review
Showing posts with label review. Show all posts

ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar

Sunday, February 3, 2019

3 comments
ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar  |  Senyumlah dengan lebar dan swafoto, kemudian zoomkan pada gambar anda dan perhatikan gigi anda dengan teliti. Adakah anda nampak sebarang kotoran atau warna kuning pada permukaan atau di celah-celah gigi? Tekupkan tangan anda pada mulut dan hidung, hembus nafas dan hidu – adakah ianya  berbau kopi atau teh?

Teh dan kopi adalah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan warna atau pigmen yang tinggi. Ianya boleh mengotorkan gigi dan membuatkan nafas kita berbau. Adakah kita bersedia meninggalkannya? Cuba bayangkan pagi anda tanpa kopi yang menyegarkan atau petang anda tanpa aroma teh yang menenangkan.

Bolehkah anda ceriakan hidup anda dengan senyuman yang menawan dan nafas yang segar?


ZACT merupakan salah satu ubat gigi pemutih dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang paling terkemuka ditawarkan oleh Lion Japan, syarikat penjagaan oral No. 1  di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun dalam pembangunan dan inovasi penjagaan oral.

ZACT Whitening, ujian di bawah persekitaran makmal yang terkawal terbukti memiliki kuasa memutih 2 kali lebih baik berbanding ubat gigi biasa yang  tidak mempunyai agen pemutih. Ia juga mempunyai 60 peratus kuasa menghilangkan kesan kotoran yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa.

Rasanya yang sejuk dan berpudina menyegarkan nafas serta membantu mengurangkan bau nafas  kopi dan teh yang kurang menyenangkan.



ZACT Whitening, dengan florida mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih, menguatkan gigi dan membantu menghalang pembentukan kaviti. Jadi anda boleh memutihkan gigi, pada masa yang sama  melindungi gigi dan menyegarkan nafas menggunakan satu produk. Ia selamat dan lembut untuk digunakan setiap hari.

Penilaian klinikal  mengenai penggunaan ubat gigi pemutih ZACT ke atas 121 orang yang mempunyai kesan kotor yang teruk pada gigi  selama 4 hingga 8 minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah cukup efektif. Ia mempunyai 2 kali lebih kuasa untuk menghilangkan kesan pada gigi selepas digunakan selama 4 hingga 8 minggu.


Kebanyakan rakyat Malaysia  merupakan penggemar kopi dan teh tegar yang sukar untuk meghilangkan keinginan menikmati minuman tersebut. Namun, senyuman yang menarik juga penting bagi keterampilan diri yang lebih yakin.

ZACT Whitening boleh didapati di pasaraya besar, supermarket dan farmasi pada harga RM5.85 untuk 90g dan RM7.75 bagi 150g. maklumat lanjut, sila layari laman web: www.zact.com.my.


Read More

Claigio LED Magic Eye Patch Review

Monday, January 28, 2019

8 comments
Claigio LED Magic Eye Patch  |  Kalau sebut 'mata panda' mesti ramai yang mengeluh terutamanya di kalangan wanita.. Betul tak? Mana taknya, masalah lingkaran gelap bawah mata merupakan masalah terbesar bagi wanita.. Tak yah cakap orang lain la, aku sendiri pun menghadapi masalah tersebut.. Bukan senang nak hilangkannya tau.. Dah  bermacam-macam cara jugak aku cuba sehinggakan aku terfikir nak buat rawatan hilangkan 'mata panda' ini dengan kos rawatan mencecah ribuan ringgit.. 

Nasib baiklah aku tak buat lagi rawatan tu uolls... Kalau tak, rugi aje sebabnya aku dah jumpa satu alat terapi bawah mata untuk atasi masalah 'mata panda' aku ni.. Nak tau kat mana aku jumpa? Haaa special tau alat ni.. Ritu aku ada la menonton drama korea "Encounter".. Dalam drama tu, ada la nampak pelakonnya pakai satu alat terapi bawah mata ni.. Nampak menarik!! Terus jerk aku google gerangan alat terapi tersebut.. Akhirnya, tahulah aku namanya iaitu Claigio LED Magic Eye Patch...


Sebenarnya Claigio LED Magic Eye Patch ni hanya dijual di Korea sahaja sebelum ni.. Alhamdulillah, pada awal tahun 2019 hari tu, ia telah mula dipasarkan di Malaysia.. Yeahhh, inilah berita paling gembira buat aku.. Gile tak gembira, boleh cuba sendiri Claigio LED Magic Eye Patch tu..!! Leh la fefeeling cam artis korea tu.. Haha!! Kekwat sangatkan.. Kikiki.. Ok, jom berkenalan dengan Claigio LED Magic Eye Patch ni.. 



Claigio LED Magic Eye Patch - LED Eye Patch Pertama Di Dunia

Kalau korang nak tahu, Claigio LED Magic Eye Patch ini merupakan LED Eye Patch pertama di dunia.. Aku ulangi, yang pertama di dunia.. Hah tu dia..!! Memang teruja sangat nak cuba weh!! Claigio LED Magic Eye Patch ini menggunakan red light therapy untuk meningkatkan pengeluaran kolagen kulit.. Kalau dah berumur, kolagen pun semakin berkurangan.. Maka, timbullah pelbagai masalah kulit.. Ada yang berkedut, kusam dan tak kurang jugak dengan masalah lingkaran gelap bawah mata ni.. Haa, dengan menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni, bolehlah menjana kembali kolagen kulit dan merawat segala masalah kulit.. 


Kalau korang perasan, ada juga spa kecantikan yang menawarkan rawatan menggunakan terapi cahaya merah ni tetapi dalam bentuk mask.. Fungsinya sama juga sebenarnya tetapi rawatannya agak mahal berbanding rawat sendiri dirumah menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Hehe.. Serius aku dah jatuh cinta dengan alat terapi bawah mata ni.. 

Red Light Therapy Untuk Merawat Kulit

Ok nak share sikit tentang Red Light Therapy ni.. Sejak kebelakangan ni, dah semakin popular pulak terapi cahaya merah ni dalam dunia kecantikan.. Banyak spa kecantikan yang menggunakan konsep ini.. Tak dinafikan Red Light Therapy ni mampu merawat kulit.. Mungkin sebab itu juga mereka tertarik untuk menggunakan kaedah ini..


Apa yang perlu korang tahu tentang red light therapy ni adalah ia merupakan teknik terapeutik yang menggunakan gelombang cahaya merah untuk merawat masalah kulit seperti kedutan, parut, jerawat, pigmentasi dan luka yang berterusan. Sebenarnya, red light therapy ni telah digunapakai sejak awal tahun 1990 lagi oleh NASA untuk menanam tumbuh-tumbuhan di ruang angkasa dalam usaha menggalakkan pertumbuhan dan fotosintesis sel tumbuhan tersebut.. Wahh gile hebat weh.. Sekarang kite guna untuk kecantikan pulak.. Terbaik!!

Cara Guna Claigio LED Magic Eye Patch

Cara nak guna Claigio LED Magic Eye Patch ni mudah aje.. Hanya perlu tampal eye patch di bahagian bawah mata atau dimana-mana kawasan yang bermasalah seterusnya sambungkan wayar device ke telefon bimbit dan tekan button 'on'.. Rawatan ini akan mengambil masa selama 8 minit sahaja.. Korang tak perlu nak set masa bagai sebabnya alat ini akan turn off sendiri setelah 8 minit berlalu.. Mudah kan?


Kalau rasa masih keliru, boleh tengok step kat bawah ni..




Manfaat Claigio LED Magic Eye Patch
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan ketahanan lapisan kulit
  • Memperbaiki tekstur dan tona kulit
  • Mengawal generasi melanin dan meningkatkan peredaran darah
  • Menggunakan non-toxic silicon gel
  • Pemulihan yang lebih baik dan boleh dibasuh
  • pelbagai peringkat umur boleh menggunakan produk ini pada harga yang rendah


Kenapa Claigio LED Magic Eye Patch Menjadi Pilihan Aku?

1. Mudah Alih

Paling aku suka, Claigio LED Magic Eye Patch ni saiznya kecil dan ringan.. Jadi, mudahlah aku sumbat dalam handbag aku dan boleh bawak kemana saja aku pergi.. Kat tempat kerja pun aku boleh guna uolls.. 

2. Mudah

Bukan setakat saiznya yang kecil aje tetapi Claigio LED Magic Eye Patch ni mudah digunakan.. Tak perlukan bateri atau tak perlu nak cas bagai! Hanya perlukan telefon bimbit untuk connect dah boleh guna.. Memang mudah.. 

3. Cepat

Kalau pergi spa kecantikan, rasanya berjam-jam jugak nak tunggu siap satu-satu sesi tu.. Betul tak? Haa dengan Claigio LED Magic Eye Patch hanya memerlukan 8 minit sahaja untuk satu sesi.. Memandangkan aku ni seorang yang agak bizi, jadi sangat sesuailah alat ni untuk aku.. 

4. Selamat

Mula-mula tu aku cuak jugak nak guna Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Yelah alat-alat camni, mane nak tau tahap keselamatannya kan.. Bila dah kaji serba sedikit tentang alat ni, alhamdulillah ia memang selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dan mengikut semua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Red light therapynya juga tidak menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit..

5. Affordable

Paling best, dengan menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni aku dah tak perlu nak keluarkan belanja yang banyak untuk rawat masalah kulit muka aku ni.. Dah tak perlu nak pergi ke spa kecantikan untuk buat terapi laser atau LED mask.. Cukup hanya dengan Claigio LED Magic Eye Patch ini sahaja...


Apa Kata Aku Tentang Claigio LED Magic Eye Patch?

Ok, jujur aku katakan yang aku memang sangat suka device Claigio LED Magic Eye Patch ni sebabnya alat terapi bawah mata ni bukan saja boleh merawat lebam bawah mata tetapi boleh juga merawat kedutan dimuka dengan penghasilan semula kolagen kulit.. Bila umur dah semakin meningkat ni, kolagen kulit pun semakin berkurangan.. Maka, kedut-kedut dan garis halus pun semakin banyak kat muka.. Nasib baiklah ada Claigio LED Magic Eye Patch ni..

Dah hampir seminggu lebih aku guna Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Aku guna sekali sehari sahaja kerana sangat sibuk dengan jadual yang agak padat.. Sungguhpun begitu, aku tetap akan selitkan satu sesi rawatan bersama Claigio LED Magic Eye Patch ni di dalam jadual seharian aku agar aku dapat merawat masalah kulit aku setiap hari... Nak cantik kenalah usaha kan... Selalunya pada waktu bekerja, aku akan buat sesi rawatan time rehat selepas solat zohor dan weekend pula selepas maghrib.. Kesannya???

Ofkos nampak perubahan uolls... Walaupun penggunaan hanya sekali sehari tetapi kesannya tetap ada... Perubahan yang paling ketara, lingkaran bawah mata aku dah semakin pudar dan kedut bawah mata pun nampak berkurangan sedikit... Itu baru seminggu menggunakan alat terapi bawah mata ni tau.. Kalau berpanjangan dan secara konsisten mesti hasilnya lebih ohsem!! Lepas ni aku akan cuba untuk buat dua atau tiga sesi sehari untuk rawat beberapa bahagian di muka aku ni.. Tak sabar rasanya wehh nak tengok result akhirnya.. Phewww!!


Adakah Berbaloi Dengan Harganya?

Bagi aku ofkos berbaloi-baloi kerana kesannya tidak mengecewakan.. Dengan hanya RM249 sahaja, aku dapat menikmati manfaat yang sememangnya aku sendiri inginkan selama ini... Tak perlu lagi aku fikir nak buat rawatan mahal-mahal di pusat kecantikan.. Hanya menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni sahaja pun dah boleh dapat hasil seperti kita pergi ke pusat rawatan kecantikan tu..

Jadi, aku sangat recommend korang untuk cuba Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Hasilnya superb!! Tapi, nak jugak la berpesan kat korang.. Jangan pulak korang pakai sekali aje korang dah nak nampak kesannya.. Memang tak lah...!! Kenalah rajin dan konsisten barulah kesannya superb... Setiap apa yang kite lakukan dan cuba, perlu berusaha dan konsisten baru mendatangkan hasil yang lumayan.. Betul tak? Aku sendiri pun cabar diri aku guna Claigio LED Magic Eye Patch ni secara konsisten tau sebab aku nak lihat sendiri resultnya...


Dimana Untuk Dapatkan Claigio LED Magic Eye Patch Di Malaysia?

Seperti yang dilihat dalam drama TVN Korea Selatan "Encounter / Boyfriend" yang dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Park Bo Gum, Claigio LED Magic Eye Patch merupakan alat kecantikan kulit yang optimum untuk menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dengan merawat kawasan kulit yang gelap seperti lingkaran gelap bawah mata, mencerahkan kulit, mengurangkan kedut dan menegangkan kembali kulit.

Hanya 8 minit diperlukan untuk satu sesi, penggunaan 2-3 sesi sehari atau lebih dapat menggandakan kesan penjagaan anti kedut.. Serius best!! No pain hokeh!! Boleh didapati dengan harga hanya RM249 sahaja... Di mana nak dapatkan Claigio LED Magic Eye Patch ni di Malaysia?

Oh ya sebelum aku terlupa, ada berita baik buat korang pembaca setia Blog Lea Azleeya... Apakah?

Use coupon code - LEA30 and get RM30 off with FREE shipping now!

Offer valid for first 30 orders till 28th February 2019 only!


Read More

Dos Kecil, Cucian Berkuasa Dalam Masa Lebih Singkat dengan 5X Kuasa Cucian Menerusi TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent

Saturday, January 26, 2019

4 comments
Dos Kecil, Cucian  Berkuasa Dalam Masa Lebih Singkat dengan 5X Kuasa Cucian Menerusi TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent | Adakah mencuci pakaian menjadi rutin rumah yang paling lama, membuatkan anda tidak mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga, kawan-kawan atau menikmati pengalaman baru?


TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini merevolusikan pengalaman mencuci pakaian apabila membuktikan bahawa cucian penuh kuasa didatangkan dalam pakej kompak menerusi pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent. Ia mampu memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi satu penutup kecil sahaja.   

Rekabentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan dengan formula ultra-pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian penuh yang dibasuh dengan mode basuhan ‘Quick Wash’ dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci konvensional pada kitaran cucian penuh.   

Teknologi cucian inovatif ini terdiri daripada satu formula yang lima kali lebih pekat berbanding pencuci pakaian lain. Ia juga menghapuskan air yang tidak perlu yang membuatkan kebanyakan cecair pencuci menjadi lebih cair.   

Dengan pilihan kitaran cucian ‘Quick Wash’ yang lebih singkat tetapi tetap efektif, TOP TurboClean dapat menjimatkan banyak masa, penggunaan air dan tenaga elektrik. Jadi anda ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama orang tersayang, menikmati hobi serta “me-time’ dan “self-care” untuk diri sendiri disamping menikmati gaya hidup yang mesra alam.  

Enzim Turbo di dalam TOP Turbo Clean membersih secara menyeluruh dengan kombinasi Multi-Surfaktan untuk “menyerang” dan melarutkan kotoran. Muti-enzim pula dapat menembusi jauh ke dalam gentian fabric untuk menguraikan kotoran manakala Polimer pula membantu mengeluarkan sebum serta menghalang kotoran daripada terbentuk semula.  

Menurut Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Encik Leroy Yoon, dengan pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent yang kompak ini, satu segmen bahan pencuci premium baharu yang berprestasi tinggi bakal dibentuk. Sasaran utama produk ini adalah pengguna yang menghargai innovasi terkini yang memudahkan rutin mencuci pakaian serta menambah baik gaya hidup mereka, selari dengan janji jenama TOP iaitu Innovation for Better Living  

Cecair pencuci ultra pekat masih tidak digunakan secara meluas di Malaysia. kami percaya bahawa TOP TurboClean akan menjadi antara yang terawal dalam kategori ini dan bakal diperkenalkan secara meluas di Malaysia. TOP sememangnya terkenal kerana inovasi termajunya demi memenuhi keperluan pengguna dan merevolusikan pengalaman mencuci pakaian".    

Detergen dengan konsentrasi ultra agak sukar didapati di Malaysia, oleh itu kami yakin TOP Turbo Clean adalah antara yang pertama dalam kategori ini yang akan semakin dikenali di Malaysia. TOP terkenal dengan innovasi cemerlang untuk memenuhi kehendak pengguna dalam merevolusikan pengalaman mencuci pakaian. Dengan TOP TurboClean kami membuktikan bahawa innovasi yang hebat boleh didapati dalam saiz yang kecil & kompak tetapi dapat menambah baik rutin seharian dan gaya hidup pengguna secara signifikan. Ia mempunyai pelbagai kelebihan – jimat separuh masa mencuci, 5X kuasa membersih, jimat ruang, jimat air & elektrik dan dapat memberikan anda lebih banyak masa terluang untuk hal-hal yang lebih penting. Kami juga menetapkan harga yang berpatutan dengan kelebihan yang diberian oleh detergen ini,” kata Encik Leroy.  

Satu botol 900g cukup untuk 45 cucian dan dapat menjimatkan ruang di kawasan mencuci pakaian agar kelihatan lebih tersusun dan kemas.  

Pencuci pakaian baharu kami mampu mengubah cara rakyat Malaysia mencuci pakaian,” kata Leroy. 

Kami ingin memberi pengalaman mencuci pakaian yang lebih baik di rumah, dan kami yakin inovasi ini akan berjaya menarik kelompok pengguna yang lebih luas – daripada golongan professional yang sentiasa sibuk, keluarga normal sehinggalah golongan urban yang mencucui pakaian di luar kediaman mereka.”  

Rekaan penutup TOP TurboClean yang pintar mengurangkan risiko tumpahan atau melebihi had yang dicadangkan untuk satu cucian. Bahan pencuci yang berlebihan boleh menyebabkan buih menjadi banyak seterusnya memberi kesan kepada pakaian dan mesin basuh. Ia juga mengakibatkan pengguna tidak dapat memperoleh jumlah cucian yang sepatutnya.   

5X kuasa cucian dalam masa yang singkat, saiz botol TurboClean yang kompak. Selain itu, ia juga mempunyai semua kelebihan pencuci TOP sedia ada seperti anti-bau hapak, anti-debu hama dan anti sebum sebagai jaminan kehidupan yang lebih bersih dan sihat.  

TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Fresh mempunyai haruman yang segar dan terkini untuk aroma kebersihan yang mantap.
TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Bloom mempunyai haruman flora yang mendakap anda dalam wangian yang romantik dan menenangkan.

Ia sesuai untuk mesin basuh cucian atas dan hadapan, selain boleh digunakan dengan kitaran Quick Wash sekaligus memberikan anda lebih banyak masa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun melakukan aktiviti kegemaran.    Boleh didapati dalam dua varian, anda boleh memilih wangian segar Power Fresh atau bau floral Power Bloom yang sensasi, ia boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15  sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek. 




Read More

Iviora Oxybright Atasi Masalah Kulit Menjadikan Kulit Kekal Remaja Dan Sihat

4 comments
Iviora Oxybright Atasi Masalah Kulit Menjadikan Kulit Kekal Remaja Dan Sihat | Bila kulit tak sihat, bermulalah episod mimpi ngeri dalam hidup bilamana jerawat, jeragat, Kulit kusam, kulit kering, berkedut dan sebagainya mula muncul... Nak tak nak memang kena cari cara untuk atasi masalah tersebut.. Aku agak beruntung kerana disaat memerlukan, Iviora Oxybright datang menyelamatkan keadaan.. Cewahh.. Serius, memang Oxybright banyak membantu dalam mengatasi masalah kulit yang aku hadapi.. Nak tahu, kena baca sampai habis ye..


Apa itu Iviora Oxybright?

Iviora Oxybright adalah minuman kecantikan yang mempunyai manfaat pencerahan, dengan astaxanthin yang berasal dari Micro-Algae yang mempunyai 20 kali ganda antioksidan yang menjadikannya sebagai produk yang hebat terutamanya dalam mendapatkan kulit yang sihat, kesihatan mata yang baik dan menguatkan sistem imun. Ia juga membantu untuk mengekalkan kuit muda remaja, melindungi kita dari kerosakan UV dan meminimumkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, bintik-bintik hitam dan sebagainya.


Manfaat Iviora Oxybright
  • Membaiki tona kulit
  • Mencerah dan melembapkan kulit
  • Menegang dan menganjalkan kulit
  • Kekalkan keremajaan dan kesihatan kulit
  • Melindungi dari sinar uv dan halang kulit dari terkena radikal bebas secara semulajadi
  • Menghidrasikan kulit
  • Mengurangkan kedutan, tanda penuaan, garisan halus, jerawat dan jeragat
  • Menggalakkan pertumbuhan kolagen dan meningkatkan sistem imun badan


Cara Pengambilan Iviora Oxybright

Iviora Oxybright ini didatangkan dalam bentuk sachet.. Ia boleh dibancuh bersama jus pilihan atau sekadar dengan air kosong sahaja.. Pastikan ia diambil sebelum sarapan pagi ketika perut kosong.. Aku sangat sukakan rasanya... Sedap, rasa berry.. Ofkos rasa berry kerana ia dihasilkan daripada superberries  seperti blackberry, blueberry, raspeberry dan olderberry. Jadi, memang tak jadi masalah walaupun dibancuh dengan air kosong sahaja kerana rasanya memang sedap..


  • Campurkan 1 sachet Iviora Oxybright bersama 150ml air
  • Shake atau kacau sehingga betul-betul larut
  • Amalkan 1 - 2 kali sehari sebelum  makan

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Iviora Oxybright?


Sampai part ni memang aku suka.. Yelah nak la jugak bagi feedback dari pengambilan Iviora Oxybright ni kan... Bila ambil sesuatu produk, haruslah nak tahu apa hasil dan kesannya kan.. Tapi harus diingat ye, setiap produk yang diambil, kesannya adalah berbeza bagi setiap individu.. Begitu jugalah dengan produk Iviora Oxybright ni.. Tetapi yang pastinya korang akan dapat melihat perbezaannya selepas sekotak pengambilan..



Bagi aku sendiri, selepas consume sekotak Iviora Oxybright ni iaitu sebanyak 15 sachet, aku rasa kulit aku lebih lembap dan lembut.. Serius aku seronok.. Sebelum ni kulit aku selalu sangat kering, kusam dan tak bermaya.. Lepas ambil Oxybright ni, dah nampak sedikit perubahan.. Baru satu kotak tu tau.. Belum lagi berkotak-kotak.. Lepas ni bolehlah target untuk cerahkan kulit pulak.. Haha!!

Nak Cuba Iviora Oxybright Secara Percuma?

Orite, berita baik buat semua pembaca setia Blog Lea Azleeya.. Berikut adalah peluang untuk korang mencuba sendiri Iviora Oxybright secara PERCUMA! 5 set Reader Gift  Set  bernilai RM50 akan diberikan kepada pembaca Blog Lea Azleeya..


Bagaimana untuk dapatkan Reader Gift Set ini? Haaa mudah saja.. Ikut step dibawah ni ye..
  • Like FB Page - Iviora Malaysia
  • PM mereka "I want Free Oxybright Gift Set, Azleeya2018"
Mudahkan.. Siapa cepat dia dapat tau.. Jadi, terjah FB Page Iviora Malaysia sekarang juga!!

Dimana Untuk Dapatkan Iviora Oxybright?


Untuk pengetahuan korang, di dalam setiap kotak Iviora Oxybright terdapat borang penebusan hadiah dimana dengan mengumpulkan 4 pelekat hologram, korang boleh menebus 1 kotak Oxybright secara percuma. Jadi, jangan lupa kumpulkan pelekat hologram korang sekarang..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Alamat
PRIMA KELANA SDN. BHD.
No. 19-02, Jalan Kuchai Maju 8,
Kuchai Entreprenuer Park,
Off Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur.

No. Telefon
+603 - 7971 7129


Read More