Nikmat Bermujahadah

Monday, May 30, 2016


Assalamualaikum wbt..

24 Mei 2016 hari tu aku terima emel dari team Tarbiah Sentap yang menyentuh berkenaan Kenikmatan Bermujahadah... Kata-kata yang disampaikan sangat terkesan... Jadinya, aku nak kongsi pulak kat sini untuk korang semua yang sudi membaca kat blog aku ni.. Semoga bermanfaat untuk kita.. InsyaALLAH...


Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh... Cukup didikan agama.... Aurat dan pergaulan sentiasa terpelihara.... Bacaan al-Quran dan zikir sentiasa bergema di ruang tamu.... Kau jangan rasa kau bahagia! Sebab kau tak mampu nak rasai kebahagian mereka yang bermujahadah mati-matian semata-mata ingin berubah.

Mereka yang berasal dari keluarga porak peranda.... Jahil ilmu agama.... Aurat tak terjaga.... Tak tahu solat.... Hanyut dengan dunia.... Caci maki sentiasa bergema di seluruh rumah.... Sungguh! Kau tak akan mampu nak rasai macam mana hebatnya mereka bermujahadah.... Kejap tenggelam.... Kejap timbul.... Nak pakai tudung labuh kena maki.... Nak pakai stokin kena caci.... Nak jaga ikhtilat kena marah..... Nak ubah akhlak kena perli....

Mereka yang merasai keperitan dalam mujahadah ini, sebenarnya mereka sedang rasai betapa lazatnya kebergantungan secara total kepada Allah!

Mereka belajar huruf demi huruf ayat al-Quran hingga lancar....

Mereka belajar rukun demi rukun dalam sembahyang.....

Mereka belajar tutup aurat dengan sempurna.....

Mereka korbankan kemesraan dalam berikhtilat demi menjaga maruah....

Mereka korbankan hiburan lagha demi basahkan iman dengan zikrullah.....

Mereka tabahkan hati ketika diejek apabila hendak berubah....

Ya. Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh.... Jangan sesekali kau sombong menyisihkan mereka yang hendak berubah! Jangan sesekali kau berlagak dengan labuhnya tudung kau, tingginya songkok atau serban kau! Jangan kau takjub dengan taranum kau yang mendayu.... Jangan bangga dengan ceramah kau yang disukai ramai.....

Kerana belum tentu engkau yang lebih dicintai Allah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau yang dirindui Rasulullah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau layak menghuni syurga berbanding mereka!

Buat engkau, engkau, dan engkau yang sedang merasa peritnya mujahadah, terus cekalkan hati! Allah sedang melihat usaha kau!

Yakinlah dengan sepenuh keyakinan, 1 hari nanti Allah akan bawa engkau keluar dari jalan gelap kau.

Menuju cahaya dari syurga!

Sumber :-








2 comments:

  1. SETUJU...bagi yang sedang bertatih untuk mujahadah ianya bukan satu yang mudah...insan ini yang sedang melalui proses sedari awal seolah tidak tahu apa-apa maka sokonglah dengan doa moga terus cekal..disebalik keperitan untuk mujahadah pasti tersirat satu titik kemanisan nikmat yang sangat berharga...moga kita terus sokong..moga Allah redha... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak.. Kdg tu orang nak buat baik nak berubah pown kene caci maki kan.. hurmm moga kita dijauhkan dr golongan org seperti itu.. :)

      Delete