Apa Erti Solat Tapi Mekap Masih Bersisa

Monday, December 26, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt



Apa Erti Solat Tapi Mekap Masih Bersisa  |  Sebelum nak solat, kena amek wudhu dulu kan.. Sebelum berwudhu, kena pastikan kita bersih dari segala kotoran.. Kalau yang wanita, make up tu kena pastikan dibersihkan dengan sebersih-bersihnya supaya wudhu yang diambil itu sah.. Haaa ni nak beri peringatan sikit untuk korang semua ye..

Sebelum solat pastikan wudhu tu sempurna terutamanya muslimat.. Pernah aku singgah solat di masjid, aku perasan ada sorang ni, dia pakai bedak tapi bila ambil wudhu, dia tak bersihkan dulu muka dia.. Dia terus aje ambil wudhu.. Lepas berwudhu, masih boleh nampak lagi bedak kat muka dia..

Aku pernah tonton dan dengar ceramah tentang wudhu wanita ni di youtube, kata ustazah mahupun ustaz, muslimat kena ambil berat tentang benda ni sebab berkaitan dengan ibadah solat kita.. Air wudhu yang bercampur dengan bedak, jika air musta'mal tak boleh buat ambil wudhu.. So, kaum wanita sila alert ye perkara ni.. Sangat penting..

Yang pakai krim muka, bedak, make up segala bagai dok tempek dekat muka tu, kalau tak dicuci dulu, air tak sampai ke kulit sebab dah tertutup dengan lapisan krim atau bedak tu.. Korang tak boleh pandang ringan benda ni tau.. Jangan dek kerana sayang duit atau MALAS, kita tak buang betul-betul make up tu.. Tak sempurna wudhu kita... TAK SAH.. TAK DITERIMA ALLAH SOLAT KITA..

Ini baru sehari.. Kalau seminggu? Sebulan? Setahun?? Bertahun-tahun pun kita tak ubah, kan dah sia-sia solat kita... Jadi, marilah kita berpesan pada semua.. Kengkadang ada muslimat yang kurang peka atau kurang arif tentang benda ni.. Mungkin ada juga yang mengambil sambil lewa tentang hal ini.. Hari-harilah kita berpesan... Betulkan apa yang tak betul.. Mudah-mudahan kita sama-sama beroleh manfaatnya.. Insyaallah..

Dah alang-alang bercakap pasal cuci make up ni, aku nak suggest korang guna satu produk yang ohsem ni untuk cuci make up korang.. Mudah dan senang dibawa kemana-mana.. Apakah produknya?? Jom kita lihat..


IMAAN SUCI WIPES... 

Aku sendiri adalah pengguna Imaan Suci Wipes ni.. Mudah dibawah kemana-mana.. Tisu Travel kata orang.. Packnya yang kecil dan mudah disimpan dalam handbag.. Sebelum aku diperkenalkan dengan Imaan Suci Wipes ni, setiap kali nak kemana-mana mesti aku dok usung pencuci muka dan make up removal aku tu.. Dah la besar.. Kena ada beg spare pulak untuk simpan benda-benda alah tu semua.. Susah betul.. 


Bila dah kenal dengan produk ohsem ni, dah tak payah nak serabut-serabut bawak banyak beg.. Sumbat aje Imaan Suci Wipes ni dalam handbag.. Time nak solat, segalanya mudah dengan adanya Imaan Suci Wipes ni.. Hanya perlu lap bersih muka.. Segala kotoran akan tertanggal.. Make up di remove dengan sempurna.. Ambil wudhu pown terasa yakin.. Alhamdulillah..

Cuci make up dulu sebelum solat..

Kecil dan mudah dibawa


IMAAN SUCI WIPES, 
TISU LEMBAP PEMBERSIH MAKE UP NO.1 MALAYSIA

Tisu ohsem dengan formulasi membersih make up sepantas 10 saat ini juga,

 Suci tanpa alkohol
 Pembuang solekan water proof
 Make up tebal mudah dibersihkan
 Fungsi 2 in 1 (Membersih & Menyegar)
 Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
 Senang di bawa kemana-mana
 Mengandungi Vitamin E



IMAAN SUCI WIPES DI MEDIA



TESTIMONI PENGGUNA IMAAN SUCI WIPES

Jom kite tengok, apa kata mereka yang dah menggunakan Imaan Suci Wipes ini..

Lelaki pown boleh guna tau..


Bukan lap muka aje, tangan pown boleh... 







LAP-LAP DAH BERSIH!!

Tunggu apa lagi kroang-korang semua... Produk ini sangat membantu dan memudahkan hidup para muslimat diluar sana.. Harga juga berpatutan tau.. Jom ubah sekarang..




HARGA IMAAN SUCI WIPES

 RM 6.00 sahaja untuk 1 peket
 RM 15.00 sahaja untuk 1 set (3 peket)
 RM 90.00 sahaja untuk 1 kotak (18 peket)



Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, sila hubungi di talian :-


Whatsapp 
019-966 4556

COD (KUANTAN) :-
Permatang Badak, Pandan, Sungai Isap, Kem Batu 10, Jaya Gading, Taman Sriku, Taman Seri Mahkota dan kawasan sekitarnya..



Read More

Cabaran 7 Hari Blogging by Hanis Masturina

8 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner kalau nak turut serta

Cabaran 7 Hari Blogging by Hanis Masturina  |  Lea Azleeya join cabaran 7 hari woiii.. Hehe sebenarnya aku tak pernah join mane-mane cabaran sebelum ni.. Entah mengapa, untuk cabaran 7 hari ni aku rasa ingin mencuba.. Mungkin task yang disediakan tak memberat sangat kowt.. Tu sebab aku dengan rela hati nak join.. Lagi pulak, kengkadang tu aku buntu nak apdet blog.. Dengan join cabaran 7 hari ni, ada la jugak bende yang nak di apdet  kan.. 

Untuk minggu ni aku agak bizi dengan job review aku.. Aku pown tengah mendraf beberapa job review.. So, andai ada masa terluang aku akan updet cabaran ni mengikut susunan yang telah ditetapkan tu.. Moga aku dapat selesaikan cabaran 7 hari ni dengan gah gitu.. Haha.. 

Ok, aku nak sambung kerja aku balik.. Jumpa di lain entry ye.. :)
Read More

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017

Saturday, December 24, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt


Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017  |  Tarikh pembayaran gaji sepanjang tahun 2016 dah tahu.. So, kali ni nak apdet pula tarikh pembayaran bonus penjawat awam Januari 2017...


Bila tu agaknya?? Sebelum tahu tarikhnya, mari tengok dulu jumlah bonusnye.. Hehe..


Menurut sumber, CUEPACS telah membentangkan permohonan bonus sebanyak 2 bulan gaji kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2017 tetapi tidak diluluskan.. Seperti tahun-tahun yang sudah, bagi meringankan beban kos sara hidup, kerajaan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam dan RM 250 kepada pesara.. 

Selain daripada bantuan khas, terdapat beberapa inisiatif lain untuk penjawat awam telah diumumkan pada Pembentangan Bajet 2017 tersebut.. Antaranya ialah :-


INTIPATI BAJET 2017 INISIATIF KEPADA PENJAWAT AWAM











TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM 2017

sumber : http://www.mysumber.com/tarikh-bayaran-bonus-kakitangan-awam-2015-pada-januari.html



Read More

Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016

Friday, December 23, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt


Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016  |  Selalunya bila hujung tahun, para penyimpan ASB dan ASN mesti tak sabar menantikan kadar dividen dan bonus diumumkan.. Korang dah tahu ke berapa kadar dividen dan bonus bagi ASB ASN tahun ni?? Aku yakin mesti ramai mengharapkan kadar untuk tahun ni lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya..

Semalam 22 Disember 2016 (Khamis), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telahpun mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.. Kata mereka, tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar di mana sehingga 30 November 2016, indeks saham utama FBM KLCI telah mencatatkan pulangan keseluruhan -1.7%.. Kalau korang nak tahu, tahun ini adalah merupakan tahun ke-3 berturut-turut bursa saham tempatan mencatatkan pulangan negatif, berikutan tekanan terhadap harga komoditi utama, kadar faedah yang rendah dan ketidaktentuan dalam pasaran matawang..

Dengan penjelasan di atas, korang agak dividen untuk tahun ini naik tak?? Hehe Untuk menghilangkan tanda soal yang terlalu banyak kat atas kepala korang tu, meh tengok carta kat bawah ni..


DIVIDEN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)


Untuk info lebih lanjut, klik SINI


Aku agak, mesti ramai yang dah menjangkakan akan penurunan dividen bagi tahun ini kan.. Yelah, dengan ekonomi sekarang yang tak menentu, sedikit sebanyak memberi impak kepada penurunan ini.. Ye dak?? Korang tengok, bermula tahun 2013 lagi kadar dividen menurun sehinggalah tahun ini.. Bilalah agaknya dividen dan bonus akan naik kembali ye.. Hurmm Kita tunggu dan lihat aje la tahun hadapan pula.. Moga ada sinar baru di penghujung tahun hadapan.. Insyaallah..


PEMBUKAAN SEMULA URUSNIAGA ASB DAN ASN


Baca lagi di SINI


PENGIRAAN & PEMBAYARAN PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB

Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASB adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2016, manakala pengiraan bonus yang dibayar oleh PNB pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun terakhir. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Januari 2017. 

Manakala, pengiraan pengagihan pendapatan bagi tabung ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2016, iaitu hari terakhir tahun kewangan tabung ASN. Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Januari 2017 berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2016.


Sumber :-

SATU   |   DUA

Read More

8 Cara Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak

4 comments
Assalamualaikum wbt..

8 Cara Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak  |  Kengkadang kalau hari cuti kita blur tak tahu nak buat aktiviti apa bersama anak-anak.. Kebanyakan bila hujung minggu hanya lepak santai depan tv atau anak mengadap tablet masing-masing tanpa mengisi masa terluang dengan aktiviti yang lebih berfaedah.. Bosan kan?? 

Di zaman serba mahal ni, aku rasa ramai mommy-mommy diluar sana yang berkerjaya kan.. Lagi la tak punya masa untuk anak-anak.. Bila hujung minggu, mesti nak siapkan kerja rumah pula.. Kemas rumah, memasak, cuci pakaian dan sebagainya.. Habis, bilanya nak luangkan masa bersama anak-anak?

Boleh sebenarnya.. Nak tau macam mana, jom baca seterusnya..


 1 Kemas Rumah Bersama

Dalam kehidupan seharian kita, banyak sebenarnya kerja rumah yang perlu dibereskan setiap hari... Bagi ibu yang bekerjaya, hujung minggulah masa yang sesuai untuk menguruskan rumahtangga.. Kadangkala masa untuk anak-anak pown tiada.. jadi untuk menghabiskan lebih masa bersama anak-anak, ajaklah mereka sama-sama melakukannya seperti menyapu sampah, mop lantai, lipat pakaian, bersih bilik air, siram pokok bunga dan sebagainya.. Cipta waktu untuk perbualan dan pengajaran yang lembut..



2 Memasak

Aktiviti memasak pula boleh dijadikan aktiviti yang menyeronokkan.. Mengajak mereka sama-sama membantu ketika memasak.. Berikan tugas-tugas yang bersesuaian dengan anak.. Atau boleh juga menugaskan setiap anak, sehari dalam seminggu untuk membantu untuk memasak.. Bagi anak yang dah besar la.. hehe.. Cara ini juga dapat memberikan mereka kemahiran, malah bermanfaat untuk mereka ketika mereka dewasa nanti...



3 Makan Bersama

Waktu makan adalah waktu kita berkumpul bersama anak-anak.. Ini adalah waktu yang tepat untuk percakapan yang berkualiti bersama mereka.. Malahan, ia antara perkara yang boleh dilakukan sekali dalam sehari..



4 Bermain

Bermain adalah kegemaran bagi kebanyakan kanak-kanak.. Setiap kali ada kelapangan masa, ajaklah mereka bermain bersama-sama.. Bagi mereka, ini bukan hanya soal bermain dan memang, tetapi sebaliknya ia adalah masa untuk kita duduk dan bergelak ketawa bersama...



5 Riadah

Melakukan riadah dapat membentuk gaya hidup yang sihat... Jadi, ajarlah anak tentang pentingnya beriadah walaupun sekadar beraktiviti yang santai.. Mereka pasti gembira melakukannya..



6 Mengaji atau membaca buku

Sepertimana yang kita tahu, mengaji dan membaca buku banyak sangat kebaikannya.. Jadi, galakkanlah anak mengaji dan membaca buku bersama-sama setiap kali ada masa terluang.. Apabila melakukan aktiviti ini, bolehlah saling bertukar cerita dan pandangan..



7 Berbelanja / Shopping

Sekali sekala ajaklah anak-anak berbelanja agar mereka merasakan mereka istimewa ketika anda meluangkan masa bersama mereka.. 



8 Luang sedikit masa sebelum anak tidur

Jika anak-anak sudah besar, ini bukanlah lagi menidurkan mereka tetapi situasinya masih sama.. Pergi ke bilik tidur mereka dan luangkanlah beberapa minit untuk berbicara dengan mereka agar mereka tahu yang kita pedulikan mereka.. 


Read More

Wordless Friday #6 - Dunia dan Akhirat

3 comments
Assalamualaikum wbt..


-SMiLe-


Read More

Wordless Thursday #8 - Sebuah Kegagalan

Thursday, December 22, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


-SMiLe-


Read More