Sayur Dan Buah Membantu Mencegah Kanser

Monday, December 12, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt

cegah kanser

Sayur Dan Buah Membantu Mencegah Kanser |  Sejak kebelakangan ni banyak betul dengar berita orang yang mengidap kanser.. Ada juga dikalangan rakan taulan aku sendiri yang mengidap kanser... Adehh... Aku hanya mampu mendoakan kesihatan dan kesembuhan untuk mereka.. Sebab itu juga, tergerak hati aku untuk mencari sesuatu yang berkaitan dengan kanser....

Kali ni aku nak senaraikan sayur dan buah yang dapat membantu mencegah kanser.. Yelah kita hanya mampu merancang tetapi segalanya tuhan juga yang tentukan.. So, kita berusaha selagi terdaya.. Betul tak?? Hehe.. Jom tengok senarai dibawah :-

tip cegah kanser

Senarai sayur-sayuran yang dapat membantu mencegah kanser :-

01: 98.7% - Ubi Keledek Kukus
02: 94.4% - Ubi Keledek Mentah
03: 93.9% - Asparagus
04: 82.8% - Kubis Bunga
05: 91.4% - Kubis
06: 90.8% - Brokoli
07: 83.7% - Daun Saderi
08: 74.0% - Kulit Terung
09: 55.5% - Lada Benggala
10: 46.5% - Lobak Merah
11: 37.6% - Bunga Lily Kering
12: 35.4% - Kubis Cina
13: 34.7% - Kailan
14: 32.9% - Sawi 
15: 29.8% - Mizuna / Sawi Jepun
16: 23.8% - Tomato


Air Lemon pown banyak manfaatnya tau.. Air Lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan kita hidup lebih lama... Air Lemon panas juga boleh membunuh sel kanser... Caranya, tambahkan air panas dengan 2 - 3 hirisan Lemon dan jadikan ianya sebagai minuman harian... Air Lemon panas ini boleh mengawal pertumbuhan kanser...

Kalau korang nak tahu, kepahitan dalam air Lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser.. Air Lemon sejuk hanya mempunyi vitamin C, tiada pencegah kanser..

Teruskan pembacaan korang ye... Kat bawah ni aku senaraikan pula tip untuk mencegah kanser...
TIP MENCEGAH KANSER

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur. 

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.



Read More

Dapatkan Pemeriksaan Fizikal Percuma Di Royal Canin

Sunday, December 11, 2016

11 comments
Assalamualaikum wbt..


Dapatkan Pemeriksaan Fizikal Percuma Di Royal Canin  |  Pernah dengar tentang Royal Canin tak?? Aku pown baru aje tau sebenarnya selepas berjinak-jinak dalam dunia kekucingan ni.. Hiks.. Itu pown member opis merangkap bos bahagian aku ni yang kasitau.. Kalau tak memang tak tahu.. Bos bahagian aku tu memang pencinta kucing.... Kucing dia semua cantik-cantik dan mahal.. Aku bela kucem kampung aje.. Hehe..

Ayakkk!! Ada taik mata la.. Mesti baru bangun tidur.. Haha!!

Ni lah kucing aku tu.. Comey tak?? Haha.. Nama dia CICIKO.. Ada kisah disebalik kucing ni sebenarnya.. Nanti di entry yang lain aku akan ceritakan tentang Ciciko ni.. 

Okeh, berbalik kepada Royal Canin.. Untuk mendapatkan pemeriksaan fizikal PERCUMA bagi kucing korang, boleh la mendaftar di pautan dibawah ini..:-

Daftar sekarang dan dapatkan pemeriksaan fizikal percuma..

Kalau tak jelas, boleh klik pada gambar

Soalan-soalan yang perlu korang jawab nanti... Cewahh, dah macam jawab exam aje gayanya.. Lebih tepat lagik form yang perlu korang isi semasa korang mendaftar nanti.. 

Dah selesai daftar, code voucer akan di hantar ke email korang.. Dan dengan menggunakan code tersebut, korang akan dapat pemeriksaan fizikal percuma itu nanti di klinik-klinik yang terpilih.. Macam aku di Kuantan ni, ada 2 buah klinik..



Yeahhh, ada yang berhampiran rumah aku.. Sangat memudahkan.. Hehe.. Tataw la bila tu nak bawak ciciko buat pemeriksaan... Nanti ada kelapangan baru kami bawa.. Korang boleh tengok senarai klinik yang berhampiran dengan anda untuk tebus code voucer untuk rawatan percuma tersebut di pautan dibawah ini :-

>>> SENARAI KLINIK <<<

Korang jangan lepaskan peluang ni tau.. Daftar dan dapat pemeriksaan percuma.. Mudah saje.. Sesambil tu boleh la join contest yang dianjurkan oleh Royan Canin ni..




Untuk keterangan lanjut boleh layari :-

Website

Facebook


Read More

2017 Bloglist SA-VIORS

Saturday, December 10, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt


2017 Bloglist SA-VIORS  |  Lama tak join segmen bloglist.. Adik Rii kembali dengan segmen bloglist untuk tahun 2017.. So, tak perlu tunggu lama dan fikir lama-lama nak join ke idokk.. Terus aje join.. Syarat yang simple, bertambah keinginan untuk turut serta bersegmen bersama Adik Rii.. Hehe..

Jom la korang, kasi meriahkan segmen ni..


Tarikh Tamat
30 Disember 2016







Read More

Tonton Drama Lara Aishah Full Episod [2016]

Friday, December 9, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Drama Lara Aishah Full Episod [2016]  |  Holaaa..!! Dah berzaman kowt drama ni ditayangkan.. Aku pulak baru nak sedar akan kewujudan drama ni.. Hehe.. Adalah tengok beberapa kali dekat Astro Ria tapi tak bersungguh.. Sehinggalah tertonton satu episod tu, tak ingat episod yang keberapa, aku terus tertarik nak tahu jalan cerita drama ni dari mula.. Dah mulalah kerja-kerja meng-google drama ni dijalankan.. Ahakz.. Alang-alang dah jumpe port baik untuk tonton drama ni, meh le aku kongsi jugak dengan korang.. Manelah tahukan kowt-kowt korang pown terrrrrrr macam aku jugak kan.. Hiks..

Drama Lara Aishah terbiatan Global Station Sdn. Bhd. ini sebenarnya dah ditayangkan di Astro Ria pada 29 Ogos 2016 yang lalu lagi.. Drama ini diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin dan skripnya ditulis oleh Adzim Shahabudin... 

Drama ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Nazim Othman, Eizlan Yusof, Dian P.Ramlee, Shah Jaszle, Ainul Aishah, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Janet Khoo, Sasqia Dahuri, Zamarul Hisham, Wati Elite, Maria Farida, Shah Reza, Dayana Roza, Afzan Abdul Rahman, Fadil Dani, Mia Nasir dan Aedy Ashraf..

Dah tahu siapa yang berlakon, moh kite baca sinopsis drama ni pulak..



SINOPSIS DRAMA LARA AISHAH


Mengisahkan dua wanita iaitu Aishah yang berjuang menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya. Zurin dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu dirancang ibu mentuanya.



Apabila dibebaskan dia dapat tahu anaknya diculik ketika kecil masih hidup dan nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis itu. 



Pergaduhan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya mekanik yang miskin. Perkenalan itu membuahkan bibit cinta di antara mereka. Dalam masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dan sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran bekas kekasih Aishah merumitkan lagi keadaan. 

Credit to http://www.kbergetar.com


Ok.. Dah boleh mula menonton..


Tonton Full Episod


Credit to http://www.kbergetar.com



Selamat Menonton!!




Read More