Top Social

Review Novel | #GHOST by Zura Rahman

Tuesday, November 27, 2018
#GHOST by Zura Rahman  |  Fuhh tak sangka berjaya juga akhirnya menghabiskan bacaan novel #ghost dalam masa yang singkat... Bila dah mula, pasti susah nak berhenti.. hehe.. Lepas satu novel ke satu novel dapat aku habiskan.. Lagi pulak, job aku semua dah settle.. Moga ada rezeki lain yang akan masuk nanti.. Haha!! Bila dah semua settle, bolehlah aku bersenang-senang mengadap novel tanpa gangguan.. Tapinya, untuk melengkapkan Goodreads Challange aku memang dah tak sempat sebabnya dah akhir tahun ni.. Huhu.. Sedihnya la.. Apa pun, malam semalam aku berjaya menamatkan kisah #Ghost hasil karya Zura Rahman..


Ini novel kedua dari penulis Zura Rahman yang aku baca.. Novel ni aku beli bersekali dengan Undercover Wife.. Aku tertarik untuk membeli novel ni sebabnya banyak review yang best-best tentang novel ni.. Pendek kata, ramai yang berpuashati dengan jalan cerita novel ni.. Jadinya, aku pun teruja jugak la nak baca novel #Ghost ni.. Hehe.. Aku ni pantang orang cakap best, mesti nk baca jugak.. 


Tajuk : #GHOST
Penulis : Zura Rahman
Muka Surat : 614
Penerbit : KarnaDya Publishing Sdn Bhd
Tahun Diterbitkan : Disember 2017


Sinopsis #GHOST


Dia bagaikan seorang halimunan. Kewujudannya diakui, tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya, dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama. Codenamenya - GHOST.

Apabila Geng Gagak Hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.

Budi yang ditabur, telah mengheret Dr. Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang bergelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?

Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr. Daryn Areen tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dengan tidak, dia keliru.

"If there is no one else that you can trust, trust yourslef. But, if you can't even trust yourself, you have to trust me" - GHOST

Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr. Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?

Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.... penuh kedukaan. Dia.... diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areena

Siapa dia yang sebenarnya?


Review #GHOST


Ok, secara jujurnya aku tak sangka jalan cerita #GHOST ni seperti ini.. Diluar jangkaan aku.. Aku mati-mati ingat jalan ceritanya seram dan menakutkan memandangkan tajuknya yang sebegitu.. Haha!! Sebab itu ada pepatah mengatakan, 

"Don't judge a book by its cover"

Begitulah juga dengan novel #GHOST ni.. Janganlah menilai tajuk sahaja tetapi bacalah isinya terlebih dahulu.. Ahakz.. Seperti yang sering terjadi bila kita baca surat khabar atau apa-apa berita, kadang kita baca tajuknya sahaja sedangkan kita tak tahu apakah isi kandungan beritanya.. Dari tajuk, kita dah buat pelbagai konklusi.. Haa tak adil macam tu.. Jadi, kenalah baca isi kandungannya juga ye barulah boleh komen atau kecam mengecam.. Haha!! Keyboard warrior sangat korang!!

Serius, bila aku baca novel #GHOST ni aku teringat filem PASKAL.. Eh sama ke? Tak de la sama jalan ceritanya tetapi bila watak utamanya berada dalam skuad khas, itu yang mengingatkan aku pada filem Paskal..

Plot cerita yang ditampilkan oleh penulis agak menarik bagi aku.. Permulaan cerita dimana boleh terjadinya GHOST mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelapnya menjadikan novel ini hidup.. Walaupun pada mulanya aku tertanya-tanya, bagaimana GHOST boleh muncul di rumah Dr Daryn Areena setelah tercedera? Sebabnya tetiba sahaja dia sampai ke situ.. Akhirnya aku dapat ignore tanda tanye itu setelah beberapa babak menarik selepas itu berjaya memadam segala persoalan dalam benak aku.. Haha!!

Ceritanya banyak berkisarkan kisah di negara jiran iaitu Thailand... GHOST seorang perahsia boleh menguasai 6 bahasa asing.. Ini memudahkan dia menjadi undercover bagi skuadnya untuk mengumpul bukti kegiatan haram musuhnya dengan mudah..

Dia atau nama sebenarnya Kimi Rafael atau dikenali sebagai Rid didalam kumpulan kongsi gelap atau menggunakan codename GHOST lelaki yang digeruni oleh semua penjenayah atau kongsi gelap kerana kebolehannya dalam menumpaskan pihak lawan.. Dia seorang sharpshooter dan terlalu berani..

Dalam aku menghadam satu plot ke satu plot, sebenarnya aku tak sabar-sabar nak sampai ke penghujung sebabnya aku nak tahu siapa sebenarnya GHOST ni dan bagaimana kesudahan cerita cinta dia dengan Dr Daryn Areena yang dikahwininya secara paksa.. Aku sedikit geram dengan GHOST ni sebabnya dia terlalu perahsia, hati kering, membosankan dan banyak lagi la perangai dia yang menyakitkan hati.. Aku pulak emosi.. Haha.. Dr. Daryn Areena ni pulak aku sakit ati sebab degil mengalahkan ape entah.. Isk, geram betol.. Ehh emosi lagi.. Haha!!

Bila dua-dua punya sikap yang sebegitu membuatkan aku lebih tak sabar nak tahu apa kesudahannya..

Bila dah sampai ke penghujung cerita, yesssss aku tersenyum puas.. GHOST kembali untuk merebut cintanya kembali.. Hatinya dah lembut akhirnya.. Tapi kenapa lambat sangat GHOST oiii.. Hehe.. Endingnya sweet-sweet gitu.. Cumanya endingnya yang sweet tu terlalu pendek.. hiks.. Tapi okla, janji happy ending kan..

"I hate you..." - Dr. Daryn Areena

"No, you don't" - Kimi Rafael

"I hate you, you know..." - Dr Daryn Areena

"No, you don't... But you love me.." - Kimi Rafael

Kalau korang rasa baca review aku ni korang tak puas, itu bermakna korang kena beli dan baca sendiri dari awal hingga akhir.. Barulah perasaan puas tu akan datang.. Serius novel #GHOST ni tak mengecewakan.. Jadi, sila beli hokeh! Haha..


Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Thriller : 60%
Aksi : 30%
Cinta : 10%

Kaki-kaki novel thriller, boleh rebut peluang baca novel ni.. Gerenti korang menyukainya.. Novel ni menyajikan plot yang menarik.. Peperangan, pergaduhan, perhubungan, percintaan, kekeluargaan dan banyak lagi yang boleh korang hadam dalam pelbagai situasi..

Jalan ceritanya agak panjang dan korang pasti tak sabar-sabar nak sampai ke penghujungnya untuk tahu kesudahan ceritanya.. Dari satu persoalan ke satu persoalan lain yang akan menghuni fikiran korang.. Banyak bende yang korang perlu tahu dan nak tahu.. Ini menjadikan jalan ceritanya lebih menarik dan tertarik..

Tahniah sekali lagi buat Sis Zura Rahman kerana menghasilkan karya yang tak terduga jalan ceritanya.. Serius, rasa kagum kerana setiap plot berjaya diolah dengan baik sekali.. Seolah-olah penulis tahu semua dan pernah berada dalam situasi itu.. Hah gitu!!

Tak sabar nak baca next novel Sis Zura Rahman lagi.. Moga lebih baik dan terussss baik serta jadi yang terbaik.. Insyaallah...


3 comments on "Review Novel | #GHOST by Zura Rahman"
  1. tak berani nak baca cerita seram kak dia.. nampak macam best tu.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Dalam senarai untuk dimiliki nie sebenarnya.. kikiki..
    Baca review Lea buat tak sabar pula nak beli..

    ReplyDelete
  3. Lama tak singgah sini.. Apa khabar Lea?.
    LZ sama macam Cik Ash, tak berani baca cerita seram, tak mahu cari penyakit nanti tutup mata terbayang-bayang..

    ReplyDelete