review
Showing posts with label review. Show all posts

Beauty Review | Dr. Glamogenic Skincare Terbaik Dari Australia

Saturday, January 19, 2019

6 comments
Dr. Glamogenic Skincare Terbaik Dari Australia  |  Wohaaa!! Cepat betul masa berlalu kan.. Dah masuk tahun 2019.. Bila dah masuk tahun baru ni, rasa macam nak mencuba sesuatu yang baru pula untuk kulit muka aku ni.. Apakah? Yeahh haruslah skincare baru.. Tahun baru, skincare pun baru.. Haha!! Kegilaan apakah ini? Hiks.. Now, aku sangat teruja untuk mencuba skincare dari Australia ni iaitu Dr. Glamogenic yang dihasilkan oleh doktor panel yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam sektor penjagaan kulit dan kecantikan.

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Satu perkara yang perlu korang tahu, walaupun skincare Dr. Glamogenic ini diformulasikan bagi memenuhi gaya hidup orang-orang Australia tetapi ia juga sebenarnya sesuai untuk kita yang berkulit Asia ini kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan baik untuk kedua-dua jenis kulit tersebut serta persekitarannya.

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Dr. Glamogenic Skincare terdiri daripada 8 produk iaitu 6 item untuk muka dan 2 item untuk badan.. Wahh untuk badan pun ada uolls.. Satu jenama saja dah boleh pakai untuk muka dan juga badan.. Memang terbaik kan.. Ok, jom kita berkenalan dengan produk Dr. Glamogenic Skincare ini..

1.  Hyaluronic Booster Serum
  • Melembapkan dan meningkatkan tekstur kulit untuk kulit sensitif dan kulit yang letih
2. Antioxidant Vitamin C+ Serum
  • Serum yang mempunyai kepekatan tinggi derivatif Vitamin C yang stabil dapat membantu menghidupkan semula kulit yang letih dan mencerahkan tona kulit yang kusam.
3. Perfection Whitening Spot Serum
  • Serum ini boleh mengawal pigmentasi seperti jerawat, jeragat dan juga lingkaran hitam bawah mata.
4. Brassica Peeling Gel
  • Gel pengelupasan yang lembap dan lembut dengan ekstrak brokoli yang kaya dengan vitamin, mineral dan selulosa berorientasikan alam semulajadi.
5. Dynamic Brightening Mask
  • Mask krim pemutih dan bernutrien.
6. Vitalize Soothing Mask
  • Mask selulosa 100% semulajadi yang dapat menyuburkan dan menenangkan kulit kaya dengan intipati Guaiazulene, Ekstrak Aloe Vera dan Acid Hyaluronic.
7. Enliven Brightening Cream
  • Krim pemutihan yang sangat pekat untuk ketiak, siku, lutut dan lain-lain
8. Youth Restoring Modeling Shaping Cream
  • Meningkatkan keanjalan kulit dan mewujudkan siluet tubuh yang halus dan licin.

Brassica Peeling Gel

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Diantara kesemua produk Dr. Glamogenic ni, aku sangat teruja nak cuba Brassica Peeling Gel sebabnya aku dah agak lama tak peeling kulit muka aku ni.. Nampaknya sel-sel kulit mati semakin banyak bertapak dekat muka aku ni.. Sebelum ianya semakin teruk, lebih baik kita singkir dengan segera.. Hehe..

Ada tak dikalangan korang yang kulitnya semakin hari semakin kusam dan tak berseri? Nak tahu tak apa puncanya? Haa ini adalah kerana beberapa faktor dan yang paling utama adalah cara pengelupasan yang tidak sesuai. Sebab itulah kita perlukan satu gel pengelupasan bagi mengatasi masalah tersebut..

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Kalau korang nak tahu, gel pengelupasan ini amatlah popular kerana ianya sangat senang digunakan. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan memicitnya sebesar saiz kacang pada jari, kemudian sapukan pada kulit dan cuci selepas beberapa gumpalan kecil muncul. Bahan yang terdapat du dalam gel tersebut akan bertindak balas dengan sebarang minyak dan kotoran yang melekat pada wajah. Gumpalan tersebut akan keluar dengan sedikit geseran. Selepas tu, kita akan rasai perbezaannya serta merta dan seterusnya menghasilkan kulit yang halus dan lebih bersinar.

Kelebihan Brassica Peeling Gel

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

1. Rasa Lembut
  • Gumpalan itu bertindak seperti bijirin dalam skrub, tetapi ianya lebih lembut dan tidak menggatalkan kulit berbanding yang lain. Ini bermakna ianya lebih lembut kepada kulit.
2. Senang
  • Dengan gel pengelupasan ini kita tidak perlu risau tentang pertumbuhan bakteria atau sentiasa ingat untuk membawanya keluar selepas mandi dan perlu dikeringkan dengan betul semasa dan selepas penggunaan. (Jika menggunakan span konjac untuk pengelupasan)
3. Mencegah Jerawat
  • Bila pori-pori tersumbat dengan kotoran, sebum dan pelbagai kekotoran yang lain, ini akan menyebabkan pertumbuhan jerawat yang menyakitkan. Gel pengelupasan ini memastikan kulit kita mengelupas pada rutin biasa secara ringan dimana minyak, kotoran dan sebagainya, proses pengelupasannya berlaku dengan lancar dan akan meninggalkan kulit yang baru dan lembut.
4. Kulit Yang Lebih Sihat
  • Kesihatan kulit akan terjejas teruk apabila sel-sel kulit mati menutup pori-pori dan menghalang kulit dari bernafas. Jadi gel pengelupasan ini akan melekat pada sel kulit mati dan menyentalnya dengan lembut supaya pori boleh bernafas seterusnya menjadikan kulit lebih segar serta lebih sihat berbanding sebelumnya.

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Cara Guna Brassica Peeling Gel

Selepas mencuci dan mengeringkan air diwajah, ambil Peeling Gel dalam kuantiti secukupnya dan apply keseluruh muka tidak termasuk di sekitar kawasan mata/bibir.

Gosokkan dengan lembut pada tekstur kulit dan bilas dengan air suam. Gunakan 2-3 kali seminggu bergantung kepada keadaan kulit.

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Peringatan kepada korang ye, sekiranya korang menghadapi sebarang masalah atau kesan sampingan selepas menggunakan produk ini, segera hentikan menggunakan produk ini dan sila berunding dengan pakar dermatologi atau doktor perubatan.

Pengalaman Menggunakan Brassica Peeling Gel

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Tekstur
  • Didatangkan dalam bentuk gel yang bertekstur seperti skrub.. Bila di apply pada kulit, aku dapat rasakan tekstur berpasirnya tetapi tidak menyakitkan kulit kerana teksturnya agak ringan..
Bau
  • Baunya tidak busuk atau menyengat hidung.. Baunya juga agak ringan dan selesa untuk dihidu oleh hidung aku.. Hehe.. Jadi, aku boleh gunakan peeling gel ni dengan senang hati tanpa gangguan bau yang tidak menyenangkan.. Alhamdullillah.. 
Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Keberkesanan
  • Agak lama tak menggunakan peeling gel dan bila guna Brassica Peeling Gel ni memang feeling dia lain macam.. Lebih mengejutkan, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan jayanya sehinggakan menghasilkan kulit yang sangat lembut dan mulus.. Serius aku suka dan dah jatuh cinta sangat-sangat dengan peeling gel ni.. Dah tak perlu pakai skrub, cukup hanya dengan Dr. Glamogenic Brassica Peeling Gel ni sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.. Tak percaya silalah cuba!!

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Oklah, bagi korang yang ingin mencari produk penjagaan kulit yang lengkap untuk wajah dan badan, Dr. Glamogenic adalah pilihan yang tepat.. Aku sangat recommend korang menggunakan Dr. Glamogenic - Skincare from Australia ini kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit dimana produk ini juga bersifat alami dengan menggunakan bahan-bahan yang selamat, berkesan dan semulajadi. Lagi pun produk ini dihasilkan oleh doktor panel yang berpengalaman.. Jadi, ia lebih meyakinkan..

Dapatkan Produk Dr. Glamogenic Sekarang

Dr. Glamogenic Skincare From Australia

Di mana untuk dapatkan Dr. Glamogenik Skincare?

Order secara online daripada Official Dealers di :-
https://www.facebook.com/glamogenic

Kunjungi Authorised Dealer di :-
Glamogenic Kiosk 
(Vintage Collection International Sdn Bhd)
(same level as Village Grocer, opposite Tealive)
PC-001, Ground Floor,
Sunway Giza Mall, PJ.

Waktu Perniagaan : 10am - 10pm
Customer service line : 012 - 691 6128

*20 lucky walk-in customers are entitled for special promo price and gift.

Hubungi Pengedar Utama di :-

Qurlivka Southeast Asia (Malaysia) Sdn Bhd
Level 16, The Pavilion Tower, Jalan Raja Chulan,
52200 Kuala Lumpur.

Contact : +603-6151 9198


Read More

Manjakan Diri Dengan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Baru

5 comments
Manjakan Diri Dengan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Baru  |  Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel :


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Belle Amour Bright & Smooth 
- Mencerah & Melicin -

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris


Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Mon Amie Fresh & Cool
- Menyegar & Menyejuk -

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris


Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Adore Soothe and Care
- Menenang & Melega -

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.


Read More

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

Saturday, January 5, 2019

5 comments
Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah  |  TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Memasuki tahun keempat, kempen tersebut menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan.

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

TOP bekerjasama dengan peruncit utama, MYDIN untuk melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, di mana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan.

Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat.

Kempen ini mempunyai dua objektif utama iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu yang boleh mereka banggakan, seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka. Ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih. 

Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini sudah boleh diambil sebelum sekolah dibuka. Ini pasti memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru. 


Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberi harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak berkenaan. 

Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. 

Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan : 1800-88-0133

18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:- 

Kedah/Perlis
  • Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda 
  • Rumah Superkids
Penang
  • Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang 
  • Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang
Kelantan/Terengganu
  • Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih 
  • Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA)
Perak
  • The Salvation Army Ipoh Children's Home 
  • Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman
Kuala Lumpur/Selangor
  • Rumah Hope 
  • Rumah Bakti Nur Syaheera
Pahang 
  • Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar 
  • Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 
Negeri Sembilan
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema 
  • Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)
Melaka
  • Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia 
  • Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru
Johor
  • Pusat Kebajikan Kalvari Johor 
  • Persatuan Kebajikan Darul Hanan

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd


Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001.


Read More

Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu

Wednesday, December 19, 2018

6 comments
Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu  |   Sejak terjebak dengan produk Korea ni, sampaikan pembersih wanita pun aku carik yang dari Korea.. Hehe.. Entah la, aku rasa lebih yakin dengan produk Korea.. Sungguhpun begitu, sebelum  beli aku akan pastikan dulu produk yang aku nak beli tu selamat digunakan dan Halal.. Tak bolehlah main beli jerk kan.. Terbaru aku cuba pula Biosol, pembersih kesihatan wanita prebiotik dengan madu.. Hah, korang ingat susu ajerk yang ada prebiotik? Pembersih wanita pun hadeeee hokeh!! Meh aku cite..



Orite, Biosol ni merupakan produk keluaran Neil Armayan iaitu sebuah syarikat yang telah ditubuhkan di Korea sejak tahun 2008 dimana mereka menjalankan perniagaan eksport produk kesihatan dan kecantikan. Mereka juga pernah berada di dalam perniagaan spa 10 tahun yang lalu di Malaysia. Neil Armayan telah beroperasi di 4 negara sejak ditubuhkan iaitu Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam.. Kini mereka telah mengeluarkan 2 produk iaitu Revesol dan juga Biosol..

Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu

Aku memang pengguna pembersih kewanitaan.. Kalau tak guna aku pasti akan rasa tak selesa.. Sebelum ni aku guna yang berasaskan daun sirih.. Tapi kali ni aku teruja nak cuba Biosol ni sebabnya ia mengandungi prebiotik dengan madu.. Macam mana tu? Haaa.. Istimewa sangatkan.. Hehe..


Biosol, Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu ni merupakan rumusan unit dari ekstrak tumbuhan semulajadi membantu memberikan khasiat, peremajaan dan pemulihan yang diperlukan oleh lapisan kulit, rupa dan penampilan vagina sambil melenyapkan vagina yang kurang sempurna kerana penyelesaiannya sangat mudah. Dengan menggunakan Biosol ni, kita dapat alami pembaharuan menyeluruh, keriangan dan semangat baharu daripada kulit vagina yang lembut dan licin.. 

Memang teruja habis nak guna Biosol ni bila tengok khasiatnya.. Selalunya guna pembersih kewanitaan ni semata-mata untuk sekadar membersih aje.. Dengan Biosol ni dapat pulak khasiat lain kan.. 

Fungsi Biosol


Sebenarnya penjagaan kawasan intim ni sangat penting.. Mungkin ada dikalangan kita pada hari ni mengambil ringan akan hal ini dengan menggunakan sabun biasa untuk mencuci.. Ramai yang tidak tahu sebenarnya, penggunaan produk yang bukan direka untuk bahagian tersebut mungkin boleh memudaratkan. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman atau rengsa, pH vagina berubah, berbau, gatal, dan keputihan.

Vagina yang sihat bergantung kepada tiga faktor iaitu bakteria yang sihat, keseimbangan pH dan kandungan glikogen epitelium dimana jika salah satunya tidak berfungsi dengan baik, boleh menyebabkan pelbagai gejala dan masalah... Jadi, buat wanita-wanita diluar sana jadilah pembeli yang bijak dengan memilih produk pencuci yang kaya dengan kandungan semula jadi dan prebiotik untuk melindungi bahagian intim daripada pelbagai gejala yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.

Kalau korang nak tahu, Biosol ni berfungsi membantu menghilangkan bakteria dan segala kekotoran dari kulit.. Ia juga membolehkan kulit menjadi lembut, licin, segar, bertenaga dan revitalize.. Bukan itu sahaja ye, Biosol ini juga menggalakkan peredaran darah, kulit menjadi lembap dan kuat disamping dapat menegangkan kulit di bahagian peribadi wanita.. Paling bagus tentang Biosol ni, ia  dapat mengawal pH yang sesuai dalam 4.5 hingga 5... 

9 Kebaikan Biosol 



  • Melenyapkan kekeringan vagina
  • Mengekalkan pH optimum untuk vagina
  • Menegang dan mengetatkan kulit/otot yang kendur
  • Meningkatkan kesihatan dan menyamankan kulit
  • Merancang pembiakan bakteria yang berfaedah dalam lapisan kulit dalaman
  • Mengandungi ciri anti-penuaan dan menukar sel kulit yang lesu
  • Mengetatkan dan menegangkan otot vagina, mengembalikan tona dan tekstur
  • Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembap dan menghidrat kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk memperbaiki, melembut dan memulihkan kulit

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Biosol?


Dah 2 minggu aku guna Biosol.. Alhamdulillah sangat serasi dengan aku dan tiada sebarang kesan sampingan.. Aku lebih yakin kini sebab biosol ni memberikan aku keselesaan sepanjang hari.. Jadi, nak buat apa-apa aktiviti pun dah tak risau lagi akan ketidakselesaannya.. Serius aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan Biosol ni weh!.. Oh ya, ia didatangkan dalam cecair yang sedikit likat tetapi tak melekit sama sekali.. Itu yang bestnya... Kalau melekit ni, boleh menyebabkan ketidakselesaan.. Betul tak?

Baunya pun best.. Ada sedikit bau madu.. Almaklumlah bahan utamanya adalah madu, jadi tak hairanlah kalau ada sedikit bau madu.. Yang penting sekali, Biosol ni tidak mengeringkan vagina.. Kalau dilihat dari segi packagingnya, yesss sangat praktikal.. Mudah dibawa kemana-mana kerana botolnya tidak terlalu besar.. Jadi, dalam handbag pun boleh isi.. Aku sangat recommend semua kaum wanita di Malaysia untuk mencuba Biosol ni.. Sekali cuba pasti setia selamanya.. Cewahh.. Haha!! Ayat dah macam iklan tv jerk kan.. Hiks..

Dapatkan Biosol Sekarang Untuk Kesihatan Dan Keselesaan


Yeahh, bagi korang yang rasa nak cuba jugak, bolehlah dapatkan Biosol ni sekarang.. Jangan mengambil mudah akan kebersihan kawasan intim kita ye jika tidak mahu pelbagai gejala dan masalah datang menyinggah.. Hehe.. Harga untuk sebotol Biosol ni adalah RM 107.80 untuk 200ML..


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


Read More