Watermark Baru Blog Lea Azleeya

Thursday, November 3, 2016

14 comments
Assalamualaikum wbt..

Holaaaa...!! Selamat petang semua... Ngah wat ape tu?? Kalau tak de nak buat ape, meh baca blog Lea meh... Hehe.. 

Okeh, petang ni nak cerita tentang watermark baru blog aku ni... Al kesahnye aku dah bosan dengan design watermark yang aku pakai sebelum ni.. Terasa nak sesuatu yang baru dan dari hasil kerja orang lain.. So, aku buat keputusan untuk tempah watermak aku ni dengan seorang blogger yang terlebih OHSEM design-designnya iaitu Blogger Azhafizah... Kalau korang dikalangan blogger mesti kenal dengan beliau kan.. Aku memang mengagumi hasil kerjanya.. Semua design yang beliau reka pasti melatop!!

Jom tengok watermark baru aku...


Inilah hasilnya.. Aku berpuashati dengan hasil kerja Blogger Azhafizah ni.. Untuk kali ni aku request untuk masukkan 3 elemen tersebut iaitu Nama, URL blog dan desciption seperti di dalam gambar di atas.. Simple dan kemas...

Sebelum ni aku pernah menggunakan khidmat beliau untuk mendesign template dan header blog aku.. Dan kali ni aku tempah watermark pula... Kalau korang nak mendesign blog, watermark, header, bisness card dan lain-lain yang sewaktu dengannya, korang boleh lah terjah blog Azhafizah dan boleh tengok hasil kerja beliau yang bagi aku tersangatlah ohsem.. hehe..

Jom terjah..!!

BLOG SIHATIMERAHJAMBU


Read More

Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2

14 comments
Assalamualaikum wbt..


Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2  |  Alhamdulillah.... Selesai jugak akhirnya aku menghabiskan novel Andai Itu Takdirnya 2 ini.. Setelah sekian lama aku berusaha untuk habiskan pembacaannya.. Hehe.. Ketebalan novel ni boleh tahan jugak iaitu 921 muka surat.. Tebal gile kowt.. Kalau dulu novel setebal ni aku boleh baca cuma dalam masa 2 @ 3 hari, tetapi sekarang aku tak punya masa yang terluang untuk mengadap novel 24 jam.. Dengan kekangan tugas hakiki di pejabat, tugas sebagai isteri, tugas sebagai ummi dan tugas sebagai blogger.. Huhu.. Gile ko, bila masa aku ada masa untuk menelaah novel-novel ni.. Pulak tu novel tebal camni.. 

Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya, aku tetap bertabah kerana aku tahu kalau novel karya Siti Rosmizah mesti best punye dan tak mengecewakan jalan ceritanya.. 


Sebelum ni aku dah pernah baca novel Andai Itu Takdirnya dan kesannya pada aku adalah aku membaca sambil menitiskan air mata... Gile sedih..!! Jalan cerita yang digarab dalam novel ni bagi novel pertama dahulu sangat terkesan dan sangatlah sedih.. Sebab itu lah aku bertabah hati dengan membeli novel ni untuk aku hadam kisah disebalik novel kedua ni...

Untuk novel Andai Itu Takdirnya 2 ni, ceritanya lagi sedih daripada yang pertama dulu.. Sampai teresak-esak aku menangis.. Bila fikir balik, ehh novel je kowt.. Haha.. Rasa nak sepak-sepak diri sendiri.. Hehe!!

Tapi serius weh, novel ni sangatlah sedih.. Jalan ceritanya sangatlah hidup.. Seolah-olah aku yang berada di tempat Aleya itewww!! Ahakz.. Meh la aku cite sikit kat korang jalan cerita novel ni.. Tapi sikit-sikit aje la ye.. Panjang kowt kalau cite semua.. Huhi..


Sambungan daripada novel yang lepas, Syed Aizril dan Aleya telah kembali hidup bahagia bersama anak-anak setelah pelbagai ujian dan badai mereka lalui.. Setelah 8 tahun mereka melayari bahtera berumah tangga dengan indah dan manisnya, mereka sekali lagi di uji dengan dugaan yang berat untuk mereka galas...

Syed Aizril telah melabur jutaan ringgit dalam saham emas yang didalangi oleh Faizal iaitu musuhnya sendiri.. Faizal adalah bekas kakitangan syarikat miliknya dulu dimana dia telah dipenjarakan kerana pecah amanah.. Sejak itu, faizal menyimpan dendam terhadap Syed Aizril dan Aleya dan berjanji akan memusnahkan hidup mereka..

Bermulalah dugaan dalam hubungan Syed Aizril dan Aleya.. Perniagaan Syed Aizril jatuh kerana wang syarikat telah habis digunakan untuk melabur.. Sehinggalah perkara ini sampai ke pengetahuan papanya... Papanya terlalu marah dan menyebabkan ego Syed Aizril tercabar lalu dia keluar daripada rumah itu untuk membuktikan yang dia boleh berdikari dan membayar balik hutang syarikat tersebut tanpa bantuan papanya..

Ego gile ko yek Syed Aizril.. Menyampah betul aku.. Eh! emosi lak aku.. haha..

Dengan menjual semua aset yang dia ada, dia dapat membayar sedikit hutang tersebut.. Mereka sekeluarga berpindah ke rumah flat untuk meneruskan hidup dengan duit yang ada.. Kereta semua dijual kecuali kereta Aleya agar senang untuk kemana-mana.. 

Bermula dari situlah kehidupan mereka susah... Syed Aizril berubah sikap menjadi pemarah kerana masalah bertimpa-timpa yang datang.. Tambahan pula dia tidak pernah hidup susah sebelum ini..


Aduh panjangnya cerita ni.. Aku pendekkan ye..

Dipendekkan cerita, Syed Aizril menerima tawaran makciknya, Datin Syarifah Rosnah untuk membayar semua hutangnya dan kembali hidup senang seperti dulu.. Sebenarnya Datin Rosnah ada agenda tersendiri dengan tawaran tersebut.. Datin Rosnah ni berdendam dengan Aleya kerana kematian anaknya... Dia nak buat Aleya ni hidup merana dan bercerai berai dengan Syed Aizril.. Adalah sorang lagi perempuan gedik ni nama dia Syarifah Azreen, anak saudara Syarifah Rosnah telah diarahkannya untuk menggoda Syed Aizril... Syarifah Azreen ni pown memang ada hati dengan Syed Aizril ni dan berusaha untuk memiliki cintanya..

Dengan dugaan yang melanda hidupnya tu, membuatkan Syed Aizril mula menerima Syarifah Azreen dan melupakan janji-janjinya terhadap isterinya.. Bila dah rapat dan plan nak kawen, bermacam-macam kata hinaan dan cacian terhadap Aleya dilemparkan.. Iskk memang sakit hati lah kata-kata dia.. Rasa nak sepak jerk Syed Aizril ni.. Gile meroyan betul... Haha.. Emosi lagi!!

Masa tu Aleya mengandung anak mereka yang ke-4.. Dia jijik tengok Aleya dan tak nak bertanggungjawab atas kandungan Aleya tu serta disuruhnya Aleya gugurkan kandungan.. Isk bodohnyaa!! Dia cakap dia tak sayang anak tu.. Di tak nak anak tu.. Padahal anak dari zuriat dia jugak.. 

Yang paling tragis, Syed Aizril ni dera anak dia yang kembar tu si danny dan Awin duduk luar rumah time hujan turun dengan lebat.. Dahlah si Danny tu ada sakit asma/lelah.. Masa tu dia ngan Aleya dah tinggal berasingan dah.. Dia yang menjaga anak-anak.. Oleh kerana sikat bodoh dia tu semata-mata kerana pompuan murah si Azreen tu, anak dia Danny meninggal dunia kerana lelah akibat kesejukan yang melampau..

Ada lagi sedih, sebelum peristiwa kematian danny tu, Aleya datang nak tengok anak-anak dia kerana dah teralu lama tak jumpakan sebab si Aizril tak kasi jumpa hasutan dari Azreen dan si rosnah tu.. Aleya hanya diberi jumpa di pintu pagar sahaja dan diharamkan memasuki kawasan rumah tersebut.. Aleya bawak bekal untuk menguapkan anak-anaknya makan... Tapi dihalang oleh Aizril.. Merayu-rayu Aleya mintak belas ehsan untuk suapkan anak dia makan.. Time ni la aku sedih gile baca.. Sampai teresak-esak aku nangis wehh.. Gile ahh!!

Adehh aku dah letihlaa menaip review ni.. Haha.. Cukup ar takat ni.. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya yang lagik menyedihkan ni, korang beli ar ekk novel ni.. Korang mesti nangis punye ar..!! Percayalah cakap aku.. Kalau korang tak nangis baca novel ni, itu bermakna hati korang ada masalah tu.. Korang memang takde perasaan.. Haha!!


Aku titipkan Tinta Penulis untuk korang.. Hehe.. Oke lah sampai sini aje ye review aku.. Nak tahu kene beli sendiri.. Aku yakin korang takkan kecewa.. Ahazk... Adiosss..!!

Read More

MENANG Segmen Blogwalking & Bloglist Sviors Nov - Dis

7 comments
Assalamualaikum wbt..

MENANG Segmen Blogwalking & Bloglist Sviors Nov - Dis  |  Allahuakbar.. Aku diberi rezeki lagi untuk menang Segmen Blogwalking & Bloglist Sviors Nov - Dis... Tak sangka dapat menang lagi.. Alhamdulillah murah betul rezeki aku bulan November ni..


***************************


Kali ni aku menang sebagai pemenang bertuah dan memenangi Top up RM 10 dari Blogger Sa-Viors....Alhamdulillah... 

P/s : Akak ucapkan terima kasih pada adik (sori akak tataw nama sebenar adik hehe) kerana sudi pilih akak sebagai pemenang bertuah.. Akak doakan adik sentiasa dibawah lindunganNYA dan dilimpahkan rezeki yang halal.. Amin.. :)

Jom kengkawan kita blogwalking blog penganjur segmen ini..






Read More

MENANG Segmen Bloglist By Blog Wani Sukarno

Wednesday, November 2, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

MENANG Segmen Bloglist By Blog Wani Sukarno  |  Allahuakbar.. Rezeki bulan november melimpah ruah... Alhamdulillah.. Kali ni aku menang untuk segmen anjuran Blogger Wani Sukarno pula iaitu Segmen Bloglist By Blog Wani Sukarno.... Rezeki yang tak dijangka-jangka.. Syukur..



Thankz to Wanie coz anjurkan segmen ini dan sekali gus sudi memilih aku sebagai pemenangnya.. Hikhik.. Terharu dapat masuk bloglist blog beliau.. Semoga blog wanie terus ceria dan berjaya.. Lepas ni buat la lagik segmen.. Lea pasti join tau.. Haha..

Thankz Wanie.. :)

Jom Blogwalking blog penganjur segmen..


Read More

Aplikasi Share Post Blog Ke Media Sosial Bermasalah

7 comments
Assalamualaikum wbt..



Aplikasi Share Post Blog Ke Media Sosial Bermasalah  |  Hadoiii masalah datang lagi... Aplikasi yang aku guna untuk share post blog aku secara automatik ke media sosial bermasalah.. Apa harus aku buat ni..?? Dah buntu rasanya... 


Nampak tak tu yang keluar coding tu.. Adehh.. Apa harus aku buat... Korang ada cara penyelesaian tak?? Aplikasi yang aku guna tu adalah https://dlvr.it/ ... Baru hari ni jadi, tataw apa masalahnya... 


Read More

30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 31

4 comments
Assalamualaikum wbt..


30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 31  |  Wahh Separuh Akhir Muzik-Muzik dah semakin hampir.. Siapa yang layak ke pertandingan separuh akhir tersebut?? Haaa ni aku nak cite ni.. 

Sebanyak 30 buah lagu bakal dipertandingkan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 yang akan berlangsung pada 04 dan 11 November 2016 nanti yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam Jam 9.00 malam.. Jom lihat lagu mana yang berjaya ke peringkat separuh akhir...

SENARAI LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 31

1.   Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2.   Akim & The Majistret - Obses
3.   Amyra Rosli feat Waris & Juzzthin - Ada Saja
4.   Ayda Jebat - Pencuri Hati
5.   Azhael - Mencinta
6.   Black - Anugerah Terindah
7.   Bunkface - Darah Muda
8.   Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
9.   Estranged feat Fazura - Hancur Aku
10. Faizal Tahir - Setia
11. Hafiz Suip & Misha Omar - Terimaku Seadanya
12. Harris Baba - Katakan
13. Hazama & The Penglipur Lara - Di Amaran Mama
14. Hyper Act - Takkan Pergi
15. Ippo Hafiz - Kekal Bahagia
16. Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
17. Janna Nick - Mungkin Saja
18. Khalifah - Hang Pi Mana
19. KRU - Hingga Ke Jannah
20. Mal Imran - Cinta Sukar Ditafsirkan
21. Mark Adam - Berat
22. Projector Band - Sudah Ku Tahu
23. Sakura Band - Polaroid
24. Shiha - Seperti Novel Cinta
25. Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta
26. Stacy - Romeo
27. Sufian Suhaimi - Terakhir
28. Syamel - Hidup Dalam Mati
29. Syamsul Yusof & Mawi - Kalah Dalam Menang
30. Tasha Manshahar & Syed Syamim - Ragu-Ragu

Antara 30 lagu ini hanya 12 lagu sahaja yang akan dipilih untuk bertanding di Juara Lagu 31 nanti.. Lagu manalah agaknya yang akan mara ke Juara Lagu 31 yek.. Sama-sama kita tunggu nanti...


Read More