Aidiladha Datang Lagi

Monday, September 12, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt...


Aidiladha Datang Lagi  |  Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua blogger Malaysia dan pembaca blog aku ni (kalau ada) hehe.. Mesti korang semua dah tido kan untuk bangun awal esokkan.. huhi.. Aku ajerk belom tdoq agik.. 

Korang korban tak tahun ni?? Aku tak sempat sebab kuota dah penuh kat opiz aku.. Aduiyai.. Insyaallah tahun depan aku masuk bahagian dalam korban kat opiz aku tu.. Tu pown kalau aku masih berkhidmat dekat situ.. haha..

Mata dah mengantok.. Aku mao tdoq dulu la ye.. Pape pown korang makan sok jangan lupa diri lak tau.. Kang lusa tak dapat bangun untuk pergi kerja.. Hahaha.. 

Salam Aidiladha dari aku
Lea Azleeya..




Read More

Sesi Mengenali Ahli Blogger

Friday, September 9, 2016

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Nak join?? Klik aje banner kat atas ni..

Sesi Mengenali Ahli Blogger  |  Firstime aku join sesi mengenali blogger.. Blogger Nur Nabila sedang mencari ahli baru untuk Blogger's Family... Menarik ohh... Jom la korang join sesi ni.. Banyak manfaatnye tau.. Dapatlah kenal antara satu sama lain.. Mengeratkan silaturahim antara blogger-blogger Malaysia giteww!! Lagi best, ahli-ahli akan dimasukkan ke dalam group wasap.. Leh la kongsi-kongsi cerita atau tip2 kat situ nanti kan.. Moh lee join reramai..

Impian aku terhadap blog aku ni..?

Sebetulnya Blog Lea Azleeya ni adalah Diary kehidupan aku.. Bila anak dah besar dan aku dah menjadi 'remaja uban' nanti boleh la selak-selak balik cerita lama yang ada dalam blog ni kan.. Aku juga mengharapkan agar blog aku ni menjadi sumber rujukan kepada sesiapa sahaja yang membacanya suatu hari nanti.. Selain tu jugak, impian aku terhadap blog aku ni agar suatu hari nanti aku dapat membuat side income yang ohsem bagi menambah pendapat keluarga aku.. Insyaallah.. Tapi kene bekerja keras sikit la bagi 'memajukan' blog aku yang suam-suam kuku ni.. Haha..!! Korang camne lak?? Apa impian korang terhadap blog korang,..?? Jom la join sesi ni.. Best tau..!!

Kenali aku...

Nama aku Lea Azleeya.. Panggil aje aku Lea.. Aku adalah blogger dari pahang dan mula blogging since 2013.. Ehh baru lagik rupenya.. Huhu.. Aku dilahirkan pada 12 Jun di HTAA, Kuantan.. Bekerja di kuantan dan menetap di kuantan.. Segalanya di kuantan lah.. Haha.. Aku seorang suri rumah tangga yang bekerjaya dan mempunyai seorang sahaja encik suami dan seorang anak lelaki yang sangat cerdik.. Hiks.. (apa lagik ekk??) Haaa satu lagik, aku ni seorang yang sangat suka dan sayangkan buku.. bookworm kata orang,... Pantang nampak buku best, mesti nak beli.. Ehh bookworm atau pengumpul buku ni.. Wahaha.. Pendek kata aku ni pencinta buka.. Ahakz.. 

Okehla, itu aje la serba sedikit tentang aku.. Saje buat karangan.. biar beso sikit mata korang membacanye.. ekeke.. Tu pown kalau ada yang sudi baca la.. Merendah diri la pulakk aku ni..!!

Laman Anti-Sosial aku..
Read More

Stress Iklan Google Adsense Tak Keluar!!

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Stress Iklan Google Adsense Tak Keluar!!  |  Arghhhh ape nak jadi ni wehh.. Iklan google adsense aku tak keluar dah lepas aku tukar domain... Apa masalah sebenarnya ni?? Aku dah buntu.. Tambah tensen lagik bila ranking dekat alexa.com pown dah tak dapat dijejak dengan domain yang baru ni.. Huwaaaa.. Semua web tamo kawan ngan blog aku ni.. Sob.. sob.. Sob..

Aku rasa sekarang ni, macam aku baru jerk create blog ni.. Adoihai..!! Stressssss...

Nasib baik pengunjung sentiasa ada di blog aku ni... Malahan makin ramai pulak.. Ahakz.. Alhamdulillah.. Thankz too kepada yang sudi singgah di blog aku ni.. Harapnya masalah ni selesai cepat la.. Tensen wehhh camni..!! Tengok tembat iklan, kosong aje... huh..!!


Read More

Segmen: Bloglist Ayuinsyirah Tahun 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Segmen: Bloglist Ayuinsyirah Tahun 2016 | Mownink korang... Jom ramai-ramai join segmen by blogger Ayu ni... Segmen yang sangat ringkas syarat-syaratnya... Memang terboikkk!!


Tarikh Akhir
30 SEPTEMBER 2016
Read More

Aquaria KLCC Destinasi Pilihan

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Aquaria KLCC Destinasi Pilihan  | Throwback cerita aku pergi bercuti aritu.. 24hb Ogos ritu aku and family panjat KL.. Agak lama jugak la aku tak menjejakkan kaki di KL nun.. Kalau time bujang dulu, boleh dikatakan tetiap bulan aku p KL.. Hiks.. Pendek kata, aku ni bak kakak kawasan jerk kat KL nun.. Haha.. Berbeza dengan sekarang, nak berjalan pown fikir 1000 kali.. Ahakz.. Okeh, sambung cerita..!!


Kami bertolak dari kuantan lepas waktu kerja... Lepas kerja, amek anak kat umah pengasuh, terus aje jalannnnnnnn.... Di sebabkan hari tersebut adalah hari rabu dan hari rabu adalah hari sukan sedunia di opiz aku, makanya hari bertolak aku berpakaian sukan.. Ahakz.. Lama tak berjalan jauh, rasa seronok dia lain macam aje.. Si kecik pown kemain lagik seronoknya.. Almaklumlah jejarang je dapat jenjalan jejauh.. Haoii berapa banyak 'jeee' daaaa!!

Dapat pakai kasut merata dia berlari!! Letihh kejar..

Ehh ada pulak yang menumpang kat blkg tu.. Ahakz..

"Walaupon ropamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidong mu tetap menjadi pujaankuuu!"

Yang ni gambar time dekat hentian temerloh.. Berhentila sekejap mencari oksigen.. menunaikan kewajipan.. dan mengisi perut yang dah berdendang-dendang.. Qhaliff kalau dah dapat pakai kasut memang mengah la jawabnya nak mengejoonye.. Kemain dia berlarik sana sini.. Kite jugak la semput nak kejoo...Tapi tak pe la janji dia seronok.. Tujuan utama p bercuti ni pown memang nak hiburkan hati si kecik ni.. 

Aku sampai umah akak aku kat gombak tu pown dekat pukul 8.00 malam.. Kakak aku dah siap-siap beli nasik bungkus untuk kami santap.. Haha.. Ye la masing-masing penat bekerja, memang tak la nak masak bagai.. Senang beli bungkus aje.. Plan untuk aktiviti esoknya dah kami rancang sebaiknya.. Biasalah kalau nak jenjalan mane-mane, plan mesti baik punye kan.. 

Untuk kali ni, aku bukak cerita destinasi aku yang pertama dulu yek.. Aquaria, KLCC.. JOm layan cerita aku di Aquaria KLCC.. Awass!! Mata anda akan dihiasi dengan gambar yang banyak,...Sila stenbai ubat mata sebagai persediaan awal... Haha!!

Makcik dah macam budak sekolah pakai beg galas..

Kasut Qhaliff lupa nak bawak..!!

Tiket untuk masuk ke Aquaria ni, dewasa RM 46 hingget seorang kalau tak silap aku.. Tak ingatla weh.. Segala bahan bukti tataw aku letak mana.. Adoiyaii.. Yang aku ingat, aku bayar RM90 lebih haritu untuk 2 orang.. Kire betul la tu kowt.. hehe.. Di pintu masuk, kami disajikan dengan hidangan mata iaitu ikan pirana.. hoiss.. Tak pernah aku tengok ikan pirana live.. Biasa tengok dalam filem-filem aje.. Cam tu aje rupenya ikan pirana.. Hehe.. Ingatkan seram sangat rupanya.. Haha..

Qhaliff dah pelik tengok ikan macam-macam rupa dan warna..


Qhaliff dah mula tunjuk minat tengok spesis-spesis hidupan laut ni.. Bukan takan ikan jerk ada.. Pelbagai jenis udang pown ada.. Bukan udang aje ada, kuda laut, umang-umang, obor-obor, sotong kurita.. ehh ada ke?? tak ingat la.. haha.. Pelbagai lagik la jenis hidupan laut yang tak pernah aku tengok.. Katak pown ada wehh.. Cicak tokek.. ape entah lagik.. Banyak kowt spesis dok ada lam Aquaria tu.. Mane nak ingat semua.. Tapi semuanya unik dan menarik...


Spesis ni aku tataw apa.. Aku panggil umang-umang aritu.. Sekali encik somi pandang pelik dekat aku.. haha.. Sebab aku ikut sedap mulut aku jerk bagi nama dekat bende alah ni.. Ekeke.. Aku tak ingat ape nama sebenarnya.. Almaklumla, dah menjadi 'remaja uban' ni susah pulak nak ingat sesuatu bende tu...

Muka ada sinyummm!!

Di tangga inilah bermula sesuatu yang sangat menarik!!

Andai kata aquarium ni pecah.. Mati lemas la kitorang.. Haha..!! Cantik sangat!!

Ummiii ikan besoo lalu dekat adik...!!

Ehh bila pulak si kecik ni ada awek!! Haha

Sampai takut nak dekat dengan cermin Aquarium tu.. Beso sangat ikan yang sergah dia..

Bermula dengan tangga atas tu, kami bagaikan masuk dalam rumah ikan... Banyak gile ikan.. Besar-besar lak tu.. Kami di kelilingi dengan pelbagai ikan besar dan tak pernah kami lihat sebelum ni.. Sangat menarik... Rasa cam nak tangkap aje ikan-ikan tu masak 3 rasa.. Haha.. 



Bila sampai dekat 'jalan raya bergerak' ni, aku dah rasa kagum dengan keindahan yang terhidang depan mata.. Terasa macam dok dalam laut aje.. Kami dikelilingi ikan-ikan beso.. Ikan pari pown ada... Kiri kanan atas ikan dok lalu lalang, lambai-lambai kat kami.. Kengkonon laa.. Aku rasa part yang paling best dalam Aquaria ni, adalah bahagian ni la.. Cantik dan menarik.. Boleh bayangkan kita berada di dalam laut biruuu gituu... huhu..

Melawat 'kawan lama' sekejap..

 Rumah penyu

 Penyu kunem!

Jauh kami berjalan dalam tu, sampai lah kami kat umah penyu ni.. Comel ko penyu ni.. Rasa nak bawak balik jerk bela dekat umah.. Haha.. 

 Kuda Laut yang comel

Spesis ni lagik lah cantik dan comeynyeeee!! Sies weh, tak pernah lagik aku tengok kuda laut yang hidup.. Yang biasa aku tengok, kuda laut yang dah keras kejong di awet... Comel sangat kuda laut ni.. Kecik jerk.. Tataw nak cakap la comel camne.. Hidupan yang sangat unik bagi aku.. Dekat bahagian kuda laut ni, kalau korang pergi korang dapat tengok camne pembiakan kuda laut.. Bukan takat pembiakan kuda laut aje ada dalam Aquaria ni, banyak lagik spesis yang di biak dalam ni.. Korang akan dapat lihat step by step... Hebat ohh!!

Katak Gomok!!

Katak pown ada.. Comel pulak tu.. Tapi aku tetap jugak geli.. Haha.. Eh eh, corak atas katak tuuu!! Aku baru perasan laa.. huhu.. Dah sampai bahagian katak ni, bermakna perjalanan dalam Aquaria ni hampir ke penghujung... 

Takat ni aje la cite bergambar aku di Aquaria.. Kang cerita lagik panjang kang korang jemu pulak.. Pastu buat-buat tak nampak post aku ni.. Haha.. Kesimpulannya, aku and family sangat seronok dapat memuncolkan diri di Aquaria ni.. Yang kami tak tahu, kami dah pown tahu.. Yang kami tak pernah tengok, dah pown kami dapat tengok.. Kirenya, lawatan sambil belajar jugak la ni.. Kalau korang ada anak sesuai sangat lah bawak datang sini kenal dengan spesis-spesis hidupan laut.. Kalau tengok dekat tv tak sama tengok live.. Tengok live lagik teruja dan puas hati..

Pada awalnya aku rasa tiket masuk Aquaria ni sangat membebankan.. Maksudnya disini, mahal la bagi aku.. Tapi bila dah melalui pengalaman yang ohsemm dalam Aquaria ni, terasa berbaloi-baloi pulak dengan harga tiket tu.. hehe.. Korang pown kena rasai pengalaman ni bagi yang belum pernah datang sini.... Sesuatu yang 'berharga' perlu di kutip dalam Aquaria ni... 

Untuk buah tangan pulak, aku beli pelekat peti ajooo untuk kenang-kenangan dan sebagai tanda aku dah jejak Aquaria ni.. Wahh cam jejak jepun jerk gayanya kan... Ayat mesti nak gah ajerk aku ni...  Haha!! Kalau ikutkan nak beli banyak buah tangan sebagai kenang-kenangan.. Tapi memandangkan perjalanan kami selepas ni masih jauh, so abaikan aje keinginan tersebut.. Dapat pelekat peti pown jadik la.. Duit perlu dijimat-jimatkan sebab perjalanan kami seterusnya adalah ke Melaka.. Banyak lagik yang menarik menanti kami di sana.. Huhu..

Kalau korang nak survey sebelum pergi sana korang bolehlah usha laman web Aquaria ni dulu.. Beramah mesra dengan laman web dulu baru semangat nak pergi kan.. Haha..


Oke la.. sampai sini dulu entry jenjalan aku.. Nanti jumpe kat entry ikea dan melaka pulak ye.. Haha..

Babai...!!


Read More

SEGMEN : Hang Komen Hang Bertuah

Thursday, September 8, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Nak join?? Klik banner ye..

SEGMEN : Hang Komen Hang Bertuah  |  Jom join segmen ni.. Simple dan ohsem..!!
Read More