beauty
11 comments
Rambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner
Saturday, November 23, 2019
Rambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner | Haritu ada la aku buat perangai pergi saloon muslimah untuk warna rambut.. Lama dah tak buang tabiat kan.. Haha... Dua tiga hari lepas tu aku perasan rambut aku sedikit kejung dan gugur... Adeh, terus rasa menyesal.. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian takde guna dah beb!!
Untuk selesaikan masalah aku ni, ada la kawan yang suggest aku pakai minyak argan baik untuk rambut katanya.. Isk, mana mahunya aku sapu minyak kat kepala.. Tak selesa woihh.. Jadi, bila dah macam tu ada pulak yang cadangankan aku guna aje syampu dan perapi Zen Garden sebabnya ia mengandungi Minyak Argan.. Haa cadangan ni boleh diterima pakai.. Haha..