Vouchers From Juice Works Malaysia

Friday, December 9, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt.



Vouchers From Juice Works Malaysia  |  Kelmarin aku terima sepucuk surat.. Wah kemain suspen lagik.. Biasalah bukan selalu dapat surat ni.. Hehe.. Tak sabar nak buka nak tahu isi kandungannya.. Sebab bila aku rasa sampulnya, ada kepingan keras didalamnya.. Lagik lah bertambahsimbol tanda tanya atas kepala aku ni.. Hehe.. Bila dah buka, baru lah aku tahu surat tersebut daripada Juice Works Malaysia... Dan bersama-sama surat tersebut terdapat 2 keping voucher... 


Seronok bukan main aku dapat voucher.. Bila tengok tempat yang boleh di tebus, terus down.. Dekat Kuantan mana ada Juice Works woiii.. Aku kecewa.. Hahahahaaadoiiii!! Ini bermakna, voucer ini akan menjadi milik kakak aku... Hehe.. Minggu ni dia balik, so boleh lah aku kasi dekat dia voucher ni.. Rezeki aku rezeki dia jugak.. Kan..!!

Location Juice Works


Nampak tu.. Pahang nanhadoooo!!.. Yang ada Ipoh, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Penang dan Selangor sahaja.. Bila la agaknya dekat Kuantan nak ada ye?? Hehe.. Maybe satu hari nanti.. Ahakz.. Okeh.. Kalau nak tengok lokasi penuh Juice Works ni boleh klik di pautan kat bawah ni ye..


Seronok betul bila masuk ke laman web Juice Works ni.. Laman webnye sangat menarik bagi aku... Kagus 5 minit.. hehe.. Dah membebel panjang lebar ni, terlupa pulak nak kenalkan kat korang tentang Juice Works ni.. Korang baca dekat sini jerk la ye..




Dah tau serba sedikit tentang Juice Works kan.. So, moh le kite tengok menu yang ada dijual di Juice Works pula.. Korang mesti excited nak tau kan.. Jom tengok..


Ada 6 kategori menu.. Tropical Paradise, Berry Lovers, Meal Replacement, Fruit Smashes, Detix Juices dan Hi-Fibre Juices.. Korang boleh pilih mana satu yang korang berkenan.. Setiap menu ada pelbagai jenis juice... Mesti korang rambang mata nak pilih nanti.. Hehe 


2 jenis juice di atas adalah dibawah menu "Fruit Smashes".. Yang bagusnya tentang Juice Works ni, kiraan calorie dalam juice tersebut telah dikira siap-siap.. Kandungan vitamin pown dinyatakan.. Memang superb terbaik..!!

Alahai, aku hanya mampu melihat untuk ketika dan saat ini.. Nak merasainya tatawlah bila yerk.. Hehe.. 

Okey lah.. Untuk keterangan lebih lanjut tentang Juice Works ni, korang boleh layari laman web Juice Works dan media sosial mereka seperti kat bawah ni ye..


Laman Web

Blog

Facebook

Instagram


Read More

Wordless Friday #4 - Prasangka

6 comments
Assalamualaikum wbt


#jauhikamidariprasangka

-SMiLe-


Read More

Pindah Data Lebih Mudah Dengan SanDisk Ultra Dual Drive M3.0

12 comments
Assalamualaikum wbt..

sandisk lea azleeya

Pindah Data Lebih Mudah Dengan SanDisk Ultra Dual Drive M3.0  |  Sebelum ni aku tak pernah tahu pown yang ada pendrive serupa ini.. Tak up to date betul aku ni kan.. Tapi bila member opiz aku yang pakai pendrive ni dan dia tunjuk dekat aku, barulah aku tahu yang pendrive terlebih canggih ni wujud.. HAha.. Teruk lak rasa diri ini.. Hiks..

Nak dijadikan cerita.. Baru-baru ni dapat Box of Joy dari Lazada dan dalam kotak tersebut adalah bende alah ni.. Terus melompat kau!! Haha... Tak yah beli dah.. Lazada dah kasi hadiah untuk aku.. Hehe TQ Lazada.... Terharu mak nakk!!  


sandisk ultra dual drive
Ni aku punye.. Lazada kasi... Sandisk Ultra Dual Drive M3.0

Kecik-kecik cili padi ni tau.. Korang nak tau tak kelebihan Sandisk Ultra Drive M3.0 ni?? Meh baca ape yang aku nak bebelkan ni.. 





Sepertimana yang korang tahu, kat pasaran sekarang ni ada banyak jenis pendrive kan.. Bagai-bagai bentuk dok ada... Pilih aje yang mana berkenan.. Sungguhpun begitu, ianya tak menghalang SanDisk untuk mengeluarkan pendrive model baru dengan rupa yang lebih comel iaitu SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 yang direka khusus untuk pengguna Android..



SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 ini merupakan pendrive yang menyokong sambungan USB3.0 dan mikro-USB.. Ianya memudahkan kita untuk mengalihkan fail atau data dari telefon pintar dan tablet secara OTG dengan lebih pantas...

Maksudnya kat sini, kita boleh pindah data dalam hp kita terus ke PC.. Sangat memudahkan kerja.. So, tak perlulah lepas ni aku mencarik cable hp bagai nak pindah gambar-gambar dalam hp aku ni.. Gile mudah weh.. Setiap orang/blogger perlu ada SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 ni sebab ianya sangat membantu kita pindah gambar atau data dengan cepat dan mudah...



Okeh, Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 ni didatangkan dalam kapasiti 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB... Aku dapat yang 64GB.. Kelajuan penghantaran data dipertingkatkan melalui sambungan USB3.0 sehingga 150Mbps.. 



SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 ni korang boleh dapatkan secara eksklusif di Lazada Malaysia dengan harga seperti berikut :-


16 GB :  RM 39   |   32 GB :  RM 49   |   64 GB :  RM 89   |   128 GB :  RM 169

Sekarang ada promosi tau dekat Lazada.. Rugi tak beli sekarang.. Murah... Jom terjah kat SINI... Ok, kat bawah ni ada penerangan lebih terperinci tentang SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 ni.. Korang boleh baca sendiri yek..














Maklumat lanjut tentang Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 boleh layari pautan di bawah :-
SANDISK

Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 ni.. Dah la comel, mudah dibawa, canggih pulak tu.. 64 GB, banyak gile kowt boleh simpan gambar.. Tak perlu dah nak sesakkan hp aku dengan beribu-ribu gambar... Kasi pindah aje dalam ni.. Bebila masa boleh up dekat blog.. Gituuuuu!! 


Jangan lupa skodeng SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 ni kat sini ye..

http://www.lazada.com.my/online-revolution/


Read More

12 Petua Murah Rezeki

13 comments
Assalamualaikum wbt..


12 Petua Murah Rezeki  |  Rezeki datangnya dari Allah S.W.T.. Namun kita sebagai manusia haruslah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.. Bukan hanya duduk goyang kaki dan tunggu rezeki itu datang dengan sendiri,... Ahakz.. Itu malas namanya ye.. Memang betul, setiap orang Allah dah tentukan rezeki masing-masing.. Dah kalau malas camne rezeki nak datang ye dak?? Hehe..

Kunci untuk murah rezeki adalah dengan bersedekah.. Jom kita tengok, sedekah yang bagaimana yang boleh kita amalkan.. 


12 PETUA MURAH REZEKI



Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang bertandang


Asingkan sedikit hasil dari gaji atau upah jerih perih anda untuk disumbangkan kepada anak yatim atau orang miskin


Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan


<
Letakkanlah dibilik sebuah kotak... Setiap kali anda rasa anda telah berbuat dosa, masukkan wang kecil kedalamnya.. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut


Jika anda hadir dalam acara keramaian (keluarga @ kerabat @ sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral dan niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya.. (Orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain)


Jika anda membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)


Belilah mushaf (Al-Quran) dan letakkan di dalah satu masjid.. Bayangkan berapa banyak pahala yang anda akan dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya..


Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus

Lemparkanlah senyuman kepada orang yang anda temui.. Berikanlah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah

Jangan biarkan anda tertidur, melainkan telah anda ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepada anda dari menghina, menyebarkan fitnah dan menzalimi anda...


Setkan pada handphone anda penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada kedua ibubapa anda sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..

Jangan lupa untuk mengasingkan wang gaji anda untuk ibu dan ayah anda


Read More