Top Social

Rindu Nak Hiking! Akhirnya Dapat Hiking Di Bukit Pelindung Kuantan

Friday, October 25, 2019
Rindu Nak Hiking! Akhirnya Dapat Hiking Di Bukit Pelindung Kuantan |  Seronok sebenarnya melakukan aktiviti hiking ni.. Cumanya aku sebagai isteri dan ibu kepada 2 orang anak tidak memungkinkan untuk aku melakukan aktiviti seperti ini dengan kerap.. Firstime berhiking adalah di Bukit Panorama Sungai Lembing bersama bff aku yatt.. Itupun nasiblah encik suami izinkan aku beraktiviti bersama kengkawan dan berbaik hati untuk jaga anak-anak.. Ada la jugak masa untuk diri sendiri..

Kerinduan untuk berhiking lagi tu sentiasa ada bila mana yang terdahulu aku berjaya sampai ke puncak walaupun dengan separuh nyawa.. Haha!! Memang letih woihhh.. Mendaki anak tangga untuk sampai ke puncak.. Pulak tu dengan tiada pengalamannya main terus naik ajerk.. Balik demam!! Huhu.. Namun, kepuasannya ada di situ dan aku terus merindui untuk melakukannya lagi..




Hiking di Bukit Pelindung Kuantan


16 Oktober 2019 yang lalu, aku berkesempatan untuk turut serta dalam program hiking anjuran jabatan tempat aku bekerja sempena Bulan Sukan Negara (BSN).. Wah, seperti orang mengantuk disorongkan bantal aje gayanya, terus aje masukkan nama untuk join.. Haha!! Dah lama plan nak panjat bukit pelindung di kuantan pahang ni cumanya aku dan bff aku tu tak punya masa yang sesuai untuk pergi mendaki.. Masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing.. Kenapalah time bujang dulu tak terfikir nak berhiking ye.. Kalau tak habis semua tempat aku terjah.. huhu

Menunggu dorang sampai

Seawal pukul 7.30 pagi aku dah bertolak ke Teluk Cempedak untuk park kereta kat sana.. Awal ke? Hehe biasa orang hiking kol 5 @ 6 pagi tu dah mendaki dah.. Biasalah, bila ikut program yang melibatkan ramai orang, mane mahunya dapat time seawal tu.. Nak menunggu sorang-sorang sampai pun dah satu cerita.. Kalau plan nak start jam 8.00 pagi pun, silap-silap kol 10 baru mendaki.. hehe.. Samalah ceritanya pada hari tersebut.. Masing-maisng datang dengan kereta sendiri.. So, memang ada yang sampai lewat la.. Tapi adatlah kalau dah ramai kan..




Taklimat ringkas

Macam biasa, sebelum mulakan hiking taklimat ringkas diberikan terlebih dahulu dari aspek keselamatan dan sebagainya.. Pas habis taklimat, haruslah bergambar dulu ramai-ramai untuk laporan program.. Tak bergambar rasa tak lengkap pulak kan.. Biasala tu.. Lepas bergambar barulah boleh mula hiking.. Bila dah ramai memang kene buat kumpulan kalau tak berselerak jadinya.. 3 kumpulan dibentuk supaya mudah pergerakan ke atas..

Pengarah & Timbalan Pengarah bersedia untuk melepaskan peserta mendaki

Kata orang Bukit Pelindung Pahang ni tak seteruk Bukit Panorama tahap pendakiannya.. Owh ya. kami semua tak mendaki sampai ke puncak pun sebaliknya kami shortcut ikut laluan untuk terus ke Teluk Cempedak sebagai garisan penamat dengan meredah hutan lipur bukit pelindung.. 

Masing-masing dah keletihan

Walaupun separuh jalan tak sampai ke atas, itupun masing-masing dah tercungap-cungap keletihan...  Bernafas pun ikut sempat.. Hehe.. Ada yang surrender dan patah balik.. Nampak sangat kitorang ni kurang bersenam kan.. Tak payah cakap dorang, aku sendiri pun letih bukan main lagik.. Mengah.. Mintak nyawa.. Haha.. Almaklumlah, asek dok lam pejabat jerk.. Sekali keluar beraktiviti, mahu tak nyawa-nyawa ikan.. Tapi jenis aku, selagi mampu aku akan cuba buat sampai habis walaupun setiap bangku disepanjang pendakian semuanya aku singgah untuk melepaskan lelah.. Tolong jangan gelakkan aku.. Haha!!


Sampai aje check point untuk masuk jalan hutan, kami rehat kejap melepaskan lelah.. Sempat la berselfie sekeping dua.. Hiks.. Semua dah berkumpul, baru bergerak dalam kumpulan meredah hutan belantara.. Cewahh belantara la sangat.. Hutan sekangkang kera jerk nak sampai ke Teluk Cempedak tu.. Tapi jauh la jugak sebenarnya.. Geng seangkatan aku siap muntah-muntah dah.. Mulanya ingat dia dah surrender awal, rupanya tak.. Tu yang sampai muntah tu dok paksa diri.. Hehe.. Tunggu la kejap sampai dia ok... Seb baiklah ada mamat sorang ni bagi dia Choki Choki untuk pulihkan keadaan dia bagi tenaga balik.. 





Merentasi jalan hutan tu agak mudah sebabnya jalannya tak berbukit just flat jerk.. Kalau ada pun sikit-sikit jerk.. Yang mencabar adalah kasut licin.. Berapa kali dah nak tergelincir.. Mane tak licinnya, kasut untuk larian buat hiking.. Memang licin la.. Hehe.. Dah itu jerk yang ada kan, redah jerk la... Janji boleh hiking.. hiks.. 


Lebih kurang jam 11 pagi kami sampai Teluk Cempedak dengan senyuman happy.. Wah gittew.. Haha.. Tapi bagi aku, selagi tak sampai ke puncak memang aku tak puas hati.. Maybe akan ripit nanti dengan bff aku.. Takan nak tengok saje gambar kengkawan yang dah sampai puncak kan.. Aku pun nak merasa jugak.. Kehkehkeh!! Harapnya ada la kesempatan untuk aku datang balik hiking kat sini nanti.. Moh layan gambar dulu..






Aktiviti last sekali, cam biasa bergambar dan menjamu selera.. Badan agak letih, jadi tak lalu sangat nak makan.. Nasib jugak tak makan sebab hari tu ada rezeki lain yang menanti untuk kami.. Boss pentadbiran dengan baik hatinya belanja geng pentadbiran menjamu selera kat starbucks.. Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki boss kami tu dan diberikan kesihatan yang baik.. Amiin YRA... Lepas makan, terus chow!! 





Tak sabar weh nak ripit lagi.. Sebabnya Bukit Pelindung ni tak seseksa Panorama pendakiannya.. Panorama nak tercabut lutut mendaki anak tangga.. Bukit Pelindung jalan tar jerk tak de tangga... Dengar-dengar macam dorang nak buat dekat panorama pulak.. Huh, fikir 10 kali dulu la aku nak join ke tak.. Haha!! Trauma rasanya.. Kahkahkah!!


10 comments on "Rindu Nak Hiking! Akhirnya Dapat Hiking Di Bukit Pelindung Kuantan"
  1. Pernah hiking satu kali je. Itu laa first and last. Hahahaaa

    ReplyDelete
  2. Bila nak sangat buat..dapat buat..satu kepuasan dapat dirasaikan Lea..mendekati alam.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Syok sebenarnya dapat hiking ni.. Kita dh lama xhiking rasa janggal pulak.. Nanti balik rumah family nak hikinglah..

    ReplyDelete
  4. Bestnya tengok di hiking. Mimi tak boleh dah nak buat aktivit hiking ni. Stop sementara dulu

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat hiking..nad dh lama tak hiking.. Agaknya kalau hiking ni pancit juga ni.. Hehehe..seronok tengok.. Dapat pulak starbucks.. Pergh lagi meriah.. Hehehe

    ReplyDelete
  6. kalau ida pulak teringin nak hiking,tapi takut tak naik kang bukit tu..

    ReplyDelete
  7. sis! bila aadk pahang ngan aadk perak nak bergabung nihhh.... meh laa hiking sini pulakkk...

    ReplyDelete
  8. Hamboi.. dia gi hiking pula.. sha is very jealous.. hahaha

    ReplyDelete