Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org

Saturday, October 9, 2021

Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org  |  Hi Korang.. Lama betul tak main games.. Sekali sekala mengadap games best juga.. Release tensen bekerja.. Games yang aku layan ni bukan games zaman sekarang tau tapi games legend yang femes zaman aku dulu.. Korang yang seangkatan dengan aku mesti ingat game Solitaire kan.. Tipu la kalau korang tak ingat.. Haha.. Kalau dulu-dulu zaman muda remaja dulu aku suka sangat main game Solitaire ni.. Pantang bukak PC, mesti on game Solitaire dulu.. Yelah, zaman aku dulu hanya ada games Solitaire je. Tak macam zaman sekarang.. Dah macam-macam games ada..

Lagi pun anak-anak zaman sekarang dah terdedah dengan pelbagai alatan canggih seperti telefon pintar, tablet, laptop dan sebagainya yang menyajikan pelbagai jenis games online.. Ada yang free dan ada juga yang berbayar.. Time aku dulu, hanya ada komputer sahaja.. Sebab tulah, game Solitaire ni agak femes zaman aku dulu kerana game ni dah tersedia dalam PC komputer tak perlu download... Berbanding dengan games yang ada sekarang, aku tetap memilih game Solitaire ni.. Bukan apa, games yang ada sekarang terlalu advance guys.. Tak sempat untuk aku hadam satu persatu.. So, bila nak hilangkan penat bekerja, aku akan on dengan game Solitaire ini..

Di Solitaire.org Ada Pelbagai Jenis Games Online Free Yang Lain


Nampaknya sekarang aku dah ada tempat untuk release tensen aku iaitu di Solitaire.org.. Kalau dulu aku cuma main game Solitaire di PC komputer, sekarang aku dah boleh main pelbagai jenis games online free di Solitaire.org.. Yang penting tak perlu download, boleh terus main je di laman web tu.. Games feberet aku pun ada guys.. OMG!! Best gileeeee... 

Aku dah cuba beberapa jenis games yang ada di Solitaire.org ni.. Serius guys, memang teringat sangat zaman-zaman dulu.. Bak kata orang memang mengimbau kenangan betul la.. Banyak games yang memang menjadi feberet aku dulu-dulu.. Now, aku boleh main lagi tanpa perlu susah payah nak download bagai.. Sekarang boleh terus main secara online je.. Memang terbaiklah laman web Solitaire.org ni.. 

Antara games yang ada di Solitaire.org ni :-
  1. Card Games
  2. Hidden Object Games
  3. Connect 3 Games
  4. Mahjong Games
  5. Other Fun Online Games
Dalam setiap kategori games di Solitaire.org ni, ada beberapa games yang aku suka sangat main zaman dulu-dulu sehinggalah sekarang ni tetap menjadi pilihan aku.. Nak tau games ape, jom aku cerita..



Dalam Cards Game ni ada 16 jenis games semuanya.. Aku dah try tapi agak sukar juga untuk menghabiskannya.. Haha.. Almaklumlah dulu main Solitaire Classic jerk.. Untuk yang ini dia lebih kepada permainan secara berkumpulan.. Maksudnya kita bermain games ni dengan orang lain juga walaupun ianya hanya setting dalam talian sahaja.. Agak mencabar setiap satu games yang ada dalam Cards Game ni.. Aku masih terkial-kial lagi untuk faham cara permainannya.. Haha.. Apa-apa pun Solitaire Classic tetap menjadi pilihan aku sebab dah expert kan.. Haha..



Inilah games yang selalu aku main dulu-dulu dekat pejabat time lunch hour.. Aku tak tahu sebenarnya tentang kewujudan games ni dulu.. Kawan pejabat aku la yang perkenalkan dekat aku.. Sejak dari itulah aku jatuh minat dengan games ni kerana games ni dapat menguji kecekapan penglihatan dan fokus kita.. Agak mencabar juga la.. Hehe..


Ok, dalam Hidden Object Games ni ada 8 jenis games kesemuanya.. First bukak kategori ni, aku terus klik Garden Secrets Hidden Object sebabnya aku suka pemandangannya.. Games ni memang memerlukan fokus yang tinggi.. Ada kala aku sendiri tak jumpa apa yang di cari.. Walau apa pun, games ni agak mudah bagi aku dan aku dapat menyelesaikan kesemua level.. Nampak tak betapa berlagaknya aku.. Haha!! 



Ok, ini adalah antara kategori yang paling aku suka dan menjadi pilihan aku dalam Solitaire.org ni.. Dalam Connect 3 Games ni ada 4 jenis games yang boleh korang pilih antaranya Candy House, Treasures of Atlantis, Zuma Ball dan Zuma Legend.. Pilihan aku ofkoslah Zuma games.. Serius games ni memang paling aku suka dulu.. Main tembak-tembak.. Seronok gile..

Rasanya semua orang tau kot game ni.. Memang teruja sangat main game ni.. Zuma game ni menguji kepantasan minda dan taktikal kita. Kalau dah on dengan game ni memang tekun habislah.. Sampaikan kawan panggil pun dah tak dengar.. Haha.. Paling seronok bila dapat hilangkan bola itu banyak-banyak, puas hati sangat. 

Cara nak main dia mudah je.. Korang hanya perlu shoot je bola tu dibahagian warna yang sama dan pastikan sekurangnya 3 biji bola sama warna disusun, kemudian rantaian bola yang sama tadi akan terhapus... Paling mendebarkan bila rantaian bola tu hampir ke garisan penamat.. Perghh dia punya struggle nak habiskan, memang dasyat la.. 



Ini satu lagi games yang menjadi feberet aku dulu-dulu.. Mahjong Games.. Dalam kategori ni ada 18 games kesemuanya.. Banyak gile pilihan ni.. Yang menjadi pilihan aku adalah Mahjong Solitaire kerana ianya lebih mudah.. Haha.. Asyik nak yang mudah je kan.. Kiki.. 

Mudah tak mudah juga sebenarnya kerana Mahjong Solitaire ni kita kena padankan mahjong yang sama gambarnya.. Lagi mencabar bila ia berlapis-lapis dan kita perlu mencari yang sama.. Games ni perlukan fokus yang tinggi untuk selesaikannya.. Walaupun begitu, ianya sangat menyeronokkan bagi aku.. 

Lebih mudah disebelah kanan game ni ada dipaparkan skor dan juga baki pair yang tinggal.. Jadi, senang la nak tau kan.. Nak mudah lagi korang boleh shuffle game ni sekiranya korang tak dapat nak cari padanan yang sesuai.. 

Macam aku sebelum ni dah pernah main game mahjong ni.. So, tak de masalah sangat untuk faham cara permainannya.. Bagi korang yang belum pernah bermain game ni, tak perlu risau kerana setiap game ada diberi guidelinenya.. So, boleh ikut sahaja cara yang diajar.. Kalau dulu aku main game mahjong ni gambar dia hanya berwarna hijau, di Solitaire.org ni, mahjongnya berwarna warni gambarnya.. Jadi lebih excited dan menyeronokkan..


Ada lagi games lain di Solitaire.org ni tau iaitu Cookie Monster, Daily Word Search, Letter Scramble dan Tennis.. Ok, dalam 4 games ni aku suka game Cookie Monster dan juga Daily Word Search.. 


Cookie Monster ni ala-ala game Pac Man tau.. Memang seronok la main game ni.. Ada elemen adventure bila kita main game ni. Kena cepat buat keputusan, kalau tidak monster akan makan kita. Dalam game ni dia bagi kita tiga nyawa. Pandai-pandailah kita nak jaga 3 nyawa yang ada tu.. Silap percaturan habis melayang kesemua nyawa yang ada di makan monster.. Haha..


Satu lagi game Daily Word Search.. Ini juga antara game yang aku suka. Sebab game ini menguji minda, pengetahuan dan kecekapan mata kita untuk mencari perkataan yang dicari. Nampak macam mudah, tetapi naik juling jugalah mata ni nak mencarinya. Ada perkataan yang menegak, ada ke tepi, ada pula ke bawah, tak kurang juga yang menyilang. Berpusing biji mata ini nak mencarinya. Yang pastinya ia tetap menyeronokkan..

Game di Solitaire.org Tak Perlu Download dan Boleh Main Di Telefon Pintar!


Ok, macam yang aku ceritakan pada awalnya tadi, kalau dulu game Solitaire ni aku hanya boleh main dekat PC komputer sahaja kan.. Sekarang tak lagi kerana korang boleh on game di Solitaire.org ni di telefon pintar korang juga.. So, sekarang dah boleh main game Solitaire di mana-mana sahaja korang berada.. 

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu buka website solitaire.org di telefon pintar korang dan terus boleh main games kegemaran korang.. Yang penting korang ada rangkaian internet.. Haha.. Nama lagi online games guys, kenalah ada rangkaian internet.. 

Owh ya, kalau korang nak tahu game yang ada di Solitaire.org ni tak perlu download tau.. Korang boleh terus main di websitenya secara percuma.. Satu lagi yang paling bestnya, bermain games di Solitaire.org ni tiada gangguan iklan yang boleh merencatkan mood kita time main game.. Serius, sangat selesa onz game dekat Solitaire.org ni kerana tiada langsung gangguan iklan yang selalunya ada di kebanyakan free online games.. Itu yang bestnya bermain games di Solitaire.org ni..

Bermain Game Sambil Menguji Minda dan Fokus


Bagi aku, bermain game ni bukanlah sesuatu yang membuang masa jika kena pada pilihannya.. Kebanyakan game yang ada di Solitaire.org ni dapat menguji kecekapan minda dan fokus kita.. Banyak game di sini memerlukan kita menggunakan keringat otak kita untuk memikirkan strategi untuk menamatkan game dengan jayanya.. Game juga salah satu cara kita release tensen.. Bila otak terlalu tepu dengan bebanan kerja, apa salahnya kita ambil masa sekejap untuk releasekannya.. Betul tak?

Walaubagaimanapun, kenalah main masa yang betul-betul terluang dan sesuai.. Jangan pula time kerja banyak dan urgent, korang nak hadap game lak 24 jam sehinggakan kerja terabai.. Time rehat, bolehlah onz game sekejap untuk release tensen.. Hehe.. Timing pun kene betul guys.. 

Apa-apa pun inilah cara aku untuk hilangkan stress aku.. Bukan aku saje yang suka dengan game di Solitaire.org ni tapi anak-anak aku juga dah berjangkit sekali.. Haha.. Bagi aku ada juga games yang sesuai untuk mereka seperti Hidden Object, Zuma dan Cookie Monster.. So, bolehlah layan game di Solitaire ni dengan anak-anak pula lepas ni.. 

So, bagi korang yang nak cuba bolehlah ke laman web Solitaire.org ni.. Banyak tau games yang best-best... Rugi tak cuba.. Buat kaki games di luar sana, jom la try.. Tak kene bayar pun guys.. Free je dan paling nice tak perlu download.. 



2 comments:

  1. Best game ni. Paling best yang Cookie Monster tu.Hi3.

    ReplyDelete
  2. Fav Mar ni lea main solitaire...menggamit masa kecik-kecik dulu...rinduuuu

    ReplyDelete