Dimana Kebahagiaan Itu

Monday, June 27, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber Gambar : En. google

Takdir Bertemu Dengan Orang Yang Salah  |  Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk BERSYUKUR dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan dibuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan untuk kita..

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat dan indah yang pernah dialami...

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak  tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang...

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali..!! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita...

Ia cuma mengambil masa,
Seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang...
Tetapi...

Ianya mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu....
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut....

Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari-hari yang suram... Carilah seseorang yang boleh membuatkan hati kita tersenyum..

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehinggakan kita ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan...

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia.

Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang... Jika kita rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga..

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dengan memiliki semuanya yang terbaik.. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.. 

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba... Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang  telah menyentuh hidup mereka..

Cinta bermula dengan senyuman... 
Mekar dengan ciuman... 
Dan.. 

Berakhir dengan tangisan...

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan... Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam..

Semasa kita dilahirkan...
Kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum.. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis...

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain....

Wassalam...


Read More

Giveaway Diagnosis Apokalips by stnrsyfh

6 comments

Assalamualaikum wbt..

Giveaway Diagnosis Apokalips by stnrsyfh  |  Hi korang.. Pagi ni semangat nk join GA by Yaya.. Hadiah yang ditawarkan sangat ohsem.. Sebuah buku yee... huhu.. Syiokk..!!


Diagnosis APOKALIPS


Saya nak DIAGNOSIS APOKALIPS..

Semoga DIAGNOSIS APOKALIPS menjadi milik saya..

Aminn... :)


Tarikh Giveaway
24 JUN 2016 - 10 JULAI 2016



Read More

Drama Ketupat Palas Mr Handsome - Full Episod

Friday, June 24, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..


Drama Ketupat Palas Mr Handsome - Full Episod  |  Hai korang..!! Korang ada nonton drama ni tak?? Kalau korang tak de tonton drama ni meh aku kongsi episod-episod drama ni.. Hehe.. Boleh la kite tonton bersama-sama.. Ahakzz..

Drama Ketupat Palas Mr. Handsome ni menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu Fattah Amin dan Mira Filzah sebagai pelakon utama... Drama ni ditayangkan di TV3...

Jom tengok FULL EPISOD dekat SINI 

Kalau nak tengok by episod, boleh klik link kat bawah ni ekk.. Baru episod 1 kowt ada... Haha..


Read More

Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^


Read More

Pencarian Blogslit Sesi Julai by Aisyhah Nyais

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Pencarian Blogslit Sesi Julai by Aisyhah Nyais  |  Oppsss!! Terjoin segmen pencarian bloglist pulak anjuran blogger ECAH... Seperti kebiasaan kalau ada segmen pencarian bloglist aku takkan ketinggalan untuk join sama.. Mane la tahukan bernasib baik berpeluang jadi bloglist bagi blog blogger-blogger terkenal.. Cewahhh.. Berangan nak lebih sokmooo aku ni.. Haha..

2 rakan rela paksa yang akan aku tag.. haha..


p/s : pssttt.. jom la join sama-sama.. hikhik..


TARIKH TAMAT
30 JUN 2016
3.00 Petang

Read More

Makin Tak Sempat

No comments

Assalamualaikum wbt..

Makin Tak Sempat  |  Adoiii.... Tak berkesempatan nk berblogwalking maupun nak update blog berkali-kali dalam sehari.. huhu... Banyak bende lain yang perlu dibereskan dahulu.. Membizi bila raya hampir tiba.. Korang dah siap ke persiapan raya?? Aku satu benda pown tak buat lagik ni..


Maaf la yek kalau aku tak sempat nk balas komen korang dan tak sempat nak buat kunjung balas dekat blog korang.. InsyaALLAH andai ada masa terluang aku akan balas komen korang dan balas kunjungan korang yek.. 

Meh le aku nak cite sikit sementara waktu kerja belum masuk lagik ni.. Rabu baru ni cuti kan.. Nuzul Al-Quran.. Ehh korang tak cuti kee?? Pahang cuti.. hehe.. Kitorang buat la plan nak pergi beli baju raya untuk kekitaorang ni.. Turun dari rumah lepas zohor.. Pergi la aku ke Kuantan Parade.. Si kecik tu sedia maklum belum tidur untuk tengahari tu.. Kebiasaan tengahari memang dia kan tidur.. Hari kejadian tak mahunyee tidur pulak.. Adoiii laaa.. 

Macam dapat agak ape akan terjadi nanti.. Tapi tawakal aje la pergi jugak sebabnye dah plan baik punye.. Dalam kereta tak mahu jugak dia tido.. Pelik bin ajaib ni.. Biasa dalam kerata la dia suka sangat tido.. haiss.. Kerisauan mula melanda.. Tapi gagahkan diri jugak.. Dalam kereta tu dia dah mula merengek-rengek.. Soh tido tak mahu.. Sampai saja dekat Kuantan Parade, pergi la kitorang jelajah dalam tu mencari ape yang patut.. 

First sekali misi mencari baju untuk si Qhaliff.. Masuk la The Store.. Belek-belek kejap dia merengek.. Adoiii... Tak bestnye nak pilih baju.. Cuba lagik belek-belek baju untuk dia.. Sampai tahap dah tak dapat di kawal dia punye merengek, lastnya buat keputusan untuk balik aje rumah.. Huhu..

Makanya tak berbeli lagik la baju raya.. Entah bila la nak pergi lagik mencariknye.. Adehh...!! Mungkin hari kerja kowt.. Amek cuti then pergi carik.. Hantar dia ke rumah pengasuh dan kami pergi shopping raya.. Haha.. Ok gak kan camtu.. huhu..

Ok la.. Habis dah aku merepek.. Nak buat kerja lak.. bai...!!


Read More