tip
Showing posts with label tip. Show all posts

How to Create a New Year’s Resolution You Can Commit to

Sunday, December 22, 2019

1 comment
How to Create a New Year’s Resolution You Can Commit to | Lose weight. Travel more. Sleep better. Achieve work-life balance. Be a better friend. Be kinder to yourself and to others. There could be endless changes you want to add to your new year’s resolution, and all of them point to a better you. However, achieving them is not as easy as you’d like to think.

Here’s how you can create a new year’s resolution that you won’t want to abandon :-

Add Rewards Disguised as Changes

How to Create a New Year’s Resolution You Can Commit to

Read More

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Friday, October 11, 2019

12 comments
6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab  |  Ramai wanita yang beranggapan, bila bertudung dah tak perlu nak menjaga rambut.. Tanggapan ini salah sama sekali ye kerana bila kita memakai tudung bukan hanya kita perlu menjaga tudung itu sahaja tetapi penjagaan yang rapi haruslah bermula dari dalam tudung itu sendiri iaitu rambut kita.. Bila rambut dijaga dengan rapi, barulah masalah rambut tidak timbul seperti rambut gugur, berbau, berkelemumur, berkutu dan sebagainya.. Aku yakin, korang tidak akan selesa memakai tudung sepanjang hari jika rambut korang tidak berada dalam keadaan yang terjaga dengan baik.. Betul tak?

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Read More

Tip Percutian Yang Tenang Tanpa Masalah Kewangan

Monday, April 3, 2017

3 comments
Assalamualaikum wbt..

kredit foto : travelkliq.com

Tip Percutian Yang Tenang Tanpa Masalah Kewangan  |  Kalau cakap je pasal bercuti sape yang tak teruja kan.. Bercuti ke luar negara.. Bercuti di dalam negara... Perghh memang syok.. Tapi aku nak tanye korang, korang pergi bercuti tu korang dah rancang ke perbelanjaan.. Atau korang main redah jerk?? Bukan apa, time pergi kemaheeeennnn seronok, bila balik je dari bercuti dah mula fikiran kusut tak tenang dek masalah kewangan.. Sebab tu perancangan perbelanjaan sangat penting sebelum pergi bercuti..

Meh le aku kongsi dengan korang beberapa tip yang mungkin boleh membantu korang sebelum pergi bercuti...

1. Menabung

Bagi yang memang dah banyak duit simpanan sampai tak kehabisan atau gaji memang besar gile, aku rasa memang tak de masalah kowt nak pergi bercuti kemana-mana tanpa memikirkan masalah kewangan.. Tapi bagi yang suam-suam kuku macam aku ni, perlu sangat rancang perbelanjaan sebelum pergi bercuti.. 

So, langkah pertama yang perlu diambil adalah MENABUNG.. Sediakan tabung khas dan setiap bulan korang asingkan terus duit ke dalam tabung khas tersebut.. Bila dah cukup target korang, dengan senang hati korang dah boleh pergi bercuti dengan menggunakan duit simpanan percutian tersebut.. 


2. Rancang Dengan Teliti

Haaa yang ni penting tau.. Korang kene tentukan kat mane korang nak bercuti.. Sama ada negara, bandar atau tempat-tempat peranginan.. Korang juga kena rancang siap-siap lokasi menarik yang korang nak kunjungi semasa percutian tersebut.. Melalui perancangan tersebut juga, korang dah boleh mengetahui jenis pengangkutan yang sesuai ke lokasi pilihan korang dan bayaran yang dikenakan.. 

Ini boleh menjimatkan tenaga, masa dan juga perbelanjaan korang nanti.. Tak de la sampai sana baru nak terkial-kial mencari tempat menarik.. mencari pengangkutan bagai.. Tak ke haruu biruu nanti..


3. Pakej Murah

Kalau korang nak bercuti kat luar negara, eloklah korang cari negara yang ada pakej promosi yang ditawarkan oleh ejen pelancongan.. Dapatlah korang potongan harga kan.. Kat situ dah menjimatkan perbelanjaan korang..


4. Bajet Harian

Buat bajet harian siap-siap sepanjang percutian korang.. Ianya termasuklah kos penginapan, kenderaan, makan minum dan shopping... Ini akan melancarkan lagi perjalanan percutian korang tanpa dibelenggu dengan masalah kewangan..


5. Teksi Jadi Pilihan

Kalau korang plan nak bercuti secara beramai-ramai, aku syorkan korang memilih teksi sebagai pengangkutan korang kerana ianya lebih murah berbanding bas atau kereta... Yelah dah ramai kire tong-tong la kan.. Kalau bas kene bayar mengikut bilangan orang pulak.. Kalau pakai kereta pulak dah nak kene fikir duit minyak, tol dan bagai-bagai lagi..  


6. Ole-Ole Murah

Yang ni biasa la, kalau pergi bercuti kat mana-mana tak sah kalau tak bawak balik ole-ole kan.. Mane beli untuk diri sendiri lagi, keluarga dan kengkawan.. Kat situ saje pown dah habis banyak kowt.. So, untuk langkah-langkah penjimatan, korang cari la maklumat dulu sebelum korang membeli tu.. Kat mana barang yang murah-murah.. Pastu jangan pulak korang rambang mata, semuanya nak dibelinya.. Beli yang perlu dah la.. Tak payah nak bajet  banyak duit sangat ye.. Haha..

Lagi elok kalau korang catat siap-siap nama-nama yang korang nak kasi ole-ole tersebut.. Tak de la pembaziran berlakukan..


7. Duit Kecemasan

Haaa duit kecemasan perlu ada.. Ini penting bagi kegunaan bila perlu.. Contohnya, semasa percutian korang tak sihat ke dan memerlukan rawatan, haaa masa tu la korang nak guna duit kecemasan ni.. Tak pown time nak balik tu, berat bagasi korang dah berlebihan, kalau tak de duit kecemasan, mane korang nak amek duit bayar semua tu kan.. Dan mungkin ada lagi kemungkinan yang memerlukan duit kecemasan.. So, korang kena stanby duit kecemasan ok..


8. Wang Tunai

Wohaaa..!! Sebaiknya korang guna wang tunai semasa berbelanja..  Itu sebaiknya kerana bila korang guna kad kredit, korang akan dikenakan cas perkhidmatan atau bunga yang tinggi.. Selalunya, sebab inilah korang akan dibelenggu masalah kewangan bila pulang bercuti nanti.. So, kalau boleh elakkan guna kad kredit ye semasa bercuti.. Hiks..


Read More

2017 Money Saving Challenge.... Your Choice?

Sunday, January 1, 2017

15 comments
Assalamualaikum wbt..


2017 Money Saving Challenge.... Your Choice?  |  Kita dah pown melangkah ke tahun 2017.. Hari ni adalah hari pertama dalam tahun baru.. Maka bermulalah kalender baru dalam hidup kita.. Terlalu laju masa berlalu kini.. Sehingga terasa semakin singkat masa setiap hari yang dilalui.. Bumi semakin tua.. Kita pown setiap tahun akan meningkat ke usia yang semakin tua.. Sudahkah cukup ilmu ibadat kita didada untuk ke 'sana' nanti?? Huhu.. Moga kita diberi kesihatan yang baik untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan didunia untuk ke sana nanti ye..

Ok, aku nak tanye uolls.. Tahun ini apa azam baru korang?? Ada tak terselit dicelah-celah senarai azam baru korang tu untuk MENABUNG?? hehe.. Kalau ada, Alhamdulillah.. Yelah kan, sekarang ni semuanya mahal.. Kena berjimat cermat dan menabung untuk masa depan..

Dalam entry aku yang terdahulu, aku ada upkan jadual menabung 52 minggu kan.. Baca kat sini >> Cabaran Tabung 52 Minggu  .. Kali ni, ada 3 lagi Jadual Money Saving Challenge untuk tahun 2017 nak aku kongsikan dengan korang semua.. Jadual-jadual ini aku perolehi dari facebook saudara Fendi Endy..


Rajin gile kowt saudara Fendi Endy ni buat jadual Money Saving Challenge ni.. Cantik pulak tu.. Sangat bermanfaat.. Ok, jom kita pakat tengok jadual yang dihasilkan oleh Saudara Fendi Endy ni.. 

sumber : SINI

2017 Money Saving 52 Week Challenge... Jadual ni sama dengan yang aku up sebelum ni.. Caranya sama tapi gambarnya berbeza.. Itu aje la.. Yang terdahulu, jadualnya berbentuk tabung dan yang ini berbentuk table.. Dua-dua cantik.. Cantik memang cantik, tapi boleh tak sahut cabaran 52 minggu ni?? Itu lebih penting sebenarnya.. Hehe.. 



sumber : SINI

2017 Money Saving 26 Week Challenge.. Jadual ni pula hanya 26 minggu sahaja.. Jumlah simpanan gandaan RM2.. Minggu pertama korang kena menabung sebanyak RM2 dan minggu seterusnya jumlah simpanan akan bertambah RM2 setiap minggu.. Hehe.. Minggu last tu nampak macam pedih sikit kowt.. Kikiki.. Boleh ke cabar diri korang?? Ahakz..





sumber : SINI

2017 Money Saving 12 Month Challenge.. Yang ni mengikut bulan.. Aku rasa yang ni lebih mudah untuk dilaksanakan kowt.. Haha.. Mane tak mudahnye, dapat gaji terus simpan siap-siap RM25 untuk bulan pertama tu.. Bulan seterusnya gandaan sebanyak RM25 juga sehingga bulan Jun.. Start bulan Julai, jumlahnya mula menurun pula sebanyak RM25 setiap bulan.. Sampailah bulan Disember.. Huhuhu.. Mudah woiii yang ni.. Ekeke.. Akhir tahun dapat jumlah terkumpul sebanyak RM 1,050.. Ok la pada tak de langsungkan.. Hiks.. Korang pown mesti nak pilih yang ni jugak kan.. Malu-malu lak nak mengaku... hehe!!




sumber : SINI


2017 Money Challenge For Kids.. Ini jadual untuk simpanan anak kita... Aku rasa cam nak sahut cabaran yang ni untuk anak aku... Sekurang-kurangnya, ada duit tambahan untuk simpanan dia pada akhir tahun nanti.. Korang pown boleh la buat untuk anak korang juga.. Tapi kalau yang anak ramai tu, buatlah mengikut kemampuan yek.. Yela, faham-faham saje lah zaman sekarang ni, duit sangat terhad.. Barang mahal.. Kang tak terkejar pula nak sahut cabaran ni.. 

Oklah, tu jerk aku nak kongsikan dengan korang.. Khas sempena tahun baru ni.. Kalau korang rasa mampu, korang buat la.. Kalau tak mampu, tak perlu la buat.. Aku cuma sekadar berkongsi sahaja.. Aku sendiri kalau buat pown mengikut kemampuan.. Mungkin aku akan pilih jadual mengikut bulan tu dan jadual untuk anak sahaja.. Itu ajelah yang mampu bagi aku.. Hehe

Selamat menyahut cabaran buat korang semua.. Selamat menyambut tahun baru juga.. Tahun 2017..


Read More