lazada
Showing posts with label lazada. Show all posts

Faber Slow Cooker dan Nasty Girl Guess Clutch Dari Lazada Malaysia

Friday, May 12, 2017

14 comments
Faber Slow Cooker dan Nasty Girl Guess Clutch Dari Lazada Malaysia |  Alhamdulillah semalam dah terima barang dari Lazada Malaysia hasil dari aku shopping guna voucher code yang masih tersisa.. Hehe.. Mula-mula tu buntu jugak nak pilih barang.. Lastnya aku pilih Faber Slow Cooker dan Nasty Girl Guess Clutch dari Lazada Malaysia untuk tebus voucher tersebut.. Voucher RM 50 jerk, so kena la tambah sikit.. Hiks..

Faber Slow Cooker dan Nasty Girl Guess Clutch Dari Lazada MY dari Lazada My
Faber Slow Cooker dan Nasty Girl Guess Clutch Dari Lazada MY dari Lazada My
Inilah hasil dari penubusan tersebut.. Huk.. Slow cooker tu untuk persediaan baby baru nanti.. Walaupun lambat lagi, sekurang-kurangnya dah jimat sikit duit aku untuk beli slow cooker ni nanti.. Barang kedua pilihan aku adalah Nasty Girl Guess Plate Multiple Clucth PU Leather Pink... Uisss panjang betul nama beg ni.. Haha.. Comelkan beg tu... Senang sikit, kalau nak kemana-mana yang dekat tak perlu aku galas handbag aku yang berat tu.. Bawak jerk clucth ni.. Mudah!!


Firstime aku beli slow cooker sebenarnya.. Cara guna pun belum belajar lagi.. Aku beli slow cooker ni pun untuk memudahkan aku buat nasi bubur untuk baby baru nanti.. Bukan tak boleh guna periuk biasa, tapi kalau guna slow cooker ni lebih mudah.. Taruk beras dan bahan-bahan lain dan tinggal aje.. Boleh buat kerja lain pulak kan.. Aku beli periuk ni dengan harga RM 58.20 sahaja.. Kalau korang rasa nak beli jugak boleh klik SINI ye...


Aku belum test lagi periuk ni sebenarnya.. Harap-harap tak de la masalahnya.. Kang tak pasal-pasal pulak nak klim warranty pulak.. Oh, warranty slow cooker ni selama 1 tahun.. Sebelum kita buat nasi bubur untuk baby, kita buat dulu nasi bubur untuk mak baby.. Haha!!


Orite, bag pink super cute ni akan membantu aku mengisi handphone, coins purse dan pelbagai lagi.. Nampak kecik je kan.. Tapi boleh muat 2 henpon tau... Tapi tetap menten kiut.. Hehe.. Harganya murah aje.. Aku dapatkannya dengan harga RM28.00 sahaja dekat SINI.. Korang boleh terjah ye kalau berminat jugak.. hiks.. Jom tengok bahagian dalam beg pula..


Ni bahagian dalamnya.. Bercorak munga-munga.. i loikeee!! Siap ada poket zip kat dalam tu.. Muat kalau nak simpan henpon atau buku bank... Boleh bayang tak besar mana beg ni.. Memang terbaik.. Bahagian luar dia memang lembut aje leathernya.. 


Masa dapat parcel tu, ada kekotoran sikit kat beg ni.. Mungkin tersimpan agak lama kot.. Tapi kotoran tu boleh hilang bila aku lapkan dengan kain basah.. Alhamdulillah.. Kira masalah kecil aje la tu.. Berbaloi-baloilah dengan harganya kan.. Kalau beli ratus-ratus, ada kotor memang berdukacita jugak... Lagi pun kotoran boleh hilang, so tak perlu nak kusutkan kepala.. 

Oklah.. Tu jerk nak cite.. Hehe.. Kalau korang rasa nak shopping kat lazada, bolehlah terjah laman web Lazada Malaysia sekarang... Banyak diskaun hebat sekarang ni... Rugi tak grab.. Jom terjah!!




Baca juga :

Read More

Shopping Online Lebih Mudah Dengan Lazada Apps Dan MOLPay Cash

Thursday, May 11, 2017

7 comments
Shopping Online Lebih Mudah Dengan Lazada App Dan MOLPay Cash  |  Zaman sekarang ni, aku rasa ramai yang lebih suka shopping secara online kan.. Shopping online ni lebih mudah kot.. Hanya perlu duduk depan pc aje kalau nak membeli barang.. Tak payah dah bersesak-sesak ke shopping mall lagi.. Kalau dah sebut pasal online shopping ni, automatik teringatkan Lazada Malaysia.. Aku kalau nak shopping apa-apa, mesti terjah laman web Lazada Malaysia dulu.. Sebab di Lazada Malaysia  macam-macam ada dan harga pun murah dengan diskaun hebat.. Tambahan pulak sekarang ni dah boleh muat turun Lazada App di App Store / Google Play Store pada smartphone... Lagi bertambah kencang la aku shopping dekat Lazada Malaysia lepas ni.. Haha.. 

Shopping Online Lebih Mudah Dengan Lazada Apps Dan Molpay Cash
Shopping Online Lebih Mudah Dengan Lazada Apps Dan MOLPay Cash

Dengan memuat turun Lazada App ni, nak shopping online pun lebih mudah.. Kat mana-mana kita berada pun dah boleh shopping secara online.. Tapi kene ada talian internet la ye.. Kalau tak de talian internet camne nak online.. Hiks.. So, kepada yang kaki shopping online tu, jom kita pakat muat turun Lazada App ni.. Shopping jadi lebih mudah dan cepat... 


Untuk muat turun Lazada App, boleh ke App Store atau Google Play Store


Aku kalau bershopping secara online ni, aku lebih suka gunakan kaedah pembayaran secara online banking.... Lebih mudah.. Tapi yang menjadi masalah bila time nak shopping tu, dalam akaun tak de duit... Biasa la kengkadang aku ni suka keluarkan semua duit dari akaun.. Malas nak pergi ATM banyak kali.. Bila dah dalam akaun takde duit, camne nak shopping online kan? Haaa jangan susah hati ye, ada cara lain yang boleh digunakan untuk buat pembayaran bila kita shopping di Lazada Malaysia iaitu dengan cara pembayaran MOLPay Cash... 

MOLPay Cash merupakan salah satu cara pembayaran tunai yang inovatif terkemuka di Asia Tenggara.. Pengguna kini boleh membayar tunai  di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang mereka beli secara online.. Nahh, sekarang korang dah boleh bershopping di Lazada Malaysia dan bayar secara tunai di kaunter 7-Eleven.. Mudah gila kot... Macam mana caranya?? Meh aku tunjukkan kat korang step by step.. 


Mula-mula shopping barang yang korang nak beli.. Kemudian "proceed to checkout".
Seterusnya korang pilih sama ada "continue as guest" atau bagi yang dah ada akaun Lazada Malaysia boleh klik "I have an account".. Masukkan email dan password.. Kemudian "continue"..



Kemudian isi maklumat penghantaran dengan lengkap dan "proceed to pay"..
Seterusnya di bahagian Payment pula, klik "7-Eleven" untuk pilihan pembayaran..



Step seterusnya, proceed to "review order"... 
Kemudian, jika korang ada voucher kod, bolehlah masukkannya di bahagian "enter voucher code here" dan klik "apply"... Kemudian, check semua detail terlebih dahulu dan "Place order"..
Tunggu redirected selanjutnya..



Last sekali, korang perlu screenshot payment instructions seperti gambar kat atas ni dan 
boleh lah ke 7-Eleven yang berhampiran dengan tempat korang untuk membuat pembayaran dalam masa 48 Jam..

Mudah kan?? Lepas ni korang boleh la shopping sakan di Lazada Malaysia.. Kalau duit dalam akaun tak de pun masih boleh shopping.. Yang penting mesti ada duit di tangan.. Hehe.. Tengahari tadi aku dah shopping Faber Slow Cooker dan Guess Clutch di Lazada App.. Kebetulan ada voucher kod yang belum digunakan, tu yang sakan dok membeli tu.. Pembayaran pun dah buat di kaunter 7-Eleven tengahari tadi.. 

Mak buyong tengah buat pembayaran MOLPay Cash

Masa nak buat pembayaran tu, aku cuma cakap kat adik kaunter yang aku nak buat pembayaran MOLPay Cash.. Pastu aku tunjukkan screenshot payment instructions yang ada Bar Code tu aje kat adik tu.. Dia scan dan aku bayar.. Hiks.. Mudahkan.. Semudah ABC uolls.. 


Lepas selesai membuat pembayaran aku diberi 2 resit.. Satu resit dari 7-eleven dan satu resit lagi dari MOLPay sebagai bukti pembayaran.. 

Aku agak teruja dengan menggunakan kaedah pembayaran MOLPay Cash ni.. Memang sangat senang, mudah dan cepat.. Rasa macam nak shopping lagi je.. Haha.. Lepas ni korang bolehlah shopping di Lazada App dan bayar dengan cara MOLPay Cash di 7-Eleven yang berhampiran.. Baki dalam akaun tak cukup pun masih boleh shopping tau..!!

Oklah, kalau korang rasa nak bershopping di Lazada Malaysia bolehlah terjah ke laman web mereka iaitu www.lazada.com.my.. Untuk mendapatkan maklumat lebih  lanjut tentang MOLPay Cash pula, korang boleh layari www.molpay.com...

Selamat Bershopping!!


Read More

Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak

Thursday, April 13, 2017

12 comments
Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak  |  Bila dah jadi mak budak ni kan, antara perkara pertama yang dititikberatkan adalah pemilihan pampers yang sesuai untuk anak... Aku sangat cerewet dalam bab memilih pampers.. Mane tak nye, kalau tersalah pilih pampers silap haribulan naik ruam pulak sebab tak sesuai... Tapi kalau tak cuba mane nak tahu sesuai ke tidak kan.. So, kenalah try and error... Baru tahu yang mana sesuai dan tak sesuai untuk simanja kita.. Kulit budak ni kan sensitif... So, kite sebagai ibu kenalah ambil tahu tahap sensitiviti kulit anak kita tu.. Jangan main belasah aje.. Kesian dorang nanti... Korang nak tahu tak pampers jenama apa jadi pilihan aku? Haaa kali ni, pampers Goo.N pilihan terbaik untuk anak aku si Qhaliff tu.. Memandangkan pampers lama dah habis dan agak kurang memuaskan aku, jadinya aku decide untuk tukar pampers lain.. hehe..

Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak
Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak
Aku rasa jenama Goo.N ni dah tak asing lagi kot dikalangan mummy-mummy kat Malaysia ni... Di bawah label Goo.N ni sendiri terdapat produk lain lagi bukan hanya sekadar pampers sahaja.. Baby Wipes pun ada.. Tapi yang tu nanti aku cerita ye.. Aku nak cerita tentang pampers Goo.N pilihan aku ni dulu iaitu Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition..


Ok, kalau bab pemilihan pampers ni, aku lebih excited untuk cuba pampers yang berteknologi Jepun.. Dan pampers Goo.N ni adalah salah satu jenama lampin pakai buang yang berteknologi Jepun.. Sebab itu aku memilih jenama ini untuk anak aku.... Aku lebih suka memilih yang jenis pants.. Mudah dipakai dan tak perlu main kejar-kejar dengan si kecik tu.. Hiks.. Lagi menarik bila pampers Goo.N ni dihiasi dengan gambar Doremon and Friends.. Makin teruja si kecik tu nak memakainya.. Dah la kartun kegemaran dia tu.. Haha..!! Ini adalah special edition tau... Jom tengok pampersnya pula..


Haaa menarikkan gambar yang ada pada pampers ni.. Gambar-gambar nilah yang akan menjadi daya penarik bagi kanak-kanak untuk lebih excited memakainya.. Pemilihan pampers ni bukan takat tengok pada hiasan yang ada pada pampers aje tau.. Keselesaan perlu lebih diutamakan.. Sepanjang anak aku menggunakan pampers ni, alhamdulillah sangat sesuai.. Tiada berlakunya kemerah-merahan mahupun ruam.. Yang paling aku suka tentang pampers Goo.N ni adalah TAK BOCOR!! Bab-bab bocor ni memang aku hanginn bila berlaku.. Alhamdulillah pampers Goo.N adalah pilihan terbaik buat anak aku.. 


Ehh apa yang comel sebelah pampers tu?? Hehe.. Firstime tengok, aku dah jatuh cinta dengan kecomelannya.. Haha..!! Haaa yang comel sangat tu adalah Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipes Box dan yang dalam paket tu Goo.N Baby Wipes... Yang ini khas untuk baby baru nanti... Hehe.. Teruja tau nak sambut baby baru.. So, teruja jugak nak belikan dia barang-barang yang super cute camtu... Hiks..


Aku suka baby wipes dari Goo.N ni.. Tekstur tisunya sangatlah lembut dan memang tak ragu-ragu untuk digunakan pada baby aku yang bakal lahir nanti.. Lagi memudahkan bila ada wipes box comel tu, senang kerja-kerja untuk menarik baby wipes semasa kerja-kerja mengelap dilakukan.. Hehe..


Baby Wipe Box ni boleh di lock dan di unlock tau... Kiranya selamat la daripada kanak-kanak.. Bila dah lock, dorang tak boleh nak bukak dah.. Jadinya, aku tak perlu risau lagi bila Qhaliff main dengan box comel ni.. Selamat wipes aku.. haha!!

Oklah, kalau korang nak tahu, produk-produk jenama Goo.N ni aku beli di Lazada Malaysia masa Baby Fair Sale ari tu... Kalau korang pun berminat untuk menggunakan produk dari jenama Goo.N ni boleh la terjah laman web Lazada Malaysia... Sekarang ni masih ada diskaun tau untuk produk Goo.N ni... Rugi tak grab cepat-cepat... So, apa tunggu lagi tu, jom serbu laman web Lazada Malaysia sekarang!!

Dapatkan 
Pampers Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition 
dengan diskaun hebat di >> Lazada Malaysia << sekarang!!


Read More

Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah

Thursday, April 6, 2017

8 comments
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah  |  Kali ni nak review lagi satu produk yang datangnya dari 5th Lazada Birthday Suprise Box  yang aku dapat ritu...  Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist..... 

Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist

Baru pagi tadi aku try produk ni.. Wahh baunya sangatlah best.. Nyaman betul.. Tenang rasa.. hehe.. Produk ni just perlu sembur ke muka.. Tapi pastikan jaraknya dari muka 20cm ye... Semburkan muka sekali atau dua kali dan biarkan kering.. Aku guna selepas aku make up.. Ianya akan menampakkan muka kite lebih segar dan lembab.. Aku suka.. Terasa segar jerk lepas sembur... Sejuk muka-muka aku... Tu yang best tu... Hiks.. Banyak kelebihan produk ni tau.. Nak tau tak?? Teruskan bacaan korang hokeh..

Manfaat Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist

➲  Dapat menyegarkan wajah
➲  Mengembalikan keanjalan kulit
➲  Mengurangkan kedukan dan garis-garis halus
➲  Penghidaratan tahan lebih lama untuk mengekalkan kelembutan kulit
➲  Mencerahkan tona kulit tidak sekata
➲  Mengurangkan kemerahan kulit

Nak lebih maklumat tentang ini, korang bolehlah tengok gambar kat bawah ni ye.. Baca sendiri apa yang tercatat kat kotak tu.... Hehe..



Baru hari ni aku pakai dan aku sukakannya... Eceli produk ni ada set nye.. 5 step sahaja untuk cantik.. Yang aku pakai ni salah satu daripadanya... Jom pakat skodeng apa yang ada dalam set produk Skinz ni... 


Kalau nak lebih berkesan dan cantik, kena lah guna 1 set ni kan... Hehe.. Buat masa ni aku try Booster Mist ni aje la dulu.. Tengok keserasian macam mana kan... Bila dah rasa serasi bersama nanti, baru pulun beli 1 set terus.. Haha.. Kalau korang nak try jugak apa yang aku try ni, korang bolehlah usha dekat Lazada Malaysia ye.. Aku tinggalkan link untuk korang terjah ye kat bawah ni..

Jom shopping di

Read More

Bonia Blossom On Holder (Sapphire) Beg Syiling Comel Aku

Wednesday, April 5, 2017

7 comments
Bonia Blossom On Holder (Sapphire) Beg Syiling Comel Aku  |  Yeahh aku sekarang dah ada beg comel yang boleh aku letak syiling.. Coins purse aku ni bukan sembarangan beg tau... Berjenama Bonia lagi.. Cehh ayat.. Cam bongkak lagik takbur jerk kan.. Haha!!.. Alah, beg free jerk dek nonnn hakak dapat.. Tu pown Lazada Malaysia yang hadiah kan.. Kalau tak memang tak merasa la nak pakai beg comel yang mahai ni...

Bonia Blossom On Holder (Sapphire)
Bonia Blossom On Holder (Sapphire)

Ni la beg comel tu.. Bonia Blossom On Holder (Sapphire)... Hadiah ni aku dapat sempana 5th Lazada Birthday Surprise Box hari tu.. Alhamdulillah mungkin dah tertulis rezeki aku untuk dapat hadiah dari Lazada Malaysia.. Thankz to Lazada Malaysia.. Sayang kamu ketat-ketat tahap maksimaaaa gituu.. Hehe..

Kengkonon bersepah.. Tapi memang keadaan sebenar pown ni.. Ngeeee!!

Keadaan dalam handbag aku cenggini la.. Bukan duit syiling aje bersepah, Duit kertas pown bersepah jugak.. Ni gara-gara malas nak menyusun dalam purse.. huhu.. Pas ada coins purse ni, harap-harap dapat la mendisiplinkan diri dengan menyimpan duit syiling dalam coins purse comel tu...

Handbag korang cam aku jugak ke?? huhu..


Beg dah mahal.. Tapi syilingnye sejemput aje.. Hiks.. Rasa selesa pulak pakai beg ni.. Kecik molek... Mudah dibawa kemana-mana.. Pasni kalau aku malas nak bawah purse aku yang besar gedabak tu, bolehlah aku hanya bawak coins purse ni aje... Sebab depan beg ni ada poket.. Boleh tarok IC dan lain-lain kad... Nak selit duit pown boleh..


Haaa nampak tu.. IC boleh selit.. Duit pown boleh selit.. Tapi kena hati-hati la ye, kowt-kowt terjatuh lak duit dan IC nye tanpa sedar walaupown poket depan tu kemas jerk bila selit kad.. Lepas ni tak yah dah aku nak gumpal duit dalam tapak tangan aku bila nak p kantin.. Boleh bawak terus beg kecik ni.. Wahhh bahagia hidup.. Haha!!..

Ok la yek.. Kalau korang nak jugak beg cam aku ni.. Korang boleh p usha harga kat Lazada Malaysia... Kalau nak murah kene la tunggu time sale.. Baru berbaloi-baloi kan... Lazada Malaysia memang baik hati selalu aje ada sale gempak-gempak.. Hehe..

Jom terjah babe!!


Baca juga :


Read More

Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte

Tuesday, April 4, 2017

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Firstime Try Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte   |  Punyalah lama peram entry ni.. Bukan apa sebabnya tak punya masa nak menerai produk ni.. Dok asek kelam kelibut jerk pepagi time nak p kerja.. Nak make up pown  tak sempat dik nonn.. Main pakai bedak aje la.. Hehe.. 

Sebagaimana yang korang tahu (aku main agak-agak jela korang dah tahu.. hehehe), Maybelline Super BB Cushion Frest Matte ni aku dapat hadiah dari 5th Lazada Birthday Surprise Box hari tu.... TQ Lazada Malaysia.. 


Btw, baru pagi tadi aku berkesempatan untuk mencuba keohseman BB Cushion ni.. Firstime tau... Biasa-biasa pakai pondesen yang teksturnya bukan unik cenggini.. Yang ni memang unik.. Patutla dipanggil 'cushion', sebab tekstur dia bila ditekan-tekan dah macam kite duduk atas cushion sofa.. Haha.. Baru la den faham.. Almaklumlah sejak dua menjak ni dah kurang ber-make-up dek kerana bizi manjang... huh..

Untuk percubaan pertama aku ni, aku suka akan teksturnya.. Bila pakai kat muka, memang nampak sekata dan muka nampak licin jerk.. Memang terbaiklah... Kirenye boleh la cover para 'jururawat' yang ada kat muka aku ni.. Ehh, kemaheenn gemilang lagik jerawat tumbuh kat muka aku sejak dua menjak ni.. Adakah muka aku tak dijaga?.. Haisss tak boleh jadi ni.. Kena siasat pasni.. Hiks..

Nak tengok tak hasil aku pakai BB Cushion ni.. Segan sebenarnya nk up gambo sendirik yang thorrrrlebey "cohomel" ni.. Haha!! Tapi dek kerana nak buktikan aku suka akan BB Cushion ni, terpaksa la jugak up gambo aku.. Jangan muntah hijo dah la ye... Hiks..

Sememeh muka.. Ni gambo guna camera biasa aje.. 
Nampak tak ada 'jururawat' kat tepi hidung tu.. Dapat cover hokeh!!

Dah up gambo yang guna camera biasa nak jugak la up gambo yang guna camera setting beauty.. Hakak nak fefiling flowlesssss jugeeekk kan... Haha.. Jangan kecam hakak hokeh!!

Beauty setting.. Sorry!! Huhuhu

Kesimpulannya, aku suka sangat dengan BB Cushion ni.. Cumanya yang aku pakai ni tone - 02 Light.. Agak cerah untuk kulit aku yang tak berapa nak cerah ni.. So, lepas ni kalau nak beli aku kene beli yang medium punye... Baru ngam dengan warna kulit aku... Huhu.. Paling best, sampai ke tengahari ni kulit masih menten tak berminyak.. Memang terbaik!!

Kalau korang rasa nak usha harga Maybelline Super BB Cushion Frest Matte ni, boleh la usha di Lazada Malaysia ye.. Mane tau ada offer menanti anda.. 

Read More

Hadiah Kasut Carlo Rino Dari Lazada Malaysia

Thursday, March 30, 2017

18 comments
Assalamualaikum wbt..


Hadiah Kasut Carlo Rino Dari Lazada Malaysia  |  Ingat lagi tak dengan kotak istimewa dari Lazada Malaysia ni?? Box of Joy sempena besday Lazada yang ke-5 hari tu... Aku pernah cerita kan dekat entry sebelum ni... >> 5th Birthday Surprise Box Dari Lazada Sangat Mengejutkan << Dalam kotak istimewa ni terdapat satu voucher yang aku boleh tebus sepasang kasut di Butik Carlo Rino tau.. Dan, aku dah pown tebus kasut tersebut sebab voucher tu akan tamat pada 31.03.2017.. Tak tebus rugi uollsss.. Harus tebuss!!

Voucher Carlo Rino

Aku dah pown tebus kasut tersebut pada 23 Mac 2017 yang lalu sebenarnya.. Minggu lepas dan pada hari gaji.. Hehe.. Bila hari gaji tu rasa semangat sikit nak jenjalan window shopping kan.. Haha.. Walaupun hari gaji tapi cuma window shopping hokehh!! Zaman sekarang ni kene berjimat cermat.. Tak gituu?? Hiks.. Ok, korang nak tengok tak kasut apa yang aku tebus tu?? Lawoo ke, idokk kee kan.. Jom tengok..

Carlo Rino Shoes

Inilah kasut yang aku tebus.. Kasut kerja jerk.. Aku tebus di Butik Carlo Rino, ECM Kuantan.. Pada mulanya aku nak cari kasut untuk pakai raya.. Tapi tak banyak choice kat butik tu.. Tak de yang aku berkenan.. So, aku decide untuk amek kasut kerja aje.. Sebelum ni dah beli sepasang warna hitam.. Jadinya, kali ni aku pilih warna ni pulak.. Lain la sikit kan walaupown paternnya dekat nak sama.. Haha..


Btw, aku nak ucapkan thankz to Lazada Malaysia kerana kasi aku hadiah ni dan thankz to Carlo Rino jugak.. Hiks..

Kasut untuk raya kite carik lain kali pulak.. Tak pown raya pakai jerk selipar tebal aku tu.. Ape de hal.. Bukan nak kemana sangat.. Bagi can bebudak je la melaram.. Mak budak dok dendiam.. Ahakz.. Aku tengok kengkawan kemaheeenn agik tebus kasut cantik-cantik... Jeles aku tau.. Huhu..


Sale birthday dah tamat.. Sekarang tengah berlangsung pulak Big Baby Fair Sale tau kat Lazada.. Sale akan tamat pada 02 April ni hokeh.. Korang dah serbu ke belum laman web Lazada Malaysia? Banyak kot barang baby dari pelbagai jenama yang murah-murah.. Diskaun sehingga 85% tau.. Rugi tak grab.. Time-time ni la nak shopping sakan barang keperluan anak.. Nak-nak lagi ada Flash Sale... Harga memang murah gile..

Jadi apa tunggu lagi, jom terjah sekarang..



Read More

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Wednesday, March 29, 2017

13 comments
Assalamualaikum wbt..

Lazada Malaysia Big Baby Fair  |  Demam 5th Lazada Birthday Sale dah habis.. Sekarang, demam Lazada Big Baby Fair Sale pulak yang akan melanda.. Memang terbaik la Lazada Malaysia, sentiasa ada sale membuatkan kami bertambah sayang pada Lazada.. Cewahh.. Gitewww!!


Dengar cerita, untuk Lazada's Big Baby Fair kali ni, diskaun yang ditawarkan adalah sehingga 85%... Perghh memang seronok la nak bershopping barang untuk anak-anak.. Dah alang-alang ada baby fair ni, elok lah aku shopping terus barang untuk baby baru aku nanti ni.. Hehe.. Lazada Big Baby Fair ni akan berlangsung pada 29 Mac hingga 02 April 2017 tau.. So, korang jangan lepaskan peluang ni untuk shopping sakan di Lazada nanti.. 


LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR BLOGGER CONTEST

Selepas tak berjaya dalam Lazada Birthday Blogger Contest tempoh hari, nak la mencuba nasib untuk contest kali ni pulak.. Mane la tahu kot nye ada rezeki anak dan baby baru kan.. Insyaallah Amiin..

Ok, untuk Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest kali ni, aku sebagai peserta perlu menjawab 3 soklan.. Nak tahu soklan ape?? Jom tengok dan baca..

Antara soalannya adalah :-
a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?
b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?
c. Choose 1 product form Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children).

Meh tengok apa jawapan aku...


A. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?


Diapers pilihan aku adalah jenama Mamypoko.. Nak tahu kenapa?? Sebabnya dalam banyak-banyak diapers yang pernah aku gunakan untuk Qhaliff, Mamypoko yang paling bagus.. TAK BOCOR hokeh!!.. Aku memilih yang jenis pants supaya mudah untuk dipakai dan mudah untuk ditanggalkan.. Brand Mamypoko ni banyak jenis dan harga pown berlainan.. Aku pilih Mamypoko Standard ni sebab harganya mampu milik.. hehe..


B. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?



Eceli susu Dutch Lady ni memang Qhaliff minum sejak baby lagi.. Lepas 6 bulan menyusu badan, Qhaliff dah mula campur dengan susu formula.. Alhamdulillah susu Dutch Lady ni sesuai dengan Qhaliff.. So, tak perlu aku menukar pelbagai susu untuk mencari kesesuaian dengannya... Aku memilih perisa Original aje.. Sebab perisa lain, aku rasa terlebih manis pulak..


C. Choose 1 product form Lazada Malaysia you'd like to get for your children 
(or future children)


Okeh, 1 produk dari Lazada Malaysia yang ingin aku dapatkan untuk anak aku adalah Food Processor.. Eceli, ni untuk baby baru aku nanti.. Kenapa aku pilih produk ni, sebab bagi memudahkan aku membuat makanan untuk baby aku nanti.. Tak perlu lagi guna blander bawang aku tu.. hehe.. Aku memilih Food Processor jenama Autumnz sebab ramai yang beri feedback yang bagus.. So, aku pown nak la jugak rasai pengalaman menggunakannya.. Hiks..


Alhamdulillah dah settle rupanya aku menjawab kesemua soklan Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest ni.. Korang macam mana? Tak teringin ke nak join contest ni... Rugi tau tak join.. Kalau menang dapat Voucher bernilai RM500 tau.. Boleh shopping sakan di Lazada nanti.. 6 orang pemenang di cari.. Jom la join kasi meriah dan lagi meriah contest ni.. Mane tau ada rezeki untuk menang kan.. 

pada 02 April 2017 ( 11.59 pm )


Ok lah.. Kepada korang yang memang berhajat nak shopping barang anak-anak, boleh la terjah laman web Lazada Malaysia bagi mendapatkan diskaun hebat sehingga 85% sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair ni bermula 29 Mac hingga 02 April 2017.. Jangan ketinggalan tau..!!


Read More