Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

Saturday, April 21, 2018

17 comments
Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa  |  Assalamualaikum wbt.. Baru selesai edit gambar untuk entry terbaru.. Alhamdulillah.. Sebut pasal edit gambar ni, teringat lak aku pada seorang member blogger aku Siqah.. Kalau bab snap dan edit gambar memang dia pakar.. Entry kali ni pun memang berkaitan dengan Siqah.. Kenapa? HEhe sebab Siqah ada buat giveaway.. Hadiah pun mantop weh!! Shawl dari jenama dUCk... Teringin jugak nak letak shawl eksklusif camtu atas kepala ni.. Haha!! Manelah tau ada rezekikan.. Jadi, dengan excitednye aku join 'Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa'..

Nak join? Klik banner kat atas nun!!

Sebenarnya aku dan Siqah ni dah kenal lama.. Kenal pun disebabkan 'buku'.. Kami kongsi minat yang sama, suka baca buku.. Jadi, tak hairanlah aku dah follow semua socmed beliau.. (sebenarnya nak kasitau yang aku dah penuhi syarat penyertaan,... haha).. 

Ada sesuatu yang istimewa sebenarnya pada seorang Siqah ni.. Sepanjang aku kenal dia, yang aku tahu memang dia seorang ulat buku, suka snap gambar dan edit cantik-cantik, suka flatlay, suka movie dan suka jenama dUCk... Apa yang menariknya, bila aku baca blog Siqah ni, aku suka cara penyampaiannya.. Aku suka dia review buku (wajib belajar dengan dia).. Aku suka gambar yang dia ambil dan edit (dah belajar tapi masih tak pandai-pandai.. haha!!).. Aku suka juga dia review movie, memang best (wajib belajar juga cara review movie dari dia.. hukhuk)..

Bila dah banyak sangat bende yang aku suka dengan hasil kerja seorang Siqah ni, haruslah aku jadikan dia idola aku.. Hah!! Boleh tak Siqah? Kikiki.. Apa-apa pun aku sangat kagumi setiap hasil kerja yang dia buat... Aku doakan, moga Siqah terus berjaya dalam dunia blogging dan kehidupan...

Oklah, banyak sangat dah aku membebel tu.. Kang semua dok menongkat dagu baca bebelan aku ni.. Hiks.. Korang-korang semua, moh la join giveaway anjuran seorang Siqah ni.. Rugi tak join, hadiah menarik weh untuk dimenangi.. Antara hadiahnya :-

dUCk Scarf (New): Matte Satin Silk in Love Letter 

Book (New) : Love & Happiness by Yasmin Mogahed

dUCk Notebook (New) : Stuff-It Notebook in Blush


Best sangatkan hadiahnya.. So, marilah join beramai-ramai ye.. Mane tau ada rezeki menang dUCk Scarf (New): Matte Satin Silk in Love Letter ... Eh!! haha... Insyaallah kalau tuhan izinkan.. Kalau tak pun, mungkin rezeki korang kan.. Cepat join tau..


Tarikh Akhir
13 Mei 2018


Read More

Header Blog Super Cute By Azhafizah Design

Thursday, April 19, 2018

17 comments
Header Blog Super Cute By Azhafizah Design  |  Rasa macam dah lama blog aku ni tak bertukar wajah.. Nak tukar template, rasa sayang.. Jadi, tak dapat tukar 'baju', kita tukar 'tudung' aje lah.... Eh! Tudung? Hehe header la.. Dah duduk di atas sekali kan, so tudung la tu.. Hiks.. Untuk menghilangkan rasa bosan dengan pemandangan yang sama, jadi aku buat keputusan untuk menukar header blog aku supaya dapat tampil dalam suasana baru yang lebih segar.. Barulah tak bosan kan?


Untuk design header kali ni, sekali lagi aku meletakkan kepercayaan kepada blogger Azhafizah untuk menghasilkan header untuk blog aku.. Rasanya, sepanjang aku berblog ni, dah banyak kali jugak aku menggunakan perkhidmatan beliau dan Alhamdulillah aku memang berpuas hati dengan hasilnya.. Tak hairanlah, sampai sekarang pun aku masih percaya dengan hasil kerja beliau.. Macam dah tak boleh nak move on dengan orang lain.. Haha..!!

Design yang aku request kali ni adalah yang simple tetapi menten cute.. Tak nak nampak terlalu sarat dan melemaskan pandangan sesiapa yang melihatnya.. Macam pakai tudung gak la.. Kalau pakai terlalu sarat ni memang rimas dan lemas la jawabnya.. Orang tengok pun serabut mata.. Betul tak? Hiks..


Inilah header blog super cute by azhafizah design yang aku tempah tu.. Korang nak tahu, cepat gile kot fiza buat kerja.. Pagi tadi aku transfer duit, tak sampai setengah jam dah siap header blog aku ni.. Terkejut aku.. Sungguhpun disiapkan dalam waktu yang singkat, tetapi hasilnya menten mantop wehh!! Pendek kata, hasil kerja fiza memang tak pernah mengecewakan aku..

Kalau korang nak tempah design tak kiralah, template blog ke, header, sampul raya dan sebagainyalah, korang bolehlah terjah blog fiza.. Bisness card pun dia boleh buat.. Harga memang berpatutan.. Untuk tempahan header blog macam aku ni, hanya dikenakan bayaran sebanyak RM20 sahaja.. Murah gila kot!! Jadi, yang mana nak membuat tempahan tu, bolehlah terus hubungi fiza.. 

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, sila layari :-


Facebook

Instagram

Email
azhafizahmdnor@gmail.com

Read More

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

6 comments
Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa  |  Dah agak lama rasanya  tak join segmen bloglist.. Mungkin ramai dah yang tendang blog aku dari bloglist mereka.. Haha!! It's ok, sebab aku tau aku jarang blogwalking blog korang.. Jadi, tak boleh salahkan korang kalau dah kick aku dari bloglist korang.. Aku sendiri pun rasanya dah lama tak buat segmen bloglist.. Bolehlah nanti aku buat untuk cari bloglist baru untuk blog aku ni.. Orite, kali ni aku nak join Segmen : Making A Blog List by Blog Siqahiqa.. Bolehlah aku duduk bertapa dalam bloglist siqah pas ni sebab semua yang join akan dimasukkan dalam bloglist blog beliau.. Yeyyy!!

Kalau rasa blog tu aktif, boleh join segmen ni.. 
Klik la banner kat atas nun ye..!

Kalau blog korang aktif, bolehlah join segmen ni sebab siqah mencari blog yang aktif untuk dimasukkan dalam bloglist beliau.. Bukan itu sahaja yang best, segmen ni juga mencari seorang yang terpiliha untuk memenangi hadiah misteri.. Apalah yang misteri nusantara sangat tu ye siqah.. Bedebau den.. Hehe..

Tarikh Tamat
03 Mei 2018



Read More

Senarai Pemenang Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Wednesday, April 18, 2018

39 comments
Senarai Pemenang Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends  |  Assalamualaikum wbt... Ok, malam ni baru ada masa sikit untuk aku up entry bagi mengumumkan pemenang Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends yang telah berakhir pada 9 April 2018 yang lalu.. Sorry sangat-sangat kerana buat semua peserta tertunggu-tunggu.. Jadi, siang tadi aku luangkan sedikit masa untuk membuat cabutan bagi memilih para pemenang giveaway ini.. 


Seramai 85 orang peserta telah mengambil bahagian dalam giveaway aku kali ni.. Alhamdulillah.. Tak sangka sebenarnya seramai ini yang menyertainya.. Terima kasih korang sebab support giveaway aku ni.. Untuk melihat senarai peserta boleh klik SINI ye... Untuk giveaway kali ni, pada awalnya aku ingin memilih pemenang melalui khidmat random tetapi last minit aku tukar fikiran dan memilih cara cabutan supaya lebih menyeronokkan.. Hehe..

Seperti yang korang sedia maklum, giveaway ini mencari 12 orang pemenang dan seorang pemenang hadiah misteri.. Jadi, kesemuanya adalah 13 orang pemenang.. Hadiah yang bakal korang menangi adalah seperti berikut :-

SENARAI HADIAH

➦ 2 helai Tudung Aidijuma + sebuah buku motivasi preloved x 3 pemenang (Lea Azleeya)

➦ Wang Tunai RM50 x 1 pemenang (Shad)

➦ Sebuah Komik Jali Ohsem x 3 pemenang (Ankel Jonni)

➦ Sebotol Sambal Garing Che Nor (150gm)  x 5 pemenang (Kak Yang)


➦ Hadiah Misteri x 1 pemenang (Lea Azleeya)


Cabutan telah dibuat, jadi siapakah yang bertuah itu? Jom sama-sama kita lihat..


Alhamdulillah, selesai sudah pemilihan pemenang... Tahniah kepada semua pemenang.. Ehh kejap pemenang hadiah misteri mana? Hehe ok, untuk hadiah misteri ni, special sikit... Aku tak buat cabutan sebab aku nak berikan kepada peserta yang terpantas...  Terpantas??

Ye, terpantas dan terawal menyertai giveaway ini.. Siapalah agaknya ye? Jom kite skodeng..


Tahniah kepada Siti Rohaida Yusof a.k.a Eda kerana berjaya menjadi yang terawal menyertai giveaway ini.. 


Orite, senarai pemenang pun dah tahu, jadi kepada semua pemenang bolehlah PM detail korang seperti dibawah ni kepada aku.. PM kat facebook aku tau.. Klik SINI..

Detail yang diperlukan untuk penghantaran hadiah :-

Nama  :
Alamat  :
No. Telefon  :
Link Penyertaan  :
Hadiah  :

Tuntutan hadiah hendaklah dibuat dalam masa seminggu dari tarikh 19.04.2018 sehingga 25.04.2018.. Sekiranya hadiah tidak dituntut selepas tarikh tersebut, pemilihan pemenang akan dibuat semula bagi hadiah yang tidak dituntut.. Tapi aku harap semua pemenang dapatlah menuntut hadiah mereka dalam tempoh yang diberikan supaya aku tak perlu buat pemilihan sekali lagi.. Sebab aku ni tak berapa nak rajin sebenarnya.. Haha!!

Apa-apa pun tahniah sekali lagi buat semua pemenang.. Yang tak berjaya diharapkan tak berkecil hati dan tak berputus asa... Mungkin bukan rezeki korang kali ni, akan datang siapa yang tahu kan.. Semoga berjumpa lagi digiveaway yang akan datang dengan hadiah yang mungkin lebih menarik.. Insyaallah..


Read More