Bonia Blossom On Holder (Sapphire) Beg Syiling Comel Aku

Bonia Blossom On Holder (Sapphire) Beg Syiling Comel Aku  |  Yeahh aku sekarang dah ada beg comel yang boleh aku letak syiling.. Coins purse aku ni bukan sembarangan beg tau... Berjenama Bonia lagi.. Cehh ayat.. Cam bongkak lagik takbur jerk kan.. Haha!!.. Alah, beg free jerk dek nonnn hakak dapat.. Tu pown Lazada Malaysia yang hadiah kan.. Kalau tak memang tak merasa la nak pakai beg comel yang mahai ni...

Bonia Blossom On Holder (Sapphire)
Bonia Blossom On Holder (Sapphire)

Ni la beg comel tu.. Bonia Blossom On Holder (Sapphire)... Hadiah ni aku dapat sempana 5th Lazada Birthday Surprise Box hari tu.. Alhamdulillah mungkin dah tertulis rezeki aku untuk dapat hadiah dari Lazada Malaysia.. Thankz to Lazada Malaysia.. Sayang kamu ketat-ketat tahap maksimaaaa gituu.. Hehe..

Kengkonon bersepah.. Tapi memang keadaan sebenar pown ni.. Ngeeee!!

Keadaan dalam handbag aku cenggini la.. Bukan duit syiling aje bersepah, Duit kertas pown bersepah jugak.. Ni gara-gara malas nak menyusun dalam purse.. huhu.. Pas ada coins purse ni, harap-harap dapat la mendisiplinkan diri dengan menyimpan duit syiling dalam coins purse comel tu...

Handbag korang cam aku jugak ke?? huhu..


Beg dah mahal.. Tapi syilingnye sejemput aje.. Hiks.. Rasa selesa pulak pakai beg ni.. Kecik molek... Mudah dibawa kemana-mana.. Pasni kalau aku malas nak bawah purse aku yang besar gedabak tu, bolehlah aku hanya bawak coins purse ni aje... Sebab depan beg ni ada poket.. Boleh tarok IC dan lain-lain kad... Nak selit duit pown boleh..


Haaa nampak tu.. IC boleh selit.. Duit pown boleh selit.. Tapi kena hati-hati la ye, kowt-kowt terjatuh lak duit dan IC nye tanpa sedar walaupown poket depan tu kemas jerk bila selit kad.. Lepas ni tak yah dah aku nak gumpal duit dalam tapak tangan aku bila nak p kantin.. Boleh bawak terus beg kecik ni.. Wahhh bahagia hidup.. Haha!!..

Ok la yek.. Kalau korang nak jugak beg cam aku ni.. Korang boleh p usha harga kat Lazada Malaysia... Kalau nak murah kene la tunggu time sale.. Baru berbaloi-baloi kan... Lazada Malaysia memang baik hati selalu aje ada sale gempak-gempak.. Hehe..

Jom terjah babe!!


7 comments on "Bonia Blossom On Holder (Sapphire) Beg Syiling Comel Aku"
  1. Perghhhhhh BONIA tu kak! untunglah lazada bagi hehehe.

    ReplyDelete
  2. comel design, jenama bonia plak tu ��

    ReplyDelete
  3. Hihi..kita dapat gak..kaler merah bling2..

    ReplyDelete
  4. Baru perasan blog header Lea yang baru. Cantik <3

    ReplyDelete
  5. Comel je purse tu. Senang je nak pegang. Saiz pon comel. hehe. Bonia pulak tuh.

    ReplyDelete
  6. Cantik lah lea.. Sha pun suka beg comel2 camnie..

    ReplyDelete