win
Showing posts with label win. Show all posts

Menang Giveaway Raya By Mya And Friends

Tuesday, July 4, 2017

11 comments
Menang Giveaway Raya By Mya And Friends  |  Dek kerana sibuk beraya sampai aku terlupa nak up entry tentang terpilihnya aku sebagai pemenang dalam Giveaway Raya by Mya And Friends ni... Senarai pemenang dah pun diumumkan pada 21 Jun 2017 yang lalu... Dah lama kot.. Aku jerk yang terlebih raya sampai lupa nak update.. Ngeeee!!

Menang Giveaway Raya By Mya And Friends
Menang Giveaway Raya By Mya And Friends

Seramai 4 orang pemenang telah diumumkan... Alhamdulillah aku tersenarai sebagai pemenang tempat pertama... Sungguh murah rezeki aku dibulan ramadhan dan di bulan syawal.. Mungkin juga rezeki baby baru ni kot... Hehe.. Alhamdulillah.. Hadiah untuk giveaway ni agak lumayan juga nilainya...

Tempat pertama : RM 100
Tempat kedua : RM 70
Tempat ketiga RM 50
Tempat keempat : RM 20

Dalam IG dah update sebenarnya.. Hehe.. Alhamdulillah dengan menangnya giveaway duit raya ni, dapatlah cover sikit sebanyak duit yang dah habis untuk persiapan hari raya... Syukur.. Pape pun terima kasih sangat-sangat kepada penganjur giveaway, Mya dan kengkawan yang menjadi sponsors.. Dorang pun tak asing lagik, semua pun dari group AFB... Thankz korang!!

Jom terjah blog dorang...

 Mya
 Ain



Read More

Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk

Monday, July 3, 2017

10 comments
Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk  |  Lama benar rasanya blog ni tak berupdate... Terasa rindu yang amat untuk berblogging kembali.. Hari ni baru berkesempatan untuk jengok dan update.. Untuk blogwalking, insyaallah akan diusahakan.. Terima kasih kepada yang sudi jengok blog picisan ni miskipun tak berupdate.. Sayang korang ketat-ketat.. Hiks.. Orite, hari ni nak update tentang hadiah giveaway yang aku dapat daripada Blogger Comel Suzlin... Aku dah pernah update kot sebelum ni tentang aku Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin ni.. Dan hadiahnya dah pun selamat aku terima.. Alhamdulillah.. Thankz tau Cik Suzlin.. Cantik sangat tudung iBawal tuu.. Hari ni aku dah pun rasmi tudung iBawal, tudung wangi yang selesa dan senang bentuk... Seriuss..!!

tudung ibawal, tudung wangi
Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk
Ini corak yang aku terima.. Mula-mula bukak parcel tu, teruja sangat baq hang!! Tak sabar nak tengok corak apa yang aku dapat.. Dah bukak tu, wahh alhamdulillah corak yang cantik.. Butterfly.. Warna pun soft jerk.. Aku suka.. Memang tak sabar nak pakai...

Dalam ketidaksabaran aku itu, timbul jugak kerisauan... Risau tentang apa tu?? Risau kalau aku tak selesa pakai tudung iBawal ni.. Sebab sebelum ni aku memang tak suka dengan tudung bawal satin.. Susah dipakai dan susah dibentuk.. Selain tu, satin ni licin dan telinga akan bergema... Haiss.. Sebelum ni pun dah pernah beli bawal satin sehelai.. Pakai sekali aje, pastu terus kasi adik aje.. Sangat tak selesa.. Semalam, tengah iron tudung iBawal ni sambil berfikir, boleh ke aku pakai tudung iBawal ni.. Selesa ke? Terus aje iron tudung bawal biasa untuk standby kot-kot tak selesa pakai iBawal ni esok... Hehe.. Alhamdulillah, pagi tadi aku pakai tudung iBawal ni sangat la selesa dan senang dibentuk... Memang terbaik.. Dah terjatuh cinta pulak dengan tudung iBawal ni dan tudung bermaterial satin.. Mungkin kena pilih kain jugak kot kalau nak pakai bawal dari jenis satin ni.. Kalau material macam iBawal ni memang ok.. Tak licin dan senang bentuk.. Lain kali boleh usha la corak lain lagik.. Haha!! Tambah lagik koleksi bawal aku nanti.. Hadoiii!!

Jom tengok gambar aku menggayakan tudung iBawal ni... Jangan muntah sudah.. Hiks..

Acecece... Pandang lain kengkonon..!! Haha..

iBawal bercorak butterfly

Kot ada yang bekenan dengan corak ni atau nak cuba pakai bawal wangi dari iBawal ni, bolehlah terjah laman web iBawal ye seperti di bawah ni :-

website
http://www.ibawal.com/

Facebook

Instagram


Read More

Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin

Wednesday, June 21, 2017

25 comments
Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin  |  Syukur alhamdulillah, rezeki aku dibulan Ramadhan yang penuh berkat ni mencurah-curah... Daripada tawaran job review yang berbayar mahupun tak berbayar, menang giveaway anjuran rakan-rakan blogger, dpt surprise gift untuk birthday dan sebagainya.. Tak putus-putus rezeki dariNYA buat aku.. Syukur tak terhingga.. TQ ALLAH... Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa disangka-sangka dan hanya DIA yang tahu dan Maha Pemberi Rezeki.. Rezeki seterusnya aku perolehi dengan memenangi giveaway anjuran Blogger Cik Suzlin di Instagram... Firstime tau aku menang giveaway di Instagram... Biasa di blog aje.. ^_^ ... Kali ni aku menang Giveaway Tudung iBawal anjuran Blogger Cik Suzlin atau lebih dikenali dengan nama 'Mak'... :)

menang giveaway ibawal
Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin

Giveaway ni agak senang syaratnya.. Cuma like, share dan tag... Aku sekadar mencuba nasib sahaja pada mulanya.. Tak sangka pula terpilih... Katanya, iBawal ni bila digosok berbau wangi... Ramai juga blogger yang review tentang tudung iBawal ni.. Tak sangka pula, aku dapat memilikinya nanti.. Hiks.. Thankz to Cik Suzlin a.k.a Mak... Moga Lin dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang halal olehNYA... 

Review di IG : Lea_Azleeya

Okies, kot ada blogger yang belum mengenali atau belum follow blog mahupun IG Cik Suzlin ni boleh la terjah blog dan IG beliau... Leh kenal-kenal antara satu sama lain disamping meramaikan kenalan dikalangan blogger kan... Moh kite blogwalking sesama..


Blog The Real Blogger Mak

Instagram CikSuzlin
https://www.instagram.com/ciksuzlin/



Read More

Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno

Tuesday, June 20, 2017

16 comments
Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno  |  Alhamdulillah, setelah percubaan beberapa kali join giveaway SGShop shopping credit anjuran rakan-rakan blogger, akhirnya terpilih sebagai pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit by Wani Sukarno.. Sebenarnya, nama pemenang dah diumumkan pada 14 Jun 2017 yang lalu.. Tapi aku jerk terlupa nak update tentang hal ini.. Otak terlalu sarat dengan idea sampai tercicir entry untuk yang ini.. Hukhuk!!

Akhirnya Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno
Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway SGShop Shopping Credit By Wani Sukarno
Pinjam banner cantik ni ye wani.. ^_^

Giveaway RM1000 Shopping Credit by Wani Sukarno ni aku join akhir bulan Mei hari tu.. Tak sangka juga terpilih sebagai pemenang untuk kali ni.. Alhamdulillah ada rezeki aku untuk shopping di SGShop nanti.. Pape pun nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Blogger Wanie kerana sudi memilih diri ini sebagai pemenang... Cewahhh.. Ayatnya ya ampunnn!!




Plan asal aku kalau menang giveaway ni nak beli kabinet baju untuk baby baru.. Tetapi bila di riki-riki dengan Blogger Sha tentang pembelian rak buku beliau di SGShop, terus tak jadi kerana kos postage agak mahal berbanding harga barang.. So, aku kuburkan niat aku tu dan aku akan shopping baju baby aje nanti kat SGShop... Hiks.. 

Orite, kalau korang tak de idea nak masak ape hari ini, korang boleh terjah Blog Wani Sukarno untuk mendapatkan resepi-resepi yang superb sedap... Berlambak uolls resepi kat blog beliau... Semua sedap-sedap belaka.. Tak pun, kalau korang nak beli produk Nurraysa pun boleh.. Beliau ada menjual produk tersebut...

Jom terjah sekarang!!





Read More