6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Friday, October 11, 2019

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab  |  Ramai wanita yang beranggapan, bila bertudung dah tak perlu nak menjaga rambut.. Tanggapan ini salah sama sekali ye kerana bila kita memakai tudung bukan hanya kita perlu menjaga tudung itu sahaja tetapi penjagaan yang rapi haruslah bermula dari dalam tudung itu sendiri iaitu rambut kita.. Bila rambut dijaga dengan rapi, barulah masalah rambut tidak timbul seperti rambut gugur, berbau, berkelemumur, berkutu dan sebagainya.. Aku yakin, korang tidak akan selesa memakai tudung sepanjang hari jika rambut korang tidak berada dalam keadaan yang terjaga dengan baik.. Betul tak?

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab



Jadi, bagaimana untuk menjaga rambut bagi wanita bertudung ni? Haaa korang tak perlu risau kerana di sini aku ingin kongsikan 6 tips penjagaan rambut terbaik untuk wanita berhijab.. Yang no. 6 tu paling ohsem.. Jom kite check satu persatu..

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

1.  Pilih syampu yang sesuai

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab
foto : google      

Pemilihan syampu yang sesuai sangat penting supaya masalah rambut yang kita hadapi dapat diatasi dengan sebaik mungkin.. Contohnya, bagi korang yang mempunyai masalah kelemumur, korang boleh memilih syampu dari jenis menthol.. Macam aku sendiri pun kadangkala mempunyai masalah kelemumur dan aku akan pastikan pada waktu itu aku menggunakan syampu jenis menthol bagi memastikan masalah kelemumur aku dapat diatasi..

2.  Pakai conditioner untuk rambut sihat dan lembut

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab
    foto : google

Selain syampu, conditioner juga penting untuk memastikan rambut kita rapi, sihat dan lembut.. Biasanya aku akan pakai conditioner selepas bersyampu.. Rasa tak lengkap kalau hanya bersyampu sahaja tanpa memakai perapinya.. Syampu dan conditioner ni ibarat kembar la yang tak boleh berpisah.. Hah gitu..

Tapi perlu diingat ye.. Dalam pemakaian perapi rambut ni, kenalah betul caranya.. Korang jangan pakai perapi rambut ni sehingga terkena kulit kepala ye kerana ianya boleh menyebabkan rambut korang  berminyak dan menyebabkan kelemumur.. Conditioner ini boleh digunakan setiap hari bagi memastikan rambut sentiasa rapi dan lembut..

3.  Guna serum untuk rambut

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab
foto : google

Ok, satu lagi yang perlu dalam penjagaan rambut bagi wanita berhijab ni adalah serum khas untuk rambut.. Bagi aku, serum rambut ni sangat penting bagi memastikan rambut kita mendapat vitamin untuk rambut tumbuh lebih sihat.. Oh ya, pastikan korang sapu serum rambut pada rambut sahaja ye.. Aku akan memilih serum rambut yang tidak berminyak dan mudah menyerap ke dalam rambut...

4.  Tonic rambut

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab
foto : google

Tonic rambut selalunya digunakan bagi tujuan untuk mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur dan sebagainya.. Ia perlu dipakai pada bahagian kulit kepala sahaja bagi menguatkan akar rambut dan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang baru.. Boleh digunakan selepas mandi ketika rambut kroang masih basah mahupun sudah kering..

5.  Buat treatment rambut di salon

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab
foto : google

Rawatan rambut sangat perlu tak kiralah sama ada dibuat hanya di rumah atau ke salon-salon yang menyediakan perkhidmatan rawatan rambut.. Bagi aku, lebih mudah ke salon untuk  membuat rawatan rambut sebabnya mereka lebih pakar dalam bidang tersebut.. Jadi, sekiranya korang ada kelapangan dan rajin, bolehlah cuba ke salon untuk membuat treatment rambut atau kelemumur.. Pilihlah salon yang bersesuaian dengan bajet korang ye.. Rawatan rambut dimana-mana salon sebenarnya sama jerk.. Cuma kita perlu pandai bandingkan harga..

6.  Guna produk penjagaan rambut Safi Shayla untuk rambut lebih sihat dan cantik

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Sebagai seorang wanita bertudung, aku juga ingin memiliki rambut yang sihat.. Jadi, aku memilih produk penjagaan rambut Safi Shayla sebagai 'teman karib' rambut aku.. Aku memilih Safi Shayla jenis Anti-Kelemumur kerana rambut aku kadangkala mengalami masalah kelemumur... Walaupun masalah tersebut tidak serius mana, tetapi penjagaan yang rapi juga perlu supaya masalah kelemumur tidak menjadi lebih serius.. Jomlah berkenalan dengan rangkaian Safi Shayla Anti-Kelemumur..

Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Minyak Rambut Safi Shayla ini menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut akan menjadi lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari... Minyak rambut ini mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda, Minyak Rambut Tulen, Ejen anti-kelemumur dan menthol..

Ok, cara guna minyak ni untuk rawatan pra-basuh korang perlu goncang terlebih dahulu sebelum guna. Urutkan perlahan-lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut. Biarkan selama 3-5 minit. Kemudian Syampu rambut dengan Syampu Safi Shayla Anti-Kelemumur atau variasi yang lain dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa. Urut dan sebatikan pada kulit kepala. Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh digunakan 1-2 kali seminggu..


Safi Shayla Syampu Anti-Kelemumur

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Sepertimana yang ramai tahu, kulit kepala yang tertutup dalam tempoh yang lama mengundang peluh yang akhirnya berminyak lalu menyumbang kepada masalah kelemumur. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, korang boleh guna Syampu Safi Shayla Anti-Kelemumur ini.. Bagus tau syampu ni kerana mengandungi Micro Bamboo Charcoal, Habatus Sauda dan Micro ZPT Complex berkesan untuk menghapuskan 99% kulat yang menyebabkan kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.

Setakat ni Syampu Safi Shayla Anti-Kelemumur ni memang sesuai untuk rambut aku.. Tak pernah lagi mengecewakan aku.. Masalah kelemumur aku memang dapat diatasi dengan syampu ni.. Bagi korang yang mempunyai masalah kelemumur, aku sangat recommend korang guna syampu ni.. Untuk tau sesuai ke tidak, kenalah cuba dulu ye..

Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Macam biasa, rutin penjagaan rambut aku selepas syampu adalah perapi rambut.. Masker Penyegar Kulit Kepala Safi Shayla Kawalan Kelemumur & Itch-Free ini mengandungi Micro Bamboo Charcoal, Minyak Organik Habbatus Sauda dan Menthol membantu mengurangkan kelemumur ke atas 100% subjek daripada cucian pertama. Tiada lagi kulit kepala gatal, berbau kepam dan berminyak. Kulit kepala akan sentiasa segar dan harumannya juga mampu kekal selama 24 jam..

Perapi ni sangatlah best baunya sama seperti bau syampunya juga.. Tak hairanlah, selepas guna syampu dan perapi anti-kelemumur ni rambut jadi segar dan berbau harum.. Aku suka akan baunya.. Rambut pun menjadi lembut dan terurus..

Safi Shayla Anti Kelemumur Menyelesaikan Masalah Rambut

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Oklah, ketiga-tiga produk Safi Shayla di bawah rangkaian Anti-Kelemumur dah aku kongsikan dengan korang.. Aku memang pakai produk-produk ini untuk menjaga rambut aku.. Bagi aku, wanita berhijab ni perlu menitikberatkan tentang penjagaan rapi rambut supaya segala masalah rambut dapat diatasi.. Pemilihan produk yang sesuai juga sangat penting..

Bagi korang yang mempunyai masalah rambut, bolehlah cuba rangkaian produk Safi Shayla ni ye.. Safi Shayla Anti Kelemumur ni adalah salah satu produk penjagaan rambut yang sangat aku recommend pada korang untuk guna.. Bagus sangat!! Ok, nak share sikit lagi tips yang mungkin berguna buat korang iaitu :-
  • Jangan mengikat rambut terlalu ketat
  • Jangan mengikat rambut ketika basah
  • Sikat rambut dengan rapi
  • Sentiasa tukar anak tudung
  • Pakai tudung dari jenis fabrik yang ringan dan selesa
  • Elakkan memakai minyak rambut yang boleh menyebabkan rambut berbau dan berminyak
Semoga tips yang aku kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada korang yang berhijab dan inginkan rambut sihat dan cantik.. Bagi yang ingin mendapatkan produk Safi Shayla ini bolehlah ke rangkaian farmasi dan hypermarket yang berdekatan dengan korang..

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Oh ya, sekarang ada promosi tau.. Dengan setiap pembelian produk Safi Shayla berharga RM35, korang akan dapat WeBareBears Sling Bag di hypermarket!! Comel sangat sling bagnya.. Rugi tau tak grab!! Ada 4 jenis semuanya.. Aku dah ada keempat-empatnya.. Jangan jeles.. Hehe.. So, ape tunggu lagi.. Jom dapatkan sekarang koleksi WeBareBears Sling Bag ini..

6 Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Untuk info lanjut, sila layari :-

💥 Website : https://safi.com.my/
💥 Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY/



12 comments:

  1. Actually this hair care tip is alsoapplicable to me

    ReplyDelete
  2. A good hair care tips! selalu duk syampoo ja hee

    ReplyDelete
  3. Best ni, beli brgan Safi Shayla dpt free bag

    ReplyDelete
  4. menarik sangat packaging Safi Shayla sekarang ni. memang memikat hati ^_^

    ReplyDelete
  5. Safi shayla ni mmg best wangi jeee. cute la sling bag tu beg

    Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe

    ReplyDelete
  6. Tip yang betul dalam penjagaan rambut.btw dah beli juga safi yang ni dpt beg tu sekali

    ReplyDelete
  7. Bgus tips ni, lagi-lagi yang bertudung ni..nice sharing..kita pun pakai shampoo ni..best

    ReplyDelete
  8. Thanks for the sharing the tips, the sling are very cute too

    ReplyDelete
  9. Thank you share tips sangat berguna. Atul Tak pernah lagi guna syampu safi, takut tak tahan, tp mungkin boleh cuba.

    ReplyDelete
  10. yg bertudung lagi perlu jaga rambut dengan baik kan. Bagus ada one set produk macam ni.

    ReplyDelete