Nikmat Bermujahadah

Monday, May 30, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

24 Mei 2016 hari tu aku terima emel dari team Tarbiah Sentap yang menyentuh berkenaan Kenikmatan Bermujahadah... Kata-kata yang disampaikan sangat terkesan... Jadinya, aku nak kongsi pulak kat sini untuk korang semua yang sudi membaca kat blog aku ni.. Semoga bermanfaat untuk kita.. InsyaALLAH...


Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh... Cukup didikan agama.... Aurat dan pergaulan sentiasa terpelihara.... Bacaan al-Quran dan zikir sentiasa bergema di ruang tamu.... Kau jangan rasa kau bahagia! Sebab kau tak mampu nak rasai kebahagian mereka yang bermujahadah mati-matian semata-mata ingin berubah.

Mereka yang berasal dari keluarga porak peranda.... Jahil ilmu agama.... Aurat tak terjaga.... Tak tahu solat.... Hanyut dengan dunia.... Caci maki sentiasa bergema di seluruh rumah.... Sungguh! Kau tak akan mampu nak rasai macam mana hebatnya mereka bermujahadah.... Kejap tenggelam.... Kejap timbul.... Nak pakai tudung labuh kena maki.... Nak pakai stokin kena caci.... Nak jaga ikhtilat kena marah..... Nak ubah akhlak kena perli....

Mereka yang merasai keperitan dalam mujahadah ini, sebenarnya mereka sedang rasai betapa lazatnya kebergantungan secara total kepada Allah!

Mereka belajar huruf demi huruf ayat al-Quran hingga lancar....

Mereka belajar rukun demi rukun dalam sembahyang.....

Mereka belajar tutup aurat dengan sempurna.....

Mereka korbankan kemesraan dalam berikhtilat demi menjaga maruah....

Mereka korbankan hiburan lagha demi basahkan iman dengan zikrullah.....

Mereka tabahkan hati ketika diejek apabila hendak berubah....

Ya. Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh.... Jangan sesekali kau sombong menyisihkan mereka yang hendak berubah! Jangan sesekali kau berlagak dengan labuhnya tudung kau, tingginya songkok atau serban kau! Jangan kau takjub dengan taranum kau yang mendayu.... Jangan bangga dengan ceramah kau yang disukai ramai.....

Kerana belum tentu engkau yang lebih dicintai Allah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau yang dirindui Rasulullah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau layak menghuni syurga berbanding mereka!

Buat engkau, engkau, dan engkau yang sedang merasa peritnya mujahadah, terus cekalkan hati! Allah sedang melihat usaha kau!

Yakinlah dengan sepenuh keyakinan, 1 hari nanti Allah akan bawa engkau keluar dari jalan gelap kau.

Menuju cahaya dari syurga!

Sumber :-








Read More

Pencarian Bloglist June 2O16!

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi isnin seperti biasa mencari segmen yang boleh aku join.. hehe.. Segmen yang aku pilih untuk sertai adalah dari blogger Aisyah .... Pencarian Bloglist Jun 2016...

Klik banner kalau nak join..

Aku nak ajak sape ekk untuk join sekali.. hehe.. Kasi tag sama Fara & Kak PC la.. hehe..

Segmen tamat pada : 31.05.2016

Read More

Rahsia Di Sebalik Al-Fatihah

Friday, May 27, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Salam Jumaat buat korang... Kembali bekerja setelah semalam seharian berseminar.. huhu.. Kalau dah hari ni hari Jumaat makanya, buat kaum Adam jangan lupa ye untuk menunaikan Solat Jumaat hari ni.. hehe.. Sebelum aku share tentang Rahsia Di sebalik Surah Al-Fatihah, meh aku share dulu sunnah-sunnah yang dianjurkan pada hari Jumaat untuk rujukan kita semua... 



Boleh la lepas ni kita praktikkan sunnah-sunnah seperti diatas dan menjauhkan diri dari membuat kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan pada hari Jumaat...

Okeh, jom aku share lak Rahsia Di Sebalik Surah Al-Fatihah... Mungkin ada yang dah tahu tentang rahsia-rahsia ni dan mungkin juga yang masih belum tahu kan..  Jom belek-belek, selidik-selidik.. 


RAHSIA AL-FATIHAH
1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik, 
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.

Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baraqah yg berterusan hingga ke jannah.


Read More

Awak Yang Mana Satu Dalam Group Whatsapp?

Wednesday, May 25, 2016

10 comments

Assalamualaikum wbt..

Tuan blog berkursus makanye blog agak terabai tanpa penjagaan.. haha.. Malam ni nak jugak update supaya blog tidak terus terabai memandangkan internet agak laju macam naik lrt.. hoho..!! Dapat jugak test update blog guna hp walaupun terkedek-kedek menaip..


Zaman sekarang zaman whatsapp... Zaman yang maju dan agak kedepan dengan kecanggihan teknologinya... Korang sah-sah la guna aplikasi wasap ni kan.. Jangan nak tipu yek tak penah guna.. haaaaa... Wasap ni bukan aje boleh chatting dengan individu malah dah boleh buat group lak sekarang ni..

Macam aku, macam-macam group dok ada dalam aplikasi ni.. Group sekolah.. Group kerja.. Group family...  dan bagai-bagai group lagik la... Sampai jem hp kekadang tu sebab banyak sangat group... Mesti korang pown macam aku gak kan???

Ok, group dah berlambak kita join dalam apps ni, tapi yang menjadi persoalannya sekarang, korang aktif tak?? haaaaaaa.... Oleh yang demikiannn laaa... Aku nak kasi senarai yang panjang berjela ni untuk korang cam diri korang yang mana satu dalam banyak-banyak yang aku listkan kat bawah ni?? huhu..!!!

Anda yang mana satu dalam Group Whatsapp?

*1)WARTAWAN SAMBILAN* : Tiap kali ada pengumuman tak kira pasal bola, cuaca, ceramah, moyang raja mati, artis bercerai dan apa saja, dialah orang pertama yang akan menyampaikan segala mak nenek jenis informasi.  Betul atau tidak, dia peduli apa...

*2) BOS KEDAI RUNCIT* : Tak habis-habis bagi arahan, komen dan tugasan walaupun hari cuti. 

*3) KAUNSELOR* : Yang ini sentiasa bagi kata-kata pujangga, nasihat, perangsang dan semangat untuk ahli group.  Kata-katanya indah penuh motivasi, walaupun semuanya takat copy paste saja

*4) KUTU MALAM* : Cuma aktif sebelah malam terutama bila tiba hari Khamis dok kecoh pasal malam Jumaat. Bila siang, dia tak bunyi langsung

*5) HANTU KUBUR* : Jenis ini hanya berbunyi bila namanya diseru atau terpaksa jawab soalan. Kalau tak, memang dia menyepi tak reti nak munculkan diri

*6) KACANG NGAN YIN* : Yang ni kalau muncul cuma pandai guna simbol 👍👍👍 ja

*7) BISU* : Wujud sebagai ahli group tapi tak pernah berbunyi pun

*8) PELAWAT KAUNTER PERTANYAAN* : Masuk group untuk tanya soalan je, lepas tu hilang.  Masuk balik jika ada soalan lagi, lepas tu hilang semula

*9) KEYBOARD GABAN* : Hanya pandai cakap dalam group tapi kat luar menikus, macam hang cangkul daa...

*10) KAKI SENTAP* : Yang ni pulak sikit-sikit terasa, lepas tu terus left group. Tak lama lepas tu, sibuk minta admin tolong masukkan dia dalam group semula

*11) KAKI SEMBANG TAK CUKUP* : Bila dok sembang dalam WhatsApp, ceritanya selalu tergantung tak bagi habis, lepas tu dia diam

*12) BULUH MIANG* : Bila ada je ahli perempuan baru masuk group, mula lah dia munculkan diri. Tak pun tiba tiba ada topik fasal gadis cantik, pun dia akan muncul

*13) KAKI SKODENG* : Tak habis habis dok keluar simbol 👀 👀 👀 👀

*14) KAKI BAHAN* : Suka edit gambar orang, lepas tu pos masuk group sebagai bahan untuk membahan orang lain

*15) KAKI LUDAH* : Tak habis habjs suka puiii puiii 💦💦💦💦

*16) KAKI LOKASI* : Asyik beri lokasi di mana dia ada. Masuk tandas pun kalau boleh nak bagi lokasi juga

*17) KERANI* : Nampak status typing je... tapi tak keluar keluar pun apa yang ditaipnya

*18) WARTAWAN JALAN JALAN CARI MAKAN* : Asal masuk je pos gambar makanan

*19) LIDAH PANJANG* : Yang ni kalau masuk takat hantar simbol 😜😜😜😜 je...

*20) KING KOPI PASTA* : Yang ni kerjanya asyik copy paste. Apa yang orang lain hantar. dia copy dan pos masuk group

*21) USTAZ USTAZAH* : Jenis ni pulak asyik pos hadis-hadis, ayat-ayat suci, ceramah agama.  Pokoknya pos dia semua yang kalah alim ulama

*22) KING/QUEEN SELFIE* : Ni pulak suka ambil gambar sendiri, lepas tu pos masuk group sampai naik menyampah orang dok tengok muka dia je...


Ok, dah buat pengecaman korang yang mana satu bila korang berada dalam group wasap korang????

hehe..!!

Read More

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Monday, May 23, 2016

20 comments

Assalamualaikum wbt..

Jom Join Giveaway by Blogger Mialiana...


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Read More

Jadual Waktu Imsak Dan berbuka Puasa Bagi Negeri Pahang 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Ramadhan semakin menghampiri... 06 Jun 2016 dah mula puasa... Sudahkah korang bersedia untuk menghadapi ramadhan kali ni? Moga Ramadhan kali ni lebih memberi keberkatan kepada kita dengan amal-amal yang kita lakukan dan perbaikinya dengan lebih baik yek..!!

Aku nak share kat sini Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Pahang untuk tahun ni... Boleh la dijadikan rujukan bagi penduduk-penduduk Pahang.. cewahh... hikss...  Kalau nak tengok boleh la klik kat link bawah ni yek... Jadualnya panjang berjela so aku buat link aje la ekk.. hehe...


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1437H / 2016M ini telah disahkan oleh Sahibus Samahah Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, SSAP.,DSAP., DIMP., SMP., AMP., PKC. Mufti Negeri Pahang dan telah disediakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Memandangkan aku tinggal area Kuantan.. So, aku dengan suka relanya nak bentang Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Daerah Kuantan kat bawah ni.. kiki... 


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak buat korang semua..

Read More

Resepi Sup Ayam Simple

6 comments

Assalamualaikum wbt..

Hai uolls... 2 hari tak ke-udara... Sabtu Ahad memang aku bercuti untuk berblog.. Almaklumla, kat rumah tak de komputer.. Nak harap HP memang sakit mata kalau nak update blog.. Laptop pown dah rosak.. So, sabtu ahad adalah hari bercuti dari memblog.. huhu..!!

Bukan tu yang nak diceritakan disini sebenarnya.. Yang aku nak cerita kat sini, berkenaan tajuk di atas.. hehe.. Ahad baru ni, aku masak sup untuk anak aku, Qhaliff.. Aku dah stop buat nasi bubur untuk dia memandangkan dia dah pown mencecah usia 1 tahun lebih.. Dah sampai masa untuk dia biasakan diri dengan makanan yang lebih kasar... Maksud aku nasi biasa la.. So, ahad baru ni aku cuba buat sup untuk dia... Tapi sup simple aje la aku buat untuk lauk Qhaliff.. Jom tengok resepi simple aku..


SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan :-

3 ketul ayam 
(ketul?? haha sebab dah dipotong2kan)

1 Biji Kentang
1/2 Biji Bawang Besar ( Dimayang )
2 Ulas Bawang Putih ( Diketuk )
Rempah 4 Sekawan ( Cengkih, Lawang, Pelaga, Kayu Manis )
1 Sudu Rempah Sup 
Air
Sedikit Minyak Masak untuk menumis
Garam secukup rasa


Hiasan :-

Daun Sup


Cara-Cara :-

Masukkan sikit minyak dalam kuali.

Tumis bawang putih, bawang besar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau..

Masukkan air ikut suka hati nak banyak mana ye... (aku masuk 1 cawan air aje)

Kemudian masukkan rempah sup.. Kacau sampai rempah sebati dengan air.. kalau tak kacau kang berketul-ketul lak rempahnya.. hehe..

Dan menggelegak, masukkan ayam dan kentang.. Dan seterusnya masuklah garam dan serbuk perasa..

Masak sehingga kentang empuk dan ayam disahkan telah masak sepenuhnya.. hehe..

Siap..!!!


Untuk jadikan sup menjadi lebih sedap :-

1/2 biji bawang besar (dimayang)
sedikit halia (dimayang)

Goreng bawang besar dan halia sehingga kekuningan dan terus dimasukkan kedalam sup yang dah siap dimasak tadi... 


Hiasan :-

Hias dengan daun sup tadi... 

Siap sepenuhnya... hehe..


Okeh dah siap SUP AYAM SIMPLE aku.. Boleh juga dibuat untuk berbuka di bulan poseee nanti.. Simple dan mudah.. Gerenti sodappp!! Cuba la... hehe..




Read More

Giveaway | Perencah Ikan Bakar by Azatiesayang

Friday, May 20, 2016

12 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner ye kalau nak join sama..

H0ho.. Harini LA rasa nak join Giveaway yang menawarkan hadiah pulak... Giveaway by Blogger Azatiesayang..... Tertarik dengan hadiah yang ditawarkan iaitu Perencah Ikan Bakar ni... Terus rasa nak join... Syarat-syarat pown mudah dan tak memakan masa yang lama untuk dilunaskan.. cewaahhh... 

HADIAH-HADIAH
5 Botol Perancah Ikan Bakar ( 5 Pemenang )
Top Up RM 5 ( 2 Pemenang )

Katanya ada lagik hadiah lain yang akan di update nanti.. Sebab ada sponsor katanye lagik... Tataw la hadiah ape yek.. Kene tunggu  dan lihat la nanti.. hiks..

PEMILIHAN PEMENANG
Pemilihan pemenang akan dibuat secara cabutan oleh anak pompuan blogger Atie dan keputusan adalah muktamad..!!

TARIKH TAMAT
10 Jun 2016


Jom join ramai-ramai.. Support kawan kita ni.. Leh gak kenal satu sama lain dan tambah kenalan.. hehe..



Read More

55 Amalam Sunnah Rasulullah

2 comments

Assalamualaikum wbt..



1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....



Read More

Nak Jadi Jutawan Tak??

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat buat semua... Semoga hari ni akan lebih bermakna nak bermanfaat buat korang dan aku juga.. Mencari keberkatan hari jumaat.. Jom pakat-pakat baca Yaasin kejap agik... Kat tempat aku ni macam biasa la hari jumaat belah pagi ada bacaan Yaasin dan mesyuarat pagi.. Hehe.. mencari keberkataan hari Jumaat... Disamping dapat menyedekahkan Yaasin kepada sesiapa yang kita niatkan.. 

Okeh pagi Jumaat ni, aku nak share sikit macam mana nak jadi JUTAWAN.. Semoga menjadi amalan kite sepanjang masa agar apa pon bisnes yg kite ceburi sentiasa diberkati Allah.. Amiin..


Maksud REZEKI adalah :-
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

Nak dapat income RM50,000 sebulan, wajib SEDEKAH 10% dalam RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000....

Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dengan mak.. Mintak mak redha dengan apa yg kita buat..

Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak la tabung-tabung berikut :-
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

Ramai yg sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)



AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT :-

1. Solat di awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!

2. Solat Dhuha
Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain

Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)

Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat   kena bagi salam..

*** Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud
Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten..

Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia.. kalau orang tak nak, kita akan kecewa! Tapi present plan pada Allah.. kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dalam hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan.. doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..

Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yang besar-besar terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah dan ujian yang Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah
Beri sedekah dengan perasaan.. 
Contohnya, Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan)

5. Buat TABUNG SUBUH

Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan dan doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan dan sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

6. Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

7. Baca Al-Quran
Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!

Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

8. Istighfar setiap hari
Baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

9. Jaga Wuduk setiap hari
Latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

10. Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

11. Ada satu lagi kaedah untuk menjemput Rezeki dengan Zikir Asmaulhusna

Semoga bermanfaat untuk semua..



Read More

Sentap ohhh - Mesti Baca!!

Thursday, May 19, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Korang mesti baca ni..!! 




SELOKA SUKA SUKA TAPI BISA 

Ngumpat banyak-banyak... Rancak.. 
Dakwah banyak-banyak... Muak! 

Hal mengarut... di respond.. 
Hal islamik... di postponed! 

SALE dunia... hiruk pikuk!.. 
SALE akhirat... owh sibuk!

Majlis hu-ha... eh mestilah.. 
Majlis ilmu... ermm tengoklah!

Novel... hari-hari khatam.. 
Buku agama... arghh susah nak paham!

Ubatan Barat... a must buy.. 
Ubatan Sunnah... err tak sesuai!

Jurnal Oxford... terima melulu... 
Quran & Hadis... kena kaji dulu!

Jualan murah... beli cepat kang tarikh tamat.. 
Sedekah amal jariah... esok-esok pun sempat!

Shopping... biar mahal asal kualiti... 
Sedekah... biar sikit asal ikhlas hati!

Masa lapang... tengok TV... 
Serabut pikiran... baru nak ngaji?

Hidup... hanya sekali... 
Abih mati... ada banyak kali ke?

Tak sedar-sedar jugak!! 😞

Adehh..!! 



Disamping tu... Jangan lupa belajar ABC - Z balik ye...


A - Allah
B - Beri kita hidup
C - Cuma seketika
D - Di dunia ini...
E - Elok kita muhasabah
F - Fikir akan akhir hayat
G - Gerbang akhirat pun
H - Hampir tiba
I - Inilah hakikat hidup
J - Janji Allah itu pasti
K - Kalimah syahadah
L - Lailaha Illallah
M - MuhammadurRasulullah
N - Nak di ucap tak pasti
O - Orang muda atau tua
P - Pasti merasai mati
Q - Qualiti Iman jaminan syurga
R - Rasulullah s.a.w sabda :
S - Siapa ucap jaminannya syurga
T - Tapi..jika gagal...
U - Untuk mereka adalah neraka
V - Visi kita adalah akhirat
W - Walaupun dunia dpn kita
Y - Yang pasti semua akan tinggal...
Z - Zalimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...

Peace..!!
Read More

Pengorbanan Seorang Adik Buat Seorang Kakak

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Uh.. Mata masuk habuk pagi ni... Cerita  ni lama dah sebenarnya aku simpan dalam hp aku... Tapi baru pagi ni aku baca... Perghhh... Memang mata masuk habuk la... Sebelum ni tak berkesempanan nak baca... Sungguh tersentuh jalan cerita nya.. Boleh dijadikan pengajaran buat kita... Kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya... Kasih sayang yang tak boleh didapati dimana-mana... Sebab kisah ni sangat memberi inspirasi, aku nak abdikan kisah ni dalam blog aku... Boleh la korang juga memasukkan habuk ke dalam mata korang... haha!!...



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai..

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut;

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa dengan kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa, "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... Aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.. 

Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Pengorbanan sekecil mana pun, pasti diingati.. dikenang.. Janganlah berharap balasan semahal mana, kerana yang sikit itu sebenarnya itulah yg bernilai besar..

Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..

❤❤❤❤❤❤❤❤

kenapa? mata masuk habuk ke?....
Read More

Segmen blogwalking hujung minggu by Ann

Wednesday, May 18, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Nampak takkkk!! LA join segmen yang berunsurkan bloglist dan blogwalking lagik.. Haha.. Memang sah la buang tabiat yek..!! Jadi seronok pulak join segmen yang macam ni.. Yelah mane tak seronoknya, para pemenang dapat jadi bloglist untuk blog penganjur haaaa... Ahakzz.. 


LINK SINI
Klik banner untuk join sama..  Jangan memalu nak klik yekk hehe..!!


Kalau korang pun dah tersampuk macam aku jugak, jom la sama-sama join segmen by Ann ni disamping support kawan blogger kite ni.. 

Hadiah yang ditawarkan.. :-

** 3 Pemenang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Ann..
** Blogger Ann akan blogwalking ke blog para peserta seperti mana tajuk segmen ini..



Tarikh Segmen
16/5/2016 - 20/5/2016


Read More