Shopping Online Lebih Mudah Dengan Lazada Apps Dan MOLPay Cash

Thursday, May 11, 2017

Shopping Online Lebih Mudah Dengan Lazada App Dan MOLPay Cash  |  Zaman sekarang ni, aku rasa ramai yang lebih suka shopping secara online kan.. Shopping online ni lebih mudah kot.. Hanya perlu duduk depan pc aje kalau nak membeli barang.. Tak payah dah bersesak-sesak ke shopping mall lagi.. Kalau dah sebut pasal online shopping ni, automatik teringatkan Lazada Malaysia.. Aku kalau nak shopping apa-apa, mesti terjah laman web Lazada Malaysia dulu.. Sebab di Lazada Malaysia  macam-macam ada dan harga pun murah dengan diskaun hebat.. Tambahan pulak sekarang ni dah boleh muat turun Lazada App di App Store / Google Play Store pada smartphone... Lagi bertambah kencang la aku shopping dekat Lazada Malaysia lepas ni.. Haha.. 

Shopping Online Lebih Mudah Dengan Lazada Apps Dan Molpay Cash
Shopping Online Lebih Mudah Dengan Lazada Apps Dan MOLPay Cash

Dengan memuat turun Lazada App ni, nak shopping online pun lebih mudah.. Kat mana-mana kita berada pun dah boleh shopping secara online.. Tapi kene ada talian internet la ye.. Kalau tak de talian internet camne nak online.. Hiks.. So, kepada yang kaki shopping online tu, jom kita pakat muat turun Lazada App ni.. Shopping jadi lebih mudah dan cepat... 


Untuk muat turun Lazada App, boleh ke App Store atau Google Play Store


Aku kalau bershopping secara online ni, aku lebih suka gunakan kaedah pembayaran secara online banking.... Lebih mudah.. Tapi yang menjadi masalah bila time nak shopping tu, dalam akaun tak de duit... Biasa la kengkadang aku ni suka keluarkan semua duit dari akaun.. Malas nak pergi ATM banyak kali.. Bila dah dalam akaun takde duit, camne nak shopping online kan? Haaa jangan susah hati ye, ada cara lain yang boleh digunakan untuk buat pembayaran bila kita shopping di Lazada Malaysia iaitu dengan cara pembayaran MOLPay Cash... 

MOLPay Cash merupakan salah satu cara pembayaran tunai yang inovatif terkemuka di Asia Tenggara.. Pengguna kini boleh membayar tunai  di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang mereka beli secara online.. Nahh, sekarang korang dah boleh bershopping di Lazada Malaysia dan bayar secara tunai di kaunter 7-Eleven.. Mudah gila kot... Macam mana caranya?? Meh aku tunjukkan kat korang step by step.. 


Mula-mula shopping barang yang korang nak beli.. Kemudian "proceed to checkout".
Seterusnya korang pilih sama ada "continue as guest" atau bagi yang dah ada akaun Lazada Malaysia boleh klik "I have an account".. Masukkan email dan password.. Kemudian "continue"..



Kemudian isi maklumat penghantaran dengan lengkap dan "proceed to pay"..
Seterusnya di bahagian Payment pula, klik "7-Eleven" untuk pilihan pembayaran..



Step seterusnya, proceed to "review order"... 
Kemudian, jika korang ada voucher kod, bolehlah masukkannya di bahagian "enter voucher code here" dan klik "apply"... Kemudian, check semua detail terlebih dahulu dan "Place order"..
Tunggu redirected selanjutnya..



Last sekali, korang perlu screenshot payment instructions seperti gambar kat atas ni dan 
boleh lah ke 7-Eleven yang berhampiran dengan tempat korang untuk membuat pembayaran dalam masa 48 Jam..

Mudah kan?? Lepas ni korang boleh la shopping sakan di Lazada Malaysia.. Kalau duit dalam akaun tak de pun masih boleh shopping.. Yang penting mesti ada duit di tangan.. Hehe.. Tengahari tadi aku dah shopping Faber Slow Cooker dan Guess Clutch di Lazada App.. Kebetulan ada voucher kod yang belum digunakan, tu yang sakan dok membeli tu.. Pembayaran pun dah buat di kaunter 7-Eleven tengahari tadi.. 

Mak buyong tengah buat pembayaran MOLPay Cash

Masa nak buat pembayaran tu, aku cuma cakap kat adik kaunter yang aku nak buat pembayaran MOLPay Cash.. Pastu aku tunjukkan screenshot payment instructions yang ada Bar Code tu aje kat adik tu.. Dia scan dan aku bayar.. Hiks.. Mudahkan.. Semudah ABC uolls.. 


Lepas selesai membuat pembayaran aku diberi 2 resit.. Satu resit dari 7-eleven dan satu resit lagi dari MOLPay sebagai bukti pembayaran.. 

Aku agak teruja dengan menggunakan kaedah pembayaran MOLPay Cash ni.. Memang sangat senang, mudah dan cepat.. Rasa macam nak shopping lagi je.. Haha.. Lepas ni korang bolehlah shopping di Lazada App dan bayar dengan cara MOLPay Cash di 7-Eleven yang berhampiran.. Baki dalam akaun tak cukup pun masih boleh shopping tau..!!

Oklah, kalau korang rasa nak bershopping di Lazada Malaysia bolehlah terjah ke laman web mereka iaitu www.lazada.com.my.. Untuk mendapatkan maklumat lebih  lanjut tentang MOLPay Cash pula, korang boleh layari www.molpay.com...

Selamat Bershopping!!


7 comments:

  1. Yezza,, memang best Lazada ni sebab boleh bayar kat 7E. Sebab area rumah mai belum ada COD lazada lagi, dan online banking pun takde, sadis betul.

    ReplyDelete
  2. Biasa shopping lazada tak pernah pakai molpay hehe. Biasa online banking je

    ReplyDelete
  3. Mudah,cepat,jimat masa...hihi..

    ReplyDelete
  4. Owh.. cenggitu rupanya.. Mudah je lah.. Ye.. Alamak makin rajinlah sha bershopping.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Senang cara gini kan. Thanks tnjuk step by step.

    ReplyDelete
  6. Dah try shopping guna Molpay cash ni..memang best..senang je..tak ada duit dalam akaun pun, boleh shopping uolls ;)

    ReplyDelete