Train To Busan Filem Seram Sedih

Monday, September 19, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..


Train To Busan Filem Seram Sedih  |  Korang dah tengok filem ni?? Aku baru jerk tengok minggu lepas kalau tak silap.. Hehe.. Biasala aku ni selalu terlepas train.. Orang dah sampai kemana-mana.. aku baru terkedek-kedek nak tengok... Ahakz.. Nak buat camne, tiada masa untuk bersenang-senang sambil menonton.. Aku dapat tengok haritu pown sebab, Si kecik tu dok layan sekali cite ni.. Kalau tak memang tak dapekkk leee aku nak menonton.. Entah camne dia ralit pulak tengok cite Train To Busan ni.. Huhuhu.. Mungkin dia tengok banyak orang berwajah pelik-pelik lam tu kowt... Maksud aku antu-antu yang ada dalam filem tu laa.. Huhu..


Okeh-okeh, aku nak buat review sikit pasai filem ni.. Cewahhh.. Pada mulanya aku dengar kengkawan dok bercerita sal cite ni mereka cakap cite ni cite sedih.. hoh Aku dengan rasa peliknya terfikir, takanla cite antu leh pulak sedih.. Mengarut aje... Lepas aku tengok ramai blogger dok buat review pasal filem ni, ehh datang pulak keinginan nak tengok filem ni jugak.. Nak nak lagik dekat rumah en somi pown dok layan cite ni kat HP dia.. Haisss tak leh jadik ni.. Terus aje mintak kat en somi nak tonton jugak.. Huhu..


Sebelum tengok tu, usha dulu hero dia.. Hehe.. Aku bukan kenal sangat pelakon-pelakon korea ni.. Aku bukan peminat tegar cerita korea.. Dulu-dulu time sekolah and time ngah membujang dulu penah la jugak layan korea.. Full House.. Entah ape lagik. Ada la 2, 3 agik filem yang aku layan.. Firstime tengok hero korea filem Train To Busan ni, tak dela hensem mane.. Tapi dah lama-lama tengok ok pulak.. Huhu.. 

Starting cerita, aku rasa cite ni biasa je.. Siap kutuk-kutuk agik.. Sebab en somi cakap cite ni best.. Sedih.. Ape kebendenyeee cerita seram tetiba sedih pulak.. Hadoiii... Pastu en. somi sound tepet dekat aku, dia cakap cubala tengok dulu.. Baru tengok dah kritik.. Haha.. Ko nampakkk!! Dah kene aku.. kiki.. Aku pown teryuskan tontonan dengan kusyuknye... Lastnye aku sendiri dah syiokk sangat tengok filem ni.. Makin lama makin excited...


Setiap kali mangsa nak bertukar menjadi zombie, rasa gerun pulak aku tengok.. Anak aku tak berkutik dia tengok.. hehe.. Pada mulanya aku agak menyampah dengan perangai hero tu yang pentingkan diri sendiri... Siap aku marah-marah lagik perangai tak semenggah dia tu.. huh... Aku teruja sangat tengok abang sado dalam filem ni.... Tak ingat pulak aku pada nama watak dia dalam filem ni.. Tak menghafal la pulak aku.. Yang ada isteri ngah mengandung tu.. Korang mesti taukan nama dia.. hehe... 

Abang Sado yang gagah berani bersama isterinya..

Pada mulanya aku ingat abang sado ni la watak yang pentingkan diri memandangkan dia nampak cam bengis dan sombong.. Rupanya dialah hero yang hebat dalam filem ni.. Banyak membantu dan melindungi semua.. Sanggup berkorban untuk menyelamatkan rakan-rakan dia yang ada dalam Train tersebut.. Sedih betul masa tu... Aku rasa nak menangis tapi aku tahan sebab takut kene bahan dengan en somi.. hiks.. Kuang ajo betol cite ni sebab buat aku sedih.. Haha..


Arghhhhh!! Aku tak boleh tengok orang tu ni.. Kejam gile.. Pentingkan diri... Isk.. Tak boleh la aku.. Dia ni jahat sangat dalam filem ni.. Dia hanya pentingkan diri sendiri... Gunakan orang lain untuk keselamatan diri dia.. Janji dia selamat.. Lastnya jadi jugak ko zombie.. Padan muka.. Huh.. Dah jadi zombie pown jahat tak hilang agik tu.. Haha.. Pergi pulak dia gigitnye tangan hero... Dah pulak hero jadi zombie...


Last sekali la part paling sedih... Hero dah kene gigit dengan zombie paling jahat a.k.a selfish tu.. Bermakna hero pown akan menjadi zombie jugak... Part dia nak pergi dari anak dia dan terjun dari Train tu la yang sedih... Anak dia meraung panggil dia.. Allahuakbar.. Sedih betul time ni.. Dah la anak dia hanya ada dia aje sebagai pelindung dalam hidup dia.. Mak pown tataw kemana terus sepi sekuntum mawar merah.. Ni pulak ayah dah jadi zombie dan mati... Huhu.. Yang selamat hanyalah Anak hero dan Isteri abang sado.. Tu pown nyaris-nyaris nak kene tembak dengan tentera dekat Busan tu.. Kalau tak sia-sia jerk dorang selamatkan diri...

Haisss tragik betul la cite ni... Korang tengok sendiri la baru dapat rasa apa yang aku rasa.. Hehe..


Read More

Giveaway by Cik Purple

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway by Cik Purple  |  Ponnnnn ponnnnnnn!! Moh le join GA by Cik Purple ni... Hadiah menarik.. Syarat mudah... Jom reramai havoc kan GA ni... Leh tambah kenalan sesambil tu... Ahakz..

Tarikh Tamat
Bila-bila masa jerk boleh tamat!!



Read More

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

6 comments
Assalamualaikum wbt..

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 

Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? - SENDIRI
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang -  BERMINYAK DI T ZONE DAN KULIT TIDAK SEKATA
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya telah menggunakan pelbagai produk skin care tetapi masalah kulit saya tetap sama tiada perubahan.. Dan sekarang saya tengah mencari produk yang bersesuaian dengan kulit saya bagi mengatasi masalah ini.. Bila saya membaca testimoni produk ini, saya teruja untuk mencuba 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs ini..

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Read More

Positif Pagi

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Moga diri ini terus tabah menghadapi hari-hari mendatang..!!


Read More

Mandian Enchanteur vs Mandian Big Value Carrefour

Saturday, September 17, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Mandian Enchanteur vs Mandian Big Value Carrefour  |  Korang mandi pakai shower cream atau sabun ketoi?? Malam ni aku tamo la cite sal sabun ketoi.. Tapi aku nak cite pasai shower cream yang aku pakai... Aku ni memang pengguna tegar mandian Enchanteur sebab bau dia sangat mengancam dan tak melekit.. Penah la nak berlaku curang dan berpaling tadah beberapa kali tapi cubaan tersebut mengecewakan.. Lastnye tetap kembali pada Enchanteur... huhu...


Aku pakai mandian warna pink tu sebab aku suka sangat harumannya... Bila tukar brand lain mesti pakai tak dan habis mesti nak p beli Enchanteur balik.. Ada badi Enchanteur ni tau.. Haha..

Okeh nak dijadikan cerita, bulan lepas aku ke KL umah akak aku kan.. Kat umah dia guna mandian Big Value yang dibelinya dekat Carrefour.. Perghhh bau dia lebih kurang Enchanteur bak hang!! Tak melekit.. Harum sepanjang zaman.. Haha.. Tu pown kalau pakai sepanjang zaman la baru bau pown sepanjang zaman.. hehe..


Haa ni la mandian yang aku habaq kat hangpa tu.. With Sakura Extract lagik tu.. Wangian dia lebih kurang macam Enchanteur... Serius baq hang.... Aku guna mandian ni dekat umah akak aku aritu terus terjatuh cinta dengan mandian ni pulak.. Katanya kakak aku harga mandian ni murah aje.. Lagik la aku teruja nak berlaku curang dan berpaling tadah.. Hiks..

Balik aje dari cuti-cuti malaysia ritu, aku buat operasi mencarik mandian ni dekat Carrefour Kuantan.. Dekat ECM nun... Carik punye carik tak jumpa la pulak.. Dalam hati cakap, huh mungkin Carrefour ni tak de jual kowt.. Dah pasang niat pulak nak suruh kakak borong kat KL sana bawak balik Kuantan.. Haha.. Gile arr...

Nak dijadikan cerita lagik, time nak bayar barang lain yang aku beli dekat kaunter kosmetik, aku tertoleh la ke kanan, terrrrnampak la deretan barangan Big Value.. hoh!! Terus meluru aku ke rak tersebut untuk merembat 2 botol mandian yang ohsem ni.. haha.. Gelojoh betol.. Akhirnya dapat jugak aku guna mandian ni sepanjang zaman.. Harganya toksah cakap la memang murah sangat.. Pendek kata aku suka sangattttttt!! huhiii..

Korang pakai mandian apa?? Meh le share...



Read More