Kad Pengenalan Baru Pelepas Rindu...

Tuesday, March 4, 2014

6 comments

Assalamualaikum..

Fuhhh.. Berkejar-kejaran aku hari ni.. Berlumba-lumba dijalan raya... Rasa cam dah boleh daftar untuk F1 tahun akan datang.. hahaha.. Mengarutkan aku.. Bukan ape, bukan sesaja aku nk berlumba-lumba dijalan raya.. Cuma aku kesuntukan masa dan mengejar masa supaya waktu mengulo aku tu dapat dipendekkan.. 

Pagi tadi dalam pukul 11.00 pagi aku berkejaran ke JPN untuk mengolek atau dalam bahasa lain, mengambil IC baru aku.. Wahh dapat IC baru kan kan.. Orang lain dah berjaman buat, aku baru terhegeh-hegeh nak buat kan.. Pulak tu IC lama aku tu, time-time zaman jahiliah aku dulu.. Dengan tak bertudungnya.. Isk3x.. Terukkan aku... Bukan tak nak buat awai-awai tapi aku tunggu muka aku yang cengkung dulu jadik tembam sikit.. hahaha... Boleh camtu?? ekekeke.. Alhamdulillah, IC aku dah berubah kepada aku yang dah bertudung.. Tenang sikit ati ni... 

Satu lagik yang menarik time aku kat JPN tadik.. Aku terserempak dengan Mak 'kawan lama' aku... Terkejut beruk aku... Kenapa aku terkejut beruk?? haaaa ni nak cite ni.. Mane tak terkejutnya, pagi tadi sebelum pegi JPN tu tergerak dekat ati aku ni, "haiss, camne la kalau terjumpa dengan makcik"... Tup-tup, time aku dekat kaunter JPN untuk amek IC aku, aku berpaling ke belakang dan nampak la makcik dengan anak perempuannya dok kat kerusi tunggu giliran untuk buat IC jugak.. Tu yang terkejut beruk aku tu... Mungkin kebetulan aje la kan... hurmm..


Lama gile la tak jumpa dengan makcik.. Sampai makcik dah tak cam aku.. Sempat la borak-borak kejap dengan makcik melepaskan rindu... hehehe.. Segan betul aku.. Malu pun ada.. Sedih tak payah nak cerita la.. Aku buat-buat gumbire je tadik tu.. Kalau tak buat camtu mesti dah nangis.. huwaaaa huwaa...


Tapi Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak jumpa makcik setelah sekian lama tak jumpa.. Terlepas jugak rindu aku kat dia.. Syukur pada tuhan.. Terima kasih ALLAH...

Tak sia-sia aku berlumba-lumba dijalanraya.. Akhirnya aku selamat sampai ke pejabat tepat pukul 1.45 petang.. Hahahaha.. ( karangan cam ampeh )

Smile Sokmo~!!



Read More

Tak Kenal Maka Tak Blogwalking

Monday, March 3, 2014

3 comments

Assalamualaikum..

Jom join segmen yang agak comel ni daripada Mak Dara a.k.a Adza Irdawati.. Segmen ni sah sehingga jam 10 malam ni aje tau...


:: Terima kasih kepada korang-korang yang sudi menyinggah teratak Lea yang tak seberapa ni.. Nanti lea kunjung balas ye ke laman korang pulak.. Tapi kene la tinggalkan jejak kat chatbox atau komen mane-mane entri ye. Sebabnya kemungkinan besar Lea tak perasan akan kehadiran korang.. 
Peace.. Smile sokmo.. :) ::


Read More

Jangan Baca Novel Ni..~!!

1 comment

Assalamualaikum..

Meh meh sini nk cite sikit.. Cite seram ni tau... Sape-sape nak dengar meh datang dekat2 sikit.. hehehe.. Bukan pe, aku nak cite pasal buku yang aku baru beli baru-baru ni.. Buku berkulit hitam legam.. Kalau sekali tengok pada kulit buku, memang tak selera nak baca.. Tapi bila tengok kali kedua, terasa unik pulak buku ni... Hitam bukan sebarang hitam ni tau.. Hitam melambangkan kegelapan yang menyeramkan.. haaa tengok ayat aku pun dah pelik kan.. Ni penangan buku ni la.. Jom aku perkenalkan dekat korang-korang semua...

Jangan Baca Novel Ni

Ni la novel tu... Mula-mula baca memang aku berada didalam cerita.. Uis.. sampai tahap nak pergi toilet pown terasa seram.. Hahaha.. teruk kan aku... Memang memberi kesan betul novel ni pada aku.. Almaklumla.. Takat ni tak pernah lagik aku baca novel-novel seram... Entah macam mana tertarik pulak nak beli novel ni... Mungkin sebab tajuk dan kulit bukunya yang unik.. Sebab tu la aku beli... 

Novel ni ada sambungan tau.. Ni sambungan dia..

Tanpa tajuk

Pape pown korang kene baca yang ada tajuk tu dulu... Kalau tak, korang tak akan faham cite dia... Tapi aku nasihatkan, kepada yang lemah semangat tak payah la ngade-ngade nak baca.. Kang tak masuk toilet la jawabnye.. hahahaha...


Read More

Tambah Koleksi Lagi..

Friday, February 28, 2014

4 comments

Assalamualaikum..

25hb Feb baru ni gajikan.. Tengahari tu terus keluar pergi kedai buku untuk tambahkan koleksi buku-buku aku... Excited gile.. Tak sempat-sempat dah nak tunggu hari jumaat.. Biasakan aku pergi mencari buku hari jumaat.. Kali ni memang tak menyempat dah.. Kebetulan nak pergi carik hadiah untuk kelahiran anak baru member opiz kan.. Terus je la ke kedai buku... Dah alang-alang sampai berdekatan dengan kedai buku tu kan.. hehehe..

Koleksi Baru Aku

3 buah buku aje aku beli.. Buku-buku ni dah lama berada dalam senarai aku.. Nanti aku update k berkenaan buku-buku ni.. Setakat ni aku tengah baca buku Isabella tu.. Belom habis lagi.. So tak boleh nak buat kesimpulan lagik.. Buku ni berkenaan sejarah.. hehehe.. 

Banyak lagi kan buku yang aku belom update.. Tengok la.. ada masa nanti aku apdet satu persatu ye.. Banyak dah buku yang telah dihabiskan pembacaannya.. Cuma tak berkesempatan nak update.. Tambahan pula, aku sedang kemalasan untuk membuat kesimpulan keatas buku-buku yang telah aku baca tu.. hahaha..


Read More

SEGMEN & GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

Thursday, February 27, 2014

2 comments

Assalamualaikum..

Nak join GA dari blogger Ikhwan Yusuff pulak kali ni..


SEGMEN & GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

Klik banner untuk join

Nasib baik cepat terperasan GA ni.. Tarikh tamat dah hampir sangat.. hehehe

GA ni  kene sertakan QUOTE sebagai syarat-syarat penyertaan nye.. Hah.. Banyak jugak nak di tampal disini.. hehehe.. Jom tengok ape yang nak aku tampalkan disini.. Semua aku suka dan membawa makna dalam kehidupan aku... hahahahahahaha.. (gelakkan diri sendiri dulu sebelum orang gelakkan aku nanti)







Last sekali.. Kata-kata ni banyak sangat kasi pengajaran pada aku.. 


Okeh la.. tu aje la yang aku nak tampalkan disini.. 

Oh ya.. GA ni tamat pada 01 MAC 2014.

Gut Luck kepada yang menyertainya..

Bubey.. :)
59

Read More

Pelancaran FB Page Ianfaizal.com

No comments

Assalamualaikum..

Nak join giveaway lagik.. GA ni simple sangat.. Memandangkan aku tak berapa nak ada banyak masa terluang, makanya aku join GA yang simple aje syarat-syaratnya... hehehe..

Pelancaran FB Page Ianfaizal.com

Klik banner untuk join ye..

Tarikh tutup GA ni : 28 Februari 2014

GA ni simple aje syarat-syarat dia.. So, jom la ramai-ramai serbu dan juin GA ni.. :)




Read More