Cabaran 7 Hari Blogging #2 - Impian Saya

Wednesday, December 28, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..



Cabaran 7 Hari Blogging #2 - Impian Saya  |  Tercabar pulak aku dengan cabaran 7 hari ni.. Haha... Terkejar-kerja untuk selesaikannya.. Masakan tidak terkejar, banyak perkara dalam satu masa yang perlu aku bereskan.. Dah macam pak menteri aje gayanya asek membizi aje hari-hari..

Tamo bebel panjang lebar.. Kali ni nak bereskan task yang ke-2 pula untuk cabaran 7 hari ni.. Untuk tugasan #2 ni, aku akan ceritakan tentang IMPIAN AKU... Cewahh.. Ada impian ke aku ni.. Haha.. Sebagai manusia, haruslah ada impiankan.. Kalau tak de impian, cam tak bermakna aje hidup. Ye dak?? Ok, jom tengok apa impian aku.. Huk!!


Ingin menjadi muslimah sejati yang sentiasa istiqamah

Huwaaaa.. Impian aku yang ini sangatlah susah untuk dilaksanakan.. Almaklumlah, aku ni tergolong dalam golongan manusia yang selalu cuai dan lalai.. Sungguhpun cenggitu, aku tetap mahu mencuba untuk istiqamah walaupown kengkadang aku tewas... Aku seorang pendosa.. Banyak yang perlu diperbaiki supaya diri dapat terus istiqamah.. Terlalu sukar, namun aku akan tetap terus mencuba yang terbaik untuk diri aku.. Insyaallah.. Doakan aku yek.. Hehe..


Nak jadi seorang ibu yang terbaik dalam dunia.. Boleh?? haha..

Impian ko, kemain lagik ye lea.. Haha.. Nama lagik impiankan, mesti berangan tu kena lebih baru leh atur stategi dan capai apa yang diimpikan.. Ahakz.. Aku nak jadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak aku.. Supaya anak-anak aku menjadi seorang yang berguna, soleh/solehah dan juga seorang anak yang terbaik dalam dunia.. Cewahh.. Gituuu!!


Nak lalui hidup ini dengan tenang, aman dan bahagia serta berjaya di dunia dan akhirat

Yang ni aku sangat-sangat perlukan.. Lalui hidup dengan tenang, aman dan bahagia.. Susah sangat nak dapat semua ni.. Biasalah, manusia takkan lepas dari masalah kan... Paling penting, aku nak berjaya di dunia dan juga di akhirat..


Haisss banyak lagilah impian aku sebenannya.. Kalau taip semua sekali kat sini mau 7hari 7malam belum siap.. Haha.. So, aku decide nak tarok 3 aje dulu kat sini.. Kengkalau ada cabaran lagik dengan task yang sama, aku akan abdikan impian yang lain pula nanti ye.. Hiks..

Korang lak, apa impian korang?? Mesti lagik Ohsemnesssss dari aku kan.. Huhuhu.. 





Read More

Cabaran 7 Hari Blogging #1 - Kenapa Buat Blog?

Tuesday, December 27, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Cabaran 7 Hari Blogging #1 - Kenapa Buat Blog?  |  Baru nak memulakan cabaran.. Semalam agak membizi tak sempat nak start cabaran ni.. So, hari ni aku kena buat 2  task sekali gus.. Hehe.. Okeh, kita mula.. Kenapa aku buat blog? Jom dengar cerita benar aku.. Cewahh...

Kenapa Aku Buat Blog?

Honestly pada awalnya aku buat blog ni hanya untuk  mengisi waktu lapang aku yang pada ketika itu aku rasa hidup aku ni sangat membosankan.. Dan aku rasa aku perlu ada satu medium untuk meluahkan sesuatu.. Jadi, aku buat keputusan untuk membuat blog bagi mengisi kekosongan dan kebosanan yang melanda diri aku diketika itu.. Wahh cam tragik je kan cerita aku ni.. Hehe.

Itulah tujuan aku sebenar buat blog.. Tak pernah terlintas kat fikiran aku ketika itu untuk serius dalam blogging ni.. Tapi bila dah lama berkecimpung dalam dunia blogging ni, aku dah jatuh cinta dan mula menjadi serius dengan memperbaiki prestasi blog dengan lebih baik sedikit demi sedikit.. Mencari cara untuk mencapai SEO 100%.. Mencantikkan blog walaupown tak berapa nak cantik.. hehe.. Janji mata aku sedap memandangnya yek.. Hiks.. Mula mencari job untuk review... Setiap hari mencari tajuk yang sesuai untuk apdet blog walaupown kengkadang tu agak mengarut.. Haha..

Dengan pencapaian aku sekarang ni, bukan aku sahaja yang menaikkan prestasi blog aku ni.. Tetapi aku berterima kasih pada kengkawan blogger yang banyak tolong aku.. Kalau aku sendiri mungkin blog aku tak sampai tahap ni.. Ceh, cam terkenal aje blog aku ni yek.. Ucapan mengalahkan ratu jerk.. Wahaha.. Tak de la kan, Walaupown blog aku ni hanya blog picisan, tetapi aku tetap nak berterima kasih pada rakan blogger aku yang banyak membantu aku dalam dunia blogging ni.. Kongsi ilmu blogging dengan aku.. Kongsi job review dengan aku.. Ramai sebenarnye tolong aku.... Tak yah la ye aku sebut sorang-sorang.. Kang aku terlupa salah sorang haru pulak jadinya.. Hehe.. TQ korang semua.. Aku sayang korang semua.. Aku doakan moga korang terus berjaya dalam dunia blogging ini.. ^-^

TQ jugak buat korang yang tak jemu-jemu singgah kat blog usang aku ni.. Yang sudi tinggal jejak dan komen juga aku ucapkan terima kasih.. Korang memang ohsemnessssss!! Kalau berkesempatan aku pasti akan kembali ke blog korang dan tinggal jejak juga sekaligus aku pasti akan follow korang.. 

Uissss panjang pulak aku punye cerita.. Ok la takat ni dulu.. Kang korang bosangggggggggggggg pulak dengar aku membebel.. hehe... Akhir kata dari aku, TQ Uolls..~!!

Jom join cabaran ni... 7 hari jerk..



Read More

Apa Erti Solat Tapi Mekap Masih Bersisa

Monday, December 26, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt



Apa Erti Solat Tapi Mekap Masih Bersisa  |  Sebelum nak solat, kena amek wudhu dulu kan.. Sebelum berwudhu, kena pastikan kita bersih dari segala kotoran.. Kalau yang wanita, make up tu kena pastikan dibersihkan dengan sebersih-bersihnya supaya wudhu yang diambil itu sah.. Haaa ni nak beri peringatan sikit untuk korang semua ye..

Sebelum solat pastikan wudhu tu sempurna terutamanya muslimat.. Pernah aku singgah solat di masjid, aku perasan ada sorang ni, dia pakai bedak tapi bila ambil wudhu, dia tak bersihkan dulu muka dia.. Dia terus aje ambil wudhu.. Lepas berwudhu, masih boleh nampak lagi bedak kat muka dia..

Aku pernah tonton dan dengar ceramah tentang wudhu wanita ni di youtube, kata ustazah mahupun ustaz, muslimat kena ambil berat tentang benda ni sebab berkaitan dengan ibadah solat kita.. Air wudhu yang bercampur dengan bedak, jika air musta'mal tak boleh buat ambil wudhu.. So, kaum wanita sila alert ye perkara ni.. Sangat penting..

Yang pakai krim muka, bedak, make up segala bagai dok tempek dekat muka tu, kalau tak dicuci dulu, air tak sampai ke kulit sebab dah tertutup dengan lapisan krim atau bedak tu.. Korang tak boleh pandang ringan benda ni tau.. Jangan dek kerana sayang duit atau MALAS, kita tak buang betul-betul make up tu.. Tak sempurna wudhu kita... TAK SAH.. TAK DITERIMA ALLAH SOLAT KITA..

Ini baru sehari.. Kalau seminggu? Sebulan? Setahun?? Bertahun-tahun pun kita tak ubah, kan dah sia-sia solat kita... Jadi, marilah kita berpesan pada semua.. Kengkadang ada muslimat yang kurang peka atau kurang arif tentang benda ni.. Mungkin ada juga yang mengambil sambil lewa tentang hal ini.. Hari-harilah kita berpesan... Betulkan apa yang tak betul.. Mudah-mudahan kita sama-sama beroleh manfaatnya.. Insyaallah..

Dah alang-alang bercakap pasal cuci make up ni, aku nak suggest korang guna satu produk yang ohsem ni untuk cuci make up korang.. Mudah dan senang dibawa kemana-mana.. Apakah produknya?? Jom kita lihat..


IMAAN SUCI WIPES... 

Aku sendiri adalah pengguna Imaan Suci Wipes ni.. Mudah dibawah kemana-mana.. Tisu Travel kata orang.. Packnya yang kecil dan mudah disimpan dalam handbag.. Sebelum aku diperkenalkan dengan Imaan Suci Wipes ni, setiap kali nak kemana-mana mesti aku dok usung pencuci muka dan make up removal aku tu.. Dah la besar.. Kena ada beg spare pulak untuk simpan benda-benda alah tu semua.. Susah betul.. 


Bila dah kenal dengan produk ohsem ni, dah tak payah nak serabut-serabut bawak banyak beg.. Sumbat aje Imaan Suci Wipes ni dalam handbag.. Time nak solat, segalanya mudah dengan adanya Imaan Suci Wipes ni.. Hanya perlu lap bersih muka.. Segala kotoran akan tertanggal.. Make up di remove dengan sempurna.. Ambil wudhu pown terasa yakin.. Alhamdulillah..

Cuci make up dulu sebelum solat..

Kecil dan mudah dibawa


IMAAN SUCI WIPES, 
TISU LEMBAP PEMBERSIH MAKE UP NO.1 MALAYSIA

Tisu ohsem dengan formulasi membersih make up sepantas 10 saat ini juga,

 Suci tanpa alkohol
 Pembuang solekan water proof
 Make up tebal mudah dibersihkan
 Fungsi 2 in 1 (Membersih & Menyegar)
 Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
 Senang di bawa kemana-mana
 Mengandungi Vitamin E



IMAAN SUCI WIPES DI MEDIA



TESTIMONI PENGGUNA IMAAN SUCI WIPES

Jom kite tengok, apa kata mereka yang dah menggunakan Imaan Suci Wipes ini..

Lelaki pown boleh guna tau..


Bukan lap muka aje, tangan pown boleh... 







LAP-LAP DAH BERSIH!!

Tunggu apa lagi kroang-korang semua... Produk ini sangat membantu dan memudahkan hidup para muslimat diluar sana.. Harga juga berpatutan tau.. Jom ubah sekarang..




HARGA IMAAN SUCI WIPES

 RM 6.00 sahaja untuk 1 peket
 RM 15.00 sahaja untuk 1 set (3 peket)
 RM 90.00 sahaja untuk 1 kotak (18 peket)



Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, sila hubungi di talian :-


Whatsapp 
019-966 4556

COD (KUANTAN) :-
Permatang Badak, Pandan, Sungai Isap, Kem Batu 10, Jaya Gading, Taman Sriku, Taman Seri Mahkota dan kawasan sekitarnya..



Read More

Cabaran 7 Hari Blogging by Hanis Masturina

8 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner kalau nak turut serta

Cabaran 7 Hari Blogging by Hanis Masturina  |  Lea Azleeya join cabaran 7 hari woiii.. Hehe sebenarnya aku tak pernah join mane-mane cabaran sebelum ni.. Entah mengapa, untuk cabaran 7 hari ni aku rasa ingin mencuba.. Mungkin task yang disediakan tak memberat sangat kowt.. Tu sebab aku dengan rela hati nak join.. Lagi pulak, kengkadang tu aku buntu nak apdet blog.. Dengan join cabaran 7 hari ni, ada la jugak bende yang nak di apdet  kan.. 

Untuk minggu ni aku agak bizi dengan job review aku.. Aku pown tengah mendraf beberapa job review.. So, andai ada masa terluang aku akan updet cabaran ni mengikut susunan yang telah ditetapkan tu.. Moga aku dapat selesaikan cabaran 7 hari ni dengan gah gitu.. Haha.. 

Ok, aku nak sambung kerja aku balik.. Jumpa di lain entry ye.. :)
Read More

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017

Saturday, December 24, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt


Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017  |  Tarikh pembayaran gaji sepanjang tahun 2016 dah tahu.. So, kali ni nak apdet pula tarikh pembayaran bonus penjawat awam Januari 2017...


Bila tu agaknya?? Sebelum tahu tarikhnya, mari tengok dulu jumlah bonusnye.. Hehe..


Menurut sumber, CUEPACS telah membentangkan permohonan bonus sebanyak 2 bulan gaji kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2017 tetapi tidak diluluskan.. Seperti tahun-tahun yang sudah, bagi meringankan beban kos sara hidup, kerajaan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam dan RM 250 kepada pesara.. 

Selain daripada bantuan khas, terdapat beberapa inisiatif lain untuk penjawat awam telah diumumkan pada Pembentangan Bajet 2017 tersebut.. Antaranya ialah :-


INTIPATI BAJET 2017 INISIATIF KEPADA PENJAWAT AWAM











TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM 2017

sumber : http://www.mysumber.com/tarikh-bayaran-bonus-kakitangan-awam-2015-pada-januari.html



Read More

Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016

Friday, December 23, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt


Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016  |  Selalunya bila hujung tahun, para penyimpan ASB dan ASN mesti tak sabar menantikan kadar dividen dan bonus diumumkan.. Korang dah tahu ke berapa kadar dividen dan bonus bagi ASB ASN tahun ni?? Aku yakin mesti ramai mengharapkan kadar untuk tahun ni lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya..

Semalam 22 Disember 2016 (Khamis), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telahpun mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.. Kata mereka, tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar di mana sehingga 30 November 2016, indeks saham utama FBM KLCI telah mencatatkan pulangan keseluruhan -1.7%.. Kalau korang nak tahu, tahun ini adalah merupakan tahun ke-3 berturut-turut bursa saham tempatan mencatatkan pulangan negatif, berikutan tekanan terhadap harga komoditi utama, kadar faedah yang rendah dan ketidaktentuan dalam pasaran matawang..

Dengan penjelasan di atas, korang agak dividen untuk tahun ini naik tak?? Hehe Untuk menghilangkan tanda soal yang terlalu banyak kat atas kepala korang tu, meh tengok carta kat bawah ni..


DIVIDEN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)


Untuk info lebih lanjut, klik SINI


Aku agak, mesti ramai yang dah menjangkakan akan penurunan dividen bagi tahun ini kan.. Yelah, dengan ekonomi sekarang yang tak menentu, sedikit sebanyak memberi impak kepada penurunan ini.. Ye dak?? Korang tengok, bermula tahun 2013 lagi kadar dividen menurun sehinggalah tahun ini.. Bilalah agaknya dividen dan bonus akan naik kembali ye.. Hurmm Kita tunggu dan lihat aje la tahun hadapan pula.. Moga ada sinar baru di penghujung tahun hadapan.. Insyaallah..


PEMBUKAAN SEMULA URUSNIAGA ASB DAN ASN


Baca lagi di SINI


PENGIRAAN & PEMBAYARAN PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB

Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASB adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2016, manakala pengiraan bonus yang dibayar oleh PNB pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun terakhir. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Januari 2017. 

Manakala, pengiraan pengagihan pendapatan bagi tabung ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2016, iaitu hari terakhir tahun kewangan tabung ASN. Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Januari 2017 berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2016.


Sumber :-

SATU   |   DUA

Read More