Psiko by Rosa Nur | Hi korang! Memandangkan sekarang aku punya sedikit masa terluang untuk membaca, makanya banyaklah review novel yang akan muncul di blog aku ni.. Dah alang-alang aku berjaya menghabiskan novel yang aku baca, apa salahnya kan aku terus review di blog usang aku ni.. Hehe.. Manalah tahu ada yang tengah mencari novel ni, bolehlah hadam review aku ni dulu sebelum beli.. Tak gitu.. Hiks.. Orite, tak nak menceceh panjang lebar lagi, jom ikut aku review novel Psiko by Rosa Nur ni.. Ramai yang cakap best novel ni.. Betul ke? Haaa stay sampai noktah terakhir ye!
2 Minggu lepas mood menambah koleksi novel muncul lagi.. Puaslah aku dok cari novel yang best-best untuk dibeli.. Lastnya aku buntu tak tahu nak beli novel apa.. Jalan terakhir, aku whatsapp la kawan ulat buku aku, Sha Mohamad bertanyakan tajuk novel yang best dan mengancam jiwa... haha!! Jadi, Psiko ni merupakan advice dari Sha Mohamad untuk aku beli.. Katanya novel ni memang best jalan ceritanya.. Memang takkan menyesal.. Uiss, terus teruja badak aku untuk beli novel Psiko ni.. Tajuk pun dah menarik kot.. Hehe..
Psiko merupakan novel thriller karya Rosa Nur.. Ini adalah novel pertama Rosa Nur yang aku baca.. Jom kenali Rosa Nur.
Penulis berasal dari Jasin, Melaka dan mula melakar nama dalam dunia penulisan tanah air setelah terbitnya novelet pertamanya yang bertajuk Berakhirnya Mimpi pada tahun 1996. Kini Rosa Nur telah berjaya menghasilkan 22 buah novel pelbagai genre di bawah pelbagai syarikat penerbitan. Psiko merupakan novel ke-23 beliau dan mempunyai elemen thriller dan aksi serta turut diselitkan dengan sedikit pergolakan cinta di dalamnya.
Selain menulis novel, beliau juga bergiat aktif di dalam dunia penulisan sajak dan cerpen. Beliau telah pun mempunyai 3 buah buku antologi cerpen bersama. Sajak-sajaknya pula turut dimuatkan di dalam 2 buah buku antologi sajak. Moto yang menjadi pegangan beliau 'Kalau hendak menulis, tulislah sampai siap'.. Maka siaplah Psiko.. Yeah!! Haha..
Sinopsis Psiko
Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka.
Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...

Tajuk : Psiko
Penulis : Rosa Nur
Muka Surat : 483
Penerbit : Penulisan Enterprise
Tahun Diterbitkan : September 2018
Sinopsis Psiko
Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka.
Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...
"Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu?
Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!"
"Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau.
Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit.
Ada faham?"
Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat.
Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu...
Seorang gadis obesiti sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa hitam di sebatang sungai telah merubah takdir si gadis obesiti!.
Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini?
"Bulat macam belon tu kau kata comel?
Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!" - RAZMAN
"Eh, tak payahlah. Nantitak cukup pula bihun goreng itu.
Kau kan kuat makan!" - BAIZURA
"Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje hah?" - MAIZATUL AKMA
Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional.
Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, suspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini.
Review Psiko
Psiko BEST! Satu perkataan yang keluar dari mulut aku selepas habis baca Psiko ni.. Jalan cerita memang superb.. Kejam dia tu, memang tahap dewa... Start baca aku dah rasa teruja nak tahu cerita seterusnya.. Plot yang disusun sangat kemas dan teratur.. Jadi, bila baca tu tak berselirat jalan ceritanya.. Kasi jalan terussssss aje.. Cuma throwback tu memang ada..
Berdirinya novel Psiko ni hanya dengan satu sebab sahaja iaitu DENDAM! Dalam satu novel kita sebagai pembaca boleh rasai pelbagai gelombang didalamnya.. Thriller, aksi, kekejaman, penyiksaan, kesakitan, penderitaan, tekanan, stress, emosi, sedih, gembira, pergolakan dan percintaan. Pendek kata Psiko ni berjaya menghuru-harakan perasaan pembaca.. Jaga-jaga anda korang pulak yang Psiko.. Haha!!
Psiko bermula dengan kisah seorang gadis obesiti yang bernama Suriati yang selalu diejek dan dihina dek kerana saiz badannya yang besar.. Setiap hari dia dikeji dan dipersendakan oleh rakan-rakan terutamanya Razman, Baizura dan Hanna Hanani.. Sungguhpun begitu, dia sebagai manusia tak lepas dari perasaan ingin mencintai dan dicintai.. Dalam diam dia meminati Rayyan Firdaus yang merupakan rakan baik kepada Razman, Baizura dan Hanna Hanani tadi..
Mereka mengetahui akan hal itu dan sekali lagi Suriati dihina dan dikeji kerana tidak sedar akan dirinya yang gemuk ingin mendampingi seorang lelaki yang kacak dan digilai ramai.. Mereka suka mempermainkan Suriati sehingga tibalah satu hari, sesuatu yang buruk terjadi kepada Suriati disebabkan niat jahat mereka berempat yang menyebabkan Suriati bertindak turun ke Sungai tanpa sedar dia dihanyutkan arus deras Sungai Gasing..
Mayatnya tidak ditemui.. Kehilangannya menjadi tanda tanya.. Selepas 10 tahun dia muncul kembali dengan penampilan yang berbeza.. Rupa yang cantik dan tubuh yang langsing.. Apakah rahsianya? Semuanya kerana Puan Chempaka yang menyeksanya untuk cantik dan kurus.. Wajahnya yang berparut telah dibuat pembedahan plastik sehinggakan dia menjadi cantik menawan.. Semua tidak mengenalinya kerana dia adalah Suriati yang baru dikenali sebagai Aurora..
Bukan setakat dicantikkan sahaja tetapi Puan Chempaka telah mengajarnya untuk berdendam.. Dendam kesumat dia simpan untuk menghancurkan rakan-rakannya yang pernah mengeji dan mencacinya sehingga dia hilang kehidupannya selama 10 tahun dek kerana dikurung oleh Puan Chempaka..
"Kalau berdendam biar sampai mati"
Dia sanggup menyamar, berlakon seterusnya menculik.. Bukan setakat itu sahaja, malah dia menyiksa mereka berempat sebelum dibunuhnya dengan kejam.. Allahuakbar..
Besar sungguh kuasa dendam ni kan.. Kadang kita tidak sedar dimana tersilap percaturan, orang akan menyimpan dendam terhadap kita.. Jadi, berhati-hatilah dengan percakapan mahupun perbuatan kita agar tidak menyakiti hati orang lain.. Kelak padah akibatnya.. Moga kita dijauhi dengan sikap dendam dan dijauhi juga dengan orang-orang yang suka berdendam..
Ending Psiko ni buat aku tak keruan kerana ceritanya seolah-oleh akan ada sambungannya dimana si bongkok masih hidup dan menjejak Suriati dan Jimi.. Haa mesti korang tertanya-tanya siapa si bongkok dan jimi kan? Kalau nak tahu kenalah baca sendiri weh.. Cerita ni panjang kot.. Takan aku nak cerita A to Z kat sini kan.. Tak best la camtu.. Baca sendiri baru best.. Hehe..
Rating & Cadangan
Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟
Psiko ni aku sebenarnya nak bagi 5 bintang tapi aku terpaksa bagi 4 1/2 bintang sahaja sebabnya ending dia aku tak puas ati seolah-olah ada sambungan.. Kalau ada sambungan ok gak kan.. Hehe.. Bolehlah tau apa jadi seterusnya dengan Suriati yang dah kudung sebelah kaki, Jimi, Rayyan Firdaus yang hilang ingatan dan Baizura yang kehilangan sekerat lidahnya sehinggakan dia murung dan mental.. Uiss best la kalau ada sambungan.. Si bongkok pun tengah cari si Suriati ni.. Nak jugak tau kesudahannya.. Hehe..
Bagi yang suka novel thriller, bolehlah cuba baca Psiko ni.. Korang mesti suka dengan jalan cerita novel ni.. Plot demi plot menuntut korang baca tanpa henti.. Sebabnya, ia berkait antara satu sama lain..
Dalam Psiko ni juga ada kisah cinta yang perlu korang tau kesudahannya.. Cinta terlarang dengan suami orang.. Cinta monyet.. Cinta penuh dendam.. Haaa macam mana tu? Hehe... Korang tak teringin ke nak tahu.. Hehe.. Wajib baca tau novel ni..
Ok la, pape pun aku nak ucapkan tahniah kepada penulis yang dah berjaya membawa kecelaruan dalam minda dan jiwa aku dek kerana plot cerita yang penuh dendam ini.. Kekejaman dalam novel ni sangat mengerikan sehingga aku rasa tak sanggup nak baca.. Tahniah penulis.. Kejam sangat sehhh!!
Moga dimasa akan datang penulis dapat menghasilkan karya yang lebih kebabommm...!! Serius Psiko ni best gile!! Rugi tak baca weh!!..