Tonton Suamiku Encik Security Full Episod

Wednesday, September 21, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Tonton Suamiku Encik Security Full Episod  |  Holaa.. Selamat petang uolls..!! Korang dah tonton  ke drama Suamiku Encik Security?? Kalau belom jom tonton sesama dengan aku.. Ahakz..

Judul  :  Suamiku Enci Security
Penerbit : Shidie Art
Pengarah : Shidie Art
Penulis Skrip : Shidie Art
Pelakon : Suami & Isteri














Read More

Collaboration With The Covets

11 comments
Assalamualaikum wbt..


Collaboration With The Covets  |  THE COVETS terkenal dengan jolokan "Malaysia's first beauty platform" merupakan sebuah Majalah Kecantikan Online yang menyediakan bahan-bahan bacaan tentang dunia kecantikan yang akan memberi inspirasi kepada setiap wanita di Malaysia... Di The Covets, anda akan disajikan dengan artikel-artikel kecantikan dan tips-tips penjagaan kecantikan luaran dan dalaman.. Pendek kata, segala penjagaan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki ada di The Covets...



Dah nama lagik wanita, kalau tak berkait dengan kecantikan mesti tak sahkan.. Sekiranya korang adalah pembaca tegar majalah-majalah kecantikan seperti CLEO, Joy, Bazaar, Rapi dll, mesti korang akan jatuh cinta dengan Online beauty megazine The Covets ni... Tak percaya, cuba la terjah >> http://www.thecovets.com/ ...


Antara artikel yang ada di The Covets

Terdapat pelbagai artikel yang menarik tentang kecantikan di The Covets... Antara beberapa artikel yang menarik minat aku adalah :-






Banyak lagi artikel yang menarik di The Covets sebenarnye.. Kalau korang nak tahu kena lah ke laman web The Covets bagi mendapatkan lebih banyak lagi maklumat tentang kecantikan..

Okeh, yang lebih menarik tentang The Covets adalah baru-baru ini The Covets telah berkolaborasi dengan lebih 100 orang Beauty dan Lifestyle blogger... Blog aku juga tak ketinggalan dan Blog Lea Azleeya ini telah tersenarai sebagai Lifestyle Blogger yang akan berkolaborasi dengan The Covets.. Terharu betul bila dapat jemputan collaboration dari The Covets ni.. Alhamdulillah..


Pengalaman pertama aku sebagai blogger mendapat jemputan untuk kolaborasi.. Rasa terlebih excited pulak.. Haha.. Oke la.. Nantikan artikel seterusnya dari aku tentang The Covets ni ye... 

Ingat Kecantikan Ingat The Covets!!
The Covets Lubuk Kecantikan...


The Covets
"Malaysia's First Beauty Platform"

Website

Facebook

Instagram

Read More

Yey!! Menang Giveaway Sakan by Eyqin and Ecah

Tuesday, September 20, 2016

20 comments
Assalamualaikum wbt..



Yey!! Menang Giveaway Sakan by Eyqin and Ecah  |  14 Julai 2016 yang lalu aku ada join Giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Eyqin dan Ecah ni... [SINI] Nak dijadikan cerita, pada 15 September 2016 iaitu hari Khamis minggu lepas, nama pemenang dah diumumkan... Adalah seorang sahabat aku ni, Blogger Sha maklumkan aku yang aku dah menang GA ni.. Seingat aku dah 2 GA dah dia maklumkan pada aku yang aku menang.. Thankz sangat-sangat buat Sha.... Sayang kam0 ketat-ketat.. Haha..!!

Okeh, nak tahu tak hadiah apa yang aku menang kali  ni?? Jom terjah..!!


Aku bernombor 62... Hadiah yang bakal aku dapat adalah shawl... Alhamdulillah... Rezeki dari tuhan.. Apa-apa pun aku berterima kasih sangat kepada penganjur GA tersebut iaitu Eyqin dan Ecah kerana sudi memilih aku sebagai pemenang... Alhamdulillah syukur tak terhingga.. Detail dah aku emel kepada pihak penganjur... Tak sabar nak menggayakan shawl tersebut nnti.. Hiks.. Moga mereka berdua dilimpahi rezeki yang melimpah ruah... Amin.. 


Read More

Shopping Sakan di Ezbuy.my

4 comments
Asslamualaikum wbt..


Shopping Sakan di Ezbuy.my  |  Berita baik buat korang yang gemar bershopping secara online.. Kini korang dah boleh tambah satu lagi tempat shopping dalam list korang iaitu Online Shopping Ezbuy.my... Apa yang menarik di Ezbuy.my...?? Haa mari aku kenalkan dekat korang sebuah Online Shopping Ezbuy.my yang ohsem ni.. 


Ezbuy.my adalah salah satu laman web online shopping yang menjual pelbagai barangan yang didatangkan terus dari China.. Lebih tepatnya kite beli direct la dari China.. Yang lagik best tentang Ezbuy.my ni, harga barangan yang dijual MURAH dan terdapat pelbagai kategori dan pilihan di Ezbuy.my.. Apa ada di Ezbuy.my? Haa Ada pakaian wanita, pakaian lelaki, toys, kasut, beg, aksesori, stationery, automotive pown ada.. Nak beli Handphone pown ada di jual di Ezbuy.my.. Pendek kata segalanya ada di Ezbuy.my... 

Jom ikut aku shopping di Ezbuy.my..!! Mudah dan senang..!!

STEP 1
Ofkoslah kena REGISTER dulu!!

 

Ohh ya, sebelum tu aku nak kasitau kat korang, bagi new register korang akan dapat VOUCER DISCOUNT berjumlah RM15... Bestkan?? Nak lagik tak diskaun?? Haaa ada lagi tawaran hebat untuk korang...


Korang akan dapat diskaun sebanyak 15% bagi kos penghantaran dengan menggunakan Code EZFRIEND15 semasa pembayaran dibuat... Suka tak?? Kalau suka apa tunggu lagi, jom daftar sekarang!! hehe

Lengkapkan detail yang diperlukan...


Nota :-

User ID : Isi la nama korang atau pape pown sebagai user id korang.. 
OTP : Dah masukkan no. Hp terus klik >> SEND OTP untuk mendapatkan code OTP.. Code akan dihantar ke no HP yang anda daftar tersebut... 

Oke, dah siap register korang akan dapat message yang menyatakan voucer diskaun sebanyak RM15 telah dihantar ke emel korang... Nanti bila nak shopping korang boleh la guna code voucer yang dihantar ke emel korang tu... Mudah kan... Jom ke step seterusnya..



STEP 2
Pilih barang yang hendak dibeli...

Aku nak shopping handbag!! So, pilih kategori >> SHOES, BAGS & ACCESSORIES dan pilih sub menu >> HANDBAGS

Handbag menjadi pilihan hati...!!


STEP 3
Add To Cart

Aku dah jatuh hati dengan handbag ni... Terdapat 4 pilihan warna iaitu Kelabu, Hitam, Pink dan Biru.. Memandangkan handbag aku sekarang warna hitam, makanya aku pilih warna Kelabu hokeh untuk shopping kali ni!! Dah buat pilihan warna dan kuantiti terus aje klik >> ADD TO CART



STEP 4
Check Out!!

Setelah dah Add To Cart, barang yang korang pilih akan dimasukkan ke dalam shopping cart... Seterusnya klik >> CHECK OUT




Di bahagian Shopping cart ni, terdapat kotak ORDER SUMMARY... Dekat situ tertera harga barang yang kite beli dan kos pos.. Terdapat 4 pilihan untuk shipping.. Kalau korang nak barang cepat sampai korang pilih la DHL Express tetapi harganya agak mahal la sikit.. Untuk barang yang aku order ni, aku pilih Economy Air aje la sebab tak urgent pown... Murah sikit.. Hehe.. Sebelum Check Out, korang boleh la isi coupon code yang korang dapat semasa register awal tadi...

Lepas tu, bolehlah klik >> CHECK OUT

STEP 5
Alamat Pengeposan

Seterusnya korang perlu mengisi alamat untuk pengeposan barang..

1. Klik >> ADD NEW ADDRESS 
2. Masukkan detail alamat dan SAVE
3. Klik >> NEXT



STEP 6
Pembayaran

Last sekali, proses pembayaran.. Sebelum tu, kena pastikan dulu semua detail pengeposan betul bagi mengelakkan sebarang masalah semasa pengeposan dilakukan nanti... Kalau dah semua betul dan tepat, boleh lah terus klik >> PAY NOW

Korang boleh membuat pembayaran melalui 4 cara... Sama ada melalui :-


1. E-BANKING

2. MANUAL INTERNET BANKING

3. CREDIT CARD

4. ATM TRANSFER

Mudahkan??

APA ITU PRIME??

 

Prime adalah penghantaran tanpa had... Tanpa mengira saiz bungkusan, berat dan kuantiti.. Pendek kata, tak kirelah barang tu besar mana.. berat berapa kg.. kuantiti berapa.. Kos posnya tetap Rm 8.80 bagi setiap penghantaran... Kalau korang nak membeli secara borang memang sesuailah korang ambil perkhidmatan PRIME ni.. Dapat menjimatkan kos penghantaran...

Berita baik lagi buat pembaca blog ini!!

Jom rebut peluang ni, Register for Prime Trial dengan mengisi form ini https://goo.gl/7eXgQs bagi mendapatkan benefit of PRIME... Hanya terhad kepada 100 orang pengguna pertama yang mendaftar sahaja...  Jom daftar sekarang!!

Untuk keterangan lanjut tentang PRIME, sila layari  http://marketing.ezbuy.my/prime_land/

Selesai sudah aku bershopping di Ezbuy.my... Bagi aku, shopping di Ezbuy.my adalah pengalaman yang menyeronokkan kerana di Ezbuy.my terdapat pelbagai barangan.. Tak perlu ke tempat lain.. Hanya di Ezbuy.my segalanya ada.. Tambahan pula harga yang ditawarkan sangatlah murah berbanding ditempat lain... So, lepas ni aku akan shopping di Ezbuy.my aje..

Ingat Shopping Ingat Ezbuy.my!! Hiks..


"Jom Shopping Di Ezbuy.my!!"






Read More

Pakcik Sudin vs Monster Biru

Monday, September 19, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Pakcik Sudin vs Monster Biru  |  Woha!! Mai rapat-rapat nak cite pasal Monster Biru... Ahakz.. Seram tak?? hehe.. Okeh citenye bermula camni... Semalam time dok layan novel "Andai Itu Takdirnya 2" dalam bilik sambil teresak-esak nangis, tetiba perut rasa lapar pulak.. Time tu kalau tak silap dah dekat pukul 11 malam.. Lapar punye pasal, terus aje pergi dapur tengok ape yang ada... Apa yang ada?? Apa lagi kalau bukan Megi... Huhu.. Buat le aku megi Asam Laksa...

Time tengah syok menyantap Megi Asam Laksa dekat dapur, tetiba aku terperasan ada kelibat kecik lalu berdekatan dengan meja aku makan... Huhu.. Aku toleh, rupe-rupenya Pakcik Sudin rupanya.. Hehe Jangan keliru, Pakcik Sudin tu si Qhaliff la sebenarnya.. hehe.. Boleh pulak dia sedar.. Padahal dah tido kowt.. Dia bau megi aku masak kowt.. Huhu..


Tengah-tengah aku mengisi perut, aku nampak la dia buat aktiviti menyarung selipar aku yang beso gedabak tu.. Kebetulan hp ada pada aku masa tu... Terus aje aku rakam perbuatan dia... Moh tengok ape dia buat!!

Pakcik Sudin Pinjam Selipar Ummi Jumpa Monster Biru..

Monster Biru?? Mesti korang tertanya-tanyakan mana Monster Biru nye?? Haa korang nampak tak yang tercongok dekat tong sampah antik aku tu.. Kalau tak nampak itu bermakna pendekk umurrrrrr bak kata P.Ramlee.. hehe.. Monster Biru tu aku maksudkan Vacuum yang dekat tong sampah tu.. Nape aku panggey Monster Biru sebabnya Qhaliff sangatlah takut sama itu Vacuum... Dia takut bunyi kuat Vacuum tu.. Kadang-kadang kesian jugak tengok dia ketakutan.. Jom tengok Video seterusnya apa dia buat..
 
Dok usha baeekk punye Monster Biru

Gelak aku sorang-sorang tengok keletah dia semalam.. Dah la pakai selipar sebelah pastu dok ushaaa jerk Monster Biru dia tu... Nak pergi dekat takut.. Dah kenapa aku tak simpan aje dalam stor?? Haaa nak tahu kenapa, sebabnya si Qhaliff tu suka sangat dok main sampah dalam tong sampah.. Sebab tu aku letak dekat dengan tong sampah supaya dia tak selongkar sampah tu lagik.. Huhu.. Mujarab betul cara ni,.. Memang tak pergi langsung dekat tong sampah tu.. Usha dari jauh jerk... Ahakz.. Bukan niat nak takutkan dia sebenarnya, tapi untuk elak dia main sampah dalam tong tu... Jom tengok episod terakhir cerita ini.  



Di akhir episod pakcik sudin dah berputus asa dah nak berbaik-baik dengan Monster Biru.. Haha.. Terkedek-kedek jalan pakai selipar sebelah... Macam-macam Qhaliff ni.. Kadang-kadang tu rasa tercuit tengok gelagat dia.. Penyeri hidup aku.. Okeh la.. tamat dah cite pakcik sudin vs monster biru.. Tunggu episod cerita lain pulak ye nanti.. Ahakz.. 
Read More