Dipintu Syurga ost Ariana Rose

Thursday, February 13, 2014

No comments

Assalamualaikum..


Ariana Rose.. Dengar je nama tu mesti semua dah tahukan dengan ceritanya.. Mesti ramai peminat drama Ariana Rose kan.. Tapi sebaliknya aku.. Aku tak mengikuti langsung cerita ni.. Mungkin terlepas pandang atau mungkin waktu siaran dia tak berapa nak sesuai.. hehehe.. Tapi dari fedback kengkawan aku, cerita ni best.. Diadaptasikan dari sebuah novel.. hah sebut aje novelkan.. Harusla aku carik novel ni dan membelinya.. ekekeke.. Cerita tak tengok, janji novelnya dibaca...  Tak gitu???

Novel Drama Ariana Rose
The Wedding Breaker

Tajuk drama dengan tajuk novel berbeza kan.. Tapi nampak cam menarik je novel ni.. So, harus dibeli.. Tapi sebenarnya ari ni aku bukan nak bercerita sal novel atau drama ariana rose ni.. Sebenarnya aku lebih berminat dengan lagu cerita ni yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah yang sememangnya penyanyi yang aku minati... Suara dia unik.. Aku suka...


Lagu  ni best.. Lirik dia best.. Penyanyi dia best.. Melodi dia best.. Wah.. dah cam juri aku ni kan.. hehehe.. Pape pown jom kite layan lagu ni..


*****

Dipintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Lirik Dipintu Syurga


Selamat berhibur..

Smile... :)
Read More

Tuhan, Aku Kembali Semai Benih-Benih Syurga..

Monday, February 10, 2014

10 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hujung minggu aku baru-baru ini dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.. Sabtu malam baru ni, adik aku adakan majlis sambutan hari lahir anaknya yang pertama.. Dah setahun budak kecik kesayangan aku tu... Paling penting dapat berkumpul dengan semua adik beradik.. Seronok sangat-sangat..

Besday boy

Itu cerita sampingan aje.. Yang aku nak cite ni sal buku-buku yang dah lama aku beli dan dah selesai dibaca pown.. Baru nak hapdet sebab banyak sangat buku sampai tertinggal nk update yang ini.. Hahaha.. 

Koleksi Peribadi

Tu dia... 3 buah hokeh... Semua dah selesai baca... Paling best dalam 3 buah buku ni, buku Tok Guru - Semai Benih-Benih Syurga.. Huh.. Memang memberi kesan pada aku.. Sampai tahap aku gerun dengan dunia dan akhirat.. Gerun dengan dunia kerana takut untuk menambah koleksi dosa yang sedia ada.. Gerun dengan akhirat pulak kerana takut dengan azab siksa di akhirat nanti... MasyaALLAH.. Moga hidup aku dilindungi sehingga keakhirat... 

Semai Benih-Benih Syurga

Setiap orang seharusnya memiliki buku ni.. Sangat-sangat bagus untuk kite berubah kearah yang lebih baik dalam membaiki diri.. 


Tuhan, Aku Kembali


Buku Sham Kamikaze ni best jugak.. Tuhan, Aku Kembali.. Sebuah buku yang menceritakan pengalaman Sham Kamikaze dalam berhijrah.. Best.. Jalan cerita dia best... Ramai dah artis-artis berhijrah sekarang.. Setakat ni yang aku tahu baru 2 orang artis yang dah berhijrah terbitkan buku... Dalam entry yang lepas aku ada update buku Diana Amir.. Klik SINI.. Sape-sape nak tahu cerita penghijrahan Sham Kamikaze boleh la beli buku ni.. 

Buku ketiga aku Bencana Akhir Zaman.. Bercerita berkenaan bencana-bencana akhir zaman.. So nak tahu lebih lanjut boleh la beli ye.. Tapi buku ni pada aku biasa-biasa saje.. hikhik..

Bencana Akhir Zaman





Read More

First Giveaway by Izni Sofia

2 comments

Assalamualaikum

Jom juin GA by Izni Sofia ni.. Hadiah Handphone taw... 


Sape-sape nak juin klik ajo banner tu ye... 

Good Luck Frens..~!!

137

Read More

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Friday, February 7, 2014

2 comments

Assalamualaikum..

Jom join GA dari rakan blogger Shad... Hadiah yang ditawarkan pown agak menarik.. Selain tu dapat jugak kite berkenal-kenalan dengan blogger yang lain kan.. Menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim kata orang... Bak kata Shad, hasrat beliau untuk mengadakan1st Mini Giveaway 2014 by Shad untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. So, Jom juin sekali dengan Lea Azleeya.. Hikhik..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!

Selamat berjaya ye kepada semua peserta yang men-join GA ni..
Good Luck UoLLs...~!!

Smile...

Read More

Meggi Ketam

6 comments

Assalamualaikum..

Bila sebut meggi mesti terfikir makanan ketika malas kan.. Hakhak.. Cam entry aku yang lepas.. SINI ... Tapi kali ni nak cite sal masakan meggi yang agak mahal harganya.. Bila tengok kan meggi tu rasa cam murah kan... Tapi menu ni harganya agak mahai kalau nak dibandingkan dengan harga meggi tu sendiri.. Tapi berbaloi-baloi la sebab sedap... 

Tahun lepas aku dapat tawaran untuk menghadiri kursus di Kelantan... Teruja jugak la.. Sambil kursus leh jugak jalan-jalan tempat orang kan.. Cuma masa agak terhad la.. Yang ada pown cuma waktu malam aje kalau nak jalan-jalan.. Time tu aku bertiga termasuk pemandu.. Yang berkursusnye aku berdua je... So, malam tu dok jalan-jalan carik makan terus terfikir nak makan meggi ketam.. Sebab sepanjang perjalanan mencarik kedai makan, banyak jugak kedai yang menyediakan menu meggi ketam ni... 

Pilih punye pilih kedai, berhenti la sebuah kedai tepi pantai (PCB).. Kedai tu memang boleh dikatakan bersih dan agak menarik la.. Siap order, kitorang tunggu la hidangan sampai.. Punye la lama menunggu.. Tetiba datang sorang akak ni cakap kat kitorang "Meggi Ketam tak de la hari ni"... Wah menyirap gak la time tu sebab perut tengah lapar dan tunggu sikit punye lama.. Sampai masa cakap takde pulak.. Haiss.. Terus bangun carik kedai lain..

Last-last jumpa jugak kedai yang ada menyediakan Meggi Ketam... Tak sabar rasanya nak menyantap meggi ketam yang agak femes ketika itu.. hakhak... Aku dah lupa ape nama kedai tu... Tapi masakan dia memang best..

Meggi Ketam Mabeles

Tengok pown dah menyelerakan.. Bila makan memang indah rupa indah rasa.. Wahh camtu skali kan.. Kalau korang pegi kelantan boleh la test rasa.. Tapi sori la aku dah lupa nama kedai dia.. 

LA & Pemandu yang sporting

Tengok tu siap ada tungkul besi untuk ketuk ketam-ketam yang sedap tu... hikhik.. Tu muka cover je tu.. Dalam ati sebenarnya tak sabar-sabar dah nak makan.. Hahaha..~!!


Member opiz aku - Eifah

Dah start memenuhkan mangkuk masing-masing... Sampai licin kami balun.. Memang terbaik.. Pas makan terus p wakaf che yeh.. Carik buah tangan untuk dibawa pulang.. Aku terus menuju dekat kedai kain pasang.. Gile bebes aku jadinya tengok kain pasang yang bagai-bagai corak.. Tapi aku lebih suka kain cotton... 

Wakaf Che Yeh, Kelantan

Tu dia... Sume kain kalau boleh nak dibelinya... Kawan aku tengah promot kat aku tu... Ekeke..
Kalau korang pergi kelantan boleh la carik Meggi ketam... Meggi ketam kat sana memang best... Tapi mesti ramai dah biasa makan meggi ketam kan... Aku je lambat sikit dapat merasanya.. Aku kan selalu terlambat.. HAhahhaa..~!!


Read More

Segmen Jom Beramah Mesra

Thursday, February 6, 2014

11 comments

Assalamualaikum..

BerGA lagik kite... Jom sama-sama memeriahkan GA ini... :)

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

85
Read More

Ketika Malas...

No comments

Assalamualaikum..

MALAS... Penyakit tu.. Penyakit yang merbahaya... susah nak ubat.. Hahaha.. Penyakit ni dah berjangkit kat aku semalam.. Bila dah dijangkiti, so ini je la makanan aku untuk malam hari.. Sebab kemalasan melanda.. Hahaha.. Meggi Kekarian....
.
.
.
.



Jemput Makan ye...
hahaha~!!

Smile... :)


Read More

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Tuesday, February 4, 2014

3 comments

Assalammualaikum...

Juin GA lagik... Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida..

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :-

Kategori Blogger : 

Kategori Onlineshop :
Read More

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

5 comments

Assalamualaikum..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Lea Azleeya MENJ0IN IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 yang dianjurkan oleh rakan BLOGGER IntaNBerliaN ... Kalau nak juin jugak, rajin-rajinkan lah jari jemari anda untuk KLIK BANNER PINK kat bawah ni... Hehehe~!!
.
.


Antara Sponsor-sponsor GA ini adalah :-


Wah.. Banyak ben0 sponsornye... Hadiah p0wn menarik.. S0 jom la juin reramai..

Gut Luck Frenz... :)



160
Read More

Golongan-Golongan Di Akhirat..

Monday, February 3, 2014

4 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk aku terus bernafas pada hari ini dan memperbaiki diri menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya... Alhamdulillah, aku dah selesai membaca buku 'Semai Benih-Benih Syurga'... Syukur yang tak terhingga kepada tuhan kerana menemukan aku dengan buku tersebut.. Sangat berguna dan banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada aku.. Ya ALLAh terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan didunia ni.. Moga segala dosa aku diampunkan olehNYA.. Betapa takutnya mengenangkan azab siksa di alam kubur dan di alam akhirat... Di akhirat kelak, manusia akan dibahagikan kepada 12 golongan..

Firman Allah SWT di dalam surah an-Naba' ~ 18,

" Iaitu hari ( yang pada waktu itu ) ditiupkan sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Diriwayatkan bahawa ayat di atas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal. Katanya, "Ya, Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?". Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab,

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut,"

11 Golongan Yang Celaka

1.  Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.  Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.  Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat

4.  Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.  Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.  Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan  maksiat atau perbuatan jahat.

7.  Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.  Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas.. Ini balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.  Mereka yang berwajah hitan, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan meraka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.  Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibubapanya.

11.  Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.


1 Golongan Yang Selamat

Hanya satu golongan yang akan selamat dan masuk ke syurga, iaitu :-

"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustakim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat".


Itulah golongan yang akan dibahagi-bahagikan oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.. Berada di golongan yang manakah kita? Sama-samalah kita perbaiki diri kita menjadi umat yang dicintai olehNYA.. Muhasabah diri dan istiqamah... Moga aku diberikan hidayah dan keteguhan iman... Amin...

Renung-Renungkan dan selamat beramal..


Read More

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

Thursday, January 30, 2014

16 comments

Assalamualaikum..

Bila dah tajuk cenggitu, ini bermaknanya LA nk juin segmen lagik ye.. hehehe... Tapi segmen untuk kali ni lain sikit... Segmen kali ni untuk meramaikan follower, meraikan ukhuwah... wah gitu... Lebih mudahnya menambahkan kenalan... Segmen ni dianjurkan oleh Blogger Lorong Cinta ...

( Nak juin, klik aje banner di atas )

sO, dengan rasminya LA juin segmen ini...


Read More

Hak Milik Terpelihara

No comments

Assalamualaikum

Bz berpanjangan nampaknya aku ni.. (eleh padahal baru je 2 hari kowt bz nye) hehehe.. Tak berkesempatan nak apdet blog... Ni baru ada masa.. Baru aje selesai buat punch card untuk bulan Februari... Sekejap je rasanya masa berjalan... Dah nak masuk bulan Februari kan... Itu menandakan dah agak lama aku simpan dan pakai barang-barang yang menjadi kesayangan aku.. hak3x..

Setiap kite mesti ada barang-barang yang menjadi kesayangan kan... Cam la aku gak.. Ada yang menjadi kesayangan aku.. Nak tahu ape.. ~!! Jom kite selongkar almari aku... Tengok ape yang ada...

Handphone kesayangan aku 
( Note 2 )
*
*
*

Handbag Converse
*
*
*

Handbag Roxy
*
*
*

Handbag Neo Adidas
*
*
*

Lappy Compaq 12 henci
*
*
*

Jam Tangan AX
*
*
*

Jam Tangan Guess
*
*
*

Banyak betul kesayangan aku.. Ha3x.. Tapi yang paling sayang buku-buku aku.. Gambar bawah ni sikit je.. Sebabnya tu gambar lama... Koleksi buku aku sekarang terlalu banyak... Best gile dowh...~!!


Koleksi Buku Aku


Antara barangan kesayangan aku yang tersebut lah.. Setiap orang pasti ada kan.. Cuma banyak dengan sikit aje.. Setiap barang mesti ada sentimental value dia kan.. hik3x... Hurmm semua barang-barang ni dah lama tapi masih dalam keadaan yang baik.. Alhamdulillah.. Cermat rupanya aku ni.. Hahaha..

Okeh la.. Aku nak pergi rehatkan diri.. Waktu rehat dah semakin hampir kan..
Jom menjamu kek bersama aku.. Kek sempena raya cina..
Nyummm nyummm...




Chow Chin Chow..

Smilee...
Read More

GIVEAWAY CNY by DEDEQ

Tuesday, January 28, 2014

5 comments

Assalamualaikum..

Selamat petang uolss... Ce tengok tajuk.. Hahaha.. Giveaway lagik ok... Rase seronok pulak juin GA ni... Walaupun tak pernah menang ye.. Tak menang pun sekurang-kurangnye dapat tambahkan kenalan... Giveaway ni aku perasan kat rakan blog aku ni .--->> Arina Camaro ...Thank Arina.... Bila dah terlebih seronok juin GA ni, ape lagik.. terus aje la juin GIVEAWAY CNY by DEDEQ....

Jangan malu-malu ye klik banner ni untuk juin

Segala syarat-syarat dah aku settlekan.. So, dengan rasminya aku, Lea Azleeya menjuin Giveaway ini.. wah gitu... 

Eh sebelum tu nak cite dulu berkenaan adiah untuk giveaway ni.. Supaya korang sume teruja nak juin jugak.. hehehe... adiah-adiahnya adalah...

HADIAH

1. Baju / Dress untuk top komenter x 1
2. Shawl x 1
3. Keychain x 10
4. Tudung Bawal x 2
5. Topup 3 x ( Digi, Maxis, Celcom )

Haaaaa best tak?? Kalau dah rasa best ape lagik ditunggu.. jom la juinnn... Sempat lagik tu nak juin..

Ok lah..
Good Luck korang semua..
Smilee.. Peace.... ~!!



Read More

Pernah tak korang jumpa...............**

4 comments

Assalamualaikum..

Carian Google

Pernah tak korang jumpa....?? Jumpa ape agaknye tu ye... Entry aku kali ni nak bercerita tentang perihal lelaki... Bukan perihal yang buruk tetapi perihal yang boleh dikatakan agak 'sweet' gitu... Tapi tajuk entry ni agak pelik kan.. hahaha.. cam jumpa hantu aje... Dalam kehidupan kita ni mesti bermacam-macam sikap manusia yang kita jumpa dan kenal kan... Ada yang baik.. Ada yang jahat... Ada yang 'sweet'.. Ada yang burok..!! So kali ni aku nak cerita berkenaan yang sweet-sweet aje...

Pernah tak korang jumpa seorang lelaki yang suka SMS kita bertanya itu-ini atau berpesan itu-ini yang menandakan dia terlalu mengambil berat tentang kita... contohnya :-

Dah sarapan ke belum?
Makan Ape rini?
Sihat tak hari ni?
Dah makan ubat ke belum?
Bawak kete hati-hati.. Jangan laju-laju..
Sampai opiz kasitau ye...
dll..

Tak kurang jugak yang sentiasa memberitahu perihal diri sendiri kepada kita.. Setiap perbuatan dan pergerakan mereka kepada kita... Yang membawa makna sebuah kejujuran dalam hubungan.. hakhak.. Pasti ada yang akan merasa bosan kan dengan keadaan seperti ini... Kepada sesiapa yang mengalami keadaan begini jangan la merasa bosan kerana apabila semua ini sudah tidak berlaku lagi, korang akan merasa kekosongan... wah ayat aku tak leh blah hari ni.. hahaha.. Tapi betul beb.. hargailah keadaan itu.. dan hargailah orang yang seperti itu... Dia adalah yang terbaik bagi kite sebenarnya...

Pernah tak korang jumpa seorang lelaki yang sentiasa ingin menjaga keselamatan kita sepanjang masa.. contoh yang paling simple la.. Time dia nak isi minyak kereta atau pergi toilet.. Dia akan pastikan pintu kereta dilock agar keselamatan kite terjamin ketika kita berada dalam kereta berseorangan... Perbuatan seperti ini dia tak pernah lupa untuk dilakukan walau dimana sahaja.. Sweetkan...??

Pernah tak korang jumpa seorang lelaki yang sentiasa memikirkan keadaan kita.. contohnya, ketika hujan dia sentiasa nak payungkan kita dan pastikan kita tidak basah walaupun dia sendiri yang basah.. Pernah la terjadi dekat aku ni.. Aku ingat sampai sekarang.. Seseorang yang sentiasa memikirkan keadaan dan keselamatan aku walau dimana berada... Time tu aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.. Berhenti di RNR Maran untuk solat... Selesai solat aku dapati hujan kat luar.. Wah, payung tak bawak.. Maka basah lah aku nanti.. Camtu la yang aku fikirkan... Tetiba keluar dari surau, aku dapati dia tengah tunggu aku kat luar dengan payung di tangan.. Aku pun tanye la dia, kenapa tak tunggu dalam kereta aje.. Dia cakap takut aku basah... nanti demam.. Terharu nye aku.. Terima kasih kepada beliau.. Yang sentiasa menjaga aku.. hikhik.. haaa korang penah tak alami keadaan camni... ??

Pernah tak korang jumpa seorang lelaki yang prihatin terhadap korang time korang makan... Contohnya time korang makan dalam kereta ke.. kat taman ke.. lepak-lepak santai.. tapi bukan dekat kedai la.. Ada tak mana-mana lelaki yang korang kenal siap amek tisu untuk diletakkan diatas ribaan korang time makan takut makanan tertumpah atau terjatuh kat baju atau suau korang..?? penah tak?? Kalau ada, korang rasa lelaki tu sweet tak? hikhik..

Pernah tak korang jumpa lelaki yang suka ikut korang pergi membeli belah @ shopping.. Dia boleh ikut aje kita sampai kita selesai shopping dengan layanan VVIP.. penah..?? penah?? Lepas kita beli barang, dia yang akan bawak semua barang-barang tu.. Sedangkan kita dok berlenggang kangkong aje.. Dia tak nak kita penat.. Wah bestkan kalau jumpa lelaki camni... Lelaki yang sentiasa dahulukan kita dan sentiasa fikirkan kita... Hurmm.... Tapi cam susah je kan nak jumpe lelaki yang sebegitu prihatiannya terhadap kite kan dan susah nak jumpa lelaki yang suka ikut kite pergi shopping sampai lenguh kaki-kaki dan melayan kerenah cerewet kite... Hahaha =))

Pernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa nak bahagiakan korang?? Contohnya, dia sentiasa fikirkan aktiviti yang akan dapat menggembirakan kita.. Bawak kita jenjalan.. Sanggup datang ambil kita walaupun kita berada di-nun jauh disana.. Sedangkan dia tinggal nun jauh di sinun.. Sanggup ambil dan hantar kita semata-mata nak bahagiakan kita... Sentiasa update berkenaan perasaan kite seharian sama ada kebosanan atau tak.. Sentiasa fikir camne cara nak kasi kita gembira dan happy... ado???

Pernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa menjaga makan minum korang?? Misalnya, dia akan bertanya sama ada kita dah makan atau belum.. Sanggup hantarkan makanan buat kita kalau kita belum makan.. huiii baiknya lelaki seperti ini... Bawak kita keluar makan... Apa saje yang kita nak makan ditunaikan tanpa bantahan.. Makan yang halal aje la.. Yang haram sah-sah korang kene pelangkung ngan seorang yang bernama lelaki.. Hahaha ~!!

Pernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa faham minat korang?? faham berkenaan hobi korang.. kesukaan korang... Contohnya la.. cam aku ni yang obses dan suka dan cinta dan sayang sangat kat buku-bukuan... so, misalnya, kalau ada lelaki yang boleh faham minat dan kesukaan aku tu dengan membelikan aku buku-buku kan best... Hahaha... Suka ati je kan nak soh orang belikan... kihkih.. Tu contoh aje la.. Tapi sebenarnya, aku penah lalui sume tu dulu.. hehehe.. Seseorang yang betul-betul memahami minat aku.. Sentiasa hadiahkan aku buku.. Tujuannya untuk membuat aku happy... ( sedih lak kenang bende ni ) Macam-macam buku aku dapat tau.. novel.. buku agama.. buku masakan... hikhik.. Terima kasih kepada beliau.. Tapi tu dah menjadi kenangan aku.. Itu lah sesweet lelaki yang penah aku kenal... Peace...~!!

Pernah tak korang jumpa lelaki yang boleh masuk dalam keluarga kita dan boleh membuatkan keluarga kita begitu sayang kepada dia.. Sehingga sayang itu melebihi daripada sayang mereka kepada anak sendiri.. Wah, hebatkan lelaki camni.. Hebat + sweet.. hahaha... Kalau korang ada kenal lelaki camni, itu la calon suami yang terbaik buat korang.. Jangan sia-siakan dia... Wah ayat aku dah cam pakar motivasi lak..

Eh, kalau nak cerita berkenaan lelaki yang sweet ni agak-agaknya berjela lagi kowt aku punye entri ni.. Cukup la takat ni.. Masing-masing ada pendapat masing-masing kan berkenaan lelaki sweet ni... Pendapat pasti berbeza bagi setiap orang... Bagi aku, ini lah yang membuatkan seorang lelaki tu boleh dikategorikan sangat sweet... So aku nak berpesan ni... Hargailah lelaki yang betul-betul menyayangi kita dan terima diri kita seadanya....

Peace & Love...


Read More

1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com.

3 comments

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak ni rajin betul aku p jelajah blog2 orang... Sampaikan bermacam-macam GA yang aku jumpa.. Pagi ni sekali lagi aku berkenan nak juin Giveaway setelah aku sekali lagi terlambat sedar akan giveaway ni... GA ni pun aku terperasan kat blog seorang sahabat aku ni... Giveaway ni juga menarik minat aku... Nak tahu Giveaway nya tak.. Jom ikut aku....
.
.
1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com.

** Sila klik banner di atas ye kalau korang berkenan nak juin jugak.. he3x..


Ok.. meh aku cite sikit berkenaan giveaway ni.. Giveaway ni sebenarnya diadakan sempena ulang tahun pertama bagi BLOG JANA HAZANA ni.... Giveaway ni telah berlangsung pada 15 Januari 2014 yang lalu dan akan tamat pada 31 Januari 2014 sehingga jam 12 tengah malam.. Keputusannya akan diumumkan pada 03 Februari 2014 dan pemenang akan dipilih berdasarkan random.org... 

Wah detail tak aku kasi tau sal GA ni... Tak detail agik kan.. mesti korang nak tau jugak adiah yang disediakan untuk pemenang-pemenang kan.. Meh aku story sikit sal adiahnya... Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah... jeng jeng jeng...

5 peserta bertuah akan memenangi hadiah
 bernilai RM450
+
Buku mini
+
Tasbih digital

Haaaa best tak... So jom la juin.. Belum terlambat lagi tu... Syarat-syaratnya pun mudah dan simple aje...

Syarat-syarat penyertaan

1. Buat entri bertajuk 1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com.
2. Copy banner diatas kedalam entri tersebut dan linkkan semula ke entri ini

3. Follow blog janahazana.blogspot.com (@ klik di side bar)

4. Follow google Jana Hazana (@ klik di side bar)

4. Like fanpage Inspirasi Sihat Semulajadi (@ klik di side bar)


Mudahkan??? So jom serbu blog Janahazana.blogspot.com


Selamat mencuba & Good Luck Uolll......~!!
Smile....
Read More