Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh | Holaaa..!! Kembali bersiaran kita hari ini setelah 2 hari bercuti.. Rindu takk?? Haha.. Ada keh yang merindui diri ini?? Ahakzz... Iskk mengarut aje aku pepagi ni ekk.. Okeh pagi ni aku nk join giveaway by blogger Spendalusuh.. Ni kali kedua dah aku sertai GA blogger ni...
Kalau korang nak join jugak sila lah klik banner kat atas tu untuk keterangan lebih lanjut.. Leh tengok kat sana syarat-syarat mudah yang ditetapkan.. hehe..
Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma Paling Berkesan | Kalau bercerita tentang asma, mesti aku teringatkan Abang, Adik dan anak saudara aku yang mengidap asma... Time sakit tu datang, seksa tengok dorang 'menghadam' rasa sakit tersebut.. Pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk mengubati penyakit asma mereka.. Tetapi mereka tetap juga setia dengan 'kawan karib' mereka iaitu 'inhaler'.. Bukan mudah sebenarnya untuk mengubati asma ni kan..
MINYAK HERBA ASMA MUJARAB
Korang pernah dengar tak tentang Minyak Herba Asma Mujarab?.. Haaa kalau tak pernah dengar dan tak pernah tahu pown kewujudan minyak ni, meh aku nak kongsikan dengan korang...
Penawar Asma - Minyak Herba Asma Mujarab
Usaha adik aku yang seterusnya untuk mengubati asma dia adalah dengan menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni laa... Dengar ceritanya, minyak ni sangat bagus untuk mengubati asma dan ramai yang dah berjaya dengan minyak ni.. Moga dengan penggunaan minyak ni akan menjadi asbab untuk abang, adik dan anak saudara aku sembuh dari asma.. Insyaallah.. Minyak ni bukan sahaja menjadi penawar kepada penyakit asma tetapi banyak lagi khasiat minyak ni sebenarnya.. Meh aku cite...
Minyak Herba Asma Mujarab ialah minyak yang diperbuat 100% daripada bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habbatussauda dan juga herba-herba terpilih. Minyak ini juga dijamin selamat untuk digunakan oleh bayi sehinggalah orang dewasa.. Selain dapat mengubati asma minyak ini juga mujarab untuk :-
Batuk
Lelah/semput
Menghilangkan kembung perut
Sakit perut
Luka
Terkena Api
Digigit binatang berbisa
Sakit gigi
Terseliuh
Dan lain-lain lagi
Banyakkan khasiatnya.. Untuk aku pulak, memang aku dah lama cari minyak ni untuk kegunaan anak aku terutamanya.. Anak aku Qhaliff, kerap sangat mengalami batuk-batuk dan selesema.. Bila batuk, kahak mesti banyak dan susah nak dikeluarkan.. Budak kecik mana pandai nak keluarkan sendirikan.. Dengan minyak ni, mudah sangat kahak keluar... Senang ati aku.. Cara aku guna minyak ni :-
Cara menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab
Sebelum guna goncang dulu yee..
Tebuk lubang pada penutup dalam minyak supaya senang digunakan dan bolehlah jimat dengan saiz tebukan yang sederhana..
Sapu dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang.
Sapu sekerap yang mungkin terutamanya selepas mandi.
Guna dengan konsisten ye.. Jangan sekadar 'angat-angat tahi ayam' aje kata orang-orang tua dulu.. Kalau tak berkesan mula la salahkan minyak.. hehe..
Qhaliff juga selalu kembung perut.. Bila dia kembung perut aku sapu minyak ni dekat perut dia.. tapak kaki dan labu betis.. Tau tak labu betis kat mana?? Kalau tak tahu pergi tanye mak korang,.... haha..!! Pendek kata, minyak ni sangatlah berkesan untuk si Qhaliff ye.. Gembira hati aku.. hehe.. Pasni boleh la korang cuba untuk diri dan keluarga korang lak.. Bagus tau minyak ni.. Aku nak tempek testimoni sikit kat sini untuk rujukan korang semua..
TESTIMONI PENGGUNA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB
Ini beberapa testimoni yang korang boleh baca dan ramai dah menggunakan minyak ni ternyata berpuas hati dengan keberkesanan minyak ni.. Dengan izin ALLAH SWT... InsyaALLAH..
PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI
Kenapa kena pastikan original baru beli?.. Haaaa korang jangan tak tahu ye, kalau dah produk laris macam goreng pisang panas dan mujarab pulak tu, mestilah ada yang mengambil kesempatan untuk meng-klon-kan produk tersebut.. Termasuklah Minyak Herba Asma Mujarab yang ohsem ni... Dah ada yang meng-klon-kannya yee.. Sebab tu aku tekankan kat sini, kalau korang nak beli kenalah PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI..!!!! Jom, aku cite lak tentang TIRUAN dan ORIGINAL nya..
Untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan..
Peng-klon-an Peringkat Pertama
Ciri-Ciri Minyak Herba Asma Mujarab TIRUAN
Tidak berkesan
Minyak berbau seperti asap rokok
Warna jernih
Cair
Tidak berangin
Menggunakn 'seal' berwarna jernih
Peng-klon-an Peringkat Kedua
Licikkan dorang..!! Okeh, untuk memastikan yang original pula, setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri di belakang botol minyak tersebut... Seperti gambar di bawah ye..
Korang boleh scan QR Code tersebut dengan menggunakan smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor sisi berbeza didalam sistem..
APA LAGI YANG KORANG KENE TAHU..!!
Minyak Herba Asma Mujarab ini tidak pernah diproses melalui kilang bertaraf GMP ye.. Kerana ramuan rahsianya adalah warisan turun temurun daripada seorang pakcik tua di sebuah kampung. Ianya diproses secara "HOMEMADE" sejak 40 tahun yang lalu...
Minyak Herba Asma Mujarab ini juga didaftarkan dibawah syarikt Enterprise (SSM) yang sudah 5 tahun ber-operasi secara onlin dan offline. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab Original ini tidak pernah sama sekali didaftarkan dibawah Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD.
Okey, korang dah tahukan perbezaan antara TIRUAN dan ASLI kan.. So, lepas ni kalau nak beli PASTIKAN YANG ORI BARU BELI ye.. !! hiks..
Qhaliff Sakit Mata | Allahuakbar... Qhaliff sakit mata pulak.. Pagi tadi dia bangun tido, mata sebelah kanan dia bertahi.. Banyak sangat.. Sampai tak boleh bukak mata.. Semalam elok lagi... Tadi pengasuh call cakap memang sah qhaliff sakit mata.. Risau betul aku.. Sekejap lagi nak bawak pergi klinik.. Harapnya cepat la sembuh..
Korang ada tak petua untuk pulihkan sakit mata ni?? Kalau ada boleh la kongsi.. Mane tau anak korang pernah alamikan..
Lagu Raya Reggae : Salam Lebaran - Mark Adam ft Eyza Bahra & WARIS | Korang nak tau tak yang aku baru jerk tahu lagu Salam Lebaran ni dinyanyikan oleh Mark Adam.. Haha.. Sebelum ni dok dengar aje lagu ni.. Syokk punye layan.. Baru beberapa hari yang lepas aku tahu yang lagu ni dinyanyikan oleh Mark Adam and the geng.. hoho..
Aku suka lagu ni sebabnya lagu ni berentak reggae.. Aku memang peminat lagu-lagu reggae.. Biasa dok layan lagu dari kumpulan Pure Vibration la.. Kumpulan reggae paling ohsem bagi aku.. haha.. Dah minat dengan reggae, tetiba ada lak lagu raya rentak reggae memang layan arr... Kalau korang pown minat reggae, kita geng.. hehe.. Jom layan lagu ni..
SALAM LEBARAN
by Mark Adam ft Eyza Bahra & WARIS
************
Syawal telah tiba
Berkumpul kita sanak saudara
Teman-teman setia dan kasih yang di cinta
Udara hening pagi
Tak ku bising mulakan hari
Lebaran menjelma lagi
Masing-masing tampak berseri
Berdoalah kita agar dirahmati
Dengan keharmonian kasih dan cinta di hari bahagia ini
Segmen VVIP ( 13.07.2016 - 29.07.2016) By Azlan Rumadi | Join segmen again..!!! Jom sama-sama memeriahkan segmen by Azlan Rumadi ni.. Dapat jadi VVIP uolls kat blog beliau.. Ohsemm gituuu..!!
PEMENANG - PEMENANG BERTUAH
Pemenang - pemenang akan dipilih dan diundi melalui web Random.org
Satu blog Bertuah akan terpilih akan menjadi blog VVIP dalam blog saya dimana blog tersebut akan dipaparkan pada Banner yang telah disediakan Khas untuk pemenang.
3 blog yang terpilih akan direview dalam blog saya sepanjang bulan Julai 2016 nanti.
Contest Doodle family Raya by Merahitujambu | Contest ni agak menarik.. Jadinya aku agak teruja nak join.. Walaupown dah tahu blogger Merah Itu Jambu hanya mencari seorang sahaja pemenang.. Jom tengok syarat-syarat contest ni..
Syarat-Syarat Contest
Letak tajuk Contest Doodle family raya by merahitujambu
Letak gambar Raya anda Maximum 3 orang ahli sahaja
contoh 3 orang ahli merahitujambu :- mama,baba dan husnaa
1 gambar yang menarik akan di pilih dan di doodlekan oleh merahitujambu