Berat Terlebih 300g!!

Saturday, April 8, 2017

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Berat Terlebih 300g!!  |  Hari khamis baru ni aku ada temujanji klinik.. Biasa la check up bulanan aku.. Sebagaimana rutin kebiasaan, first kena check urin dulu dan baru jumpe nurse untuk pemeriksaan.. HB belum sampai masa lagi untuk diperiksa.. Huhu... Time timbang berat badan tu, nurse cakap berat badan naik banyak dan terlebih 300G okeh!! Terkejut beruk aku.. Sampai nurse tegur, "hah! kenapa terkejut ke?"... haha.. Harussss la terkujat... Adoiii masaklaaahhh aku pasni..

Aku dah tahu kenapa berat badan aku naik mendadak... Kesnye aku berselera makan sejak alahan dah tak ade ni.. Risau jugak aku.. Kang tak pasal-pasal kena minum air gula.. Hadoii.. Nurse siap pesan kat aku, jangan amalkan makan waktu malam.. Jangan makan makanan berlemak.. Kurangkan minuman manis.. Hehehe.. Itu yang aku makan sebenarnya sebelum ni.. So, lepas ni aku kene jaga pemakanan aku.. Bahaya ohh kalau berat badan berlebihan semasa mengandung ni.. 

Boleh ke aku tahan selera aku yang tengah naik ni.. hehe.. Harap-harap aku dapat disiplinkan diri.. Tak nak la terjadi pape nanti.. Moga segalanya dipermudahkan buat aku.. Kena tanya en.google ni apa yang perlu aku lakukan untuk mentenkan berat badan.. Haisss...

Korang ada tip tak?? Meh kongsi ngan aku.. Hiks..


Read More

13 April 2017 Semakin Hampir

Friday, April 7, 2017

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Lelaki terhangat dipasaran.. Haha!!

13 April 2017 Semakin Hampir  |  Dah agak lama tak update tentang budak kecik yang cerdik lagi soleh ni kat blog kesayangan aku  ni.. Ada apa dengan tarikh 13 April 2017 tu yek?? Korang agak?? Hehe tak yah agak sangat la.. Aku jerk kasi tau.. Ahakz.. Sebenarnya, 13 April 2017 iaitu Khamis minggu depan adalah ulang tahun anak aku yang ke-2.. Maksudnya Qhaliff dah masuk 2 tahun pada tarikh tersebut... Sekejap jerk masa berlalu kan.. Dah 2 tahun dah usia dak tecik ni..

Untuk tahun pertama ritu, aku tak sambut pown besday dia.. Untuk tahun ke-2 nanti aku ingat nak bawak dia p makan.. Pastu beli kek untuk dia.. Hehe.. Cukup la sambutan cenggitu jerk untuk buat kenang-kenangan... Nak buat besar-besar akan memakan modal yang besar pulak.. Bukan kedekut tapi kene beringat untuk kelahiran baru nanti.. Banyak nak pakai duit.. Hiks.. Mungkin akan datang boleh rancang yang lebih baik untuk anak-anak... Mana tau ada rezeki lebih boleh pergi bercuti terus sempena besday dorang.. Syokk jugak kan...


Qhaliff dah semakin pandai bercakap sekarang.. Banyak dah perkataan yang boleh dia sebut.. Tapinya banyak sebut perkataan yang belakang aje.. Haha.. Paling win perkataan "KAKOK"... Nak tahu tak ape maksudnye.. hehe.. TAKUT sebenarnya.. Ekeke.. Paling syahdu perkataan "SIAP"... Syahdu jerk bila dengar dia sebut perkataan siap tu.. Hiks.. Paling mengharukan bila dia nampak masjid , dia akan sebut "ALLAHUAKBAR"... Cam orang azan tu.. Alhamdulillah... Satu lagi bila dia nampak Shell mesti dia sebut Shell dalam keadaan yang sangat dasyat.. Berbelit lidah sebut.. Tapi best dengar dia sebut Shell.. Unik.. Haha.. 

Makin seronok layan dia sekarang.. Cuma kesian dekat dia sebab kami jarang-jarang bawak dia pergi jenjalan.. Insyaallah aku akan usahakan selepas ini untuk lebih banyak masa bawak dia keluar jenjalan supaya dia lebih terbiasa dengan dunia luar.. Kalau tak asek "KAKOK" dia tu jerk.. Huh..

Last bawak dia jenjalan bulan lepas.. Bawak dia p pantai dan main mainan kanak-kanak.. Tu pown sebok dok sebut "KAKOK" dia tu.. Hadoiii laaa... Tensen mak nakkk.. Haha.. 

 Jenjalan Pantai Teluk Cempedak

Posing ala-ala model sikit.. Haha..!!

Buat seorang anak bernama Muhammad Qhaliff Amsyar
Ummi doakan Adik menjadi anak yang soleh, sabar, ikhlas, cerdik, penyayang dan mendengar kata orang tua serta pandai menghormati orang tua.. Semoga adik sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNYA... Ummi sayang Adik selamanya... 

Read More

Mengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid

Thursday, April 6, 2017

9 comments
Assalamualaikum wbt..

Mengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid  | Dah kenapa tajuk cenggitu yek..? Hehe Sebenarnya ceritanya cenggini.. Kan sejak dua menjak ni aku dah terjebak dengan buku-buku berunsurkan SERAM..!! Berjangkit dengan Blogger Sha Mohamad la ni... Huhu Bila dah terjebak ni, teringat pulak sahabat aku si Yatt ni yang fanatik gile dengan penulisan Ramlee Awang Murshid... Dah tiba-tiba aku rasa nak baca buku Ramlee Awang Murshid pulak.. Terus roger dia untuk pinjam novel Tombiruo.. 


TOMBIRUO?? Kenapa tak tajuk lain?? 

Hehe sebabnya, novel ni kan akan di adaptasikan ke filem nanti.. Dan aku yakin, sahabat aku Yatt yang fanatik tu akan ajak aku pergi menonton nanti.. Tak bestla kalau dia sorang jerk yang tahu jalan cerita novel tu sedangkan aku blurrrr aje nanti... Sekurang-kurangnya aku tahu jalan cerita novel dan aku dapat tengok persamaannya dengan filem.. Hah gituu..

Kata kawan aku Tombiruo ni cerita bersambung.. Tu sebab ada 3 novel.. Tak sabar aku nak hadam novel-novel tersebut.. Harap-harap dapatlah aku faham jalan ceritanye.. Hiks..


Read More

Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah

8 comments
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah  |  Kali ni nak review lagi satu produk yang datangnya dari 5th Lazada Birthday Suprise Box  yang aku dapat ritu...  Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist..... 

Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist

Baru pagi tadi aku try produk ni.. Wahh baunya sangatlah best.. Nyaman betul.. Tenang rasa.. hehe.. Produk ni just perlu sembur ke muka.. Tapi pastikan jaraknya dari muka 20cm ye... Semburkan muka sekali atau dua kali dan biarkan kering.. Aku guna selepas aku make up.. Ianya akan menampakkan muka kite lebih segar dan lembab.. Aku suka.. Terasa segar jerk lepas sembur... Sejuk muka-muka aku... Tu yang best tu... Hiks.. Banyak kelebihan produk ni tau.. Nak tau tak?? Teruskan bacaan korang hokeh..

Manfaat Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist

➲  Dapat menyegarkan wajah
➲  Mengembalikan keanjalan kulit
➲  Mengurangkan kedukan dan garis-garis halus
➲  Penghidaratan tahan lebih lama untuk mengekalkan kelembutan kulit
➲  Mencerahkan tona kulit tidak sekata
➲  Mengurangkan kemerahan kulit

Nak lebih maklumat tentang ini, korang bolehlah tengok gambar kat bawah ni ye.. Baca sendiri apa yang tercatat kat kotak tu.... Hehe..



Baru hari ni aku pakai dan aku sukakannya... Eceli produk ni ada set nye.. 5 step sahaja untuk cantik.. Yang aku pakai ni salah satu daripadanya... Jom pakat skodeng apa yang ada dalam set produk Skinz ni... 


Kalau nak lebih berkesan dan cantik, kena lah guna 1 set ni kan... Hehe.. Buat masa ni aku try Booster Mist ni aje la dulu.. Tengok keserasian macam mana kan... Bila dah rasa serasi bersama nanti, baru pulun beli 1 set terus.. Haha.. Kalau korang nak try jugak apa yang aku try ni, korang bolehlah usha dekat Lazada Malaysia ye.. Aku tinggalkan link untuk korang terjah ye kat bawah ni..

Jom shopping di

Read More

Segmen Blogwalking Janji Kita

Wednesday, April 5, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Segmen Blogwalking Janji Kita  |  Btw, segmen ni tarikh tamat dia hari ni jam 11.59 pm.... Adakah aku baru terperasan akan segmen ini.. hehehe.. Seb bek sempat juin.. Support rerakan blogger... Yang mana aku tak join tu, mungkin dek kekangan masa.. Sorry ye... Adehh.. 

Sape yang belum join lagi segmen dari Blogger Janji Kita (Mar Mansor) ni, moh le ramai-ramai meriahkan segmen blogwalking ni... Sempat lagi ni.. Ada beberapa jam agik..

Tarikh Tamat
05 April 2017
Read More

Lagu Menahan Rindu Berhantu

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Lagu Menahan Rindu Berhantu  |  Korang pernah dengar tak lagu Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita?? Berhantu tau lagu ni kat opiz aku.. Sepanjang masa berkumandang.. Sampai ramai yang komplen tentang hal ni... Hehe korang jangan la salah sangka ye, ni bukan berhantu yang seram-seram tu.. Tapi ni kawan aku yang 'hantu' dengan lagu ni.. Ngeeeee..


Ada la sorang member opiz aku ni.. Suka sangat lagu ni.. Hari-hari dok ulang lagu ni.. Dalam satu hari tu tataw la berapa kali dia boleh ripit lagu ni.. Sampai ramai yang tegur, awat lagu ni jerk yang dia dok dengoo.. Tak bosan ke?? Haha.. Aku sendiri yang dok sebelah dia ni pown dah naik kematu telinga dengar lagu sama.. Sampai boleh hafal lirik lagu ni.. Sikit-sikit la.. Haha..

Mungkin ada dikalangan korang tak tahu menahu lagi kan tentang lagu ni.. Jom kite tengok lirik dia dan berkenal-kenalan dengan lagu ni.. Berhantu ke idokkk? Koh3x... 

MENAHAN RINDU
Wany Hasrita

**************

Sejenak ku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung-burung
Menemani hariku, menemani sepiku
Tersiksa angkara menanggung rindu

Oh angin kau kirinkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hari
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlah ku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu

Oh angin kau kirinkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hari
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Oh hari kau sedarilah kenyataan ini
Agar dapat ku gagahi dan terus berdiri

Biarlah ku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu
Menahan Rindu..


Kalau ngah frust ni memang 'layan' la lagu ni... Lirik dia best.. hehe.. Nape time aku frust dulu tak de lagu ni ek.. Wahahaha... tetttttttt!!


Read More