHPetromarts
  • Petronas Mesra

Kenapa Yoodo Jadi Pilihan?

Kalau korang nak tahu, Yoodo ni banyak kelebihannya.. Tidak hairanlah ramai yang memilih Yoodo sebagai rangkaian telco mereka.. Ada beberapa kelebihan yang patut korang tahu.. Jom baca ni..

1.  Pelan tanpa had yang boleh di ubah suai


Macam yang aku bagitau di awal tadi, Yoodo ni kelebihannya kita boleh ubah suai pelan data kita sendiri.. Kita boleh sesuaikan pelan tanpa had kita sendiri.. Kita boleh pilih kelajuan data, kuota hotspot, minit panggilan dan juga SMS kita..

Bagi aku, ini sangatlah mudah untuk aku setkan penggunaan bulanan.. Takde la aku komit dengan bulanan yang tetap.. Yelah kadang penggunaan kita setiap bulan tak sama.. So, dengan Yoodo ni aku rasa lebih mudah untuk aku rancang penggunaan pelan data aku setiap bulan.. Aku rasa dengan cara ni lebih menjimatkan.. 

2.  100GB Power Pass


Ini untuk korang pengguna data berskala tinggi.. Mungkin korang seorang yang suka main game online atau kaki movie yang jenis nonstop.. Ini berita baik untuk korang! Yoodo juga ada menawarkan power pass untuk korang selama 1 jam sahaja dimana korang dapat nikmati kelajuaan datanya yang maximum..

Kalau korang perlukan power pass ini, korang boleh dapatkan 100GB data power pass ini dengan hanya RM 2 sahaja untuk 1 jam.. Murah gile guys!! Selama 1 jam korang boleh online dengan kelajuan data yang terbaik dari ladang.. Hehe.. So, bolehlah layan game atau drama korea tanpa gangguan internet kan.. Oh ya, andai kata 1 jam tak memadai bagi korang, jangan risau korang boleh beli lebih dari itu dengan hanya RM5 sahaja untuk 3 jam.. Wah lagi berbaloi-baloi kan..

3.  Ubah pelan data pada bila-bila masa


Paling best dengan Yoodo ni, korang boleh perbaharui pelan mobile korang pada bila-bila masa sahaja tak perlu nak risau tentang monthly cycle.. Kebiasaannya kita perlu tunggu sampai masa baru boleh nak perbaharui pelan data kita kan.. Dengan Yoodo ni tak perlu guys, boleh je tukar bila-bila masa je..

4.  Yoodo Reward


Ok, Yoodo juga ada rewards tau.. Banyak betul kelebihan Yoodo ni ye.. Kalau tak survey ni, aku sendiri pun tak tahu.. Hehe.. Ok, reward yang aku maksudkan ni adalah bila korang purchase add-ons, korang akan dapat reward.. Bila korang beli 10 add-on, korang akan dapat percuma 1 add-on.. Haaa bestkan.. 


Ini adalah antara add-on yang ada di Yoodo.. Korang bolehlah pilih mengikut penggunaan korang.. Tapi sebelum tu kenalah ada pelan data asas terlebih dahulu barulah boleh add-on.. Di Add-On ini, Yoodo menawarkan 20GB dengan harga serendah Rm3 sahaja bergantung kepada aplikasi.. Macam aku banyak guna instagram dan juga tiktok, so untuk instagram hanya perlu bayar RM3 sahaja manakala tiktok pula RM7 sahaja.. 

Dengan melanggan add-on ni, dah tak perlu risau tentang penggunaan data.. PUBG pun ada guys.. So, ape tunggu lagi, jom add-on.. Haha..

Yoodo Support Komuniti

Jangan tak tahu ye, banyak sumbangan Yoodo dalam komuniti kita pada hari ini tau.. Mereka bergerak aktif dalam menyokong komuniti dalam bidang sukan dan juga hiburan..

1.  Yoodo Support e-Sukan


Dekat Malaysia sekarang ni dah femes dengan e-sukan.. Yoodo sendiri ada menubuhkan pasukannya sendiri yang diberi nama Yoodo Alliance, Yoodo RSG MLBB dan Yoodo RSG CODM yang terdiri daripada mereka yang berusia seawarl 17 tahun.. Dalam pada itu juga, Yoodo berusaha menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai e-sukan ini..

Antara tournaments yang pernah mendapat tajaan Yoodo adalah PUBG Mobile Campus Championship (PMCC 2020), Yoodo Stay At Home Cup, Kejohanan e-Sukan Kampus Semester 3 (KEK3) dan banyak lagi.. Oh ya, Yoodo juga merupakan telco digital rasmi untuk Mobile Legends : Bang Bang..

2.  Kicking It For Real


Pada 03 Mei 2021 yang lalu telah diumumkan bahawa Yoodo menjadi Telco Digital Rasmi untuk Liga Premier Fitsal Malaysia (MPFL) 2021..

3. Keeping Malaysians Entertained


Sekarang ni semuanya dibuat secara maya.. Rancangan hiburan pun dah dibuat secara maya dek kerana pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir lagi di negara kita pada hari ini.. Memahami keadaan rakyat Malaysia di musim Pandemik ini, Yoodo mengambil pendekatan untuk mencari insiatif bagi menghiburkan hati rakyat Malaysia dengan mengadakan #StayAtHomeParty bersama artis tanahair..

Yoodo telah menganjurkan Yoodo Community Day yang menampilkan An Honest Mistake dan juga Aizat.. Mereka bekerjasama dengan Rakita FM untuk Carta Indie Kita..

3.  SaranghaeYoodo Untuk Peminat Kpop


Rasanya ramai peminat Kpop kat Malaysia ni kan.. Macam kawan-kawan aku jugak.. Siap boleh hafal nama-nama pelakon dan penyanyi korea.. Aku pulak yang blur.. Haha..

Yoodo menghargai peminat Kpop dengan menyediakan beberapa aktiviti menarik buat mereka seperti Kpop recap series: Hallyoodo, Concert Giveaways: Monsta X, G-Idle, Special screening: BTS documentary screening dan Contest: Lightstick Wars, BLINK Together With Yoodo..

Promosi Menarik Dari Yoodo


Berita baik buat korang semua.. Yoodo sekarang ni tengah buat promosi tau.. Antaranya :-
  • RM20 untuk 20GB
Yoodo kembali dengan promosi 20GB pada harga RM20 sahaja untuk masa terhad.. Murah gile.. Patutlah ramai yang minta promosi diadakan kembali.. Hehe.. So, korang kene grab promosi sini sebelum ianya tamat.. Berbaloi-baloi hanya bayar RM20 untuk dapat 20GB.. 
  • RM10 untuk 12 Jam 100GB
Ni promosi terbaru dari Yoodo.. Kalau sebelum ni RM2 untuk 1 jam 100GB.. Sekarang korang dapat lebih lagi.. Korang hanya perlu bayar RM10 sahaja untuk dapatkan 12 Jam 100GB.. Wah boleh tengok drama korea nonstop guys.. Nak main online games pun berbaloi-baloi sangat.. Promosinya berakhir pada 14 Oktober 2021.. Hurry up guys!!
  • Refer 2 Earn
Ok, ini untuk referral program.. Yoodo bagi peluang korang untuk jana pendapatan melalui referral program ini.. Korang boleh ajak kawan-kawan untuk jadi pengguna Yoodo dengan menggunakan kod unik referral yang disediakan.. Bila kawan korang join, korang akan dapat RM20.. Agak lumayan jugak tu.. Bukan itu sahaja, kawan kita yang join tu juga dapat kelebihannya.. Mereka akan dapat 7GB data percuma.. 
  • RM5 untuk 80GB Sebulan Bagi Jaringan Prihatin
Yoodo juga tidak melepaskan peluang mengambil inisiatif dengan menawarkan pakej Jaringan Prihatin 80GB sebulan dengan hanya RM5 sahaja seiring dengan saranan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia sepanjang tempoh pandemik ini.. Pass Prohatin Yoodo ini boleh digunakan selama sethaun bermula dari tarikh mendaftar.. Cepat guys, tarikh akhir pendaftaran adalah pada 30 September 2021 ini.. Tak lama dah..

Yoodo Pilihan Yang Tepat Di Musim Pandemik Covid Ini


Bagi aku, di musim pandemik Covid-19 ini, telco yang paling tepat untuk kita guna adalah Yoodo kerana banyak sangat kelebihan diberikan dengan harga yang berbaloi-baloi.. Paling best kita boleh ubah suai sendiri pelan data kita dan boleh nikmati promosi menarik yang disediakan oleh Yoodo.. 

Nak mendaftar pun senang just install aplikasi Yoodo sahaja di App Store, Google Play Store ataupun Huawei App Gallery.. SIM pun percuma dan kos penghantaran juga percuma.. Memang terbaik!! Semua pembayaran pelan data juga dibuat secara online sahaja sama ada melalui perbankan online, kad kredit ataupun debit.. Oh ya, satu lagi boleh juga dibuat melalui aplikasi Boost.. Mudah kan?

Ok guys, untuk info lanjut korang boleh layari :-

👉 Website
👉 Instagram
👉 Facebook




No comments

Post a Comment