produk baby ·
ranessa
4 comments
Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Rawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan
Thursday, January 25, 2018
Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Rawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan | Dulu sebelum ada anak, tak pernah ambil tahu pun tentang ruam mahupun ekzema ni.. Tapi sekarang bila dah ada anak ni, serba sedikit tentang ruam dan ekzema perlu ambil tahu sebab senang untuk hadapi masa-masa akan datang.. Tetapi mintak dijauhkanlah dengan sebarang penyakit kulit ni kan.. Pernah la aku lihat sendiri betapa deritanya pengidap ekzema ni.. Sampai tahap kulit dah menggerutu akibat biji-biji ruam dan tidak selesa akibat kegatalan yang melampau... Kesian bila tengok keadaannya yang sebegitu.. Bagaimana nak merawat ruam dan ekzema ni? Ye, jangan risau aku nak kenalkan dengan korang semua, losyen yang boleh merawat ruam dan ekzema dengan berkesan iaitu Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion...
Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion dirumus khas untuk melegakan kegatalan kulit dan kerengsaan dengan gabungan unik minyak kelapa dara, minyak zaitun dan 6 jenis essential oil terpilih menjadikan losyen Ranessa ini begitu istimewa.. Ia juga mengandungi lidah buaya dan shea butter yang berfungsi menghidratkan kulit.. Losyen ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Rumusan yang unik ini sangat ringan, bebas kimia dan sesuai untuk bayi, dewasa malah seluruh keluarga... Dihasilkan di Australia untuk memberikan kualiti yang terbaik..
Tahukah anda?
Beza Antara Ruam Dan Ekzema
Kalau korang nak tahu ekzema ni sebenarnya adalah sejenis ruam tetapi berbeza dengan ruam biasa... Apakah? Meh aku terangkan..
Ruam Biasa
- Kulit cuma akan naik merah-merah dan gatal
- Akan hilang
- Berlaku dimana-mana bahagian badan
Ekzema
- Kulit akan naik merah dan bintik-bintik merah, gatal, kering dan berair serta kulit juga akan terasa kasar dan tebal
- Lambat hilang atau lebih tepat susah nak hilang
- Bertompok-tompok di satu-satu tempat dan sering berlaku di bahagian pelipat badan seperti siku, lutut, belakang lutut, leher dan pergelangan tangan.
Itulah beza antara ruam biasa dengan ekzema.. Jika korang mengalami kulit yang sangat kering, berbintik, bersisik dan berair, itu menandakan korang menghadapi ekzema yang kronik.. Jadi, sebab itulah pentingnya losyen bila ada ekzema ni bagi menghilangkan gatal dan melembapkan kulit..
Dilema yang sering dilalui oleh seseorang yang ada ekzema ni adalah penggunaan steoid.. Steroid memang elok untuk jangkamasa pendek tetapi untuk jangkamasa panjang, ramai yang dah lalui kesan yang tak diingini seperti kulit semakin menipis, ekzema semakin teruk dan kulit jadi macam berpanau.. Oleh sebab itulah, ramai yang mencari alternatif lain untuk merawat ekzema mereka dengan mencuba produk dipasaran yang berasaskan bahan semulajadi dan lulus KKM supaya lebih selamat digunakan tanpa kesan sampingan..
Tetapi perlu diingat bahawa, bukan semua produk di pasaran sesuai dengan kulit kita.. Jadi, kita perlu cuba terlebih dahulu kesesuaiannya dengan kulit kita.. Sebagai contoh, mungkin kulit korang sesuai dengan produk Sebamed tetapi dia pula lebih sesuai dengan produk Buds.. Begitu jugalah dengan Lotion Ranessa ni.. Jadi, korang perlulah mencuba terlebih dahulu kerana tiada ubat dan skincare yang spesifik untuk ekzema.. Korang yang kena cari keserasiannya dengan kulit korang sendiri.. Tetapi yang pastinya Losyen Ranessa ini memang dirumus khas untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Untuk tahu serasi ke idokkkk.. Korang cubalah dulu... Hehe..
Keistimewaan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Kalau korang nak tahu, losyen Ranessa ni adalah losyen 100% natural dan mempunyai banyak keistimewaannya.. Antaranya adalah :-
- 100% bebas daripada bahan kimia, alkohol dan bahan pengawet
- Telah mendapat kelulusan dari KKM (NOT170505065K)
- Diperkaya dengan Essential Oil yang terpilih untuk manfaat kulit yang sangat menakjubkan bagi menenangkan kerengsaan julit dan keradangan serta menghalau serangga dan nyamuk dengan berkesan..
- Diformulasikan dengan tambahan 2 bahan utama iaitu Shea Butter dan Aloe Vera untuk melembapkan kulit
- Tidak berminyak atau melekit
- Didatangkan dalam botol jenis pump yang sangat mudah digunakan..
Losyen Ranessa Mampu Merawat Pelbagai Masalah Kulit
Sepertimana yang aku terangkan sebelum ni, losyen Ranessa ini mampu merawat ekzema dengan berkesan.. Selain itu juga, losyen ini boleh merawat pelbagai masalah kulit lain seperti :-
- Ruam Lampin
- Ruam Panas
- Ruam Susu
- Gigitan Serangga
- Kulit Sensitif
- Radang Kulit
- Gatal-Gatal
Losyen ini juga boleh digunakan sebagai losyen badan, diaper cream dan sangat berkesan untuk melegakan gatal kulit serta menghalau serangga seperti nyamuk... Jimat kan..!! Dengan hanya sebotol losyen sahaja tetapi bertindak multipurpose.. Paling best losyen ni tak berminyak dan tak melekit...
Aku suka bau losyen ni.. Baunya sangat menenangkan kerana mengandungi minyak pati lavender, minyak kayu putih dan minyak lemon.. Kalau nak pergi travel pun mudah kan.. Hanya perlu bawak sebotol losyen Ranessa ni aje untuk cover semua kegunaan seperti menghalau nyamuk, diaper cream dan baby lotion.. Lagi best satu keluarga boleh pakai.. Jimat betul!!
Ingredients : virgin coconut oil, olive oil, lavender oil, tea tree oil, eucalyptus oil, patchouli oil, citrus paradisi seed oil, citrus limon oil, aloe vera, shea butter
Cara Pakai Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
- Apply losyen Ranessa ini secara berhati-hati di bahagian badan yang diperlukan... Boleh dipakai di muka dan badan.
- Sapu secara perlahan-lahan di kawasan yang dikehendaki sehingga meresap kedalam kulit..
Dapatkan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Sekarang Untuk Merawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan!!
Dengan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni, korang boleh rawat ruam dan ekzema dengan berkesan kerana losyen ini dihasilkan daripada bahan semulajadi dan tiada bahan kimia serta selamat digunakan oleh semua golongan.. Tak kira sama ada dewasa mahupun baby.. Satu family boleh guna..
Berapa harganya? Jangan risau, kerana harga losyen Ranessa ini tidaklah mahal mana dan masih harga yang mampu milik.. Lagi pun losyen ini tahan untuk penggunaan sebulan walaupun dipakai 2 atau 3 kali sehari.. Berbaloi-baloikan..? Dah la boleh pakai satu family, multipurpose pulak tu.. Oklah, kalau korang berminat untuk mendapatkan losyen aromaterapi ini bolehlah dapatkannya dengan harga :-
Harga
RM 69.00 (50ml)
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-
Facebook
Instagram
Whatsapp
013 - 563 2009
Shopping Online di Shoppee