Top Social

Sonic Run - Firstime Join Larian Buat Aku Terus Ketagih Nak Join Lagi!!

Friday, November 01, 2019
Sonic Run - Firstime Join Larian Buat Aku Terus Ketagih Nak Join Lagi!! | Nampakkk tajuk pun dah mengundang.. Hehe.. 27 Oktober 2019 yang lalu, aku join Sonic Run yang berlangsung di negeri pahang.. Saja la nak mencuba aktiviti yang baru yang tak pernah aku lakukan sebelum ni.. Itu pun berkat dari hasutan kengkawan opiz.. Hehe.. Aku sebenarnya dah lama teringin nak join larian seperti ini cumanya kalau hari sabtu ahad tu agak susah untuk aku tinggalkan anak-anak.. Kali ni agak bernasib baik sebab encik suami tak bekerja shif dan sudi jaga mereka.. Alhamdulillah.. Ada la juga masa untuk diri sendiri kan.. Hiks..




Sonic Run ni berlangsung pada hari ahad.. Makanya, hari sabtu kenalah pergi collect baju dan nombor untuk larian tersebut.. Aku tak pergi cuma wakilkan bff aku pergi ambil di tempat kejadian.. Biasalah, hari cuti aku bukan boleh keluar sangat tanpa anak-anak.. Kalau bawak anak, mahu dok kejar dorang jerk la.. Huhu.. Jadi, untuk memudahkan aku wakilkan ajelah bff aku tu.. Lagi pun dia yang belanja kan.. Haha.. Tq weh!! Agak kecewa jugak sebenarnya sebab dia tak dapat turut serta dek kerana terpaksa bekerja diluar kawasan pada hari kejadian.. Nasib baiklah kengkawan opiz ramai yang join, bolehlah tumpang sekaki berlari.. Kehkehkeh!!



Hari Sabtu malam, aku pergi ambil siap-siap baju dan nombor daripada bff aku sebelum dia berangkat.. Oh ye, Sonic Run ni berlangsung di Taman Gelora Kuantan. Ramai juga yang join. Mungkin juga ada peserta dari luar Pahang datang ke mari. Untunglah bisnes homestay sekitar pahang hari ni. Bermula seawal 6.30 pagi.. Bila tengok aturcaranya, buat aku tersedak.. Awainya!! Haha.. Yelah biasa pergi kerja pun jam 7.30 pagi baru turun dari rumah.. Ni jam 6.00 pagi tu dah nak kene keluar.. Awai tu.. hiks..



Hari ahad tu, aku bertolak dari rumah 6.30 pagi. Oklah lari awal pagi, matahari pun belum naik lagi. Wajib pakai skincare yang sesuai untuk lindungi kulit dari faktor persekitaran.

Sampai dilokasi, dok roger la sorang-sorang kengkawan yang turut serta bertanyakan lokasi masing-masing.. Rata-rata masih dirumah ketika itu kecuali kak liza yang awal-awal lagi dah sampai ditempat kejadian.. Awal dari aku nampaknye.. Hehe.. Aku sampai Taman Gelora lebih kurang jam 7.00 pagi.. Time tu orang dah berkumpul di garisan permulaan untuk mulakan larian.. Aku wat lek wat peace agik tunggu kengkawan yang lain.. Dah sampai awal tu, jumpa kak liza dulu la.. Borak-borak dulu.. Dorang dah nak start lari dah masa tu.. Aku masih berkira-kira, nak tunggu kengkawan ke atau nak lari secara solo jerk.. hurmm..


Bila dah roger masing-masing semuanya lewat dan ada yang tak bangun tidur lagi, apakah? Tak kuasa dah aku nak menunggu.. Aku bayar untuk berlari.. Bukan aku bayar untuk dok tercongok kat tepi cam kak liza.. Walaupun bff yang belanja, kenalah hargai juga setiap sen yang dibelanjakan.. Betul tak? Kak liza tak dapat nak join aku berlari disebabkan baju dan nombor ada pada kawan sorang ni yang lambat ni.. Samalah juga nasib dengan sorang lagi kawan aku tu.. Puan suzila dan suaminya dah maklum awal dorang lambat sebab uruskan anak terlebih dahulu..

So, bila dah keadaan seperti itu, aku buat keputusan untuk teruskan larian secara solo dahulu.. Kalau tunggu dorang entah pukul berapanya sampai.. Silap-silap tak berlari aku dan berharap agar dorang sampai cepat supaya aku ada geng untuk lari.. Seronok berlari bila ada geng... Tengah berlari tu, jumpa la beberapa orang yang aku kenal.. Geng tempat keje aku jugak.. Haha.. Tak sangka la ada yang lain turut serta jugak selain kami.. Katanya dah biasa join larian camni.. Wah nampaknya aku la yang ketinggalan dan baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti sebegini.. Adik bff aku pun ada jugak dengan kawan dia.. Sempatlah borak sepatah dua.. Dia gantikan kakaknya yang tak dapat join disebabkan kena outstation last minit.. Bukan dia jerk frust, tapi aku pun frust sama dia tak dapat join.. Huh!! Tapi xpela, outstation boleh claim lebih kan. Dapat duduk hotel lagi.


Dalam pada berlari tu, terserempak jugak dengan ex-boss aku.. Uih kemain lagi upanye, dia pun join jugak.. Katanya dah biasa dengan program larian camni dan selalu jugak join.. Dulu aku agak baik jugak la dengan ex-boss ni, jadi agak serba salah takut ada mulut puaka yang buat cerita bukan-bukan bila mana kitorang ada bersama join Sonic Run ni tanpa dirancang.. Kot ada yang bermulut puaka tu, insaflah kamu sebelum aku menginsafkan kamu nanti.. Hehe.. Buat stalker pulak, sudah-sudahlah buat kerja yang  tak berfaedah tu ye.. Hoho!!

Bergambar kenangan dengan ex-boss

koleksi pertama

Ok, berbalik cerita Sonic Run.. Aku agak terkejut dengan rules larian ni sebabnya tidak ketat mana peraturannya.. Sapa yang tak lari pun boleh dapat medal.. Tiada check point... Event agak huru-hara dan terlalu simple.. Bahagian makan minum tiada orang jaga.. Pandai-pandai ko lah nak amek air mineral dan roti.. Bahagian medal je ada orang jaga.. Itupun semua dapat walaupun tak lari.. Tempat dorang buat pun agak tak selesa.. Korang bayang sebuah taman tempat orang joging buat larian seperti ini.. Nak berlari pun susah weh berpusu-pusu orang.. Lastnya banyak berjalan sebab nak lari tak berani takut tersadung kaki.... Walaupun begitu, Alhamdulillah dapat jugak aku habiskan 5KM aku dengan jayanya..





Dah habis berlari, cam biasa kami kaum wanita berselfie ditambah pula ada ratu selfie dikalangan kitorang.. Makin menjadi-jadilah kami bergambar.. Kami berkumpul beramai-ramai ambil gambar.. Bukan takat kitorang jerk yang berkumpul sekali malah ex-boss dan kengkawan yang datang asing pun berkumpul sekali.. Habis bergambar, masing-masing bersurai.. Aku and the geng lambat sikit bersurai masih gila bergambar.. Haha..




Sebelum bersurai, kengkawan ajak pegi makan tapi aku tak dapat nak join sebab tergesa-gesa nak balik ada jemputan kenduri kawen di rumah pengasuh anak aku.. Itu pun agak lewat aku pergi kenduri dek kerana sibuk nak rehatkan badan dan uruskan anak-anak.. Next, kalau ada rezeki aku nak join unicorn run pulak.. Insyaallah..


Pasni, aktiviti larian ni akan menjadi aktiviti wajib bagi aku.. Dah rasa seronok pulak bila dah join sekali.. Ketagih bak kata orang.. Haha!! Ketagih larian takpe.. Jangan ketagih bende terlarang.. Lagipun boleh keluar peluh & bakar lemak degil.Doktor pun selalu ingatkan senaman ubat sakit diabetes terbaik. Sama samalah kita amalkan cara hidup sihat. Hiks.. Lagipun, memang dah menjadi trend sekarang ni dok kumpul medal larian.. Aku tengok kengkawan aku sampai satu box dok kumpul.. Dasyat betul la.. Huhu.. Next aku update lagi ye.. Chow!!


1 comment on "Sonic Run - Firstime Join Larian Buat Aku Terus Ketagih Nak Join Lagi!!"