Niat Puasa Dan Berbuka Puasa

Friday, May 26, 2017

4 comments
Niat Puasa Dan Berbuka Puasa  |  Hari terakhir kita berada dalam bulan Syaaban.. Esok kita akan menemui Ramadhan.. Alhamdulillah.. Semoga segalanya dipermudahkan bagi kita di bulan Ramadhan nanti dan segala amalan kita diterima olehNYA... InsyaALLAH... Korang dah bersiap sedia ke belum nak hadapi Ramadhan kali ni.. Niat ingat tak tu?? Yelah kan.. Ramadhan kan setahun sekali.. Mane la tahu ada yang lupa niat puasa dan berbuka puasa.. Kalau rasa tak berapa nak ingat, meh aku ingatkan.. hehe..

Niat Puasa Dan Berbuka Puasa
Niat Puasa Dan Berbuka Puasa

Okeh, bagi yang tak berapa nak ingat tu leh la tengok gambar kat atas ni ye.. Cuba baca dan ingat balik.. Bila puasa tapi tak berniat, sia-sia aje puasa kita kan... Bersahur pun janganlah tinggal kalau boleh ye.. Kalau tak tersedar dari tidur tu apa boleh buat kan... Hiks.. Sempena bulan Ramadhan ni, apa kata kita perbanyakkan amal ibadat kita.. Ramadhan kan bulan yang penuh dengan keberkatan.. Sama-samalah kita mengambil kesempatan ini untuk beramal ibadat.. Memperbanyakkan amal kita.. Mungkin sebelum ni kita sedikit alpa dengan kehidupan dunia.. Masa ni la kita nak perbaiki amal ibadat kita kan.. 

Aku ada jadual untuk korang.. Leh la korang rujuk untuk amalan harian korang di bulan Ramadhan ni.. Sedikit sebanyak dapat bantu kita untuk melakukan apa yang patut di bulan Ramadhan ni kan.. Jadual Harian Saya Di Bulan Ramadhan..

sumber : google

Selamat Berpuasa buat semua pembaca BLOG LEA AZLEEYA... 


Read More

Goodreads | 2017 Reading Challenge

Thursday, May 25, 2017

8 comments
Goodreads | 2017 Reading Challenge  |  Bagi pencinta novel atau ulat buku mesti dah sedia maklum tentang kewujudkan laman web Goodreads ni kan.. Laman web yang boleh kita save buku-buku yang dah dibaca, sedang baca atau akan dibaca... Kita juga boleh tengok review dari pembaca-pembaca.. Ini memudahkan untuk kita kenal pasti buku mana yang best dan tak best... Memang bagus web ni tau..

Lea Azleeya Goodreads, 2017 Reading Challenge
Goodreads | 2017 Reading Challenge

Aku mula daftar akaun Goodreads ni bulan Disember 2016.. Itu pun dapat tahu dari sahabat aku Sha Mohamad.. Kalau tak mesti lagi lambat la aku dapat tahu tentang kewujudan web ni.. Dapat tahu tu terus aje aku daftar.. Di Goodreads juga korang boleh cabar diri korang untuk habiskan sejumlah buku dalam masa setahun.. Terdapat slot Reading Challenge dalam web Goodreads ni.. Memandangkan aku start akhir tahun lepas, makanya tahun ni aku cabar diri aku yang selalu sibuk dan tak punya masa terluang yang banyak  ni untuk habiskan 30 buah buku dalam setahun.. Boleh ke?? Haha!!


Setakat bulan Mei 2017 ni, aku baru habiskan 12 buah buku... Tinggal lagi 18 buah buku untuk aku habiskan dalam tahun ni.. Berjayakah aku dalam cabaran membaca ni.?? Sama-samalah kita tunggu di hujung tahun nanti ye.. Hurmm time tu aku tengah bercuti lagi kot.. Cuti berpantang.. Hehe.. 


Ini adalah 12 buah buku yang telah aku selesai baca.. Tak sabar nak baca buku seterusnya dan habiskan dalam masa yang singkat... Kalau kat rumah, time aku membaca adalah time anak aku sedang asyik menonton cerita karton dalam tablet dia.. hehe.. Itu pun sempat lagi dikacaunya aku.. Dok tarik-tarik buku yang aku baca.. Memang tak mudah untuk aku habiskan sebuah buku dalam masa sehari.... Akan mengambil masa yang agak lama jika sesebuah buku tu terlalu tebal.. Huhu..


2 buah buku yang sedang aku baca... Mesti korang pelikkan, kenapa pulak 2 buah buku terus aku pulun baca... Boleh ke macam tu.. Memang boleh la.. Novel Rindu Awak Separuh Nyawa tu agak tebal.. Memang tak boleh nak tumpu dan baca secara terusan.. Kalau tak memang berbulan lamanya makan masa sebab aku akan stop baca kerana kebosanan melanda... Jadi aku selit-selitkan dengan baca novel nipis.. Agar aku tak bosan membacanya... Now, aku baru nak buka novel Kisah Seram Malam Jumaat untuk dihadam.. Novel ni nipis aje.. Rasanya sekejap je boleh habis.. Insyaallah.. 

Korang dah daftar ke Goodreads?? 
Kalau belum, boleh daftar kat sini ye --->> https://www.goodreads.com/


Read More

SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway

14 comments
SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway  |  Yeah... Seorang lagi blogger yang menganjurkan giveaway x SGShop Malaysia... Saudara Elih Japahar... Masih tak nak lepaskan peluang untuk turut serta dalam giveaway best ni... Jadinya, sekali lagi aku join giveaway daripada collaboration blogger x SGShop Malaysia ni.. Sesambil tu leh la support antara satu sama lain.. 

SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway
SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway
Klik banner untuk join

Orite, akaun SGShop Malaysia dah pun aku daftar dengan jayanya dengan usernama : LeaAzleeya.... Menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam giveaway ini.. Selain tu ada lagi syarat yang lain.. Aku kena nyatakan barang yang aku teringin sangat beli di SGShop Malaysia.. Apakah??

Sebelum tu nak maklum dulu kat korang semua... Hadiah untuk pemenang giveaway ni adalah shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang.. Andai kata ada rezeki aku untuk menang ni, harusss aku beli kabinet baju untuk baby baru aku nanti.. Hajat hati nak letak kat umah mak aku.. Senang time pantang nanti.. Aku dah siap usha dah kat SGShop kabinet tu.. Nak tengok tak camne gayenye?? Meh aku tunjuk..


Banyak lagi sebenarnya pilihan.. Tapi aku tertarik yang ni sebab warna putih dan cam comel jerk gambar-gambar yang ada depan pintu kabinet tu.. Hehe..

Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway  ni.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping kabinet comel ni..


Tarikh Tutup
31 Mei 2017


Read More

Datuk Jamal Abdillah Sah Bernikah Lagi

Wednesday, May 24, 2017

11 comments
Datuk Jamal Abdillah Sah Bernikah Lagi  |  Terkujat mak tengok berita dekat Metro Online pagi ni dengan tajuk "Ya, saya sudah bernikah".... Alhamdulillah, penyanyi Datuk Jamal Abdillah sah bernikah lagi... Menurut Metro Online pagi ni, beliau mengakhiri zaman dudanya dengan seorang gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.. Tahniah buat Datuk Jamal Abdillah.. Semoga bahagia dan kekal hingga jannah.. 

Jamal Abdillah Berkahwin Lagi
sumber foto : Metro Online

Aku and family memang meminati Raja Pop Malaysia ni.... Dulu-dulu time aku bebujang dulu selalu lah pergi nonton konsert beliau.... Setiap kali pergi konsert beliau, memang tak kan kecewa dengan persembahan yang diberikan olehnye.. Powerrr ohh suara dia.. Tu belum dia Azan lagi.. Meremang bulu roma dengar... 

Pape pun aku doakan, semoga perkahwinan kali ni adalah perkahwinan beliau yang paling bahagia dan kekal hingga jannah... Amiin.. :)

Artikel dari Metro Online - sumber : Metro Online


Read More