Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

Monday, November 7, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016  |  Ponnn Ponnnn!! Hellooo BLOGGER MALAYSIA!! Jom ramai-ramai join Mega Giveaway by Blogger's Family ni.. Hadiah menarik menanti anda.. Okeh, aku intro sikit ye tentang GA ni.. Alah malas pulak rasa nak buat ayat.. Hurmm jom tengok apa kata penganjurnya lah senang... Wohaa!!


Bermula pada hari ini, Mega Giveaway buat pertama kalinya by Blogger's Family dibuat atas persetujuan 30 blogger yang menjadi ahli. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama dan saling memberi pendapat untuk menaikkan lagi B'sF..
Walaupun tidak seberapa tetapi dengan kerjasama ahli, in shaa Allah akan berjalan lancar. Giveaway ini berjalan selama sebulan. Sebulan guys.. Tunggu apa lagi , cepat cepat join. Bukan mudah tau ahli B'sF nak sponsor. Semuanya ada hadiah yang menarik. Cash, topup dan lain lain. Takkan taknak join? Rugi kalau tak join. Ahli B'sF bukan mudah nak sponsor tau. Ini peluang untuk hampa grab !



Haaa itulah kata-kata aluan daripada penganjurnya Blogger Nabila.... Baiklah, kalau dah nama pown GIVEAWAy, mesti sebelum join tu nak tau dulu hadiah-hadiahnya kan.. Okeh, kat bawah ni aku akan senaraikan hadiah apa yang bakal dimenangi oleh para peserta yang bertuah.. Mari kita lihat..

Antara hadiah yang bakal korang dapat ialah :-
Image result for topup
Topup free? Serius? Seriuslah.. Semua rangkaian boleh tau. Jangan nombor luar negara sudah...
Image result for 50 ringgit
Image result for 20 ringgit
Duit cash pun ada? Tudiaa.. Kalau hampa tak join , memang rugi gila !! Cepat join!!
Haaa.. Sabun kopi pun ada. Sabun ini susah didapati tau sekarang. Amat terlaris !
Image result for totebag
Totebag juga ada. Tetapi bukan macam inilah designnya. Aku rahsiakan designnya khas untuk pemenang saja tahu tau. 
Image result for notebook tumblr
Notebook juga ada gaiss.. Design dirahsiakan juga. Katanya nak surprise untuk pemenang juga.


Banyak gile bapaknya hadiah.... Jom la join korang-korang semua.. Kita bukan mencari seorang atau dua orang pemenang sahaja tau.. Tetapi kita mencari pemenang seramai 15 @ 16 orang untuk memenangi hadiah-hadiah seperti di atas nunn.. Cerah wooo peluang untuk menang tu.. 

So, ape tunggu lagi.. Dipersialah join ye.. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.. Tak kira pangkat dan usia.. Cewahhh.. Gituu sekali ayat.. Hehe.. Giveaway ini akan tamat pada 10 Disember 2016.. Cepat-cepat korang join.. Cuba nasib... 

Good Luck buat korang.. xoxo..!!


Read More

Akhirnya... Follower Cecah Juga Ke Angka 400!!

12 comments
Assalamualaikum wbt..


Akhirnya... Follower Cecah Juga Ke Angka 400!!  |  Alhamdulillah setelah sekian lama berblogging, akhirnya tercecah juga hari ini jumlah follower ke angka 400.. Terima kasih tak terhingga kepada semua follower Blog Lea Azleeya ini.. Semoga blog ini memberi manfaat kepada korang semua... Ambillah yang baik sahaja ye.. Andai ada yang tak berkenan dihati korang tentang blog ini, harap dimaafkan mungkin tak disengajakan atau tanpa sedar... Hiks..




Love Uolls.. Insyaallah, aku akan follow balik mana-mana blog yang belum aku follow.. Kalau tak perasan tu mintak maaf banyak-banyak ye.. Tegur-tegur la kalau korang dah follow blog aku tapi aku tak follow lagi blog korang..  Kengkadang tak terperasan jugak.. Hehe..

Ok.. Bubey..!!


Read More

Menang Lagi - 3Days Header Giveaway by Mellya

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Menang Lagi - 3Days Header Giveaway by Mellya  |  Tak terkata dan hanya terlafaz ucapan 'Alhamdulillah' sahaja semasa aku membaca Keputusan Pemenang 3Days Header Giveaway by Mellya ni.. Rezeki pada bulan November ni agak melimpah ruah untuk aku.. Syukur sangat-sangat.. TQ ALLAH.. TQ adik Fhatin...


Okeh, walaupown tak berjaya untuk memenangi header tetapi aku tetap bersyukur kerana masih dipilih sebagai pemenang bagi memenangi hadiah berupa Face Mask daripada Adik Fhatin.. Boleh la jugak aku bermask-mask nanti yek... Hehe.. 

Apa-apa pown aku nak ucapkan terima kasih pada adik Fhatin kerana sudi memilih diriku ini sebagai pemanang.. Cewahhh!! Len kali adik buat lagi giveaway pasti akak akan join.. hehehe.. 

Sebelum aku akhiri entry ni, jom lah kite reramai berkenalan dan terjah blog Adik Fhatin kita yang chomel ni.. Blog beliau pown cantik tau.. Rugi tak terjah.. Jommmmm!!






Pssstttt..!!


Sahabat aku maklumkan lagi aku menang ni.. hehehe TQ Sha.. Sayang kam0 ketat~ketat!!


Read More

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2016 Diumumkan

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Tarikh Keputusan UPSR 2016 Diumumkan Keluar  |  Wahh tak lama lagi keputusan UPSR akan keluar.. Mesti tak sabar ibu bapa dan adik-adik kita untuk mengetahui keputusan masing-masingkan.. Bila tarikh keputusan keluar ye?? Sebelum tu mari kita tengok tarikh rasmi keputusan UPSR bagi tahun-tahun sebelum ini terlebih dahulu..

 Tahun 2010 - 11 November
 Tahun 2011 - 17 November
 Tahun 2012 - 19 November
 Tahun 2013 - 14 November
 Tahun 2014 - 26 November
 Tahun 2015 - 17 November


Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2016

Okeh bagi tahun ini pula, tarikh rasmi pengumuman keputusan UPSR bagi tahun 2016 ialah pada 17 NOVEMBER 2016 (KHAMIS).. 

Pada tarikh tersebut, calon-calon UPSR boleh mendapatkan slip keputusan melalui sekolah masing-masing.. Selain itu juga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan perkhidmatan semakan ringkan ringkas keputusan secara online dan sistem pesanan ringkas (MySMS 15888)..

Semak Keputusan UPSR 2016 Secara Online

Ibu bapa pelajar juga boleh membuat semakan secara online iaitu dengan mengikuti beberapa langkah seperti dibawah :-

Step 1

Klik pada pautan ini >>>> https://sppat.moe.gov.my/semakan/ dan anda akan dibawa ke paparan seperti gambar dibawah :-


Sistem semakan ini hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan diumumkan secara rasmi..

Step 2

Sila masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang disediakan..

Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan RINGKASAN KEPUTUSAN SAHAJA.. Slip keputusan penuh hanya boleh diperolehi di sekolah atau di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)...


Semakan Keputusan UPSR 2016 Melalui SMS

Calon/Ibubapa pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui perkhidmatan sms dengan cara :-

Taip :-

UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

Contoh :-

UPSR KC001A044 dan hantar ke 15888


Semoga tahun ini lebih ramai calon-calon yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR..


Read More