resepi
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Sunday, December 20, 2020

4 comments

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone  |  Holaaaa.. Lama dah tak up resepi kat blog kesayangan aku ni.. Kali ni aku datang lagi dengan resepi yang baru.. Tak keterlaluan aku katakan, resepi ini adalah resepi ciptaan sendiri dimana resepi scone diubah sedikit dengan menggunakan California Raisins yang sedap sebagai bahan utamanya.. Hiks..

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Kenapa Pilih California Raisins?

Ada sebab aku guna California Raisins sebagai bahan utama resepi aku ni.. Aku mahukan rasa manis tu adalah rasa manis semulajadi dari buah iaitu dari kismis itu sendiri.. California Raisins ni memang rasa manis semulajadi dari buah yang dijemur kerana ia dihasilkan tanpa gula tambahan.. Sweet Naturally gittchewww!! Makanan yang dihasilkan pun lebih sihat..

Apa yang menarik lagi, California Raisins ni merupakan kismis terbaik di dunia kerana kualiti dan standard keselamatannya terjamin.. Bebas dari aflatoksin.. Sebab itulah aku menggunakan California Raisins ni sebagai bahan utama dalam resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone aku ni.. Hehe..

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Bahan-bahan :-

150g California Raisins
60g mentega (kiub)
150ml whipping cream
100ml full cream milk
1 biji telur
60g gula icing
400g self-rising flour
secubit garam

Cara membuatnya :-
  1. Panaskan oven 180C
  2. Gaul tepung, garam dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
  3. Masukkan semua bahan cecair dan telur
  4. Pastikan semua bahan di gaul sebati
  5. Masukkan California Raisins dan uli sedikit
  6. Canai doh setebal 2cm
  7. Terap dengan acuan yang sesuai dan sapukan kuning telur di atasnya
  8. Bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan
  9. Hidangkan bersama jem kismis
Cara membuat Jem California Raisins :-

  • Kisar 300g kismis bersama 50ml air dan masak di atas api sederhana sehingga pekat seperti jem.

Manfaat Kesihatan California Raisins

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Bukan untuk buat kuih jerk California Raisins ni tau, tetapi makan macam tu je pun sedap.. Anak-anak aku suka sangat makan California Raisins ni.. Sekali hadap memang banyak dorang makan.. Sedap sangat katanya.. Lagi pun kismis ni bagus untuk kanak-kanak.. Baik untuk minda mereka.. 

Selain itu, California Raisins ini kaya dengan antioksidan dan mengandungi pelbagai nutrien seperti zat besi, mineral, vitamin C, folat dan pelbagai lagi.. Bagus juga untuk masalah sembelit tau kerana ianya mempunyai serat yang tinggi.. Setiap hari, aku akan pastikan anak-anak aku ambil kismis.. Sekarang ni, kismis dah macam makanan ringan bagi mereka.. 

Bukan saja untuk anak-anak tetapi aku juga menggunakan California Raisins ni sebagai bahan serbaguna di dapur.. Aku akan gunakan kismis ini didalam masakan, semasa memanggang, dessert dan minuman. Bagi aku California Raisins merupakan bahan serbaguna.. Kalau korang nak tahu, di pasaran terdapat 2 jenama California Raisins iaitu Ligo dan juga Sunmaid..

California Raisins "Sweet Naturally" Like & Win Campaign

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Hey korang, aku nak kasitau korang ni yang aku ada join contest anjuran California Raisins Asean di Facebook mereka dengan resipi pemanis mulut aku ni iaitu Incredible Fluffy California Raisins Scone.. Dah alang-alang ni, aku nak mintak la korang semua support like di gambar resepi aku ni.. Klik SINI.. hehe.. 

Korang pun boleh menang RM100 tau.. Caranye mudah aje... Ikut 3 step dibawah ini 👇 
  1. Follow California Raisins Asean’s Facebook + Instagram (@california.raisins.asean)
  2. Vote for your favorite recipe on California Raisins Asean (RAC) facebook album with a LIKE! 
  3. Share the album with your friends!  
Done!!

5 pemenang dicari untuk memenangi RM100 setiap seorang. Tarikh akhir adalah 25/12/2020, 11.59 pm.. Hurry up guys!!  Terbuka untuk RAKYAT MALAYSIA sahaja.. 

**tertakluk pada terma dan syarat  #CaliforniaRaisins #SweetNaturally #deliciousandnutritious #California #Raisins #natural #noaddedsugar #recipe

Jom layan video ini..


Untuk info lanjut, boleh layari :-

🔁 Website : www.caraisins.com    |     www.raisins.org





Read More

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!

Friday, May 22, 2020

5 comments
Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!  |  Salah satu sayur feberet aku adalah kubis.. Selalunya yang dapat membuka selera aku adalah kubis masak lemak putih.. Hari ini memang teringin sangat makan sayur lemak kubis terengganu.. So, kita buat sampai jadi.. Bukan susah pun.. Semudah ABC jerk nak buat sayur kubis masak lemak ni.. 

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!

Ada juga yang sukakan resepi masak lemak kubis telur.. Tapi bagi aku, kubis masak lemak putih santan kotak ni lagi best.. Di isi bersama-sama ikan bilis.. Rasa dia lagi sedap.. Masak lemak kubis ni jugak boleh letak suhun.. Kot ada yang gemar makan suhun, boleh je tambah untuk banyakkan bahan didalamnya.. Kalau ada yang tak suka warna putih bolehlah buat kubis masak lemak kuning.. Hehe.. Tak salah dipelbagaikan resepinya kan.. Ikut selera masing-masing.. Hiks..

Orite, jom kita tengok resepi sayur kubis masak lemak paling simple tapi sedap rasanya cara aku..

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!


Bahan-bahan
  • Sayur kubis (hiris kecil dan dibasuh bersih2)
  • 1 kotak santan
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • Sedikit carrot (hiris nipis)
  • Segenggam ikan bilis (cuci bersih)  *kalau takda ikan bilis boleh jugak letak udang kering  

Cara memasak Sayur Kubis Masak Lemak
  1. Masukkan bawang yang dah siap dihiris ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis/udang kering.
  2. Masukkan santan. Tambah air sikit jangan terlalu pekat santan.
  3. Buka api dan guna api perlahan. Kacau santan dan semua bahan-bahan. Mesti kacau supaya santan tak pecah minyak ye.
  4. Bila dah agak mendidih, masukkan carrot, kubis dan cili merah. Masak sampai sayur masak.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Dah siap boleh la tutup api dan hidang.

Selamat mencuba..!




Read More

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

4 comments
Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins  |  Hanya beberapa hari je lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut Hari Raya... Namun, perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 ini mungkin agak sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak.

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Walaupun tak dapat beraya bersama family di kampung, namun kita masih boleh menyambutnya secara sederhana bersama family sendiri dan inilah peluangnya untuk kita cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung. Sungguhpun begitu, pengambilan makanan yang sihat juga harus dititikberatkan dimusim perayaan ini.. Jangan pula nanti, selepas raya ramai yang merungut naik berat badan atau sakit-sakit.. Oleh itu, kita sangat di sarankan agar sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang musim perayaan yang bakal tiba nanti..

Bagaimana nak menyediakan hidangan hari raya yang sihat? Haaaa menurut Pakar Dietition iaitu Cik Rushda Adiba Ismail antara penduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya ialah :

  • Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
  • Gunakan susu rendah lemak
  • Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
  • Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins
Cik Rushda Adiba Binti Ismail, Pakar Dietation KPJ Damansara Specialist Hospital

Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan.

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Kismis California sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan.  Tambahan pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.  

Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa..

Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi di bawah ini..

Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Bahan-Bahan Puding Roti Kismis California
  • 60 gm Kismis California
  • 8 keping roti putih 
  • 500ml susu rendah lemak 
  • 2 biji telur,saiz sederhana 
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-Bahan Sos Kastard
  • 300ml susu rendah lemak
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung kastard

Bahan tambahan
  • 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang

Cara-cara Penyediaan Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard
  1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
  2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas.
  3. Koyakkan roti atau boleh potong.. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
  6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
  7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.

Salad Sayur Bersama Kismis California

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Bahan-Bahan
  • 60 gm Kismis California
  • Daun salad (merah dan hijau)
  • Ceri tomato
  • Lobak merah, hiris panjang
  • Sos salad (thousand island dressing)

Cara Penyediaan Salad Sayur Bersama Kismis California
  1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
  3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan. 

Selamat mencuba!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org atau https://caraisins.com/




Read More

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.

Friday, May 15, 2020

13 comments
Masakan yang aku tak berapa mahir adalah kari.. Serius memang aku tak pandai nak masak kari yang menjadi dan sedap.. Dah banyak kali cuba dengan resepi-resepi yang aku cari di internet namun semuanya tak memberikan hasil yang aku inginkan..

Resepi Kari Daging Sedap 

Mungkin bagi korang yang mahir memasak untuk masak kari tu sesenang ABC.. Bagi aku tidak.. Ia merupakan satu masakan yang agak susah untuk dimasak.. Sungguhpun begitu, aku tetap berusaha untuk mahirkan diri untuk memasak kari sebabnya encik suami memang penggemar kari.. Hiks..

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.

Resepi Kari Daging

Dua tiga hari lepas encik suami request kari tulang lembu.. Sebabnya tulang lembu ada lagi dalam freezer.. So, arini masaklah kari daging tambah tulang lembut itu.. Hehe.. Cam biasa kalau dah tulang lembu tu memang nak kena masak dalam tempoh yang agak lama untuk lembutkan daging-daging pada tulang tu.. Bukan lembutkan tulang ye.. Tulang tu memang tak kan lembut dahnye.. Haha!! Sebelum ni masak kari daging guna resepi dekat youtube tetapi kurang menjadi.. Untuk kali ni aku search resepi kari daging yang lain pulak..

Biasa kalau search resepi ni, aku tengok gambar jugak.. Kalau nampak gambar tu menyelerakan, baru aku try resepi tu.. Hehe.. Ada jugak yang guna gambar orang lain.. So, kena pandai la pilih resepi ye.. Setelah aku pilih-pilih resepi kat google dan aku decide untuk guna resepi kari daging sedap ni.. Nyum nyum.. Jom check resepi ni.. Disebabkan nak masak tulang, jadi starting kita guna pressure cooker untuk lembutkan tulang tersebut.. hiks.. Nak masak cam biasa pun boleh.. Aku jerk mengada nak gua pressure cooker sebab tak nak tunggu lelama sangat..

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.

Resepi Kari Daging Sedap Melekat

Bahan-bahan

1/2 kg daging + tulang
1 biji bawang besar (potong dadu)
3-4 ulas bawang putih (dihiris)
2-3 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halis (dihiris)
1 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan masing-masing)
1 peket rempah kari daging adabi
1 kotak santan adabi
1 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugor / pes asam jawa
1 biji kentang (potong ikut selesa)
2 tangkai daun kari
Kayu manis, bunga lawang (2 kuntum) dan buah pelaga (3 biji)
Gula melaka
Garam

Cara masak kari daging yang sedap.

  • Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari.. Tumis sehingga naik bau dan layu..
  • Masukkan cili kisar.. Tumis sehingga pecah minyak..
  • Masukkan serbuk kari.. Kacau seketika dan masukkan air.. Kacau sehingga rempah kari sebati dan masak
  • Masukkan daging dan tulang.. Gaul sebati dengan rempah.. Biarkan seketika sehingga air daging kering dan pecah minyak..
  • Masukkan santan dan air mengikut citarasa masing-masing.. Masak dengan api yang perlahan.. Tunggu sehingga daging dan tulang empuk dan masak.. 
  • Masukkan ubi kentang yang telah dipotong
  • Setelah mendidih masukkan garam, gula melaka, asam jawa dan kerisik..
  • Kacau rata dan masak seketika.. Sesuaikan rasa manis dan masin mengikut selera masing-masing.. Setelah masak, bolehlah dihidangkan..


Kalau korang rasa nak pekat melekat, korang masaklah kasi kering sikit.. Kalau suka makan kari cair sikit, boleh isi air banyak sikit.. Ikut selera masing-masing.. Bagi aku pulak, kalau makan dengan nasik lebih suka makan yang cair sikit.. Kalau pekat sangat nanti muak pulak.. Kalau kari pekat, syok makan dengan roti.. Perghh memang sedap!! Selera korang aku tak tahu la ye.. Itu selera aku.. Hehe..

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.
Kari daging pekat

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.
Yang ni aku dah ejas dah kasi cair sikit.. Baru syok makan dengan nasik.. 
So, aku dah jumpa resepi kari daging sedap yang menepati citarasa aku.. Oh ya, credit buat blog pokok2u sebab kongsikan resepi kari daging air tangan bonda yang memang sedap dan meletop ni.. Memang menjadik dan terangkat.. Hiks.. Yang mana kurang mahir masak kari macam aku ni, leh try resepi ni ye.. Serius sedap!! Selamat mencuba..

Cuba juga ini!
💫 Gulai kuning ikan kembong sedap
💫 Singgang pedas ikan kerisi versi terengganu
💫 Ikan talapia masak tiga rasa


Read More