Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pahang!

Tuesday, June 23, 2020

1 comment
Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pahang! |  Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand. Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pahang!

Di Pahang, Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.

Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pahang!

Nur Fakhira Binti Mohd Rosli turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.

Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Pulut Kuning dan Rendang Cili Api Ayam” jelas Nur Fakhira.

Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.  



Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.

Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nur Fakhira menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Puan Zuraida Binti Ismail.

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pahang!

Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.

Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pahang!

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pahang!

Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand :  

📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur  
📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan  
📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman  
📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu 
📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh 
📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang 
📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina 
📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar 
📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban  
📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru 
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor 
📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching 
📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my.



Read More

Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat

Saturday, June 20, 2020

1 comment
Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat | Holaaaa... Eh, dah lama tak bersiaran yek.. Hehe.. Kesibukan melanda sejak akhir-akhir ini.. Ini baru ada masa nak update blog dengan story panas yang tak sabar-sabar rasanya aku nak kongsikan dengan korang.. Hiks.. Apa agaknya story tu ye... Ok, kali ni aku nak share dengan korang syampu dan perapi yang baru saja aku guna iaitu Sensenique Natural yang bebas Betaine, Sulfate dan Silicone... Syampu ni memang diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat digunakan disamping dapat merawat rambut kita.. Itu yang best!

Sensenique Natural Shampoo Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Untuk Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat

Set penjagaan rambut Sensenique Natural ni terdiri daripada syampu dan perapi.. Ianya 98% dihasilkan daripada bahan organik dan selamat digunakan.. Sensenique Natural ini TIADA betaine, sulfat, silikon, paraben, phthalates, warna sintetik, wangian sintetik, hars preservatives, lemak haiwan, SLS, SLES dan ALS... Produk ini juga tidak diuji keatas haiwan ye.. Itu yang bagusnya.. 

Sensenique Natural Shampoo


Syampu Sensenique Natural ni diperbuat daripada Jus Aloe Vera dan ekstrak tumbuhan semulajadi Minyak Argan.. Bau syampu ni best sangat sebabnya wangiannya terhasil dari minyak pati tulen, limau nipis dan daun pudina.. Sangat mengegarkan baunya.. Aku suka.. 

Siapa yang boleh guna syampu Sensenique Natural ni? Ok, sebenarnya syampu ni sesuai untuk semua jenis rambut terutamanya korang yang mengalami masalah rambut dan kulit kepala berminyak.. Syampu ni sangat sesuai untuk korang.. Lagi satu, yang suka sangat warna rambut, sangat recommend guna syampu ni sebabnya ia membantu melegakan keguguran rambut yang luar biasa.. Bagi peringkat umur pula, suitable for seisi keluarga, kanak-kanak 1 tahun ke atas dan juga warga tua..


Ok, syampu ni boleh digunakan setiap hari.. Jangan risau sebabnya ia sebatian premium, lembut dan tiada toksin.. So, selamat digunakan setiap hari.. Hehe..

Sensenique Natural Conditioner


Kalau dah ada syampu, kenalah ada perapi pulak kan.. Ok, perapi Sensenique Natural ni juga dihasilkan daripada bahan organik seperti ekstrak tumbuhan semulajadi minyak zaitun, minyak argan, minyak biji jojoba dan minyak biji macadamia.. Harumannya pula dari minyak pati tulen, halia, kulit oren, daun pudina dan daun limau nipis yang memberikan bau yang menyegarkan selepas penggunaannya..

Antara manfaat yang korang akan dapat daripada penggunaan perapi ini adalah perapinya ringan dan dapat melembutkan rambut serta merta.. Bukan itu saja tau, rambut pun jadi licin dan mudah diurus.. Serius best!! Perapi ini sangat disyorkan buat korang yang rambut berwarna dan sesuai untuk semua jenis rambut.. Seperti syampunya juga, perapi rambut ini boleh digunakan seisi keluarga, kanak-kanak 1 tahun ke atas dan warga tua..


Boleh digunakan setiap hari juga tau!

Jom bertukar kepada penjagaan rambut yang tidak mengandungi Betaina, Sulfat dan Silikon.


Apa yang uniknya dengan Sensenique Natural Shampoo ni, ia tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampu yang biasa korang guna.. Sungguhpun begitu, tidak bermakna syampu ni tidak dapat membersihkan rambut korang dengan sempurna ye atau korang beranggapan perlu menggunakan lebih banyak syampu daripada biasa untuk mencuci rambut korang.. Tak perlu semua tu.. Apa yang perlu korang lakukan bila guna syampu ni adalah kena pastikan rambut benar-benar basah sebelum menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural ini..

Untuk menikmati pembersihan rambut yang berkesan, korang hanya perlu menambah air sahaja bukan menambahkan lebih banyak syampu seperti yang biasa korang lakukan.. Konsepnye disini adalah menggunakan kuantiti produk yang sedikit untuk memperoleh kesan pembersihan yang lebih baik.. Hah gittchewww!! Jimat uollsss...

Cara menggunakan set penjagaan rambut Sensenique Natural 


  • Pastikan rambut korang betul-betul basah sebelum menggunakan syampu ini.. Kalau rambut tak betul-betul basah, agak susah untuk menggunakan produk ni dan meratakannya pada rambut..
  • Gunakan lebih banyak air, bukan lebih banyak produk. Guna syampu dalam kuantiti sedikit sahaja. Kalau nak buih yang banyak, sila gunakan lebih banyak air, bukan produk.. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampu dan memudahkannya diratakan ke seluruh rambut.. Itu uniknya syampu ni..
  • Kalau rambut jenis tebal dan kasar, syampu sebanyak 2 kali.. Untuk kali ke-2 tu, syampu akan lebih mudah berbuih dan rambut yang tebal atau kasar dapat dibersihkan dengan lebih mudah dan berkesan.
  • Bilas rambut dengan sempurna. Sebarang sisa syampu akan menjadikan rambut terasa berat.
  • Siap syampu, pakai perapi pula.. Guna jari jemari untuk meratakan perapi daripada bahagian tengah panjang rambut hingga ke hujungnya.. Kulit kepala tidak perlu disapu dengan perapi terutamanya jika rambut korang jenis halus dan berminyak. Dah rata, bilas dengan sempurna..




Syampu dan perapi Sensenique Natural ni didatangkan dalam pek pam dispenser yang terkunci.. Kalau nak buka, just pusingkan pam mengikut lawan arah jam.. Untuk menutup dan mengunci pam pula, hanya tekan pam sehingga ke bawah dan pusing mengikut arah jam sepenuhnya.. Ini bertujuan mengelakkan kebocoran dan amat sesuai untuk dibawa semasa travel..

Keadaan rambut selepas menggunakan Syampu Penjagaan Sensenique Natural



Ada lagi yang aku nak share dengan korang tentang syampu unik ni.. Banyak betul rahsia syampu ni kan.. Ok apa yang perlu korang tahu, syampu ni mengambil sedikit masa untuk mendapat keserasian dengannya.. Macam mana tu? Camni ye, kulit kepala korang mungkin akan mengambil masa seawal 2-3 minggu atau selewatnya 1-2 bulan untuk serasi dengan produk ini apabila korang bertukar kepada cara penjagaan rambut yang benar-benar semulajadi seperti Sensenique Natural ni..

Untuk permulaan penggunaannya, rambut mungkin terasa sedikit kering dan kasar.. Ini merupakan tempoh penyesuaian untuk syampu ini membantu rambut dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia.. Selepas tempoh penyesuaian ini, korang boleh lihat rambut korang lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang.. Hasilnya, korang akan mendapat rambut dan kulit kepala yang lebih sihat..

Pengalaman Menggunakan Sensenique Natural Shampoo & Conditioner



Ok, aku baru je seminggu menggunakan syampu dan perapi Sensenique Natural ni.. Firstime pakai, memang rasa tak selesa gile sebab rambut jadi kering dan sedikit kasar.. Disebabkan telah dinyatakan ia adalah proses penyesuaian dengan produk dan untuk membuang segala bahan kimia yang ada pada rambut, jadi aku teruskan juga.. Almaklumlah, rambut aku ni memang dah rosak disebabkan kuat mewarna rambut satu ketika dulu.. Huhu..

Lepas seminggu ni, ok sikit rambut.. Tak de la rasa kering sangat lepas guna syampu ni.. Tambahan pula bila dah pakai perapi, rambut kembali lembut serta merta.. Haha.. Best gile.. Aku suka bau syampu dan perapi ni sebabnya harumannya sangat menyegarkan.. Lepas cuci rambut memang terasa kulit kepala sejuk dan segar... Best jerk bau rambut lepas cuci.. Hehe..

So, aku sangat recommended korang guna Sensenique Natural Shampoo ni.. Formulanya sangatlah lembut pada kulit kepala.. Nak guna setiap hari pun boleh takde masalah.. Untuk kesan yang lebih baik, sila guna secara konsisten ye.. Hiks..

Untuk info lanjut, korang boleh layari :-

💕 Website : https://senseniquenatural.com/
💕 Instagram : https://www.instagram.com/sensenique


Read More

T-Shirt Rekaan Unik Dari Printcious Dah Sampai.. Membeli Sambil Menderma!

Wednesday, June 10, 2020

8 comments
T-Shirt Rekaan Unik Dari Printcious Dah Sampai.. Membeli Sambil Menderma!  |  Alhamdulillah akhirnya sampai juga t-shirt yang aku tempah di Printcious.. T-shirt ini designnya direka khas oleh Printcious dalam usaha mengingatkan masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan terhadap Covid-19.. Disamping itu juga, dengan membeli t-shirt rekaan khas ini kita telah menyumbang kepada 2 badan kebajikan.. Sambil membeli sambil menderma, itukan lebih baik..



Sebenarnya T-Shirt ini mempunyai 6 design.. Kesemuanya cantik-cantik belaka.. Boleh tengok kat SINI.. Antara design yang dihasilkan adalah Stay At Home, Social Distancing, Wash Hand, Wear Mask, Cover Your Cough dan Exercise..

Aku dah dapatkan 4 design untuk dijadikan koleksi peribadi aku... Ikutkan hati, nak beli kesemuanya sebab semuanya cantik-cantik belaka.. T-Shirt ini didatangkan hanya berwarna putih berkolar bulat yang dijual dengan harga RM29.90 sahaja untuk sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL...


Orite, ini wajah sebenar baju yang telah siap di print... Siap boleh cetak nama sendiri di atas baju.. Barulah bermakna kan.. Aku memilih wear mask dan wash hand kerana ianya dah menjadi norma baru untuk kita sekarang.. Sejak Covid-19 melanda, kehidupan kita dah berubah 180 darjah ke norma yang baru.. Sekarang ni kalau nak keluar kemana-mana, dah kena pakai mask dan perlu kerap cuci tangan sama ada dengan sabun atau dengan hand sanitizer.. Sebab itu aku memilih design ini.. Lagi pun designnya cantik.. hehe.. 


Untuk dua helai lagi, aku memilih social distancing dan juga cover your cough.. Why? Ok, untuk dua design ni ofkoslah social distancing tu salah satu norma baru yang perlu kita lalui sekarang ni.. Melihatkan ada sesetengah orang tidak mengamalkannya.. Jadi, mesej baju ni sangat tepat untuk disampaikan kepada semua orang yang melihatnya.. Untuk cover your cough ni pula, aku pilih untuk mengingatkan aku sendiri juga, dimana kadang-kadang aku sendiri terlepas batuk seperti biasa tanpa cover... Haha.. Bahaya woii.. So, aku akan pastikan aku sentiasa cover aku punya batuk lepas ni mengikut arahan yang diberikan dengan betul.. Hiks.. 


Inilah keempat-empat design yang aku ada.. Korang tak teringin ke.. Sekurang-kurangnya bila kita pakai, kita dah ingatkan orang sekeliling kita untuk sentiasa amalkan norma baru ini bagi langkah pencegahan penularan Covid-19... Lagi pun designnya cantik.. Boleh buat koleksi sempena memperingati musim Covid ini.. 


Eh apa pulak ni? Haha sempat lagi tempah mouse pad.. Hiks.. Banyak design baru untuk mouse pad.. So, buatla satu untuk aku guna di pejabat.. Macam-macam lagi tau yang ada kat Printcious ni.. Kalau korang rasa buntu nak bagi hadiah pada yang tersayang, boleh terjah laman web printcious ni dan reka sendiri hadiah korang tu.. Ini lebih memberi makna kepada yang menerima.. 



Baju saiz kanak-kanak pun ada tau.. Tapi untuk design norma baru ni tak de sebenarnya... Aku yang copy paste design di Printcous dan tempah t-shirt kanak-kanak buat anak-anak aku.. Dorang pun nak jugak berkempen.. Haha.. Baju Qhaliff terbeli kecik sikit.. Haduhai.. Silap saiz..

Oklah, bagi yang ingin mendapatkan koleksi T-Shirt unik dari Printcious ni bolehlah buat tempahan di laman web mereka.. Apa yang bestnya, Printcious menawarkan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Oh ya, ada satu lagi yang menarik untuk korang iaitu beli 6 design @ RM150 dan dapatkan BAUCAR TUNAI BERNILAI RM150 secara percuma untuk membeli belah di Printcious.. Best gile weh!! So, ape tunggu lagi.. Jom shopping di Printcious sekarang jugak..

Pembelian boleh dibuat secara atas talian melalui : https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness..


Read More

Review Novel | Scarlett by Sha Hanim Ramli

Tuesday, June 9, 2020

4 comments
Scarlett by Sha Hanim Ramli  |  Kemurungan ni sangat bahaya sebenarnya... Satu penyakit yang  boleh meragut nyawa jika tidak dirawat.. Hilang rasa happy.. Hilang rasa bahagia... Apa yang dirasa hanyalah sepi, kosong, kelam, gelap dan tiada makna... Fuhhh alhamdulillah habis jugak aku hadam novel Scarlett karya Sha Hanim Ramli ni.. Agak tebal juga tetapi aku dapat habiskan dalam masa 2 hari sahaja disebabkan ceritanya agak menarik inspirasi dari sebuah kisah benar... Serius sangat menarik..


Sebenarnya aku tak tahu pun tentang kewujudan novel Scarlett ni.. Ini pun Kak Fa (Blogger Farawaheda) yang kenalkan kat aku.. Bila tengok video tentang novel ni kat IG beliau, tertarik untuk aku baca sendiri lagi pula novel ni dari kisah benar.. Serius teruja.. Sekurangnya kita baca tu, kita tahu itu kisah benar bukan khayalan semata.. Lagi excited untuk baca.. 


Tajuk : Scarlett
Penulis : Sha Hanim Ramli
Muka Surat : 450
Penerbit : HuCAD Consultants
Tahun Terbitan : Ogos 2018


Sinopsis Scarlett


Deprasi, andai tidak dirawat bakal meragut nyawa sendiri. Maka Biarlah badai itu berlalu..

"Tapi kalau tuan berani berdepan dengan wanita psyhco, dialah orangnya.

Cuma perlu ingat, jangan berumah di tepi pantai kalau tak sangguh dilambung ombak."

"Aku dulu terlatih sebagai tentera risik pun tak terfikir untuk cipta sistem dalam otak sendiri atau untuk hidupkan semula otak yang 'mati' macam otak dia tu."


Review Scarlett


Ok jujur aku cakap, novel Scarlett ni agak berat jalan ceritanya.. Sampai satu tahap aku baca, aku rasa beratnya.. Terbeban rasanya.. Seolah aku yang hadap bende tu.. Tak sanggup nak lalui satu persatu jalan ceritanya.. Sungguh berat... 

Novel ni katanya inspirasi dari sebuah kisah benar.. Mengisahkan seorang wanita yang mengalami kemurungan yang teruk.. Kemurungan sejak kecil lagi sehinggalah dewasa... Setiap satu kisah hidupnya dari kecil hinggalah dewasa sangat menyayat hati.. Aku tak pasti andai aku yang lalui semua tu, aku rasa aku akan masuk tanjung rambutan ataupun mati bunuh diri.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan ya Allah.. 

Starting aku baca, agak keliru dengan watak yang ada dalam novel ni.. Yelah sekejap kisah Qaseh.. Lepas tu tetiba kisah Zareef dan Zaifa lak.. Eh, dah kenapa.. Biasa la mula-mula datang keliru tu memang sebal jerk rasa.. Jenis tak sabar gini lah gayanya.. Cepat sangat gelabahnya.. Haha.. Lepas baca habis barulah tau kait mengaitnya.. Hehe.. Maafkan saya.. Haha..

Watak utama novel ni adalah Qaseh.. Qaseh ni mengidap penyakit kemurungan sejak kecil lagi.. Ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya.. Disebabkan itu, ayahnya menghukum dia sebagai punca kematian ibunya.. Dituduhnya anak membawa sial.. Ayahnya abaikan dia setelah berkahwin baru... Mak tiri dia pun sama naiklah jugak dok dera, buli, herdik, hina dan bermacam lagi la perbuatan jahat dia buat pada Qaseh ni yang menyebabkan dia kemurungan.. Dia selalu dipukul dan didera.. Sehinggakan satu masa, deprasi dia tu membawa dia kepada mencederakan diri sendiri.. Kepuasan akan dapat dia rasai bila dia mencederakan diri sendiri.. Allahuakbar.. Aku rasa nak pergi cekik jerk ayah dan mak tiri dia tu weh!! Haaa nampak emosi terlebih..


Tak dapat aku bayangkan budak kecik yang tak tahu apa-apa diperlakukan begitu.. Bukan setakat mak bapak yang buat macam tu tetapi adik beradik tiri pun sama jugak.. Manala tak depress budak tu.. Siot je kan.. Bila dah tak tahan sangat, plan lari dari rumah untuk mencari sinar baru di luar.. Bukan sinar yang dia dapat sebaliknya kegelapan yang dihadap... 

Dia berjaya melarikan diri dan dibantu oleh haider dan juga Jaslin.. Dorang ni tokan dan penagih dadah.. Sebagai membalas jasa dorang yang membantu si Qaseh ni larikan diri dari rumah, dorang soh si Qaseh ni jual dadah.. Bila Qaseh berkeras tak nak dan nak blah dari kehidupan dorang, si Jaslin ni berdendam dan buat plan nak hancurkan masa depan si Qaseh.. Dari situlah bermula titik yang lebih hitam dalam hidup Qaseh.. Dia dirogol beramai-ramai.. Seramai 9 orang jantan jahanam.. Allahuakbar.. Tak terluah rasanya bila baca kisah ni.. 

Tak tergambar dek perasaan macam mana nak hadap masa depan bila diri diperlakukan sebegitu.. Qaseh hidup dalam kegelapan selepas itu.. Hatinya dah mati dek kisah silam yang menjerut rasa bahagia dan gembiranya.. Dia rasa rendah diri dan tak berguna.. Sehinggalah dia pulih semula berkat dari usaha nekadnya yang terdorang oleh satu perasaan cinta terhadap seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menerimanya dan sanggup membantu dia pulih.. 

Serius best sangat cerita Scarlett ni walaupun jalan ceritanya agak berat untuk dibaca dan diterima.. Kisah yang meruntun jiwa dan dapat rasa kemurungan yang dialaminya.. Seksa.. Sungguh seksa.. Kalau tak kuat, memang boleh meragut nyawa sendiri.. Korang yang nak tahu cerita penuh, kena baca sendiri baru dapat rasa apa yang dirasa.. 

Rating & Cadangan


Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 ðŸŒŸ 🌟 

Kenapa aku bagi 5 bintang? Hurm sebabnya aku suka novel Scarlett ni.. Mungkin ada kelemahan dimana-mana di dalam novel ni, tetapi kisahnya yang cukup mantap membuatkan kelemahan itu tertutup dengan sendirinya..

Mula-mula nak beli novel ni, aku rasa sedikit mahal harganya.. Yelah sekarang ni aku asek beli novel fixi je kan.. Harga lebih murah.. Bila nak beli novel ni dengan harga RM35 plus postage RM7, aku rasa berat sangat.. Dah biasa beli buku RM50 untuk 3 buah novel sekali postage sebab tu terasa agak mahal untuk novel Scarlett ni.. Bila di fikir banyak kali, aku gagahkan jugak membelinya sebab novel ni dari kisah benar.. Aku nak baca.. Itu tarikannya.. 

Dah beli dan baca, aku puashati dengan harga tu.. Dengan cerita yang sangat menarik, berbaloi-baloi aku beli dengan harga tu.. Kisahnya masih bermain-main difikiran aku.. Harapnya aku tak depress la lepas ni.. Haha.. 

Buat penulis, syabas diucapkan kerana berjaya menghasilkan sebuah novel yang sangat menarik seperti ini.. Moga penulis diberi kesihatan yang baik dan dapat menghasilkan novel yang lebih ohsem lepas ini.. Tumb up!


Read More

Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

Saturday, June 6, 2020

2 comments
Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan | Assalamualaikum.. Hai korang... Haa tengah buat apa tu? Kalau takde urusan penting diluar, duduklah dirumah ye supaya kita boleh hapuskan terus rantaian Covid-19 ni dan kembali dengan kehidupan normal seperti dulu.. Sekarang pun normal bukan tak normal tetapi dengan norma yang baru.. Hah gitteww.. Okeh, tak nak bebel panjang lebar, hari ni aku nak share dengan korang maklumat dan tips kesihatan yang patut kita tahu dan amalkan.. 

Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

Aku nak perkenalkan kepada korang semua sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan aku dan juga ramai orang iaitu laman web Tips Kesihatan. Dalam laman web ini korang boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best ada banyak tips untuk gaya hidup sihat.. Jadi mudahlah kan, hanya bukak laman web ni saja korang dah dapat pelbagai info kesihatan.. 

Apa yang aku suka sangat tentang laman web ini adalah penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas.  Selain itu, aku juga boleh print setiap artikel yang ada di dalam laman web ini sebagai rujukan sendiri, keluarga mahupun kenalan dengan hanya menekan ikon print dekat hujung artikel tersebut.. Format printing dia memang cantik dan tak berserabut.

Kalau korang nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah layari laman web tersebut ya.. 
Read More

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Friday, June 5, 2020

2 comments
Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin  |   Holaaa!! Hi korang.. Lama dah blog ni kesepian tanpa dikemaskini.. Almaklumlah dah kembali bekerja seperti biasa.. Masa dah menjadi terhad dan badan agak keletihan.. Biasalah dah semakin senja ni.. Bila balik dari opiz, badan dah rasa lenguh-lenguh dan sendi-sendi pun rasa nak tercabut.. Hehe.. Nasib baiklah sekarang ni aku dah ada ' bff ' baru.. Perozin namanya.. Hiks.. Kalau korang nak tau Perozin ni bukanlah makhluk bernama manusia tetapi krim sapu yang banyak manfaatnya dan salah satunya ia mampu menghilangkan sakit sendi dan otot dengan berkesan.. Bagus tau! Jom aku cerita..

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Kalau dulu-dulu, asal sakit sendi je mesti dok amalkan petua tradisional hilangkan sakit sendi.. Petua orang tua-tua banyak tetapi agak cerewet untuk diamalkan dan kadang kala agak kurang berkesan.. Now, dah tak perlu nak bersusah payah sebabnya dengan Perozin ni je dah dapat melegakan sakit sendi dan otot yang kita alami.. Serius best dan bagus sangat!

Apa Itu Perozin?

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Perozin adalah krim lembut untuk menghilangkan sakit sendi dan otot yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti halia, daun pudina dan rosemary.. Kalau korang nak tahu, Perozin ni digunakan untuk melegakan kesakitan dengan cepat, berkesan dan berterusan.. Apa-apa pun kesannya bergantung atas pengguna itu sendiri.. Ada yang cepat dan ada sebilangan besarnya akan merasa lega dalam tempoh 24jam selepas penggunakan krim Perozin ni..

Apa yang menjadikan Perozin ni bagus dan diyakini adalah diperbuat daripada bahan semulajadi.. So, takde la rasa risau nak guna.. 3 bahan semulajadi yang digunakan dalam menghasilkan Perozin ni adalah bahan yang banyak memberi manfaat iaitu :-
  • Daun Pudina - Berkesan menenangkan sakit otot dan sendi
  • Halia - Anti-radang, mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Rosemary - Anti-radang, mengurangkan tekanan oksidatif

Manfaat Perozin

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Perozin ni sesuai untuk siapa? Ok, Perozin ni sesuai untuk golongan muda, tua (warga emas), atlet, pemandu, suri rumah, wanita hamil, mereka yang menderita sakit lutut terutamanya pelari (sakit patellofemoral), tendonitis, sprains dan lower back. So, kalau korang ada masalah sendi dan otot, bolehlah cuba Perozin ni ye.. Banyak sangat manfaatnya.. Antaranya manfaatnya :-
  • Mengurangkan keradangan
  • Menengakan dan melegakan sakit sendi dan otot
  • Membantu dalam pemulihan
  • Tekstur yang menyenangkan dengan sensasi zero sensation
  • Tidak berminyak
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Kandungannya dari bahan semulajadi dan selamat digunakan

Cara Menggunakan Perozin

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Ok korang, ni aku nak ajar cara guna Perozin ni pulak.. Orite kalau korang nak melegakan kesakitan sendi dan otot dengan berkesan, korang boleh sapukan 1 hingga 3 kali sehari pada tempat yang sakit.. Untuk hasil yang terbaik, korang boleh sapu Perozin ni sebelum dan selepas mandi air panas..

Perlu diingat ye kengkawan, Perozin ni hanya untuk kegunaan luaran sahaja.. Bukan untuk dimakan ye.. Elakkan dari terkena mata dan jauhkan dari jangkauan kanak-kanak. Dah siap guna, basuh tangan dengan sabun.. Inilah ubat sakit otot korang tau.. Hehe.. Jangan biarkan sampai terkena demam sakit sendi baru nak bertindak.. Seksa oiii..

Testimoni Aku Lepas Guna Perozin

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Aku sekarang ni dah kerap sangat lenguh sana sini.. Ada masa tu, rasa macam sendi-sendi aku ni nak tercabut sebab terlalu letih.. Seharian bekerja lepas tu sambung pulak jawatan suri rumah bila sesampainya di rumah.. Kesana kemari menguruskan rumahtanga sampaikan nak tidur malam pun rasa tak selesa dek kerana rasa letih dan lenguh sana sini..

Sekarang ni aku akan pastikan, selepas balik dari kerja selepas mandi air panas, aku akan sapu Perozin ni pada kaki dan lutut aku supaya hilang segala sakit sendi yang aku alami.. Bila buat kerja rumah tu, rasa lebih selesa dan laju jerk.. Hehe.. Apa yang aku suka dengan Perozin ni, lepas sapu tu akan rasa sejuk jerk sekaligus dapat menenangkan rasa sakit yang dialami.. Memang rasa best sangat sekarang ni sebab ada 'bff' baru yang boleh menenangkan rasa sakit sendi.. Bagus sangat tau Perozin ni..

Dapatkan Perozin Untuk Melegakan Sakit Sendi dan Otot

Cara Paling Berkesan Menghilangkan Sakit Sendi dan Otot Dengan Perozin

Orite, Perozin ni didatangkan dalam tiup 100ml.. Kalau korang nak dapatkan Perozin ni boleh dapatkan di Watsons, farmasi terpilih atau beli secara online di www.royalepharma.com, Lazada, Shopee dan PrestoMall.. Harga untuk satu tiub Perozin ni adalah RM45.90..

Untuk info lanjut tentang Perozin ni, korang boleh layari :-

➽Facebook : https://www.facebook.com/perozinmalaysia
➽Instagram : https://www.instagram.com/perozinmalaysia/



Read More