Amalan Ketika Menghadapi Musim Panas

Thursday, March 24, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..




Panas betul yek cuaca sekarang.. Mana-mana pegi pown orang dok bersembang tentang cuaca panas yang melanda malaysia sekarang ni... Menurut kajian bahagian Meteorologi, Malaysia merupakan antara negara yang sedang mengalami Fenomena 'EL-NINO' iaitu dimana cuaca yang panas dan kering di seluruh negara. Jumlah taburan hujan juga direkod kurang pada tahun ini dan El Nino kali ini juga diramal sama dasyatnya seperti pada tahun 1997.

Bagi mereka yang tinggal dirumah yang ber-air-cond mungkin kurang merasai kepanasan yang dirasai oleh mereka yang tinggal dirumah hanya berkipas atau tanpa kipas... -mood : sedih tetiba-... Begitu juga bagi mereka yang bekerja didalam pejabat yang ber-air-cond mungkin tidak merasa kepanasan seperti mana yang dirasai oleh mereka-mereka yang bekerja di luar pejabat tanpa air-cond...

Kesan daripada fenomena ini akan menjejaskan rantaian bekalan makanan dan ekonomi kita apabila cuaca panas yang berpanjangan. Mana tak nye, penanaman memerlukan bekalan air yang mencukupi... Contoh yang paling win.. penanaman padi... Bukan takat itu aje yang boleh terjejas, kesihatan pown turut terjejas... Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan STROK HABA weh...!! Haba pown ada strok ye... Korang tau tak strok haba tu camne... Jom tengok gambo kat bawah ni.. Aku pown baru tau hari ni.. haha!!




Ramai jugak yang demam sekarang ni.. batuk-batuk... Termasuklah anak dan suami aku... Time-time cuaca panas camni korang di nasihatkan minum air masak banyak sikit bagi mengelakkan dehidrasi badan... Sebab tu lah KKM mengeluarkan garis panduan bagi menghadapi musim panas sekarang ni... Jom baca dan amalkan...





Nampak tak slogan KKM tu "Utamakan Kesihatan, Bertindak Dengan Segera".... Jadinya, ikutlah langkah-langkah yang disyorkan tu ye agar kesihatan kita tidak terjejas.. InsyaALLAH - dengan izin ALLAH... Yang penting usaha tu ada untuk kearah kebaikan.. wahh wahhh..!!




Hah!! Ni panduan ringkas untuk korang rujuk.. Manelah tau kan, kowt-kowtnya ada yang malas nak baca yang panjang-panjang tu... Yang ni ringkas sikit... Haha!!


Sudi-sudikan membaca dan selamat beramal...!!
cia... cia.. cia..

Read More

Cara Meningkatkan Trafik Blog

Wednesday, March 23, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Dah menceburkan diri dalam dunia blog ni kene la tau macam-macam ye dak?? Satu persatu aku belajar tentang blog.. Almaklum la aku ni baru je lagik berjinak-jinak dan aktif berblog ni.. Tak berapa nak khatam lagik pasal blog.. Ada bende yang aku cari tak jumpa, aku akan tanya kepada kawan-kawan yang dah otai.. 

Dua, tiga hari ni aku belajar pulak bagaimana nak majukan blog aku.. eh eh!! majukan ekk.. Maksud aku meningkatkan trafik blog aku ni... Puas jugak aku google cara-cara dia.. Sampai naik pening aku cuba fahamkan cara-cara yang diberi... Adalah satu perkara yang berjaya aku buat... Tapi masih lagik blur-blur berkenaan kegunaan dan kebaikannya.. Haha!! teruk betul pemahaman aku yek...!!

Cara untuk meningkatkan traffik blog yang paling banyak aku jumpe adalah :-

1. Daftar blog di search engine - google.. yahoo.. bing... 
2. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai...

Kebanyakannya memang cara inilah yang disuggest oleh blogger-blogger otai... Cam aku yang baru ni, pening jugak dibuatnya nak faham satu-satu cara tu... Haha... Walau macam mana pown aku akan cuba jugak buat... Nak tengok jugak ape hasilnya kan..

Blog yang banyak membantu dan menjadi rujukan aku untuk permasalahan ini adalah blog Denai Hati..
Penulisannya mudah difahami... Tak de la aku pening sangat nak ikut step-step dia... Korang pown boleh la rujuk kat sini bagi meMAJUkan blog korang.. Haha!!


Selamat mencuba...!!
Read More

Qhaliff Tak Sihat...

Tuesday, March 22, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Ahad lepas Qhaliff bangun tido agak lambat.. Lena betul dia tido.. Mungkin disebabkan pukul 6 pagi baru dia dapat tido... Biasa la budak kecik ni dah banyak main sekarang.. Tido pun tak mau... Yang seksooo ummi dia ni haa.. Terpaksa bersengkang mata layan dia.. Hari-hari pun macam tu la waktu dia tido... 

Tapi hari tu lambat betul dia bangun.. Tak macam selalu... Pukul 2 petang pun tak sedar lagi.. Aku dah risau takut-takutnya perut dia lapar... Nak kejutkan tak sampai hati... Bukak tv kuat-kuat pown tak sedar jugak... Sabar lagik... Last-last dia bangun pukul 3 lebih... Terus mandikan.. minum susu.. makan nasi... 

Hurmm rupa-rupanya Qhaliff tak sihat... Batuk.. Selesema.. Lahai patut la sedap sangat tido.. Rupanya badan tak sihat... Sian anak ummi... Meleleh aje hingus... Biasa la kalau dah tak sihat asek merengek aje la dia... Sampai ummi tataw nak buat macam mana dah.. Nak pujuk cam ne... 



Ni gambar lama dia tak sihat sebelum-sebelum ni... Tacing betul tengok gambar ni.. Ni dekat rumah pengasuhnya.. Kasi mainan pown dah tamo... hikhik... Tapi ni cerita lama la.. Yang sekarang ni pown lebih kurang cam tu jugak la.. Nama lagik tak sihat kan.. Mesti la merengek.. Manja lebih...



Ummi umpan mainan... Sekejap je ok.. pastu nangis balik... Adoii pening sekejap mak nakk.. Haha... Orang cakap petua untuk selesema lumurkan kunyit hidup atas hidung... Terus pegi dapur carik kunyit hidup.. sekali dah habis la pulak... Mood-tensen... Semalam suruh encik suami pergi carik kunyit hidup.. Dah dapat tu terus dikerjakan kunyit tersebut.. Kupas kulit kunyit tu.. tumbuk-tumbuk sikit... terus sapu pada hidung... Kuning anak ummi jadinya.. hikhik..



Nampakkk... atas hidung dah kuning... stedi tengok tv.. hidung dah selesa kan... Petua yang mujarab... Titik ubat hospital dalam hidung tak jalan... tak menjadik.. kene cara tradisional ni jugak... Ummi harap anak ummi cepat sembuh.. Anak ummi suka dan senang makan ubat.. Alhamdulillah...


Adik nak selfie satu kali ummi...!!




Read More

Blogwalking By CORETANKU

3 comments

Assalamualaikum wbt..



Join segmen dari blog Hatinufid lak... Syarat-syarat sangat lah mudah... Jom join sesama..


TARIKH MULA & TAMAT SEGMENT

18 Mac 2016 Hingga 31 Mac 2016

Pemenang akan diumumkan pada 01 April 2016

5 Blog Yang Bertuah akan dipilih secara Random.org Dan akan dimasukkan dalam Bloglist Coretanku Selama 3 Bulan.
Read More

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni join GA by Emas Putih... Setelah bertungkus lumus melunaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi... Hehe... 

Dengan lafaz bismillah LA join GA by Emas Putih ni... 
-SMILE-



*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Read More

Read The Second Time | Semai Benih-Benih Syurga

Monday, March 21, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Sejak kebelakangan ni terasa jauh dari Tuhan.. Mungkin iman aku sedang menurun... Terfikir apa harus aku buat??... Rasa gelisah.. Rasa tak tenang... Perkara ini tak boleh dibiarkan... Nanti akan 'sakit' jiwa dan rohani... Aku harus top up balik iman aku... Haaa.. Ingat prepaid hp je boleh top up!! Iman pown kene top up tau.. Sebabnya iman ni ada turun naiknya... Kalau terus dibiarkan harusss 'kemarau berpanjangan' iman kita jadinya... Aku rasa aku perlu baca buku agama... Freshkan balik rasa jiwa... Dah lama juga aku tinggalkan membaca buku-buku agama dek kerana sibuk menguruskan anak aku sorang tu.. hikhik..

Buku yang menjadi pilihan aku untuk dijadikan santapan rohani... Buku Semai Benih-Benih Syurga... Kenapa aku pilih buku ni..?? Hurmm Sebabnya penulisan buku ni amat memberi kesan kepada diri aku.. Pendek kata, boleh membawa keinsafan tahap tertinggi.. Hehe... 

Buku ni banyak bercerita berkenaan syurga neraka... Aku rasa setiap orang perlu membaca buku ni dan memilikinya... Buku ini memberi kesedaran dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita.. Percayalah.. Tak rugi beli tau...!!


Read More