Nature Lab Merawat Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur Dengan Berkesan | Hi guys! Lama tak berkumandang disini.. Kali ni nak bercerita tentang masalah kulit wajah dan rambut gugur.. Ada tak dikalangan korang yang sekarang ni tengah mengalami masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan sebagainya ataupun menghadapi masalah rambut gugur? Aku percaya ianya akan menjadi sebuah mimpi ngeri bagi yang mengalaminya.. Betul tak? Tak kiralah lelaki mahupun wanita terutamanya yang mementingkan penampilan.. Sudah pastinya keyakinan diri juga akan hilang dek kerana kekurangan tersebut.. Kebiasaannya, masalah seperti ini berpunca daripada beberapa faktor seperti usia, keturunan, tekanan, kehamilan, cahaya matahari, hormon dan sebagainya..
Orang kata, bila bermasalah kulit wajah ni boleh ditutup dengan makeup dan bila bermasalah rambut gugur pula bagi wanita boleh dilitup dengan hijab.. Memang betul tu.. Tetapi realitinya tetap sama.. Masalah tetap ada.. Kerisauan tetap terasa dan keyakinan diri juga akan merosot nilainya.. Disebabkan masalah inilah, Nature Lab Malaysia telah mengeluarkan dua produk khas untuk penjagaan rambut dan kulit wajah iaitu URBAN dan CLARA...
CLARA Rawat Kulit Wajah Bermasalah Dengan Berkesan
CLARA merupakan sejenis toner pelbagai guna (multi-functional essence toner) berstatus Halal yang diformulasikan dari bahan-bahan semulajadi dimana ianya 100% bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti parabens, synyhetic dyes, synthetic fragrances dan phthalates serta tiada bahan pewarna tambahan.. Bukan wanita sahaja boleh menggunakan produk CLARA ni ye, tetapi lelaki juga boleh mencubanya.. Apa yang menarik lagi, kanak-kanak seawal usia 1 tahun pun boleh menggunakannya.. Menarik bukan?
Antara fungsi CLARA yang korang wajib tahu adalah :-
Membantu meremajakan kulit
Melembapkan kulit kering dan kusam
Melembut dan melicinkan kulit
Menghilangkan jerawat dan jeragat
Menghilangkan masalah kulit berminyak
memulihkan tona kulit yang tak sekata dan pori terbuka
Mencerahkan kulit dan anti penuaan
Menghilangkan panau dan kesan parut
Menghilangkan ruam-ruam lampin bayi
Merawat keputihan pada vagina wanita
Menghilangkan bau/lendir pada faraj wanita
Hand sanitizer yang membunuh kuman 99.99%
Jika dilihat pada fungsi keseluruhannya, ternyata CLARA adalah toner pelbagai guna.. Bukan sahaja untuk merawat masalah kulit malah boleh juga digunakan untuk merawat masalah lain seperti merawat keputihan atau lendir, ruam lampin dan boleh juga dijadikan hand sanitizer.. Mengagumkan! So, tak perlu beli banyak-banyak produk.. Cukup hanya CLARA sahaja dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.. Jimat duit uolls!! Lagi pun produk CLARA ni sangat mudah digunakan..
Antara bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan produk CLARA ini adalah Aqua, Parfum, Sodium Chloride, Gydralized Elastin, Mentha Piperita (Peppermint) Oil dan Aquilaria Malaccensis Stem Extract.. Kesemua bahan-bahan ini merupakan bahan semulajadi bebas dari bahan kimia merbahaya...
Macam aku sendiri pun, kalau cari produk muka ni harus lihat terlebih dahulu tahap keselamatan produk tersebut.. Perkara pertama yang aku akan lihat adalah bahan-bahan utamanya sama ada selamat digunakan ataupun tidak.. Bukan apa, kalau tersalah beli mahu buruk padah jadinya.. Sayang muka oiii!! Haha.. Aku yakin produk CLARA ini selamat digunakan.. Cuma nak tahu serasi ataupun tidak je dengan kulit muka kita kerana kesannya pada setiap individu adalah berbeza.. So, nak tahu serasi ke tidak, kenalah cuba dahulu..
Cara Menggunakan CLARA Multi Functional Essence Toner
Cuci wajah/kulit sebelum menggunakan CLARA Serum Toner
Semburkan CLARA 2-3 kali pada kapas/tisu muka yang bersih
Apply pada wajah/kulit dengan gerakan ke atas, tengah ke tepi
Selepas itu, semburkan CLARA pada wajah/kulit dan tap-tap agar toner meresap ke dalam kulit dengan sempurna
Rawat Masalah Rambut Gugur dan Uban dengan URBAN
Produk kedua keluaran Nature Lab adalah URBAN.. Wahh nama pun dah URBAN, pasti boleh merawat uban juga ni kan? Ya, memang benar.. Produk URBAN ni bukan sahaja boleh merawat rambut gugur malah boleh juga merawat masalah uban dan beberapa lagi masalah rambut yang lain... Nak tahu, kena baca sampai habis ye.. hehe..
URBAN Hair Growth Serum ini dihasilkan dengan teknologi terkini untuk merawat masalah rambut gugur dan menyuburkan rambut.. Ianya diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi yang selamat tanpa bahan kimia merbahaya seperti Aqua, Parfum, Lavandula Angustifolia Oil, Mentha Piperita (Peppermint) Oil, Pelargonium Graveolens (Geranium) Oil, Plukenetia Volubilis Seed Oil dan Aquilaria Malaccensis Stem Extract..
Antara fungsi URBAN adalah :-
Merawat rambut hingga ke akar
Menghalus dan meluruskan struktur rambut
Merawat rambut kusut dan bercabang
Menyubur dan melebatkan rambut
Menghalang rambut daripada berbuah
Menghalang rambut dari keguguran dan putus
Merawat masalah kegatalan kulit kepala dan kelemumur
Mengawal dan mencegah pertumbuhan uban
Mengilatkan rambut dan menguatkan rambut
Dengan hanya menggunakan URBAN dari Nature Lab ini pelbagai masalah rambut dapat diselesaikan.. Tak perlu lagi buang duit untuk mendapatkan rawatan rambut yang sememangnya menelan belanja yang mahal.. Guna sahaja URBAN dengan harga yang mampu milik.. Lagi pun ia selamat digunakan kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi.. So, bagi yang mempunyai masalah rambut, bolehlah cuba URBAN ni.. Tetapi harus diingat ye, setiap hasilnya mengikut kesesuaian individu itu sendiri.. Kesannya adalah berbeza bagi setiap individu..
Cara Menggunakan URBAN Hair Growth Serum
Syampu rambut dengan bersih
Bilas dan lap rambut separa kering
Semburkan URBAN pada rambut/kepala
Ratakan dan sapu pada rambut
Urut dengan lembut kepala untuk merangsang peredaran darah
Biarkan sehingga kering (tak perlu bilas)
Produk Nature Lab CLARA dan URBAN Berdaftar Dengan KKM
Kalau korang nak tahu, semua produk Nature Lab telah berdaftar dengan KKM dan Halal.. Pemprosesannya dibuat di kilang berstatus IMP (Islamic Manufacturing Practice).. Produk mereka ini selamat digunakan kerana dihasilkan dari bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan KKM serta telah melalui lab tasted.. Bila dah tahu berdaftar dengan KKM dan telah diuji di makmal barulah senang hati nak guna kan?.. Yelah dengan lambakan produk dipasaran sekarang ni, kita harus pandai memilih.. Pilih yang betul-betul selamat digunakan.. Jangan main beli aje tau.. Bahaya!
Ok untuk semakan, korang boleh ke laman web www.npra.gov.my dengan memasukkan nombor pendaftaran seperti berikut :-
CLARA : NOT201102354K
URBAN : NOT201102355K
Testimoni Pengguna Produk CLARA dan URBAN
Ramai yang dah mencuba produk dari Nature Lab ini dan berpuashati dengan hasilnya.. Ada diantaranya yang menampakkan kesan seawal 8 hari penggunaan.. Jom kita lihat testimoni daripada pengguna CLARA dan URBAN..
Jom Dapatkan Produk Nature Lab Untuk Atasi Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur!
Ok, bagi korang yang ada masalah kulit wajah dan rambut gugur, aku sangat recommend korang cuba produk dari Nature Lab ini iaitu CLARA dan URBAN.. Ramai dah cuba tau dan ternyata berkesan.. So, korang apa tunggu lagi, jom dapatkan produk Nature Lab ini untuk atasi masalah kulit wajah dan rambut gugur yang korang alami supaya penampilan diri sentiasa terserlah dan kekal berkeyakinan tinggi..
Harga Produk
Clara : RM 75.00 (50ML)
URBAN : RM55.00 (30ML)
Untuk sebarang pembelian, boleh dibuat melalui Whatsapp di seperti dibawah :-
The Best Shapewear Bodysuit and Waist Trainer from Feelingirldress | Have you ever in your dream have an hourglass body figure? You wanna know what is the secret to get that body figure? Here is the secret.
I introduced to you The shapewear bodysuit. This shapewear bodysuit can help us to get an ideal body shape figure. It will make you look gorgeous and elegant because this bodysuit helps to stretch the problems area and reshape back your bodies. So that you can wear whatever you want and look awesome and outstanding.
Welcome to Feelingirldress! Here you can get a variety of bodysuit shapewear and it comes in various shapes, colors and sizes. Not just for the slim persons can wear whatever they want but for those who in big sizes also can do so because the best shapewear bodysuit and waist trainer from Feelingirldress can always help you.
Black Underbust Bodysuits Boyshort Open Crotch Lace Slimming Belly
Black Underbust Bodysuits Boyshort Open Crotch Lace Slimming Belly is one of the plus size shapewear bodysuits available in Feelingirldress. What makes this shapewear so special is that the quick dry material and breathable fabric always make you feel comfortable to wear it all the time. It also got a firm zipper to lock your fat and it got lace glue to prevent sliding and curling.
What also makes this shapewear so special is it has an open crotch easy for bathroom use. Shapewear bodysuit also suitable to wear for parties, gym, wedding or office. It comes in various sizes starting from S to 5XL. So that you don't have to worry anymore to choose what to wear for your night and day.
Highest Compression Rose Red Double Belts Waist Cincher Rubber
Highest Compression Rose Red Double Belts Waist Cincher Rubber functioned to compress our middle part in our bodies to reduce the size of our stomach. To those who wear it, compression stimulates thermal activity in your core which increases perspiration, allowing toxins to escape which will make you healthier.
If you are thinking of losing weight, this waist trainer is suitable for you because the front zipper keeps a tight fit around your waist to achieve the long-lasting waist cinching effect as you lose weight. Other than that, it can flatten your tummy and shape your waist. You will get outstanding results with doing exercises with help by this waist trainer. Don't waste your chance to get the wholesale waist trainer by today from Feelingirldress if you are looking for hourglass physique. Good luck everyone!
Terasa Nak Jerit Kuat Bila Nampak Aiskrim Terbaik di Kuala Lumpur & Lembah Klang Ni! | Adui lama dah tak pekena aiskrim.. Bila time panas camni, terasa nak makan aiskrim.. Almaklumlah cuaca sekarang ni tak menentu.. Kejap hujan kejap panas.. Ni dah panas banyak hari dah.. Mula la tekak ni nak mencari aiskrim.. Dah alang-alang bercerita tentang aiskrim, kali ni aku nak kongsikan dengan korang kedai-kedai aiskrim terbaik di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang boleh korang cuba.. Yang tengah craving aiskrim tu, patut cuba..
1. Piccoli Lotti
Cute jerk nama kedai aiskrim ni kan.. Piccoli Lotti.. Bila sebut tu terasa kecomelannya.. Hehe.. Ok, kalau korang nak tahu, Piccoli Lotti ni maksudnya "small batches" dalam bahasa Itali yang mewakili falsafah mereka sendiri iaitu Gelato yang baru dibuat dengan bahan semulajadi dalam jumlah yang kecil..
Pelbagai perisa boleh dipilih disini.. Sudah semestinya aiskrim disini dibuat dengan menggunakan bahan premium tanpa pewarna mahupun perisa tiruan.. Jadi, korang boleh nikmati aiskrim yang berkualiti dan sedap disini..
Lokasi : No. 45, Jalan SS20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
2. Whimsical
Dekat Whimsical ni berbeza sikit aiskirmnya.. Kalau yang rasa aiskrim lain dari yang lain, korang patut cuba di Whimsical ni kerana di sini terkenal dengan variasi aiskrim yang pelbagai dan mungkin korang tak terfikir pun ada aiskrim yang macam ini.. Haaa camtu sekali hebatnya aiskrim di Whimsical ni.. Aiskrim Nasi Lemak pun ada uolls.. Unik kan? Tetapi ofkos sangat menarik kerana dalam masa yang sama mereka mengetengahkan menu tradisi kita, Nasi Lemak..
Bagi yang tak berani nak cuba aiskrim yang berbeza, jangan risau kerana aiskrim yang kebiasaan juga ada di Whimsical..
Lokasi : FF-17, The Waterfront 5, Desa Parkcity, Kuala Lumpur
3. Softsrve
Satu lagi kedai aiskrim yang patut korang cuba iaitu Softsrve.. Apa yang menariknya disini adalah korang boleh korang boleh pilih sama ada nak cuba hard ice cream ataupun yogurt based.. Topping pun macam-macam ada.. Kalau nak rasa sedikit kelainan aku suggest korang cubalah yogurt based.. Gerenti repeat order.. hehe..
Softsrve ni dibuka setiap hari kecuali pada hari isnin.. Waktu operasi pula selasa hingga khamis bermula jam 6 petang hingga 10 malam manakala jumaat hingga ahad bermula jam 12 tengahari hinggalah 11 malam.. So, korang yang pencinta aiskrim, jom cuba..
Lokasi : D-G-11 Plaza Arkadia No 3, Jalan Intisari, 52200 Kuala Lumpur
4. Kind Kones
Uiss sedapnya aiskrim Black Forest ni.. Siap ada vegan chocolate brownies lagi dalam tu.. Perghh!! Di Kind Kones juga aiskrim mereka handcrafted in small batches dari bahan semulajadi.. Bahan-bahan yang kebiasaan ada didapur kita je dia guna.. Setiap perisa yang ada bebas daripada tenusu, soy, gula halus, bahan pengawet dan bahan tambahan tiruan..
Owh ya Kind Kones ni selain di Malaysia, ia juga terdapat di Singapura ye..
Lokasi : No 61, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
5. Inside Scoop Ice Cream
Mendengar namanya sahaja dah rasa teringin nak cuba.. Inside Scoop Ice Cream ni merupakan salah satu jenama aiskrim yang agak terkenal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.. Cawangan juga telah banyak dibuka.. Pelbagai jenis perisa aiskrim ada di sini.. Aiskrim di sini sedap dan menarik kerana bahan yang digunakan berkualiti tinggi.. Aiskrimnya pun bertekstur halus dan berkrim.. Memang sedap.. Aku sudah pastinya memilih aiskrim berperisa coklat sebab aku adalah peminat tegar coklat.. Haha..
Itulah sahaja perkongsian aku tentang kedai aiskrim terbaik di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.. Ada 5 kedai aiskrim yang patut korang cuba.. Tak cuba memang rugi.. Sebab rasa aiskrimnya memang sedap..
Untuk negeri lain pula, contohnya di Kuantan atau Penang, kalau nak makan aiskrim bolehlah cari kedai aiskrim yang terdekat atau lebih mudah korang boleh terus search guna Foodpanda.. Bukan hanya ada servis food delivery penang je tetapi di negeri-negeri lain pun ada Foodpanda yang sentiada bersama anda.. Lebih mudah kan?
IT'S Cup Series dan BLACK Series Coffee Keluaran Terbaru Aik Cheong
Coffee
| Holaaaa!! Hi Guys.. Ada tak dikalangan korang penggemar kopi tegar?
Kalau ada korang patut baca entry aku ni sampai habis kerana aku nak kenalkan
kepada korang produk terbaru keluaran Aik Cheong Coffee yang bagi aku sangat
sedap.. Aku sendiri yang tak berapa minat kopi ni, dah menjadi peminat kopi
sejak merasai kenikmatan kopi keluaran Aik Cheong Coffee ni..
Tentang Aik Cheong Coffee
Sebelum aku perkenalan produk terbaru dari Aik Cheong Coffee ni, jomlah kita
ambil tahu dulu tentang Aik Cheong Coffee ni ye.. Ok, Kalau korang nak tahu
jenama terkenal Malaysia ni telah ditubuhkan lebih kurang 65 tahun bermula
1955.. Dua tahun sebelum merdeka guys! Dah lama tau jenama ni di pasaran..
Seiring dengan perkembangan semasa, mereka telah mempelbagaikan lagi variasi
kopi mereka dengan mengeluarkan produk minuman segera bermula dengan Black Coffee,
White Coffee, Milk Tea, Hot Chocolate dan banyak lagi yang menjadi minuman
kegemaran ramai..
Dengan menggunakan konsep "Enjoying the great of coffee at home", kini Aik
Cheong Coffee berjaya melancarkan produk terbaru mereka dengan trend baru masa
kini minuman segera dalam 'Hot Cup' yang dikenali sebagai IT'S dengan pelbagai
variasi.. Biasanya kita tengok mee maggi jerk dalam hot cup kan.. Haa sekarang
kita dah boleh nikmati instant coffee dalam 'Hot Cup'.. Lebih mudah untuk
disediakan.. Bukan IT'S Cup Series sahaja produk terbaru dari Aik Cheong
Coffee, malah baru-baru ini mereka telah melancarkan satu lagi produk baru
iaitu Black Series Coffee dengan konsep "Black to Basic"...
IT'S Cup Series
IT'S Cup Series ini dilancarkan pada Jun 2019 yang lalu dengan memperkenalkan
minuman segera "Hot Cup" dengan pelbagai variasi.. Kalau korang nak tahu,
rekod penjualan dalam setahun, produk ini telah terjual lebih dari 1 juta
cawan.. Satu pencapaian yang membanggakan.. Lagi menarik bila IT'S Cup Series
ni dikeluarkan dalam packaging dengan warna ceria yang menyegarkan.. Bagi aku
packagingnya simple tapi menarik.. IT'S Cup series ni mempunyai 8 variasi
iaitu :-
a) IT'S Cup Series Coffee
IT'S Flat White Extra Shot
IT'S Cappuccino Choco Topping
IT'S Teh Tarik Gula Melaka
IT'S Long Black Extra Shot
IT'S Matcha Latte Nata De Coco
IT'S Chocolate Marshmallow
Ok, antara 6 series IT'S Cup series ni, aku suka sangat rasa IT'S Chocolate
Marshmallow sebab aku peminat tegar coklat.. Lebih menarik rasa dia bila
ditambah dengan Marshmallow.. Ada kelainan disitu.. Aku lebih suka jika
marshmallownya tidak cair sebab aku lebih gemar nikmati minuman ini sambil kunyah-kunyah marshmallow..
hahaha..
Lepas ni nak kena ada sentiasa IT'S Chocolate Marshmallow ni.. Harus buat stok
banyak sikit sebabnya memang sedap menepati citarasa aku yang minat coklat ni.. hehe.. Lagi pun, minuman ni tahan lama sebab di packaging berasingan setiap satu bahan bancuhan dan dimasukkan ke dalam cup.. So, boleh simpan lama
sehingga 24 bulan.. Senang dibancuh juga.. Memang terbaik! Tak terfikir pula
akan ada instant drink yang di pack dalam cup seperti ini.. Sangat mudah!
Selain tu, aku suka juga rasa IT'S Teh Tarik Gula Melaka.. Rasanya tak terlalu
manis dan cukup berlemak.. Aku juga peminat tegar teh tarik.. Haha.. Bila
dapat rasa teh tarik yang lain dari kebiasaan yang aku minum, menjadikan ianya
sesuatu yang menarik bagi aku dan aku dapat terima dengan baik rasa IT'S Teh
Tarik Gula Melaka ni..
Apa yang menjadikan IT'S Teh Tarik Gula Melaka ni adalah didatangkan sekali
dengan Nata De Coco.. Bila minum tu seolah-olah sedang minum Boba Tea gitu ada jeli-jeli
dalam minuman... Tapi kalau nak menikmati hanya teh tarik semata tak perlulah masukkan Nata De Coco tu.. Bagi aku lebih sedap bila masukkannya sekali..
Dapat rasa kelainan teh tarik itu.. Hiks..
Yang lain-lainnya juga sedap sebenarnya.. Cumanya aku bukanlah peminat kopi
yang tegar.. Jadi, bagi pecinta kopi, aku recommend korang untuk cuba IT'S
Coffee ni kerana ia dapat memberi kelainan dari segi rasanya.. Yang penting,
rasanya sedap.. Hiks!
Moh tonton video ni.. Yang paling aku suka... 👇👇
b) IT'S Cup Series Granola
IT'S Granola Berries
IT'S Granola Mix Fruits and Nuts
Untuk IT'S Cup Series Granola pula, aku suka kedua-duanya.. Yang berries pun
sedap, yang mix fruits and nuts juga sedap.. Sesuai sangat untuk aku yang
jarang makan malam.. Ada masa, terasa juga lapar bila tak makan malam.. So,
dengan adanya IT'S Cup Series Granola ni dapatlah aku alas perut.. Lagipun
ianya bagus untuk diet sihat sebab diperbuat daripada Oat.. Boleh kenyang
sampai pagi tau.. Hehe.. Lepas ni, boleh buat stok banyak-banyak..
Kalau malas nak bancuh, aku makan macam tu je.. Pun sodap!!
Aku bancuh IT'S Granola ni dengan susu.. Boleh juga dipelbagaikan.. Boleh juga
dimakan bersama yogurt atau boleh je nak makan macam tu aje as a snack on its
own gittcewww!! Boleh juga dijadikan topping guys.. yeah! IT'S Granola ni juga
bagus untuk penghadaman kerana ia high fibre... Selain itu, ia merupakan
sumber protein dan dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi tiada perisa
tiruan dan tiada gula tambahan... Itu yang bagusnya IT'S Granola ni.. Bagus
juga untuk mereka yang nak mengamalkan diet sihat macam aku.. Ahakz..
BLACK Series Coffee
BLACK series coffee ni baru sahaja dilancarkan baru-baru ni dengan 4 variasi
baru Drip Series dan 2 variasi Dip series.. Mengetengahkan konsep "BLACK TO
BASIC", rangkaian produk baru ini bertujuan untuk memberi penggunanya rasa
kopi hitam yang sebenar.. Bagi pencinta kopi yang gemarkan kopi hitam, wajib
cuba BLACK series coffee dari Aik Cheong Coffee ni..
a) BLACK Dip Series
Dihasilkan daripada biji kopi Arabica terpilih yang dipanggang bagi
memastikan pengguna dapat menikmati rasa kopi yang berkualiti.. BLACK Dip
series ni mempunyai 2 variasi iaitu :-
Cold Brew - Ethiopia Yirgacheffe
Milk Brew - 70% Brazil Santos 30% Columbia
b) BLACK Drip Series
Tak perlu mesin kopi, hanya dengan BLACK Drip series ni, korang dapat
menikmati kopi hitam dengan rasa yang sebenar.. Black Drip series mempunyai 4
variasi yang berbeza dengan rasa yang unik.. Pencinta kopi patut cuba..!!
Etiopia Yirgacheffe
Colombia Medellin
Guatemala Huehuetenago
Nicaragua Jinotega
Setiap satu variasi ni punyai rasa yang berbeza.. Apa yang sama adalah
keempat-empat kopi ini menggunakan biji kopi arabica.. Jom aku cerita serba
sedikit tentang BLACK Drip series ini..
Etiopia Yorgacheffe - Untuk yang ini, kopinya dipanggang secara
ringan.. Light roast! Beraroma floral dan sweet.. Berperisa complex, fruit,
tea, floral dan lemon.. Rasanya pula spicy dan wangi..
Colombia Medellin - Kopinya dipanggang sederhana.. Beraroma cocoa..
Berperisa nutty dan rasanya bright and rich..
Guatemala Huehuetenago - Juga dipanggang sederhana..Beraroma sweet..
Berperisa fruity, chocolate dan maple.. Manakala rasanya pula ringan dan
menyenangkan..
Nicaragua Jinotega - Biji kopinya juga dipanggang sederhana..
Beraroma citrus, sweet (caramel) dan chocolate.. Rasanya pula lebih kepada
sweet and deep gitu.. !
Bagi peminat kopi, korang boleh pilih rasa yang mana satu korang suka.. Atau
korang boleh cuba semua sekali.. Rasa yang kena dengan tekak aku adalah
Guatemala Huehuetenago.. Aku lebih suka rasa yang ringan dan
menyenangkan..
Jom layan video ni dulu.. 👇👇
Rangkaian Kopi Aik Cheong
Banyak lagi sebenarnya kopi keluaran Aik Cheong ni.. Pelbagai series
dikeluarkan seperti Kopi O series, Teh Tarik series, White Coffee series,
Coffee Mix series, Cafe Art series dan Oatmeal Cereal.. Haaa bukan kopi aje
produk yang mereka keluar tapi ada juga cereal..
Cafe Art series adalah salah satu produk terbaik yang dikeluarkan oleh Aik
Cheong Coffee dengan pelbagai perisa.. Cafe Art series telah dikeluarkan
dalam variety pack 12 sachet dan juga 4 sachet.. Di dalamnya pula ada 4
perisa iaitu Matcha, Cappuccino, Latte dan Chocolate.. Ada dua lagi perisa
sebenarnya dalam Cafe Art series ni iaitu Mocha dan Macchiato..
Wahh, banyak gila pilihan Aik Cheong Coffee ni.. Pendek kata semua jenis
kopi ada.. So, terpulang pada korang nak pilih yang mana satu untuk
dinikmati.. Yang penting, dapat dinikmati di rumah dan dimana sahaja kerana
packagingnya mesra pengguna mudah dibawa kemana-mana sahaja..
Tan Boon Heong Duta Rasmi Aik Cheong Coffee
Ada ke yang tak kenal dengan Tan Boon Heong ni? Kalau tak kenal, jom aku
kenalkan pada korang.. Tan Boon Heong adalah pemain badminton profesional
Malaysia bagi acara beregu lelaki dan pernah memenangi pingat emas di Sukan
Asia pada tahun 2006 dan mendapat kejuaraan lain seperti Terbuka Malaysia
2007, Kejuaraan All England, Terbuka Switzerland dan banyak lagi.. Selain itu
juga, Tan Boon Heong juga pernah mencipta Guinness World Record dengan fastest
smash dengan catatan pada kelajuan 493km/j pada tahun 2020..
Dengan pencapaian beliau yang luar biasa dan semangat juang yang tinggi sangat
bersesuaian dengan falsafah perniagaan Aik Cheong.. Disebabkan itu juga Tan
Boon Heong diundang untuk menjadi duta rasmi produk Aik Cheong Coffee sebagai
jurucakap produk bagi mempromosikan jenama mereka ke pasaran antarabangsa
disamping menyokong semangat positif beliau..
Dapatkan Aik Cheong Coffee Sekarang
Bagi korang pencinta kopi, aku recommend korang cuba Aik Cheong Coffee ni..
Bukan hanya ada kopi hitam, tetapi banyak variasi yang boleh dicuba di bawah
label Aik Cheong Coffee ini.. Pastinya tidak jemu kerana kopi yang mereka
keluarkan pelbagai rasa yang berbeza.. Yang terbaru korang boleh cuba IT'S Cup
Series dan juga BLACK Series Coffee.. Rugi tak cuba tau..! Dapatkan sekarang di &-Eleven, FamilyMart, myNEWS, Petronas, Caltex, Shell, AeomBig, Aeon, Giant dan The Store..
Sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-
Aik Cheong Coffee’s Official Social Media Platforms
The best staycation in Singapore | It's been a while since our last vacation. Especially nowadays we are facing pandemic covid-19, we are a bit worried about going to crowded places. It is just the matter how we comply to SOP. That is the most important thing nowadays.
Actually we still can go on holiday. We can spend time with family, enjoy bathing together in the hotel's swimming pool, workout in the gym, make sand castles at the beach, as long the hotel is not too overcrowded with people and they comply to COVID-19 SOP. We also can reduce our stress from our daily routines.
In Malaysia, tourism places such as Genting Highlands, Cameron Highlands, Langkawi, Pulau Tioman and Pulau Pangkor are nice places to go since they are quite far from busy areas.
Singapore also has many interesting places for us to visit. Wanna know some interesting places in Singapore? Let us watch out some interesting places for our staycation Singapore.
3 greatest staycation places in Singapore:
1. M Social Singapore
Just taking a look at the hotel buildings already makes us excited to stay right?
M Social Singapore is a popular hotel in Singapore. You want to know why I suggested this hotel? In this hotel, it has many facilities such as, swimming pool, gymnasium, snooker and many more facilities which we can spend our quality time together with our family members. This can match our preferences especially during pandemic covid-19 if we feel unsafe to do outdoor activities.
For those who prefer to do outdoor activities, don't worry. There are many interesting places surrounding this hotel that we can visit such as Orchard Road, Chinatown, Sand Skypark Observation Deck, Singapore Flyer and many more. All we need to do is just ensure that we comply with Pandemic Covid-19 SOP. So what are you waiting for? Let's book a stay in M Social Hotel Singapore for this year's vacation.
2. Shangri-La Singapore
What is so interesting about this hotel is their decorations. It is using an antique touch atmosphere to decorate their rooms. It's seriously awesome!
In this Shangri-La Singapore, it is located in a 15 acres tropical garden. That is the factor that made this hotel is so special. Other than that, as I said before, the decorations in their room are so interesting especially in their beds. It's so unique which made it an attraction for tourists to stay here. During your stay here, if you also feel unsafe to do outdoor activities during this pandemic time, you can just do so many activities in this hotel as it provides many facilities such as tennis court, library, spa and many more. This hotel also provided areas for children to play with their family members.
If you are thinking about food, don't worry, there are 7 restaurants here which offer a variety of food which you can choose. They serve food from Japan, Italy, China, Singapore and many more so that you can choose everything that you wish to eat.
3. Four Points by Sheraton Singapore, Riverview
Riverview Awesome..
What makes this hotel so special is it surrounded by the river.
The swimming pool here is also provided with cabana. Not even just that, this hotel also provided with all basic facilities which we can use during our stay here. We can also visit some interesting places around here such as Great World City, Amped Trampoline Park, Fort Canning Park and many more.
Room offered here is also so comfortable and luxurious with decorations that use natural color. So it may help us to release our tensions. This hotel also serves international and Chinese cuisine , where you can enjoy your food casually with your family members.
So there are 3 hotels in Singapore you can choose for your staycation. They are among popular hotels in Singapore which get positive feedback from their customers who stayed in these hotels.
What are you waiting for!!!. Let's plan your vacation to singapore and create a memorable moment with your family members there!!!
You can booking hotel by using Traveloka because it offered so many hotels according to your preferences. Don't waste your time, quickly book your hotel before it is fully booked.! Good luck and happy holiday guys!
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat | Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.
TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.
Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik.
Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.
Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.
Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.
TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.
Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.
TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.
Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan - Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.
Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.
Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa - Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.
Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online.